Wednesday, December 31, 2008

Baju first baby aku

Please jangan cakap aku over.. (walaupun hakikatnya memang ya..hihi).


Yer, aku dah beli sepasang baju untuk baby.. lengkap dengan mittens & booties.. hahaha. Sila jangan gelak sebab adik-adik aku dah berjaya menggelakkan aku dengan zalim nya malam tadi.. hihi.

Aku tau lah perut aku kecik lagi. Tapi.. dah perasaan aku nih tak menyempat-nyempat, nak buat camne kan? Lagipun, aku geremmmmm sangat tengok baju yg comel-comel tu.

Ekceli, semalam aku ajak Mamoru pusing Jusco. Nak cari seluar preggie untuk aku & survey barang baby - survey je tau. Tapi kannnnnnnn, bila dah sampai sana, Mamoru tiba-tiba berubah menjadi seorang yg sangatttttt *aku tataw nak describe cemana*!

Habis semua barang diangkutnya bawak ke cashier. Dan-dan tu gak dia nak beli. Lalu kat bahagian lampin, dia amik lampin.. lalu kat bahagian botol susu, dia amik botol.. lalu kat bahagian baju, dia amik baju.. hampir semua barang dia nak beli taim tu jugak.. Panik aku sekejap. Dia pulak yg lagi over dari aku.

Sudahnya aku terpaksa paksa dia letak balik semua barang yg dia amik. Tu pun tak semua dia letak. Ada few stuff dia berkeras nak beli. Layan kan je lahh.. hihi... *aku pun suka sebenarnya*.. Comel je tengok Mamoru angkut barang-barang baby semalam.. *aummmm*

Pasnih, tak boleh lalu kat section baby lagi dah. Aura tarikan kat sana terhadap Mamoru adalah sangat menakutkan (haha)! Kena tunggu sampai aku tau baby nih lelaki atau perempuan dulu. Pastu baru boleh shopping lagi. Kan? Kan?

5 Bulan

Minggu nih, kandungan aku mula menginjak masuk bulan ke lima. Rasa sekejap je kan?

Buat masa nih, aku still buat check-up kat klinik swasta. InsyaAllah, tamat bulan kelima nih (genap 20 minggu pregnancy), baru aku start buat check-up kat hospital bersalin pulak. Kalau takde aral, aku pilih Al-Islam Medical Centre untuk bersalin nanti. Dekat dgn rumah (ekceli, HUKM lagi dekat - tak sampai 5 minit pun - tapi, hihi.. nih pengalaman first aku, of course la aku takut - lelebih lagi bila orang keliling duk momokkan aku tentang servis hospital gomen - no offend tau, lagipun aku yg bakal merasa sakit, biarlah aku pilih untuk sakit kat tempat yg mahal sikit.. kan kan kan?)

Aku ada terasa-rasa nak buat 3D/4D scan. Tapi kata Ayang, not advisable - tunggu dulu. Sebab aritu, member Ayang ada buat 3D scan masa peringkat awal kehamilan. Kebetulan lak muka baby jelas kelihatan, tapi taim tu ada beberapa sifat / anggota baby tu still belum develop sepenuhnya. Terusss trauma member Ayang sampai hehari duk nangis terbayang-bayang rupa baby dia. Bahaya jugak ek. Kalau camtu better aku tengok 2D je buat masa ni, at least takde lah nampak jelas. Lagipun baby tengah nak membentuk, of course lah banyak yg anggota yg belum sempurna.

Tapi insyaAllah aku akan buat jugak 3D scan tu. Mungkin bila kandungan aku masuk awal bulan ke-6 baru aku buat kut. Kata orang, tengok 3D nih boleh tengok secara 'live' rupa baby kita dan boleh tahu jantina baby dengan lebih tepat. Lebih menarik lagi, hospital yg sediakan perkhidmatan 3D/4D scan tu akan bagi kita satu copy cd pergerakan baby kita untuk kenang-kenangan (best kan?).

Perasaan aku sekarang:

Semakin ceria (thats for sure!). Sampai tahap nih, aku adalah sangat protective kat perut aku nih. Kalau berjalan tu, kemain hati-hati lagi. No more lompat-lompat atau lari-lari.. semua sopan & tertib je.. hihi

Dulu kalau taim tidur, aku tak kisah kalau Mamoru peluk aku macam bantal peluk (ala, jenis kaki dia turut melingkar atas perut aku. Tapi sekarang.. no-no-no, tak boleh dah. Aku takut baby sakit / penyek kena himpap dengan kaki Mamoru. Kelakar kan? Tinggi betul imaginasi aku. Mamoru pulak, layankan aje.. hihihi.

Paling bestttttt bila aku dah dapat rasa pergerakan baby!! Tak tau macam mana nak gambarkan rasa seronok nih tau. Indah je rasa :)

Memula hari tu aku macam pelik jugak bila perut aku kekejap kang rasa macam tersentak. Macam ada benda duk cucuk-cucuk. Tapi tak sakit. Macam rasa ada angin dalam perut. Kekejap kang rasa belah kiri.. pastu belah kanan pulak.. macam ada benda duk main-main dalam perut. Rupanya semua tu disebabkan baby aku tengah bergerak-gerak! Cuma kesian kat Mamoru.. dia hanya mampu dengar aku cerita tentang pergerakan baby je. Coz dia tak boleh nak rasa sama..

Badan aku sekarang:

Semakin sihat.. dah rasa macam biasa. Sampai kengkadang tu aku terover aktif bergerak / bekerja sampai aku terlupa diri tu membawak budak.

Berat aku masa aku timbang semalam 39.4 kg. Dari usia kandungan aku sebulan sampai lah bulan kelima nih, berat aku baru naik 2 kilo lebih je. Tataw lah normal ke tidak. Tapi since doktor tak cakap apa-apa pun, aku konsider normal laa tu.

Saiz perut aku still tak jelas sangat. Jenis kalau aku naik bas / lrt, kompem orang takkan bagi seat kat aku sebab tak nampak macam pregnant pun. Ekceli perut aku dah naik sikit. Pada aku, dah besar jugak lah. Cuma orang lain je yg tak perasan.

Antara perubahan lain yg aku rasa ketara, bab jantung aku nih. Rasa laju semacam sampai kengkadang aku rasa cam tak selesa nak bernafas. Semua ni berpunca disebabkan perut yg semakin membesar dan menekan paru-paru aku. Tu yg kengkadang rasa susah bernafas. Bila jadi camtu, aku just baring & rehat sekejap.. pastu dah ok balik.

Bab pakaian, aku masih tak perlukan baju mengandung. Pakai saiz 'S' pun still muat & selesa. Cuma bab seluar je aku rasa kena beli baru. Rata-rata seluar yg aku pakai, semua dah start rasa tak selesa. Sampai Mamoru suruh aku pakai seluar pendek dia je taim duduk rumah.. hihihi. Kena cecepat beli seluar nih. Kalau tak habis semua seluar pendek Mamoru aku 'kerjakan'.. hihihi.

Perkembangan baby dalam perut
  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan (ohh.. tak sabarnya nak tengok jantina baby!)
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.
  • Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar - sumber: ratuhati.com (yaaaaaa... aku dah rasa!!!!!!! hepinyaaa)


me at my 5th months pregnancy.. still ok lagi huh? Wait till next month pulak.. hihihi

Mamoru dah balik

Mamoru dah balik.. hihi..

Nak tau pukul berapa dia sampai rumah? Pukul 2.30 pagi ok! Dah masuk hari Selasa dah pun. Ekceli dia sampai starting point (tempat derang parking kereta) dalam pukul 8.30 malam. Dia antara team xpdc yang berjaya keluar awal. Tapi terpaksa tunggu Chua yg lambat sebab injured. Pukul 12.00 tengah malam baru Chua berjaya keluar dari hutan!

Oh, aku lupa nak tanya macam mana keadaan Chua sebab aku lebih risaukan keadaan Mamoru yg tentu penat & tak sabar nak balik cepat. Hik.

Merajuk jugak lah aku masa Mamoru sampai rumah. Tapi tak sampai hati nak lancar perang dingin lelama sebab rasa rinduuuuuu nih mengatasi segalanya (cewahh).

