Thursday, April 30, 2009

34 weeks

Aduii.. cepatnya masa berlalu. Dup dap.. dup dap..

Hari nih genap 34 minggu aku pregnant. Dah dekat sangat dah tu. Nervous? Ada lah sesikit. Tapi aku pilih untuk taknak terlalu berfikir. Yelah, fikir banyak pun boleh buat apa. Dah memang proses bersalin tu menyakitkan. Pakai lah aper jenis drugs sekali pun.. sakit tetttaappp sakit, ok.

Semalam, pegi Al-Islam. Amik injection yang kedua (dan terakhir). Alhamdullilah, injection kali nih tak sakit langsung. Aku macam terkejut bila doktor kata dah settle. Uikk.. kejap jer? Kata dr. Norlida (semalam dr. Rusila takde), pasnih kalau aku pregnant lagi, tak perlu amik injection lagi. Cuma kalau aku pregnant selepas 6 tahun baru kena amik semula injection tu (bagus lah.. hihi).

Perkembangan badan aku:

Masih seperti biasa. Cuma berat aku naik sekilo lebih jadi 46.8 kg sekarang. Huhuhu.. tak pepenah badan aku jadi seberat nih seumur hidup aku. Tapi tak kisah sebab just perut aku je yang membesar.. body maintain.. so, tak perlu lah aku mendaftarkan diri kat London Weight Management.. hihihihi.

Tahap kesihatan pun alhamdullilah. Kudrat masih kuat lagi. Masih aktif memasak, mengemas, membasuh.. tu tak termasuk kalau diajak pergi berjalan - memang laju bersemangat je sampai tak ingat dunia. Harapnya, aku terus sihat & aktif sampai saat bersalin nanti.. *aminnn*

Sakit-sakit? Dah kurang. Perut pun jarang menegang. Mungkin sebab baby semakin besar, jadi pergerakkan dia makin terbatas. Kalau tak aritu, memang kemain berdansa lagi dia kat dalam perut nih, sampai senget benget perut aku jadinya.

Tidur malam pun takde masalah sangat. Aku dah berjaya dapatkan settlekan masalah nih dengan melapik bahagian perut aku dengan bantal lembik bila tidur mengiring. Selesa sungguh!

Kaki krem? Takde lagi. Mungkin berkat makan pil kalsium kut. Nak suruh aku minum susu toksah harap lah (ntah naper aku memang penggeli susu - bukan tak leh minum cuma tak suka jer). Kaki bengkak pulak langsung takde. Mungkin sebab berat badan aku masih terkawal kut. Atau tak pun sebab sepanjang pregnancy, aku tak penah pakai kasut tinggi. Serius ok, aku hanya pakai selipar yang tebalnya tak sampai 1 cm jer start dari hari pertama aku tau aku pregnant.

Perkembangan baby dalam perut:

Macam yang dah aku jangka, baby dah enggage kat pintu rahim. Dr Norlida pun dah confirmkan. Kedudukan baby dalam keadaan sujud - dah ready nak keluar.

Aku ada tanya kekalau kedudukan baby akan berubah (atau berpusing semula) sebab masih terlalu awal lagi dari expected delivery date. Kata dr Norlida, kalau tengok dari badan aku, mungkin tidak kut. Baby akan terus stay pada kedudukan camtu sampai saat aku deliver nanti. Harapnya macam tu lah. Aku dah set mind aku nak deliver secara normal nih.

Berat baby 'A' dah hampir menjangkau 2.4 kg tau. Haaa amikk. Patut lah makin bersepah jalan aku dibuatnya.. hihi. Besar jugak ek? Takperlah.. masih ada kurang dari 6 minggu lagi. Harap tak lebih 3.5 kg, kalau tak memang kena 'berkerja keras' lah aku dalam delivery room nanti..

Ohh.. Mamoru ada amik gambar masa kat Al-Islam semalam. Tapi tak banyak - ada laa dua tiga snap jer.. mungkin sebab dia terkejut bila doktor tu dengarkan bunyi jantung baby kat kami kut, sampai terlupa nak amik gambar lagi - kuat betul tau bunyinya! First time lak tu Mamoru dengar - sure dia tergamam.. hihi. Aku lupa bawak kabel nak transfer gambar. Nenanti lah ek.

Trip Sabah - Day 2

Kat bawah nih gambar masa hari kedua (dan hari terakhir) kat Sabah (coz hari ketiga tu aku dah bertolak balik KL).. hihihi. Vacation paling sekejap untuk aku tahun nih. Kira ok lah tu.. nak lepak sana lelama takut terberanak pulak kang. Tak pepasal je IC anak aku ada nombor Sabah nanti.. hik.

Untuk hari kedua nih, kami sepakat gi island hopping kat 3 buah pulau sekaligus (pulau Mamutik, Manukan & Sapi).