Betul cakap Ibu (my mak tiri) masa aku kat kampung aritu. Kata ibu, sebenarnya aku bukan merajuk sebab marahkan Mamoru, rajuk aku lebih kepada rinduuu je. Yelah, dah biasa melekat 24 jam, bila kena pisah dua tiga hari terusssss down tak ingat donia. Patut la sebelum Mamoru pegi, Ibu ada tanya aku; boleh ke berjauhan dgn Mamoru? Aku jawab 'ok' je. Ibu macam tak percaya je aku boleh rilek bila kena tinggal camtu. Tak sangka ibu memang hebat. Sangkaan ibu tepat.. *maluu aku*..

Nampak je muka Mamoru subuh tu teruss aku cebik-cebik. Tetiba je badan jadi lembik sampai Mamoru kena dukung bawak masuk bilik (hihihihi.. ngengada je lebih). Adegan lepas tu tayah cerita lah ek (oit, jangan fikir bebukan ok - adegan pujuk memujuk laaa).

Kesian Mamoru, dah la penat. Badan pulak sakit-sakit & calar balar (ntah hutan mana diredahnya sampai penuh luka kat muka & badan. Pastu kenaaaa pulak melayan rajuk isteri yg manja-terlebih nih. Sabar je dia dengan karenah aku tau.. hihi.

Semalam aku cuti. Mamoru pulak MC. sebab tak sihat - penat turun gunung tak hilang lagi. Kesian dia. Bengkak-bengkak jari tangan & kaki semua. Kesan gigitan agas & pacat toksah cakap lah.. penuh sampai ke pinggang - kat leher pun ada!

Malam tadi, bila Mamoru dah ok sikit kami pegi Midvalley. Aku teringin nak makan tom yam udon. Tapi tak jumpa. . tsskkk.. Selera makan aku dah semakin baik bila Mamoru ada kat sisi. Kalau tak, makan pun macam kena paksa - telan pun sebab fikirkan baby dalam perut. Kalau tak, kompem aku tak lalu nak suap.


Muka budak bakal mak-budak yg kembali ceria bila dapat berkepit semula dengan suami tercinta. Oh, disebabkan aku tak jumpa tom yam udon kat midvalley, aku makan tako tao je.


Wajah kesayangan hamba sedang khusyuk makan burger giant


See.. muka Mamoru yg calar balar.. leher pun bergaris-garis luka. Tu belum tengok tang perut & kaki lagi. Tapi yang nih kira ok lagi. Kalau tengok luka dia masa kami pegi Trans 4 Bintang dulu laagiiii dahsyattttt tauuu!

Lambatnya pukul 5.00 (hahahaha.. baru masuk keje dah pikir nak balik!) - tak sabar nak jumpa Mamoru. Rindu semalam tak habis lagi.. hihihi.

Korang jangan ejek aku asyik nak berkepit dengan Mamoru ek. Nih je peluang yg aku ada tau. Tinggal 4 bulan lebih je masa yg aku ada untuk berdua-duaan dengan Mamoru sebab pasnih kami dah bertiga. Konpem kasih sayang Mamoru dah terbelah dua - not 100% untuk aku lagi dah. Disebabkan itu, aku kena lah guna peluang berdua-duaan nih dengan sebaiknya.. huhuhuhu.

Sunday, December 28, 2008

Terasa hati

Sedih sangat. Dari subuh semalam sampai ke hari nih.. Esok pun mungkin sama.

Mamoru lupa janji dia. Sebelum masuk hutan aritu dia ada janji nak sentiasa on handphone. Dia ada janji nak sms / call aku bila-bila ada roaming. Tapi sedih sangat bila last sms yg dia bagi, dia nak off handphone. Dan hanya akan on balik bila dia keluar hutan Isnin nanti.

Sedih sangatttt..

Aku nak merajuk lah. Disebabkan hal nih, aku asyik berkurung dalam bilik. Kesian ibu & ayah - risau derang tgk aku (derang ingat aku banyak keje sebab asyik menghadap laptop). Taim makan pun aku tak keluar sampai derang siap hantar dalam bilik.

Mamoru better ada one good reason kenapa dia pilih untuk off handphone. Trip dia just 3 hari & bateri phone boleh bertahan selama tu. Lain lah kalau dia masuk hutan untuk seminggu. One thing for sure, setiap puncak gunung ada roaming sekarang nih. Esp, kalau guna line Celcom!

Dann kalau dia masuk hutan untuk seminggu sekalipun, takkan tanak cuba untuk on handphone? Yelah, mana lah tau kalau ada emergency jadi kat luar - aku masuk hospital ke.. aku nak terberanak ke (ok, lama lagi untuk aku deliver, nih just assumtion)..

Lama ok nak tunggu dia keluar esok. Mungkin maghrib katanya baru sampai starting point ('mungkin' ok!) Tu baru sampai starting point, belum kira masa untuk dia hantar team xpdc yg tumpang kereta dia ke tempat memasing. Silap-silap, pukul dua tiga pagi baru dia sampai rumah!

Aku tak suka situasi macam nih. Paling aku tak suka bila aku tak dapat satu apa info pun tentang trip Mamoru ni. Aku tak tahu dia start trekking dari mana, tentatif program pun tak ada, even timing untuk final day pun tak ada. Dan Mamoru pun langsung tak bother nak tanya semua tu dari organizer, even dah berapa kali aku suruh - end up buat aku risau sepanjang 3 hari nih.

Now, my sedih & risau dah bertukar jadi terasa hati yg amat sangat... Like I said tadi, Mamoru better have one good reason for everything. Or else, my rajuk is going to be forever.

Friday, December 26, 2008

Xtvt kat kampung

Tadi aku masak lemak pucuk ubi! Adik no.7 yg tolong petikkan pucuk ubi kat rumah nenek. Kata adik no. 7, nenek pun tolong petikkan sekali.. hihi. Tak banyak orang tanam pokok ubi kayu kat kampung aku sekarang - tatau kenapa. Tadi pun, dapat lah seikat pucuk ubi. Tu pun kombinasi pucuk ubi kayu pulut dgn ubi gajah. InsyaAllah, kalau aku & Mamoru beli tanah kat kawasan kampung, aku nak manfaatkan dgn memacam jenis tanaman (aminnnnn)

Tadaaa.. lauk untuk hari nih, masak lemak pucuk ubi campur ikan bilis dengan sambal sardin. Sedap tauuuu... sampai dua kali ayah aku tambah. Adik-adik tiri aku punnn puji sedappp!


Nih ikan haruan yg adik no.7 & adik no.8 pancing malam tadi. Besar lengan aku tau! Aku teringin nak pegi memancing sekali.. tapi Mamoru tak bagi. Kata dia, tak elok untuk orang mengandung. Lagipun kena berembun taim malam - nanti demam. Hmm.. ikan haruan sedap masak apa ya?


Antara xtvt wajib kat kampung (tak kira lah kat K.S'gor / Melaka) - makan kelapa muda!! Fresh & sedappppp.. kalau kat KL asyik dapat kelapa yg dah tak fresh - masam!

Hari nih banyakk kali Mamoru call aku.. seronokkk sangatt.. winduuu. Semoga semuanya dipermudahkan! Tak sabar nak tunggu dia keluar hutan Isnin nanti!!!

Bersiaran dari kampung

Pagi nih meleleh lagi air mata aku nih (last scene cebik-cebik masa raya haji aritu). Seriyes, coudnt help it laa.. aku tak sanggup berjauhan dgn Mamoru - asyik nak cembeng je :(

Subuh tadi Mamoru bertolak balik KL (dari Melaka). Dia keje arinih. Dan malam nih pulak, dia akan bertolak masuk hutan kat area Negeri Sembilan - xpdc mendaki Gunung Besar Hantu. Sedih tau nak lepaskan dia pergi. Tapi aku bebuat cool jugak lah. Kang kalau aku buat drama kat situ, ada yg Mamoru tak jadi pegi pulak. Kang tak tenteram hati dia kat dalam hutan tu.

Semoga dia (dan semua team xpdc) selamat pergi & balik *aminnnnnnnnn*

Aku nak gi mandi dulu lah (oit aku dah bangun lama tau - mandi je belum). Jap lagi nak masak pulak.. Hmm, mana laa adik-adik aku pegi. Senyap je rumah ayah nih. Aku nak suruh derang petik pucuk ubi. Teringin pulak nak makan masak lemak pucuk ubi. Kalau Mamoru ada kan senang.. lajuuuuu je dia tolong aku masak. Sentiasa bersedia bila aku memerlukan. Tapi.. tsskkkk.. ada yang aku pegi cari sendiri pucuk ubi nih kang..

p/s: omei-omei, aD rindu... jaga diri ok.. *kiss kis*

Wednesday, December 24, 2008

Maal Hijrah 1430

Selamat menyambut Tahun Baru Islam kengkawan semua!! (saja wish awal, takut aku tak sempat nak update blog hari Isnin nanti)

Menariknya Awal Muharram kali nih:

1. Tarikhnya dua hari awal dari tahun baru Masehi yg orang selalu sambut pada 1 January tu.. hihi.

2. Lebih menggembirakan lagi.. ini adalah kali kedua kita sambut tahun baru Islam dalam tahun 2008!! Kali pertama masa 9 January aritu! Setahun sambut dua kali tahun baru gituuu..

Sempena Awal Muharram 1430 Hijrah nih, aD dan suami nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam buat semua umat Islam yg sudi bertandang ke blog nih. Semoga tahun baru nih dapat membawa perubahan / pernghijrahan yg lebih bermakna terhadap diri sendiri, keluarga & agama (nasihat untuk diri sendiri juga nih.. hihi). Salam ukhwah dari kami! Semoga perkenalan & persahabatan kita dalam dunia maya nih berkekalan :)

Selamat Menyambut 1 Muharam 1430 Hijrah

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....

Selamat ber XPDC

Esok dah start cuti - direct sampai Awal Muharam. Ikut kan hati nak je aku apply cuti 4 hari - biar direct sampai tahun depan. Tapi tanak lah. Mamoru bukan boleh ikut cuti sekali. Tak syok cuti duduk rumah sengsorang.

Malam nih kalau takde aral, Mamoru akan hantar aku balik Melaka. Kan dia ada xpdc mendaki Gunung Besar Hantu wiken nih. Tak sanggup biar aku sengsorang kat KL katanya. Tu yg nak hantar aku ke Melaka. Sempat lah dia spend cuti Krismas kat Melaka sebelum pegi xpdc. Keluar hutan nanti baru dia datang jemput aku balik. Haii.. risau aku dia berulang-alik drive semata nak menghantar/amik aku. Aku nak balik sendiri dia tak bagi.

Harap trip dia berjalan lancar. Semoga Mamoru selamat pegi dan balik (aminnnnnnn).

Note buat Mamoru:

1. Jaga diri masa dalam hutan tu nanti. Jangan bawa barang / air terlebih muatan, nanti sakit badan. (Mamoru nih mmg suka bawa air bebanyak - risau aku tau - penah sekali masa Trans 4 Bintang kat Kedah dulu, dia pikul air sampai 9 liter dalam haversack - nak buat mandi atas puncak gamaknya atau takut aku kehausan sepanjang trek).

2. Jangan usik/aniaya binatang - walau pacat sekalipun. Jentik je pacat tu jejauh ok. Jangan ikut perangai Chua yg suka picit-picit perut pacat tu tau.

3. Jangan mandi sungai lelama / jgn mandi tempat dalam (aD tau otw nak ke puncak tu ada port air terjun kan?). Jangan ikutkan sangat perangai Chua yg pantangggg jumpa air (hahaha salahkan Chua lagi) Nanti kalau sejuk sampai ketar-ketar haa siapa nak tolong peluk? aD jauhhh..

4. Taim solat nanti ajak Chua sekali ya b. Jangan solat sensorang, nanti orang tak perasan b tinggal belakang :)

Hmm.. berjela pulak note aku. Nih kang ada yg kena tegur dgn Mamoru.. hihihi.. *ampunn b*

p/s: aD & baby akan sentiasa doakan keselamatan b kat dalam hutan nanti. We love you!..

Tuesday, December 23, 2008

Tag gambar kahwin sendiri

Melayan tag dari Rynn. Dia suruh bubuh gambar aku masa kahwin aritu.. *malu aii tau (dalam hati sukaaaa)*

Layankan je.. hihi.. (ohh lupa nak jawab soalan tag cik Rynn , tarikh pernikahan kami adalah 08.02.08..


Gambar nih dari custom album kami.. photographer rasmi kami hari tu: Maharaja Kukubesi


Lagi gambar dari custom album. Gambar nih taken kat Pantai Teluk Gong - sejurus lepas kami dinikahkan :)


Nih malam berinai.. lepas sesi tepung tawar segala.. tu yang bersepah pelamin


Nih gambar selepas hari langsung.. taim nih kami kat atas sebuah kapal terbiar kat Pantai Kuala Sungai Baru, Melaka :)


Syok tau bergambar kat sini.. tema kami taim nih.. kengkunun puteri raja bertemu pemuda pilihan hati kat tepi pantai


Antara gambar yg diprivatekan sebelum nih.. hihihi


Fe-feeling tengah berlayar laa kununyaa..


Haa.. gambar belakang tabir - tuuu diaaa.. memanjat kapal yg tinggi dengan sarat berbaju puteri perak (ko ado?? hihihi). Bebudak gunung memang lasak & gila-gila ok.

Dah.. dah.. cukup.. tak boleh bubuh lelebih. Cik Rynn, nak tengok selebihnya mai la datang umah nahh? Sekian :)

Monday, December 22, 2008

Roti canai nenek

Aritu kan aku dah cerita betapa rajinnya nenek Memasak.. dan betapa dia sukaaaa sangat manja kan cucu & cucu menantu dia nih (hihi). Meh kita sesama saksikan buktinya...

Pagi Ahad tu macam biasa lah aku cuba sehabis boleh untuk bangun awal. Siap suruh Mamoru kunci jam & kejutkan aku pepagi tu. Konon nak tolong nenek buat sarapan laa kannn...

Dan seperti hari-hari berlalu, takde siapa yg boleh celen kehebatan nenek bangun pagi (ntah pukul berapa laa dia bangun subuh tu gamaknya). Tau-tau je.. doh roti canai dah siap tersedia kat atas dapur - tinggal nak goreng je.

Memang takde cann nak aku menolong langsung tau. Nenek sengaja tanak kejut aku (even berkali-kali aku ingatkan suruh bangunkan aku malam tu). Nenek memang sukaaaa buat suprisee untuk anak-cucu dia :)


Taddaa... doh yg siap tersedia masa aku bangun pagi tu.


Nenek tengah mencanai doh. Kemain lagi tamau aku tolong tau. Dia suruh aku sedia pinggan untuk makan je.. tsskkk.. (konon sedih tapi sokaaaaaa dimanjakan gini)


Nenek in action - menggoreng pulak. Teror tuuuu.. terbalikkan roti guna tangan je!!


Nenek terpaksa guna sudip bila jari dia kepanasan kena kuali. Degil tau nenek nih. Aku nak tolong sikit punn dia tak bagi. Risau sangatt dia kat aku. Nih perut aku kempis lagi.. sok kalau perut aku memboyot, gamaknya dia tak bagi aku bergerak langsung.. hihihihi.

Ohh.. roti canai buatan nenek adalah sangatttt sedapppp. Kalah roti mamak ok!!

Gunting rambut Tia

As planned, Sabtu aritu kami balik Kuala Selangor. Nasib baik kami balik awal, sempat gak lah bawak nenek gi amik rebat renew road tax motor kat pejabat pos. Motor tu kami tong-tong beli (cash) untuk kegunaan Tutut (bapak sedara Mamoru) dalam bulan puasa lepas. Tapi kami bubuh nama nenek as owner. Motor second je. Masa beli tu road tax motor dah mati, so Mamoru renewkan sekali.

Kalau tak sebab SIL Juli call ingatkan pasal rebat tu, kompem sampai sekarang kami lupa. Tuu yg bawak nenek gi collect. Dapat lah RM 150. Mamoru bagi nenek suruh buat belanja.

Balik dari pejabat pos, kami ingat nak jenjalan kat pantai. Konon nak lunch seafood kat luar, tapi tak jadi sebab nenek dah siap masakkan lauk daging rendang untuk kami (kan aku dah cakap, nenek memang rajinnnnnnnn memasak).

Petang pulak, kami bawa Tia pegi gunting rambut. Panjang sangat dah rambut dia.. melebihi bahu. Pulak tu serabut je aku tengok. Ekceli, rambut Tia cantikk - lurus & lembut je. Tapi yelah.. dia kan budak lagi. Baru darjah satu. Tak reti nak manage rambut sendiri. Nak harapkan nenek, mana lah nenek larat nak tocangkan hehari.

Since tak lama lagi sekolah nak buka (ohh, Tia bakal naik darjah dua tahun depan), aku suruh amoi tu gunting pendek je - kasi rata belakang & buat fringe kat bahagian depan.