Yesss cik puan Deqna, aii pegi island hopping naik boat youuuu. Memula tu risau gak boat nak naik boat taim pregnant. Tapi alhamdullilah, driver boat kat Sabah adalah sangat memahami. Derang nampak je perempuan pregnant naik boat, terus derang suruh duduk kat bahagian belakang sekali (sebab kat belakang kurang terasa melambung). Pastu derang siap alas tempat duduk dengan safety jacket - nak elak terhentak. Syukur sangat takde apa-apa jadi sepanjang hari last nih :)

Lets the picture do the talking ek :)



Masa breakfast kat The Beach Lodge. Kebetulan pulak hampir semua kengkawan pakai serba kuning.. ingatkan nak boria dengan Mamoru jer.. hihihi




Kat entrance Jeselton Jetty sebelum bertolak naik boat




Tengah tunggu Mamoru beli tiket. Fyi, tambang boat ke setiap pulau boleh kata murah jugak lah. Tapi kalau korang guna travel agent, memang kena cekik darah.. hihi. Kat Sabah, semuanya kami booking sendiri tau. Pada yang berminat nak snorkeling, boleh sewa set google tu kat sini. Sepuluh ringgit sorang (tak termasuk life jacket) - tapi, dek kerana Mamoru pandai bargain, kami dapat dengan harga tujuh ringgit sahajor :)




Posing sebelum naik boat. Semakin cantik jetty kat sini tau. Banyak betul perubahan kat sini.




Nih masa dalam boat menuju pulau Sapi. Pulau last yang kami pergi. Sori arr, gambar berterabur.. hihihi




Nih masa memula naik boat pegi pulau Mamutik. Masa naik boat ke pulau Manukan aku tak sempat amik gambar sebab sekejap sangat dah sampai. Jarak antara pulau dekat yang amattt.




Bergambar gegamai kat jetty pulau Mamutik




Mamoru & Talha snorkeling kat pulau Mamutik. Talha nih hebat betul tau. Dua hari sebelum dia join kami pegi trip nih, dia baru jer balik dari Sipadan.. fuhh sakan dia berjalan. Nih hujung minggu nih dia ada trip mendaki gunung Stong-Ayam kat kelantan pulak.. dasatttt.. teringat pulak zaman aku 'gila mendaki' macam dia dulu.. hik




Best je tengok derang dikelilingi ikan.. aku hanya mampu tengok dari atas jetty sahajor. Tak berani turun dengan perut boyot nih. Lagipun sekarang nih musim jellyfish. Bahaya sikit.




Tengok tuu.. hepi jer muka memasing :)




Me with the girls yang excited nak turun snorkeling.. Aku tukang jaga beg je lah.. ahahaha




Masa baru sampai pulau Mamutik - Kena bayar 3 inggit entrance fee seorang. Fee nih cover kesemua pulau tau. Bayar sekali jer.




Masa lelepak kat Manukan pulak. Tak ramai orang taim kami datang sini. Mat saleh je banyakkk.




Posing kat atas jetty salah sebuah pulau.




Lunch time. Nasi lemak tu bukan aku yang makan. Aku tukang suap Mamoru je. Yerrr.. Mamoru makan bersuap masa kat sini. Manja terlebih.. hihihihi




Posing dengan tapak Sulaiman kaler biru. Comel sangat gambar nih :)

Ok, tu je lah gambar untuk hari nih. Kalau rajin, aku bubuh gambar taim Mamoru mendaki Kinabalu pulak pasnih.

Trip Sabah - Day 1

Uolls.. aku tersilap taw. Kan aku cakap aku tak dapat upload gambar sebab dedua kamera ada kat Mamoru. Rerupanya kan, masa malam last aku kat Sabah, Mamoru ada transfer semua gambar yang kami amik kat Sabah dalam thumbdrive aku (sebab dia tau passion aku terhadap dunia blogging nih).

Sungguh memahami kan Mamoru nih? Tapi aku jer yang tak perasan gambar tu ada dalam thumbdrive. Mamoru kata, dia ada inform kat aku pasal dia dah transfer gambar tu - maybe aku tengah mamai, tuu yang tak dengar (malam last kat Sabah memang memenatkan ok) - Tsskkk.. kalau tak, sure dari awal aritu aku dah publish semua gambar kat bawah nih :(

Anw, layan kan je lah cerita bergambar kat bawah nih. Semua gambar nih di ambil pada hari Khamis lepas taw.



Masa dalam flight. Sempat posing sebelum aku terlena diulit intan




Nih masa baru sampai kat Kota Kinabalu airport. Fuiyoo.. kagum aku tau masa baru sampai sini. Totally berbeza airport KK nih kalau nak banding dengan tahun 2006 dulu. Kalau dulu aku duk kutuk-kutuk airport KK nih macam bus stand kampung je, sekarang tidak lagi - dah cantik dik nonn!




Bergambar gegamai dengan team xpdc Kinabalu masa dalam van menuju ke The Beach Lodge. Dari depan; Juju, aku, Mamoru. Tengah pulak; Adik no.6, Tunang adik no.6, Zin. Dan belakang sekali; Talha & Ana




Juju & aku kat The Beach Lodge. Ohh, Juju baru naik pangkat jadi Ketua Pengarah - tahniah!! Tapi kesian dia kena transfer dari Putrajaya ke Rawang. Jauhh tuu. Lepas check-in & solat, kami terus keluar jenjalan.




Nih masa kat mana ntah. Belakang kami tu ada banyakkk bot nelayan.




Sepanjang kat Sabah, mamoru sangat pentingkan aku taw. Mana pegi semua berdua je. Tak lepas-lepas nih pengang tangan aku taim berjalan. Risau sangat dia.. hihi




Berlatar belakangkan monumen ikan todak. Sekali pandang gambar nih, macam aku tak pregnant pulak kan kan kan?