Tia senyumm je masa amoi tu gunting rambut dia


Hasil selepas digunting.. kira so-so lah. Tapi aku rasa macam terlebih pendek pulak kan? Takper lah lain kali aku nak suruh amoi tu gunting layer sikit.. kasi ada style.

Nak tau berapa kos yg kami kena untuk gunting rambut Tia kat kedai nih.. RM 4 inggit uolss!! Murah gila kan?

Lepas habis gunting rambut, kami bawa Tia pegi beli barang sekolah dia. Murah rezeki anak yatim piatu macam Tia. Kelengkapan baju & kasut sekolah semua dah ada sedara-mara yg tolong belikan. Sampai kami takde idea nak beli apa (yelah, semua dah ada). Last-last, kami just beli alatan menulis & mewarna je. TSekarang tnggal yuran sekolah Tia je yg belum settle. Tapi tuu kena tunggu sekolah buka lah, baru boleh bayar.

Ada lagi satu berita baik. Makde dah dapat tender kantin kat sekolah Tia belajar. Alhamdullilah, pasnih hehari lah Tia dapat makan free kat kantin sekolah nanti. Semoga rezeki Makde murahhhhh sentiasa.. *aminn*

Friday, December 19, 2008

Me & Mamoru - Part 1

Aku rindu kat Mamoru. Serious ok, aku rindu gila kat dia! Kenapa ek? (mood ntahapehape kan? macam kan balik kang tak jumpa je kan?)

Dalam kesengalan aku melayan rindu nih, teringat pulak masa memula kenal dulu.. *cewahh

Citer nih takde lah lama mana pun jadinya. Tahun 2006 je.. hehe. Taim tu jiwa tengah kacau. Tayah tanya lah kenapa. Malas nak ingat mender yg jadi sebelum-sebelum tu. Kita focus start awal tahun 2006 je ok.

2006 nih tahun aku tengah ligat mendaki gunung. Asal ada je trip, aku join.. asal aku join je, ada trip.. gitu lah kiranya keaktifan aku nih. Tetiap minggu aku pegi mendaki. Kalau tak mendaki, port lepak aku nunnn kat Bekelah, Pahang - layan air terjun. Memang gila la taim tu. Satu semenanjung aku pusing semata sebab gunung!

Cerita aku & Mamoru bermula masa masa geng Godong buat trip mendaki Kinabalu. Sepatutnya, nama aku takde dalam list xpdc ke Sabah sebab trip nih derang dah plan lama. Sebelum aku kenal Godong lagi. Semua tiket flight & accomodation derang dah siap book. Jadi, memang takde seat kosong untuk aku.

Nak dijadikan cerita, dua bulan sebelum bertolak, ada sorang team xpdc tarik diri. Organizer trip nih pun beria offer aku join. Kata dia, aku just kena tambah RM 100 je untuk tukar nama tiket. Aku pun setuju lah. Tapi dua hari sebelum depart, si organizer nih cakap nama kat tiket flight tak boleh tukar sebab ekceli derang beli tiket taim promotion. So, kalau aku nak join trip tu jugak maknanya aku kena beli tiket sendiri - wahhh.. mau aku tak angin?? Bengang ok. Apa lah salahnya bagitau aku dari awal, at least boleh aku beli tiket online (jimat sikit) - nih lagi dua hari nak fly baru kasi tau aku.. terbakar je rasa dalam hati nih.

Nyaris aku kansel trip tu. Tapi disebabkan geng-geng yg pegi trip nih member-member baik aku & disebabkan si organizer beratus-ratus kali minta maaf kat aku, maka terpaksa lah aku sanggupkan diri sendiri untuk keluar duit lebih untuk beli tiket flight. Mahal giler tiket aku tau.

Ekceli, sebelum bertolak ke Sabah, team xpdc nih ada la beberapa kali buat perjumpaan. Tapi tataw kenapa setiap kali derang buat perjumpaan, setiap kali tu jugakkk aku ada hal lain. Kira, aku memang tak penah kenal / tahu siapa team xpdc yg lain selain dari dua tiga member aku dalam Godong. Yang Mamoru pulak, dia mati-mati ingat aku lelaki.. sebab dekat list nama yg pegi Sabah tu just tulis "aD" je.. hehe

Hari yang ditunggu-tunggu..

Malam sebelum bertolak, si organizer datang jumpa aku. Ada hal katanya. Rupanya, dia dah terguna duit untuk balance payment accomodation team kami kat Sabah. Dia minta tolong aku. Aduss.. sangat bengang ok! Pulak tu katanya, kalau aku tak tolong, dia nak tarik diri dari trip tu & suruh aku handle. Gila apa? Macam kan aku tau selok-belok kat Sabah je. Perasaan aku taim nih dah bercelaru dah. Aku tak bagi kata putus. yelah, duit aku dah habis banyakk beli tiket. Nih nak tolong dia lagi..

Sepanjang malam aku tak dapat tido. Bengang punya pasal, barang pun aku tak packing. Aku dah macam give-up nak teruskan trip ke Kinabalu.

Pukul 6.00 pagi aku terjaga - si organizer call. Sempat aku termenung subuh tu.. antara nak pegi dgn tak. Padahal flight depat pukul 7.45 pagi tu. Lasttt, aku decide untuk pegi. Ye lah, tiket flight aku mahal gila - membazir kalau tak pegi. Macam kartun aku pagi tu. Sambar apa patut bubuh dalam haversack, mandi pun.. ala-ala tak cukup air je. Pastu bergegas pegi KL Sentral - naik ERL Express.

Aku sampai airport 5 minit sebelum gate tutup. Terus check-in & berkumpul dgn team xpdc lain kat dalam. Taim tu aku perasan, aku sorang je perempuan (ekceli, ada sorang lagi perempuan, tapi dia dah berlepas sehari awal ke KK). Disebabkan mood aku tak berapa ok. Dan disebabkan memasing rushing nak naik flight, aku takde masa pun nak berkenal-kenalan dgn team xpdc yg lain. Dalam fliht baru aku start borak. Tapi dengan orang yg aku kenal je lah.


Kat airport sebelum bertolak ke Sabah. Dari kiri; Organizer, Ijai, Aku, Mail, Mamoru & Chua. Err.. kurus kan Mamoru taim nih hihihihihi (jgn marah b)

Sampai KK pun mood aku still macam tu. Masa team xpdc tengah lunch, aku pegi merayau dalam shopping mall sengsorang. Aku bagi alasan nak cari stokin (memang aku lupa bawak stokin taim tu). Memula aku pegi jenjalan sorang je.. tak lama pastu Pok Yie datang teman. Aku banyak diam & buat hal sendiri masa trip nih. Sampai lah kami tiba kat Mersilau Nature Park pun aku prefer senyap je. Ntah lah, rasa geram kat organizer still tak hilang lagi kut.

Masa geng-geng lain (termasuk organizer) pegi check-in bilik, aku gi melepak kat cafe Mersilau. Pok Yie & Rock Kapak je teman aku. Pok Yie macam tau-tau je aku moody dgn organizer. Lega sikit bila dapat luahkan rasa tak puas hati aku kat dia. Kata Pok Yie.. "Rilek laa.. hal tu kita sesama fikir bila dah settle turun gunung nanti. Buat masa nih, focus kat xpdc dulu. Takkan lu nak moody sepanjang trek esok. Boleh pewai wa layan kepala lu. Biar orang lain buat hal.. lu jangan babe".. Mind the language yer, aku kalau berborak dgn bebudak Godong memang kasar sikit bahasa. Ye lah, dah derang duk bahasakan diri dengan "wa", "lu".. takkan aku nak ber "saya", "awak".. pulak kan? Kelakar kan? So not me untuk guna ayat-ayat camtu. Tapi, lelama aku dah biasa - berkawan dengan bebudak gunung memang camnih - ganazzzz manjanggg.

Tak lama pastu, Chua & Mamoru join meja kami. Masa nih lah aku kenal Mamoru. Dari hari terang, sampai lahh gelap (kat Sabah kan kul 6.00 dah gelap) kami lepak kat meja makan tu. Siap order bertambah-tambah. Sedikit sebanyak, aku mood aku semakin ok & ceria balik.


Nih kat Mersilau cafe - first time berbual dgn Mamoru. Borak pasal gunung je. Dari kiri; Pokyie, Rockapak, Aku, Mamoru & Chua.

Oh.. perlu diingatkan, antara aku dgn Mamoru tak wujud cinta pandang pertama. Perangai aku taim tu (esp bila berdepan dgn lelaki) adalah agak kasar - boyish jugak lah. Cuma aku takde lah pakai macam lelaki - perangai & percakapan je yg kasar. Heloo.. dengan lelaki tak boleh berlemah-lembut sangat ok.

Esoknya, hari yg dinanti-nantikan tiba. Bermulanya pendakian untuk menakluk puncak Kinabalu. Kemain bersemangat lagi aku tau..

Ops.. dah dekat pukul 4.30 ptg.. aku nak balik dulu.. nenanti lah sambung ek.. hihi

Rindu masakan nenek

Haaa.. akhirnya sampai jugak hari Jumaat (dasar malasss nak duduk kat opis). Lega sikit rasa otak nih.

Esok aku nak ajak Mamoru balik Kuala Selangor (terbalik pulak kan? aku yang beria ajak Mamoru balik kampung dia). Ada misi penting kat sana nanti: Misi nak berilek sambil dilayan dengan penuh kasih sayang oleh nenek Mamoru (huhuhu).

Duduk rumah nenek memang bestttt. Asal bangun pepagi je, sarapan dah siap terhidang. (fuhh sedap betul bau nasi lemak yg nenek buat). Aku sukaaaaaa sangattttttt. Sepanjang aku kecik sampai laaa dah kahwin nih, jaranggggg sangat dapat fe-feeling makanan tersedia depan mata tau. Maklum la.. dari kecik aku tak duduk dgn arwah mak. Kalau nak makan apa-apa, kena laa masak sendiri. Kahwin pulak dgn Mamoru yg yatim piatu - laaagiiii laaa tak merasa air tangan mak mentua. Memang takdo cann laa nak makan masakan mak-mak nih. Jeles jugak benornya bila baca blog orang yg hehari dapat makan masakan mak. Beruntung betul derang..

Ohh.. mungkin ada yg akan kata, aku still ada mak tiri. Tapi sama je.. tetiap kali balik rumah ayah kat Melaka pun aku kena masak gak, sebab Ibu (my mak tiri) tak pandai masak.. hihi. Bukan aku yg cakap Ibu tak reti masak ok. Ibu sendiri yg mengaku.

Tapi alhamdullilah.. nasib baik aku kaya dengan nenek-nenek (seriyes nenek aku memang banyakkkk). Nenek yang palingggg best sekali ialah, nenek Mamoru! Sangat rajin memasak bila aku balik Kuala Selangor.

Dan paling bestt - nenek sukaaaa manja kan aku tau. Aku nak tolong buat keje sikit semua dia tak bagi. Pantang aku pegang penyapu, nenek akan jerit-jerit cakap.. "dah, dah, toksah sapu.. ko tu pegi la rehat kat atas".. Tapi aku buat jugakk (esp bab memasak).. Kang kalau ikut cakap nenek, kompem semua keje dia nak buat sorang. Asyik nak suruh aku rehat 24 jam.
  • Asal lepas makan je, dia suruh aku naik atas rumah - rehat.
  • Asal Mamoru landing depan tv je, dia suruh aku landing sama
  • Asal Mamoru terlelap je, dia akan paksa-paksa aku teman Mamoru tido
Bestttt kan dapat nenek camnih? Dalam bebanyak nenek yg aku ada, nenek Mamoru nih nenek yg paling tua sekali (12 Dec aritu birthday nenek yg ke 80 tahun! Nenek lahir tahun 1928). Dalam usia yg dah lanjut camtu, nenek still kuatt lagi. Kalah aku tau.

Dulu masa bebaru kahwin dgn Mamoru, aku segan jugak. Yelah, nenek bangun pagi punya laa awal.. pukul 4.00 / 5.00 pagi dia dah siap pegi belakang rumah, kupas kelapa - pastu mesin kelapa (nenek memang terer). Ngam-ngam lepas subuh, dah siap terhidang nasik lemak untuk kami kat atas meja.. fuhhh.. indah betul perasaan bila dilayan camnih.

Tak sabarnyaaa nak balik Kuala Selangor - nak bermanja dengan nenek. Semoga nenek dipanjangkan usia & dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa (aminnnnn).

Thursday, December 18, 2008

Mamoru nak ke hutan

Ingat tak aritu ada sorang kakak cleaner Indon yg dapat teka aku pregnant dengan hanya menengok tulang kat dada aku?

Hari nih pun sama tau. Tapi kali nih, aku ditegur oleh akak Indon yg jual buah kat restoran hujung building opis nih. Memula akak tu tanya; "adik dah kahwin ke dik?".. Tak sempat aku nak jawab apa-apa dia serang soalan kedua; "adik mengandung eh?".. Wuiyoo, sekali lagi aku teruja.. hihi. Dengan curiousnya aku duk tanya akak tu ekceli tulang yang mana dia peratikan..

Panjang "oOOOoo" aku bila akak tu explain. Rupanya bukan tulang la geng. Aku silap info aritu. Kan bawah leher kita nih ada cam kawasan berlekuk (antara dua tulang aperntah nama dia). Kata akak tu, kalau kita pregnant, kawasan berlekuk tu akan bergetar-getar (ikut kelajuan jantung). Kalau getaran tu laju & kerap (sampai orang lain boleh perasan kawasan berlekuk tu bergetar), maknanya ada baby dalam perut. Gituuuu rupanya. Kelas kan derang nih. Kagum aku.

Aku tengah tak sabar nak tunggu minggu depan - tak sabar nak cuti benornya. Semangat nak keje sejak akhir-akhir nih agak kuranggg. Baru masuk opis dah fikir nak balik. Tak seronok tau bila buat keje dalam keadaan tak ikhlas nih. Tapi bila fikir hakikat yg aku akan ditinggalkan sengsorang taim cuti punnnn lagiiiiii laaaa takkkkkk bestttt.

Tadi Mamoru tanya aku sama ada aku bagi dia pegi xpdc mendaki Gunung Besar Hantu kat Negeri Sembilan. Terdiam aku sekejap. Lama tuu dia nak masuk hutan. Start dari Jumaat malam (minggu depan) sampai laaa Isnin (Awal Muharam) - 3 hari 3 malam ok!

Memula tu, hati aku cam tak setuju sebab:

1. Aku akan keseorangan pada cuti panjang kali nih.. *ohhh*...
2. Tak dapat nak memanja - aku tak suka tido sengsorang!
3. Risau dia masuk hutan sengsorang - sebab sejak kami kenal dari tahun 2006 dulu, kami sentiasa bersama dalam setiap xpdc yg kami pegi.
4. Aku adalah sangattt jelessssss.. (no, bukan jeles dia jumpa awek gunung lain - aku jeles sebab koleksi gunung yang dia conquer akan melebihi koleksi aku.. hihi)

Tapi, aku tak sampai hati pulak nak cakap "tak boleh" kat dia. Aku pun seorang penggila gunung jugak. Aku faham mcm mana perasaan bila panggilan masuk hutan tu dah terngiang-ngiang kat telinga. Heaven ok kalau dapat masuk hutan - apatah lagi bila dapat takluk gunung yg tinggi sambil menikmati permandangan indah ciptaan Tuhan.

Maka disebabkan itu, aku dengan rela hatinya akan membenarkan dia pegi..

Kemain suka lagi Mamoru bila dapat green light dari aku (huuu macam queen control lak rasanya hihihi - tapi lantok laa, siapa tak sayang suami kan?)

Ohh.. nih ada sedikit pesanan untuk Chua (bestfriend merangkap ex-hsemate Mamoru yg telah 'meracun' Mamoru untuk pegi xpdc nih):

"Ehemmm.. *clear throat*.. incik Chua, ko tolong jaga Mamoru sepanjang trip nanti ok? Mamoru dah lama tak exercise, jadi mungkin dia akan jadi sedikit slow / pewai. Make sure dia cukup makan & rehat tau. And pleaseeeee... pulangkan dia seperti mana yg ko amik dia dari aD. Kalau takkkkkk siap laa haversack baru ko aD gunting-gunting.."

Hehehe.. over kan aku? Padahal lambat lagi nak tunggu minggu depan.. hik!

Wednesday, December 17, 2008

Semangat yg tinggi

Aku terujaaaaaa....!!!

Tu je yg aku nak cakap.. hihi. Balik nih nak buat proposal kasi incik Mamoru. Semoga apa yg dirancangkan nih akan menjadi kenyataan.. *aminnnnnnnnnn*.. (cepat aminkan gegamai!)