Layan je posing gedik-gedik aku nih. Saja nak tayang baby 'A' dalam perut tu. Biar dia tau, dia belum lahir lagi aku dah bawak dia gi jenjalan. Taim nih kandungan aku berusia 8 bulan 1 minggu!!




Posing gedik-gedik lagi




Lepas lepak melayan matahari terbenam kat tepi jetty, kami pegi pasar Filipina pulak. Pasar nih tutup kul 7.00 malam. Kami tak beli apa pun kat sini. Perut dah lapar - cari port makan dulu beb.




Jumpa satu kawasan gerai. Aku penah datang sini dulu. Kat sini punya lahhh banyak makanan laut. Gila murah. Rasa? So-so je lah. Derang panggang gitu je pastu celup sikit dengan rempah. Aku rasa lah kan, kalau orang kat sini improve sikit rempah ratus untuk panggang ikan tu sure lebih sedapp!




Model ikan panggang.. hihihi.. Me dengan Wan (tunang adik no.6)




Lepas makan, kami gi je jenjalan kat pasar malam pulak. Memang berjalan sakan aku kat sini sampai tak sedar diri tu membawak budak.. hihihi. Kami takde sewa apa-apa transport taw. Pegi memana semua jalan kaki. Alhamdullilah, baby 'A' pandai bawak diri. Dia duduk dendiam je dalam perut sepanjang aku kat sana - perut pun takde rasa tegang even kaki pun langsung takde krem ke haper - syukur sesangat!




Masa kat Sabah, dua malam berturut aku pegi pasar cari mutiara & gelang kristal tau. Malam first pegi pasar malam kat area Le-Meridien. malam kedua pulak pegi pasar Kampung Air. Meriah ok barang perhiasan kat sini. Banyak jugak yang aku borong. Mamoru jadi tukang tawar harga (dia memang expert bab camnih).

Ekceli banyak gila gambar taim kat sana. Aku bubuh setoit je lah ek. Kang susah pulak korang nak view. Next entry aku upload lagi :)

Mamoru dah balik

Seronoknyeee..

Ohh.. entri ni patut keluar semalam. Tapi, semalam takde masa menghadap blog. Aku cuti menjaga incik Mamoru tercinta. Kesian Mamoru tau. Dia MC semalam. Kaki dia sakit-sakit & sedikit bengkak akibat penangan gunung Kinabalu. Aku sapu krim untuk legakan muscle pain & tampal 5 keping Salon pas (koyok) pun tak jalannn.

Tenkiu kat Chua sebab bawak aku pegi fetch Mamoru. Nak harapkan aku pegi airport sendiri, kompem tak lepas. Tambah pulak malam-malam gitu.



Nih gambar masa dinner kat area Sepang kut. Mamoru nampak letih tapi sempat dia puji make-up aku tau.. "Cantik isteri b malam nih".. *kembanggg akakkk taw*




Muka hepi bila dah sampai rumah. Tidurku tak keseorangan lagi.. hihihihihi

Tuesday, April 28, 2009

Travel while pregnant

Fuhh.. tajuk bahasa omputeh, entry pulak dalam bahasa malaysia.. gasakkkkk.

Sementara ada masa nih, meh nak share sikit pengalaman naik kapal terbang untuk wanita mengandung. Esp yang tengah sarat pregnant tujuh atau lapan bulan.


Kalau kita tengok syarat penerbangan (tak kira lah MAS / Airasia atau syarikat penerbangan antarabangsa yang lain), rata-rata ada had limit untuk benarkan pompuan pregnant naik flight.

Biasanya, bagi kandungan yang berusia bawah 27 minggu (bawah 7 bulan), tak ada masalah untuk naik flight, tapi;

Kalau kandungan berusia antara 28 minggu hingga 34 minggu, satu surat pelepasan dari doktor diperlukan. Antara kandungan surat tu, mestilah ada tercatat tarikh kita dijangka bersalin. Dan perlu diingat, surat tu hanya valid untuk seminggu sahaja dari tarikh ia dikeluarkan. Pepandailah bajet masa untuk fly balik. Kalau terlebih hari, takper jgn risau. Korang boleh dapatkan surat kat hospital lain sebelum bertolak balik.

Untuk kandungan melebihi 35 minggu pulak, toksah berangan dapat naik flight. Memang korang kena reject terussss.

Sejujurnya, masa nak naik flight ke Sabah aritu, aku memang cuak jugak lah. Serabut kepala duk fikir kekalau apa-apa terjadi kat baby 'A'. Lelebih lagi bila terbaca kisah Dynas (pelakon glemer tu) keguguran masa pregnant 7 bulan. Serius ok, kalau jadi apa-apa taim tu, aku memang takkan maafkan diri sendiri. Lelebih lagi bila kandungan aku dah lebih 8 bulan - just few more weeks to go!

Tapi, aku try fikir positif. Lagipun, flight ke Sabah just amik masa 2 jam setengah je. Sedangkan naik kereta pun aku boleh duduk berjam-jam, apa lah sangat naik flight ke Sabah kan?