Monday, December 15, 2008

Lapau

Aku bebtul salute memana perempuan mengandung yg berjaya puasa penuh dalam bulan Ramadhan (tetiba kan.. hihi).

Takkk.. aku seriyes nih. Orang yg tak pregnant kalau puasa pun dah rasa letih lesu. Apatah lagi orang pregnant kan? Dah laa perempuan pregnant perlukan zat makanan yg lebih banyak. Nafsu makan pun kompem membuak-buak. Memang hebat laa kalau perempuan pregnant berjaya berpuasa.. *tabik hormat*

Sebab musabab aku cakap tulis camtu?

Pagi tadi kan aku ada dua inggit je. Aku beli roti canai sekeping (RM 1) - alhamdullilah kenyanggg.. tapi tahan sampai pukul 11.00 pagi je lah. Makin dekat nak tengahari, perut aku makin meragam, badan jadi lemah.. lembik.. sampai tangan menggeletar (seriyes lemah tau - nak bercakap pun rasa cam tak cukup napas je - orang mengandung kompem paham). Rasa nak pengsan pun ada tau.

Taim aku tengah menahan lapau tahap dewata raya, tetiba Mamoru call - Kemain risau lagi dia nih (ohh.. aku lagi lah risau - takut effect apa-apa ke nanti - yerr aku memang paranoid). Mamoru nak datang sini bagi duit. Tapi bila aku dapat tahu dia ada kat site, terusss aku tolak (tanak lah buat dia terkejar-kejar jejauh camtu). Aku bebuat cool. Cakap kat Mamoru jgn risau. Aku ok. Aku cakap, jap lagi caterer yg serve makanan untuk meeting datang (ekceli lama lagi caterer tu nak datang.. tsskkkk)

Abis je borak dgn Mamoru, aku bukak beg pastu geledah drawer cari kut-kut ada duit terselit kat memana.. dan alhamdullilah, banyak rupanya duit aku kat dalam drawer nih (tapi syilling je lah - lupa lak dulu aku memang suka simpan syilling).

Terussss aku turun gi bawah beli buah, roti & gegula. Nikmat betul makan di kala perut lapar nih.

By time aku menulis nih, makcik caterer dah datang.. derang tengah susun-susun makanan (syedappnyaaa bauu). Ok lah, kena stop dulu. Sat gi ramai pulak boss aku mai sini tengok blog aku (lagipun, aku nak rembat roti jala kat depan tu.. tak boleh tahan woo bau dia)

Sesi banyak keje

Pagi nih membawak ke malam akan jadi sedikit bz - Ada AGM - sesilap, pukul 8.00 malam nih pun tak habis meeting lagi.

Lebih menambahkan lagi tahap kepeningan kepala nih, aku bolehhhhh laaa pulakkkk terrrrr-lupa bawak duit. Masa cek duit dalam beg nak turun beli sarapan tadi, aku perasan yg aku just ada RM 2 inggit je (tu pun duit syiling ok).. tssskkkk. Takper lah, janji lepas buat beli roti canai pagi nih :(

Note buat incik Mamoru: (kut-kut la kalau terbaca entry nih), Sila jangan risau & panik sampai nak datang opis saya kejap lagi ya. Saya ok jerr. Bab lunch & dinner pun jgn risauuu. Kan saya ada meeting arinih - meals provided gituu.


Friday, December 12, 2008

Duplicate blog sendiri

Sekarang kan tengah HOT isu blog kena delete oleh Google tanpa notis / sebab yg munasabah. Ramai betul yg dah terkena ek. Termasuk blog mereka yg aku duk baca selalu. Kesian gak. Mesti kengkawan blogger yg blognya dah kena removed tu sedih sampai berjurai air mata. Maklum lah, hasil tulisan online selama bertahun-tahun hilang sekelip mata. Lebih menyedihkan bila semua entry tu takde backup. Habis hilang semua gambar & kenangan manis derang.

Aku pun tengah risau juga. Kut-kut la kalau blog aku terkena sekali. Dulu penah jugak terjadi - masa aku menulis kat Modblog. Habis hilang cenggitu je entry yg aku tulis dari tahun 2003 - 2005. Tu pasal aku menulis kat blogspot pulak.

Sekarang, timbul pulak isu Google sesuka hati delete blog orang.. aduss! Kelam kabut aku fikir cara nak save semua entry dari tahun 2005 sampai sekarang yang ada kat blogspot nih. Ekceli sebelum nih aku ada juga buat backup kat multiply (maknanya, entry yg aku publish kat blogspot akan automatik terpublish kat multiply serentak). Tapi, tu pun aku baru start awal tahun aritu. Still tak dapat solve problem untuk entry tahun-tahun sebelumnya.

Aku ada gedik-gedik ngadu kat Mamoru pasal nih aritu. Ingatkan Mamoru tak layan memender remeh nih.. sekalikkkkk nak tau apa respon dia??? Dia offer aku bukak domain sendiri dik nonnn!! Oh, my Mamoru nih sangat prihatin tau. Dan-dan tu jugak dia nak booking kan domain untuk aku! (tak sanggup tengok isteri tercinta gundah-gulana katanya). Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Aku mana laaa reti manage site sendiri. Kat blogspot nih bsenang lah sebab ada templete. Tayah sesusah nak godek html bagai.. semua just klik-klik je. Kang kalau buat site sendiri, mampu ke aku design templete sendiri? Dengar macam susah je.. unless laaaaaa kalau Mamoru tolong godek kan.. hihihihi (nak kena gedik lebih sikit nih).. *wink wink*

Anw, tadi, aku terbaca cecara nak import / eksport entry dari blog Sweetdarling79 (terima kasih atas info). Menarik tau. Kita boleh duplicate semua entry even semuaaaa komen yg ada kat blog kita nih dengan sekali 'klik' je. Mudah & cepat. So, sekarang aku ada dua blog yg sama kat blogspot & wordpress (even nama blog pun aku guna 'outdoorfreak' jugak). Tapi korang jangan lah cari blog aku kat wordpress tu. Takde orang boleh access pun blog tu. Khas untuk aku sorang je - nama pun blog backup kannn?


Haa.. memula tu aku tataw cemana nak buat sebenarnya. Tapi aku try la jugak create wordpress punya akaun. Pastu gi kat 'tools' & klik 'import'. Pastu keluar page dari google tanya sama ada korang nak teruskan.. just klik-klik je.


Tak sampai 15 minit pun (depends on berapa banyakkk korang punya entry & komen kat blog lama laa kan). Dann taddaaaaa... semua entry korang berjaya di-duplicate kat wordpress! Sebijik macam kat blogspot.

Apa pun, pada aku nih just temporary solution. Aku still memikirkan offer Mamoru untuk buka domain sendiri. Wait n see je lah.. hihihihi.. best dapat suami pandai IT nih :)

Mood cuti suda mari

Semalam melepak sehari suntuk kat rumah. Almaklum, Selangor cuti. Tak keluar mana pun - malas nak tempuh jem. Lagipun cuaca tak berapa best sekarang nih - kilat + hujan lebat.

Sepatutnya aku update entry nih semalam, tapi macam malasssss je nak menghadap laptop.. hihi. Tambah pulak incik Mamoru ada kat sebelah.. berkepit je la 24 jam.

Seronok ok. Dapat gedik dgn suami sendiri tanpa gangguan adalah sangat heaven! Mamoru pulak jenis suka melayan.. apalagi, bertambah-tambah lah semangat kegedikan aku.

Takmo tulis lelebih laa ek. Pepandai la korang imagine sendiri perasaan kami somi/istri yg tengah tak sesabo tunggu orang baru nih :)


*Mamoru tengah pose seksi*

Lagi award!

Tenkiu buat kengkawan yg rajin bagi award kat aku. Award kali nih adalah dari puan Aizura. Best Blogger 2008/2009 katanya.. hihi. Mula lah aku nak perasan nih..


Terima kasih sekali lagi ya! Salam perkenalan :)

Wednesday, December 10, 2008

Cerita raya

Malas sungguh nak update cerita. Kena pulak musim hujan.. lembab sana sini sampai kepala pun naik lembab jadinya (sila salahkan hujan atas kemalasan yg melanda blog ni ya).