Masa kat dalam flight, aku ikut sungguh-sungguh info yang aku dapat dari internet. Dalam artikel tu, derang suruh;

Pakai stokin
Minum plain water bebanyak
Berjalan (execise) sekali dalam sejam.
Rehat

Mamoru memang strict tau. Asal aku terleka je, dia duk ingatkan aku suruh goyang-goyang kan kaki, gerakkan jari, bagi aku minum air. Pastu cukup masa sejam, dia suruh aku bangun gi toilet.. hihi.. Tapi yang sedihnya, bila taim flight balik aku naik sensorang je.. tsskk.. takde orang nak manjakan aku - semua kena buat sendiri.. *cedih*..

Yer.. jangan tataw, taim balik memang aku fly sengsorang. Mamoru hantar sampai airport Kota Kinabalu jer sebab pagi tu dia dgn team xpdc kena bertolak ke Kundasang.

Nak tau cerita tak? Masa Mamoru hantar aku ke airport KK pagi tu kan, dedua menahan sedih. Sakit woo perasaan taim tu (tak suka.. tak suka) Aku cuba sedayanya tahan air mata nih dari mengalir depan Mamoru. Taim beratur check-in baru air mata nih keluar. Orang keliling duk pandang pun aku buat tak reti je - lantak lah - aku tengah sedihhh ok! Nasib baik taim tu Mamoru berdiri kat luar - jauh dari aku. Bila dah masuk ke dalam, Mamoru call, tapi dia tak bersuara.. just.. "emm.. emm".. je bila aku bercakap. Aku tahu dia pun tengah tahan sedih. Lagi laaa laju air mata aku nih mengalir.

Bila difikir-fikirkan balik, macam kelakar je. Padahal bukannya lama pun kami terpisah - tiga empat hari je. Tapi sedihnya mengalahkan orang berpisah berbulan-bulan.. hihi. Ntah laa, sejak kahwin dengan Mamoru, aku dengan dia dah macam magnet. Tak boleh nak berenggang. Asal jauh sikit je mula lah nak cebek-cebek. Asal solat je kompom basah telekung!

Ohh.. cik puan Biqque ada tanya sama ada aku dengan Mamoru pernah gaduh.. hihi. Iskkk, tentu lah ada wakk, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi selalu tu, gaduh-gaduh manja - tak sampai sejam memasing dah mengelupur minta maaf. Tak boleh tahan woo kalau senyap sunyi je.

Tips untuk elak gaduh berpanjangan: Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang azab & dosa kalau kita biarkan suami rasa kecik hati. Takut woo kena laknat. Satu lagi tips, don't take thing for granted. Hargai dia selagi dia bersama kita. Takut nanti menyesal tak terhingga :)

Gaduh besar pulak? Dulu-dulu ada lah - masa belum kahwin. Maklum lah dulu aku nih jenis kasar & baran. Lelebih lagi terhadap kaum lelaki - memang aku layan kasar je. Mana boleh bagi muka beb. Pasal tu lah gamaknya aku nih lambat kahwin.. hihihi. Lelaki takut nak dekat! Nanti lah aku cerita pasal nih dalam episod "Me & Mamoru part 5"

Opss.. terlebih-lebih pula melalut entri nih. Apa topik asal kita tadi? Pasal orang pregnant travel naik flight kan?

Basically, tu je lah yang orang pregnant kena amalkan bila naik flight. Selain tu, bila pergi bercuti, pastikan korang tau & hafal nombor-nombor emergency untuk dihubungi atau hospital terdekat untuk korang pergi. Bagi yang travel oversea, make sure ada insuran cover haa.. Certain hospital kat negara orang nun tak entertain kita kalau tadok insuran.

Dan selain tu, pastikan korang pakai sunscreen. Sebab kulit orang pregnant nih sensitif & cepat gelap kalau lama berjemur. Kalau bercuti kat kawasan pantai pulak (macam aku aritu) sila jauhkan diri anda dari xtvt mandi manda / sukan air untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Yesss dik nonnn, walaupun aku pegi island hopping sampai 3 buah pulau yang cecantik kat Sabah nunn.. nan ado aku jejakkan kaki dalam air hokeh!

Ok, itu sahaja tips untuk hari nih. Ada masa kang kita sambung lagi.

Haiii.. cepat lah malam, tak sabar nak tunggu buah hati balik dari Sabah!... "oOoOOooo kesuma jiwa ku.. mari obati.. rindu hamba.."

Monday, April 27, 2009

I'm back from Sabah

Alhamdullilah, aku dah selamat pergi & balik dari Sabah. Syukur sangat bila percutian kali nih berjalan lancar. Ramai kengkawan even orang-orang kat airport dan orang-orang kat Sabah yang duk menyapa tentang perut aku macam tak percaya bila aku aku cakap kandungan dah melebihi 8 bulan! Derang pelik tengok aku bersemangat berjalan ke sana-sini.. Bukan derang je, aku sendiri pun terkejut dengan tahap kemampuan diri. Apa pun, syukur sekali lagi. Nih semua Tuhan punya kuasa..

Esok je lah aku cerita pasal percutian aku kat Sabah & saat-saat sukar nak meyakinkan crew-crew kat airport masa naik flight dalam keadaan kandungan aku 33 minggu aritu. Lagipun, dedua kamera (Sony kompak & Canon D50) incik Mamoru bawak. Esok baru dia balik dari Sabah. So, tak dapek nak upload ge-gambar aku sepanjang kat Sabah aritu. Tak syiok buat entry tak bergambar nih tau.

Nih nak update cerita pasal Mamoru & Celcom.

Aku macam tak percaya uols.. sepanjang pendakian Mamoru kat gunung Kinabalu, ada coverage Celcom all the way sampai ke puncak!! Hebat!! Tataw lah since bila coverage Celcom ada kat sana sebab taim aku panjat Kinabalu tahun 2006 dulu, aku masih guna Maxis - Dan takde coverage Maxis kat sana taim tu hokeh. Tak sesia aku beralih arah pada Celcom.. sebab kebanyakan puncak gunung ada coverage Celcom compared dengan Maxis.. hihihi.

Ekceli, semalam lagi team Mamoru dah start mendaki Kinabalu. Pukul 9.00 pagi derang dah gerak dari Mersilau Park. Agak lambat jugak lah gerak sebab sebelum tu ada problem pasal guide. Semuanya berpunca dari sorang guide nih yg cuba mark-up harga. Nasib baik Mamoru call aku subuh tu tanya pasal exact payment untuk guide. Tak dapat lah guide tu nak main tipu.

Sepanjang Mamoru trekking kat gunung tu, dua tiga jam sekali aku akan call Mamoru. SMS toksah cerita lah.. berderet-deret aku hantar. Risau dik nonn.. (ahaha, macam lah Mamoru tak penah panjat Kinabalu sebelum nih). Sebenarnya, aku teruja. Kagum nih sebab line Celcom kat sana sangat clear & memuaskan!

Lewat petang semalam baru Mamoru sampai Laban Rata. Kesian Mamoru sebab tak dapat pecahkan rekod lama dia.. hihi. Agak riak juga lah rasa hati aku nih bila semua team Mamoru tak dapat beat rekod aku yang sampai Laban Rata pukul 2.30 petang tahun 2006 dulu.. ahahah (ops, tak baik riak-riak nih). Tuu cerita dulu dik nonn. Di saat aku jadi penggila gunung - boleh selamba naik turun gunung sambil berlari. Laaa nih, tataw lah sama ada boleh jadi cam dulu - perut dah memboyot - six pack suda bertukar jadi one pack - sudah tidak tough lagi.. hihihi.

Tak ingat berapa kali aku duk call Mamoru masa dia kat Laban Rata tau. Excited sangat bila dapat bersiaran secara langsung dengan Mamoru taim dia mendaki. Aku bajet, by time dia sampai Laban Rata, dah takde coverage. Again, sungguh mengagumkan! Terima kasih Celcom!

Malam tadi aku tidur lewat gila. Gigih nih berjaga semata nak buat wake-up call untuk Mamoru. Dari pukul 12 tengah malam aku duk telek jam kat dinding.

Sesambil tu aku duk penuhkan masa dengan mengemas lemari kecik untuk isi barang-barang baby 'A' dan basuh semua baju-baju baby yang dibeli sebelum nih. Seronok! Comel je tengok semua baju-baju kecik tu tergantung (nak tau satu perangai yang kelakar tak? Masa tengah basuh baju baby kan, sanggup aku tercongok depan mesin basuh duk peratikan baju-baju kecik tu berputar - comel sangat!)

Ops, lari topik pulak. Ok, back to de stori.

Bila jam tepattt pukul 1.00 pagi laju je tangan aku dial nombor Mamoru. Kejutkan dia suruh start packing & bersiap untuk sambung mendaki. Seronok tau dengar suara dia macam excited bila aku kejutkan dia. Kembangggg je rasa bila dia cakap ' terima kasih sebab bagi dia support yg tak berbelah bagi'.. terfeeling aku sekejap.. hihihi

Pukul 2.00 pagi, Mamoru call aku semula inform yang dia dah start mendaki. Meleretttt je senyum aku taim tu. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya cuaca ok & perjalanan dia & team xpdc yang lain dipermudahkan-Nya.

Pastu aku tak ingat apa dah. Tertidur sampai ke subuh. Pukul 6.15 pagi aku saja try call Mamoru. Aku tak harap sangat lah dapat call dia, sebab aku bajet memang takde coverage. Tapiiiiii aku tersilap dik nonn. Jangan memain ok, Celcom punya coverage sampai ke puncak Kinabalu uolsss!!! Bravo!!! I lebiu lah Celcom!!

Tak sangka ok boleh berborak dengan Mamoru subuh tadi. Masa aku call tu, Mamoru cakap dia lum sampai puncak lagi. tapi Low's peak tu memang dah jelas kat depan mata. Dalam pukul 6.30 aku dapat sms dari Mamoru.. "Sayang, b dah sampai puncak"... *tahniah hubby!! kiss-kiss dia bebanyakkk*..

Sempat gak kami 'bersiaran secara live' dari puncak gunung Kinabalu! Wahh mesti seronok kan dapat tawan Kinabalu untuk kali ke-2!! Walau pun aku tersingkir dari xpdc nih, dapat berborak dengan Mamoru all the way masa dia mendaki Kinabalu pun dah buat aku rasa puas hati. Rasa macam aku ada kat sana mendaki sesama dengan dia sama macam tahun 2006 dulu!.. *syahdunya*..


By time aku menulis nih, Mamoru & team dia tengah gerak turun dari Kinabalu. Maybe dah sampai junction Mersilau-Timpohon. InsyaAllah, petang nih dia sampai kat Timpohon Gate sebelum bertolak ke KK town.