Raya aritu biasa-biasa je. Agak sunyi. Seperti yang dah dijangkakan, adik-beradik Mamoru semua tak balik. Yang ada kat kampung cuma,

Nenek
Tia (sepupu kecik Mamoru yg yatim piatu)
Tutut (bapak sedara Mamoru - bujang)
Abg Nahar (sepupu Mamor - duda)

Masa aku sampai rumah nenek malam Sabtu aritu, rasa nak menangis pun ada tau. Aku dah boleh imagine dah siapa yg akan bertungkus-lumus kat dapur sengsorang untuk memasak juadah pagi raya nanti - tak lain tak bukan, aku laa, siapa lagi kan? Dah aku sorang je pompuan dalam umah tu. Takkan nak susahkan nenek. Dia bukannya kuat sangat. Nak harapkan lelaki-lelaki lain dalam rumah tu.. ohhh.. lupakan saja.

Tapi aku takde lah sampai nak cebik-cebik. Mamoru kan ada. Sebelum bertolak balik kampung lagi Mamoru dah menyatakan kesudian dia untuk berkhidmat kat dapur dgn aku.. hihi.

So, pagi Sabtu tu dengan bersemangat waja kami berdua meredah kebun kecik belakang rumah SIL Juli (dia kan takde umah). Beria nih kami amik serai, daun kunyit, daun limau, etc (Mamoru tukang amik - aku main tunjuk-tunjuk je) Bila tiba part nak amik lengkuas, aku start konpius. Memang dari dulu lagi aku akan konpius nak bezakan antara pokok lengkuas dgn pokok kantan (esp kalau pokok kantan tu belum berbunga). Senyummmm je nenek tengok aku bawak akar kantan. Malu beb.. tsskkkk! Mamoru siap bising-bising sebab kena gali lengkuas sampai dua tiga kali (dia memang fail nak kenal pokok-pokok camnih). Dia siap pesan.. "lain kali, setakat memender singgit dua camnih, beli je kat pasar!".. Ewahh, sesuka hati je. Aku tak kira, nanti kalau dah ada rumah sendiri, aku nak tanam segala mak nenek pokok kat belakang rumah. Pastu sakat dia suruh petik / gali bebahan yg aku nak masak. Biarkan dia rasa.. hehe.

Masa aku tengah hiris bebahan nak buat rendang, Makde minta tolong Mamoru hantar sorang staff Makde pegi bustand Gombak. Staff makde nak balik Kelantan. Taim nih aku dah cuak.. wawawawa.. takkan aku nak buat keje kat dapur sengsorang. Kang kalau penyakit pening-mual aku datang camne? Tapi dek kesian kan staff Makde yg nak balik beraya, aku redha jugak lah. Pepelan aku settlekan semuanya. Penat toksah cakap lah. Kalau kat kampung Melaka, at least aku boleh harapkan adik-adik yg gamai tu. Kat tempat orang, kena lah bawak diri sendiri huhuhuhu.

Part yg paling memenatkan bila rempah ratus yg aku nak guna takde. Ohh.. sedih. Nak suruh Mamoru beli, tataw dia balik pukul berapa. Nak beli sendiri, kedai pun aku tataw kat mana (yer, kat kampung Mamoru nih, aku tak penah keluar jenjalan sorang diri tanpa Mamoru - tu yang serba serbi tataw). Nak tanak, terpaksa lah guna skill yg ada untuk buat rempah untuk sup tulang & kerisik. Uuuuu.. bagai nak tercabut tangan nak tumbuk kelapa goreng buat kerisik. Aku paling tak suka buat kerisik tau. Letih. Biasa tu beli je kat kedai.

Dekat 8.00 malam baru settle semua masakan. Aku suruh nenek & Tia makan dulu. Kesian nenek, sampai terbaring dia kat kerusi panjang. Penat sangat kut jaga api ketupat. Aku amik tempat nenek jaga api ketupat pulak. Masak kat luar.. bagai nak pengsan aku kena asap. Nenek ajak makan sekali, aku tanak - nak tunggu Mamoru balik, makan sesama.

Habis semua keje, aku gi mandi pastu lepak kat serambi dengar orang takbir sengsorang.. tsskkk tsskkk.. yerr, dengan cemerlangnya aku telah menangis di malam raya. Bukan sebab penat atau kena asap atau rindukan family aku.. tapi sebab Mamoru jauh dari aku saat-saat penting camtu.. tsskkkk. Mamoru dah janji nak jemaah & takbir sesama malam tu.. Sampai tertidur aku tunggu dia.. tssskkkkk.

Lewat tengah malam baru Mamoru balik. Dia kejutkan aku sambil takbir raya sebelah telinga aku. Mamoru cakap KL hujan lebat. Dia memang nak balik cecepat lepas hantar staff Makde tapi tak dapat nak bawak kereta lelaju - jalan licin. Lega hati ni bila Mamoru ada depan mata. Aku ajak dia gi makan.. berselera sungguh kami makan taim tetengah malam buta camtu - makan nasi dengan rendang yg aku masak tadi.

Pagi raya, plan nak ke masjid tak jadi. Hujan lebat tak benti-benti.. nak beraya rumah jiran pun tak dapat. Call ayah kat Melaka. Kata Ibu, kat sana pun hujan lebat - lagi teruk dari Selangor. Air sampai naik ke batas jagung.. tsskkk.. kesian ayah.. Hati rasa nak je meloncat balik Melaka pagi tu jumpa ayah. Tapi, tak berani nak suarakan kat Mamoru. Bukan takut Mamoru marah. Mamoru tu bukan boleh aku bersuara.. semua permintaan aku nak ditunaikannya. Tak adil lah kalau aku amik kesempatan atas kebaikan dia kan?

Dah laa.. aku nak pose cecantik tunggu pukul 5.00. Tak sabar nak balik makan nasi. Malam tadi, Mamoru ada belikan ikan tenggiri pekasam - ohh sedapppnyaaa... dah terasa-rasa dah nih!

p/s: Lambat nak jot down kat sini.. Hepi monthsary yang ke 10 buat Mamoru. tersayang. Tinggal dua bulan je lagi kita akan sambut anniversary yg pertama!! Eksaited sangat kan??

Friday, December 05, 2008

Salam Aidiladha!

Kepada semua kengkawan blogger / non-blogger yg sudi berkunjung ke sini, aD & Mamoru nak ucapkan..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
&

Selamat membuat pengorbanan yg bermakna dalam hidup kita

Maaf ya takde update untuk hari nih. aD kekenyangan dari pagi membawa ke petang - yang kemudiannya mendatangkan penyakit malassss & mengantuk.. haha.

Ohh.. aD ada kat Kuala Selangor raya nih. Kalau teringin makan rendang signature aD dan resipi serunding udang istimewa nenek mentua aD, jemput laa ke sana (Peringatan 1: kuih raya & duit raya tak disediakan. Peringatan 2: Sila pakai baju raya.. hihi)

Terima lah lagu raya nih untuk korang semua..

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya



Maaf Zahir & Batin dari
aD & Mamoru

Thursday, December 04, 2008

Pesan buat adik

Adik no.8 baru habis exam STPM semalam. Dan maghrib semalam jugak dia dah terpacak depan pintu rumah aku. Wahhh.. ini betul punya tak sabar nak celebrate. Kebetulan pulak birthday dia semalam jugak. Merdeka sungguh la dia (hepi 19th birthday Syuk!).

Sekarang, dah jadi berlima kami dalam rumah tu :)

Adik no.8 akan stay dgn kami sampai result dia keluar (Mac 2009). Aku ada suggest dia buat keje part time. Tapi dia nampak macam tak berminat. Takper lah. Kasi can dia rehatkan otak dulu. Pastu baru fikir pasal keje. Sebab pada aku, kalau tiga pat bulan duduk melepek je kat rumah konpemm bosan. Better dia keje. At least boleh saving untuk belanja dia masuk universiti nanti (InsyaAllah). Paling penting, dia kena belajar susah payah nak dapatkan duit. Aku dulu, pun camtu gak. Lagi susahh. Dari kecik aku dah start keje.

Keje first yg aku buat, jual sayur yg nenek tanam kat belakang rumah (bendi, terung, kacang panjang, jagung). Masa nih aku sekolah rendah lagi. Nenek & ayah suruh aku & adik no.2 jual dari rumah ke rumah kat kampung kami. Jalan kaki je sambil bawak bakul besar. Penat ok. Jauk aku jalan.. kengkadang, sampai ke kampung sebelah. Bukan setakat sayur, aku turut tolong nenek jual buah nangka kat sekolah madrasah (sekolah agama belah petang). Nangka tu, ayah cucuk kat lidi kelapa pastu bubuh dalam bakul yg dah siap beralas daun pisang.