Esok, Mamoru balik!! Yeyeh.. tak sabarnya nak amik dia kat airport. Nak make-up cecantik & pakai dress vogue masa tunggu dia nanti.. Ohh.. nak buat hair-do juga.. Biar terjojol mata dia tengok isteri dia dressing meletops.. Yess dik nonn, walaupun perut sedang memboyot, ke-chantiq-kan diri harus di ambil berat.. hihihi.

Thursday, April 23, 2009

33 weeks

By time korang baca nih, aku maybe dalam kapal terbang on the way ke Sabah atau tak pun, tengah jenjalan kat Kota Kinabalu atau tengah berjemur menchantiqe kan diri kat tepi pantai di pulau Manukan / pulau Sapi / pulau Mamutik.. hihi (tocey to teknologi masa kini).

Ok, tak kira sesibuk mana pun sekarang nih, aku tettttappppp tanak miss buat entry tentang perkembangan kandungan aku. Kenangan ok.

Hari nih, kandungan aku genap 33 minggu uols. Tu diaahhh, dah 33 minggu pun gigih nak terbang ke Sabah kan? Tapi, aku pegi nih pun lepas making sure tahap kesihatan aku adalah dalam keadaan yang terbaik. Kalau tak, aku sendiri tak berani amik risiko. Siapa tak sayang baby dik nonn? Lelebih lagi bila dah 8 bulan lebih aku berkongsi nafas dengan baby 'A'.

Apa ingat senang ke nak mengandung? Ok, in second thought, mungkin senang bagi certain orang, tapi part yang paling penting, nak menjaga kandungan & berdepan dengan perubahan badan sendiri untuk tempoh 9 bulan seterusnya. Tuu belum masuk lagi part melahirkan & berpantang. Hazab ok (wonder how aku nak lalui detik-detik yang mendebarkan tak lama lagi nih.. tsskkkk - demi mu baby 'A', mama redah kan jua)

Perkembangan badan aku:

Setakat nih, masih macam minggu lepas. Part nak tido agak payah - tapi bila dah terlelap, ribut petir pun tak perasan - alhamdullilah.

Lain dari tu? Hm.. ada sedikit part ngilu-ngilu kat bahagian 'bawah'. Tapi takde lah kerap sangat. Terasa pun masa nak bangun dari tidur je. Sekejap je lah. Bila dah bangun & berdiri, terus hilang rasa ngilu tu.

Perut pulak still tegang dan gatai kengkadang. Tochey to minyak zaitun yang aku beli aritu. Bukan setakat menghilangkan gatal, malah buat perut aku rasa lebih lembab dan kurangkan rasa kulit tegang / kering. Kita tunggu final result lepas delivery nanti - tengok sama ada minyak zaitun nih boleh elak dari strech mark atau tak.

Perkembangan baby:

Masih aktif & semakin aktif. Aku rasa tulang temulang baby 'A' semakin kuat sebab hasil side-kick dia mampu buat kening aku berkerut-kerut tahan ngilu - power tak power baby aku nih.

Menurut pembacaan, aku akan sentiasa rasa pergerakkan baby even saat-saat aku kat dalam labour room nanti. Still ada sebulan lebih lagi - have to bear dengan segala side-kick atau tumbukan padu dia lah nampaknya (baby 'A', siap lah awak dah lahir nanti!!)

Pergerakan baby dalam perut adalah sangat noticeable. Sampaikan orang yang duduk sebelah aku akan perasan. Sejujurnya, aku takut tengok perut sendiri bergerak-gerak. Banyak kali jugak lah aku nampak kaki / tangan baby 'A' terbonjol kat perut nih. Sampai aku terpaksa usap kaki / tangan dia pelan-pelan so that dia akan kurang meregangkan badan. Syok memang lah syok bila dapat rasa anggota badan baby kita.. tapi.. boleh tahan jugak laa sakit nya bila baby 'A' buat camtu. Pendek nafas aku dibuatnya.

Nih gambar perut terbaru masa aku temankan Mamoru shoot gambar untuk rehearsal konvo MSU kat PWTC aritu.



Aku lepak sengsorang kat tingkat 5 tunggu Mamoru. Taim nih PWTC ada book fair - tak koser lah aku nak berasak gegamai kat ground floor tu (kalau tak, sure terserempak dengan cik puan Aizura kan?). Nasib baik kat tingkat atas tak ramai orang - syiok je lepak sambil makan + makan + makan lagik.




Teng tenengggggg.. sori gambar nih aku crop tang kepala. Mamoru snap masa aku tengah lena.. *cess*.. Yerr, dalam keadaan camnih, sambil duduk pun aku boleh tido tau (janji perut kenyanggg). Cuba tengok tang perut tuu.. ada ke adik aku cakap aku bubuh belon dalam baju??? Macam belon kah uols???

Wednesday, April 22, 2009

Esok fly ke Sabah

Tak sempat nak update apa-apa kat sini.

Semalam, seharian bz dengan keje. Hari nih pun sama. Maklum lah, esok nak cuti. Nak tanak, kena lah tunjukkan tahap kerajinan yang melampau dalam sehari dua nih.

Esok, aku & team xpdc Mamoru depart ke Sabah. Untuk 3 hari pertama, kami juzt lepak kat KK town - melancong sambil melencong buat island hopping. Kena nikmati pepuas percutian kali nih. Kira nih vacation yang last sebelum aku terbongkang atas tilam - berpantang 44 hari.. hihi.

Tak lama aku kat Sabah. 3 hari je. Hari Sabtu aku dah balik semula ke KL. Mamoru & the gang je yang akan teruskan trip derang ke Poring & Kundasang sebelum start mendaki Kinabalu nanti.

Ikutkan hati, nak jer aku ikut sampai kaki gunung Kinabalu tu. Pastu tunggu derang kat Mersilau resort / Kinabalu Park. Tapi tak mboh laaa. Perjalanan dari KK town ke sana amik masa 2 jam - lama tuu. Pastu cuaca kat sana berganda-ganda lebih sejuk dari Cameron / Genting. Better aku balik je dari tanggung risiko yang bebukan.

Note to kengkawan semua: Doakan perjalanan aku & team xpdc Mamoru selamat pergi dan selamat balik ya!

Note buat baby 'A': Jangan ne-notty k sayang. Mama nak bawa awak gi jenjalan nih. Mama nak tunjukkan kat awak tempat memula Mama jumpa Papa awak dulu.. hik. Sabar ya, jangan keluar sebelum masanya!

Monday, April 20, 2009

Jenjalan sambil shopping

PSabtu aritu memang sakan berjalan. Keluar rumah pukul lapan, tengah malam baru balik. Dari rumah ke;
  • KL Sentral - hantar Chua naik ketapi balik kampung
  • pastu pegi area Bukit Bintang - shopping bebarang yang aku idamkan *tenkiu Mamoru*
  • pastu gi Klang pulak - cari barang Mamoru (tapi tak jumpa)
  • pastu, pegi The Curve - amik barang (1) yang aku order online
  • on the way nak balik kami singgah Mid Valley - tengok cerita Pantas & Garang (Fast & Furious) sementara nak tunggu barang (2) yang aku order secara online jugak.. hihihi
  • malam pulak, pegi Kg Baru - amik laptop Abg Adib (dia minta tolong Mamoru repair)

Fuhh.. sangat tak sedar diri berjalan dalam keadaan sarat cenggini ok!



Nih gambar masa kat Mid Valley - tengah soru gegamai :)




Masa khusyuk tengok fashion show kat Mid Valley - sampai terduduk youu.




Me & adik no.4




Mamor tengah leka amik gambar model atas stage.

Trial make over

Its monday kan? Dan tak semua orang suka hari Isnin sebab kena start keje (sangat potong stim kan?). Anw, untuk menceriakan hari Isnin aku, meh layan xtvt yang sangat-sangattttt aku suka - apa lagi kalau bukan bermain dengan make-up.. hihihi

Model kali nih adalah adik perempuan no.4 (tocey adik sebab terpaksa sudi tadah muka!). Adik no. 4 adalah sangattttt berbeza dengan aku & adik perempuan no.6 sebab dia tak pandai bersolek (not to mention laaa sifat pemalu dia). Adik aku nih muka takde problem sangat (no jerawat), tapi ada beberapa kesan parut hasil dari kena demam campak (serentak dengan aku masa tahun 2003 dulu). Kesannya, terbentuk lah beberapa kawah-kawah 'chicken pox' kat muka dia..

Ok, tanpa membuang masa, jom layan hasil seni aku kat muka dia nih:



Nih muka adik no.4 sebelum make-over. Nampak sangat childish kan? Padahal umur dah 26 tahun ok!




Proses transformasi bermula.. (cewahh)




Aku terpaksa solekkan dia dengan pantasss sekali (sebab Mamoru nak cepat pegi PWTC taim nih).




Hasilnya.. ewahhh, tetiba je nampak matured adik aku nih.. hihihi.




Tukar tudung lain pulak. Aku tak ikat bebetul tudung tu.. aci sauk je - gosok pun idak.




Tu diaahhhh.. kalah bulu mata Rozita Che wan.. ahahaha




Sangat susah suruh dia berposing tau. Pemalu sangat dia nih.




Wuiiii... dalam memalu tu sempat gak bagi jelingan mautttt... *tepuk tepuk tepuk*.. Adik no.4 sekarang sudah bertukar wajah!

Thursday, April 16, 2009

8 bulan @ 32 weeks!

Teng tenengg.. dahhhh masuk 32 minggu hari nih (and counting)!

Ok, ingat tak minggu lepas aku duk tulih yang aku belum kena apa-apa simptom first / second / third semester? Takde morning sickness yg teruk, takde kaki sembab / bengkak, takde sakit belakang, takde segala-galanya lah kan?

Tapiiii... start dari dua tiga hari kebelakangan nih, aku dah rasa simptom susah nak tidur dik nonn (tuu lah, orang kata jangan riak, kan dah terkena.. hihi) Ohh.. agak hazab jugak lah bila jadi cenggini. Pusing kiri salah.. pusing kanan salah.. menelentang pun salah.. nak tidur menelangkup kang lagi laa payah - penyek pulak si comel dalam perut nih kang.

Tapi kira nasib baik jugak lah sebab taim starting nak tidur je aku camtu. Bila dah lenaaaaa, hah amikkk.. memang tak sedar diri sampai ke pagi.. hik.