Malu? Toksa cakap lah. Bagi budak yg tengah meningkat remaja cam aku nih of coz lah ada rasa malu. Setakat jual sayur ke rumah jiran, aku boleh tahan lagi. Tapi bila kena jual nangka kat sekolah, aku malu gila kat kengkawan. Masa memula tu, aku sorok bakul nangka kat bawak meja. Segan nak buka mulut untuk jual nangka tu kat kengkawan. Dalam masa yang sama, aku jugak takut ayah marah kalau tak habis jual.

Tapi biasalah, nangkaaaa. Kan kuat baunya. Masa dalam kelas, ustazah tanya siapa ada bawak nangka. Nak tanak, aku angkat tangan. Ustazah Rokayah datang kat meja aku selak daun pisang dalam bakul.

Ustazah Rokayah: "Banyaknya nangka.. kamu nak bawa pegi mana?"
Aku: *tunduk diam - maluuuu*
Ustazah Rokayah: (maybe faham perasaan aku taim tu) "Kamu nak jual tak nangka nih kat saya? Saya nak beli"
Aku: *Lajuu je angguk* (wahh hepinyaaa)

Ustazah Rokayah beli sampai tiga cucuk nangka! Pastu, bila taim rehat hampir satu kelas datang kat aku beli nangka. Murahh aku jual. Satu lidi ada 4 ulas nangka (besar-besar ok ulas nangka tu). Satu cucuk aku jual lima posen. Hasilnyaaa petang tuuu - bakul aku licin!! Esoknya, aku dengan bersemangat bawak nangka pegi madrasah lagi!

Start darjah 5 aku jual lukisan pulak. Jangan tataw, dulu aku sukaaa sangatt melukis. Kengkawan sekelas suka sangat dgn lukisan aku. Biasanya, aku lukis gambar orang la. Jadi bila derang start request aku lukiskan gambar untuk derang & sanggup bayar untuk setiap lukisan aku, apaaa lagiii kannn.. eksaited la aku. Satu keping gambar aku charge dua posen.. kengkadang lima posen. Depends on saiz kertas la. Dengan duit tu, lepas lah nak beli makanan kat kantin. Aku gi sekolah dulu takde duit belanja tau. Sedih. Tapi nasib baik kat sekolah aku taim tu kerajaan ada sediakan program makanan aperntah (RMT ke haper nama dia - sekarang tataw ada lagi ke tak). Alaa, yg bagi makanan free untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tu. Bukan tu je, aku gi sekolah pun jalan kaki 3 km ok! Nak naik bas pun takde duit walaupun tambang bas dari rumah aku ke sekolah hanya SEPOSEN je!!

Memacam lagi laa yg aku buat. Setakat bangun kul 4.00 pagi turun naik bas kilang (masa tunggu result SPM & STPM) dulu dah biasa sangat dah. Kang cerita lelebih, boleh meleleh lak air mata nih. Pendek kata kalau nak banding life adik-adik dgn aku dedulu jauhhh sangatt bezanya.

Tapi alhamdullilah, dari susah laa kita belajar menjadi orang. Tu pasal aku galakkan adik aku buat keje part time kalau ada masa terluang. Bukan aku tak mampu nak sara derang.. tapi untuk derang belajar erti hidup yg sebenar.

Tak ada mender baik dalam dunia nih datang bergolek, tau dik. Semua kena usaha.

Selamat hari raya!

Raya dah dekat. Tapi rasa macam tak meriah je. Susah kan nak jumpa orang yg eksaited cerita pasal raya nih. Ehh, jangan camtu tau. Kalau nak diikutkan, raya Qurban / raya Haji nih lebih penting dari raya Puasa. Malah berganda-ganda pentingnya. Patut kena sambut dgn lebih meriah la kan?

Tak semestinya kita tak pergi haji atau takde lembu untuk dikorbankan, kita tak boleh nak feel kemeriahan raya. Pengertian korban tu kan besar.. sama macam Maal Hijrah. Ada banyak jenis pengorbanan / penghijrahan yg kita boleh buat.

Dulu masa aku kekecik, mak sedara aku suka suruh aku puasa bila raya Haji dah dekat. Kata dia, tu cara yang paling mudah untuk dapatkan "feel" raya Haji. Aku admit, memang berkesan cara tu. Lagipun, kan kita disunat untuk berpuasa pada awal bulan Zulhijjah sampai menjelang hari raya?

Untuk tahun nih, aku takde lah buat puasa tetiap hari. Risau baby dlm perut nih. Lagipun, kang asal perut aku kosong je, sure lembik & rasa mual je tekak. Tapi insyaAllah, dua tiga hari sebelum raya nanti, aku nak try puasa gak. Harap takde apa masalah :)

Raya Haji nih, aku sambut kat Kuala Selangor. Aritu masa raya puasa kan dah sambut dengan family aku. Gilir-gilir la pulak. Preparation untuk raya? Aku tak sure. Kena tanya orang Kuala Selangor. Aku mana tau cara orang sana sambut raya Haji.

Kalau kat kampung aku, memang meriah.. esp raya Haji. Maklum, dapat banyakkkk daging korban. Tetiap malam buat bbq. Ayah pulak, konpemm akan buat sup tulang / sup gearbox seperiuk besarr. Pepagi raya pulak, kami adik-beradik siap pakai baju raya pegi masjid (tapi takdelah keluar beraya ke rumah orang - paling tak pun gi rumah nenek je) hihihi.

Tapi apa pun, aku tetappp akan masak rendang & ketupat kat Kuala Selangor nanti - makanan wajib tu! Dah plan dgn Mamoru nak masak ketupat daun asli - takmo nasi impit dalam plastik! Ada jugak plan nak buat soto / lontong. Tapi tengok laa dulu.. kut-kut tak ramai orang balik sana nanti buat membazir je masak bebanyak.

Rasanya, SIL Juli tak balik raya kat Kuala Selangor tahun nih. Dua orang adik-beradik Mamoru yg lelaki tu pun busy dgn keje. Lagipun derang kan bujang lagi. Memang tak lekat rumah lah. Sesilap, berapa kerat je yg ada kat rumah nenek taim raya nanti. Mamoru 4 beradik je. Tak ramai.

Tak kisah lah. Yang penting, aku tak sabar nak merasa beraya kat tempat orang. Kita tengok, sama ada aku menangis ke tak taim dengar takbir malam raya nanti ek? hihihihihihi.

Wednesday, December 03, 2008

Akak Indon yg terer

Tadi masa tengah breakfast kat opis, sorang akak cleaner Indon tegur aku. Dia tanya, aku pregnant ke? Aku senyum & angguk je lah - mulut tengah penuh taim tu. Pastu dia sambung lagi, "patut laaa nampak"..

Uikkk?? Cecepat aku tunduk tengok perut. Aku rasa perut aku kempis lagi. Even ramai orang yg tak perasan & tataw aku pregnant. Camner dia sorang lak boleh nampak?? Curious punya pasal, aku tanya balik - "akak nampak saya dah gemuk ek?". Dia gelak pastu geleng-geleng. Kata dia, dia tengok tulang kat dada aku macam lain sikit. Tuu yg dia agak aku pregnant.

Fuyoo kagum ok. Terus aku teraba-raba tulang kat dada nih. Wahh, tengok tulang kat dada pun dah boleh tau pompuan tu pregnant ke tidak ek. Akak.. memang terer..

Hari nih nak balik awal. Kalau rajin kang nak masak sesedap untuk diri sendiri. Mamoru dah tentu balik lewat lagi. Hari nih seharian dia kena bertapa kat Nikko Hotel - ada kursus aperntah dgn Cisco (b, jgn lupa makan tau.. *kiss-kiss*)


Ohh.. tadi aku teringin sangat nak makan limau. Tapi kat sini takde kedai buah pulak. Kawasan opis aku nih memang jauhhh dari shopping kompleks / supermarket. Macam kawasan pedalaman je tsskkk. Fikir punya fikir, aku dapat satu idea.. hihihi. Aku pegi beli sebiji limau kat satu restoran nih. Ekceli nih limau untuk dibuat fresh orange. Ahh.. dulik laa kan - janji limau. Makcik restoran tu pelik tengok aku beli limau sebiji. Aku suh dia kira ikut harga air fresh orange je.. huhuhu.

Fuhh.. sedappp betul dapat makan limau. Aku gigit-gigit macam makan epal je. Massaaammmm tapi bestttt!!!