Kaki krem? Alhamdullilah, jarangggggggg sangat berlaku. Setakat 32 minggu nih, tak lebih 10 kali aku kena. Kalau kena pun, adalah dalam 2 atau 3 saat je (tapi sakittt memang tak boleh blah.. hihi). Thanks to Mamoru yang pantas bertindak dengan mengurut kaki aku di saat aku memerlukan.

Mamoru sekarang semakin prihatin tau. Sampai aku naik segan pulak. Terlampau rajin sampai aku nak pakai / bukak seluar pun, dia tolong buatkan (part yang lelain toksah cerita lah kann - censored). Kengkadang tu, depan orang ramai pun selambe je dia duduk berlutut depan aku semata nak lipatkan kaki seluar aku yang labuh cecah tanah. Ohh.. bahagianya.. vangganyaa.. Harap layanan nih berterusan sampai aku tua kerepot nanti.. hihihi.

Perkembangan badan aku?

Tak timbang lagi lah. Kalau ikut minggu lepas, berat aku 45.2 kg. Nampak macam sikit, tapi bagi badan aku yang tak penah melebihi 40 kg, agak payah jugak lah nak membawaknya. Dah sampai tahap camnih, jalan memang tak boleh nak cover dik nonnn - bersepah!! Tak boleh nak maintain catwalk lagi.. hahahaha.

Cuma nasib baik lah aku dah biasa training bawak haversack berat-berat masa aktif mendaki gunung dulu. Mungkin tuu antara sebab aku boleh maintain jalan jejauh dan kekal aktif walau perut dah selambakk kedepan.

Sekarang nih, perut aku sentiasa menegang tau. Esp kat bahagian pusat. Pastu dah start rasa cam ngilu sikit kat bahagian bawah. Dari hasil pembacaan aku, tuu tandanya kedudukan baby dah berada pada tahap kelahiran (eiyy aperdaa ayat aku). Ekceli maknanya, baby dah enggage kat pintu rahim - dah ready untuk keluar (note for baby 'A' : ok, mama tau awak belum boleh baca blog nih, tapi mama harap, awak behave untuk dua / tiga minggu akan datang - sebab mama nak gi vacation nih - nanti awak dah lahir, mama kasi upah susu bebanyakkk ok? <-- rasuah.. hahaha)

Satu lagi part perut gatal - ohh.. yang nih adalah sangat hazab! Aku dah cuba dengan sedaya upaya untuk tidak menggaru perut. Aku tanak ada strech mark ok. Malu lah nak buat belly dancing depan Mamoru kalau perut penuh parut!! Aku nak sentiasa kelihatan seksi di mata Mamoru - biar terjojol mata dia menghadap aku sorang je.. hihihi. Tapi kengkadang tu terlepas jugak jari nih ke perut. Tapi aku tak garu lah. Just gosok-gosok beralas baju (kengkadang je guna sikat.. opss!!). Losyen perut? Aku kureng percaya krim-krim di pasaran nih. Doktor Rusila tak advise beli segala jenis losyen nih. Cuma dia galakkan aku beli minyak zaitun yang kaler hijau untuk sapu kat perut. Aritu aku ada beli sebotol (RM 20) - baru try malam tadi - sangat berkesan ok - hilang segala gatal.. hihihi.

Perkembangan lain? Takde apa sangat. Aku masih menunggu kekalau kaki aku start sembab / bengkak. Setakat nih, kaki aku masih macam biasa. Aritu, masa temankan Mamoru main bowling, aku ada jumpa sorang perempuan pregnant 8 bulan macam aku, kaki & betis dia dah jadi besar & bengkak dik nonn. Gerun aku tengok kaki orang pregnant yang bengkak nih - kompem tak selesa nak berjalan kan? Aku penah rasa macam mana hazab kaki bengkak dulu - tapi tuu sebab aku pegi xpdc mendaki gunung 8 hari masa Trans-V2. Taim tu bukan setakat bengkak, tapi tapak kaki aku turut hancur! (ye lah, duk berjalan tak henti-henti turun naik gunung).

Anw, malam tadi Mamoru ada belikan aku besin comel (bentuk 4 segi) untuk aku rendam kaki dalam air panas. Sangat prihatin kan dia nih? Malam nih nak rendam kaki lah.. hikhik.

Ok, perkembangan baby dalam perut pulak:

Nak tengok gambar scan, sila tunggu lagi 2 minggu yer. Setakat hari ni, baby masih aktif. Dan perut aku dah macam getah jadinya. Kekejap leper, kejap lonjong, kejap bulat, kejap senget.. memacam bentuk lah! Ikut suka baby 'A' dia nak buat bentuk apa. Most of the time memang tak sakit, cuma kalau baby 'A' stretching badan dia kat dalam nih, memang aku jadi macam "oOOHhhhhh.." (sambil pejam mata kekuat) - maknanya, tengah tahan ngilu laa tu.

Aku ada plan nak cepatkan next appointment dengan Dr Rusila. Kalau boleh, biarlah sebelum aku depart ke Sabah minggu depan (seminggu awal dari tarikh appointment asal). Nak make sure aku bebtul fit untuk travel ke sana. Tapi masalahnya, untuk next appointment, aku kena amik injection aperntah. Takkan aku sanggup nak di-inject sehari sebelum depart ke Sabah? Buatnya aku flat lepas kena inject, camne nak fly esoknya? Tsskkkk... Tengok lah camner nanti. Kena plan bebetul nih.

Bowling tourney

Antara bukti sohih yang menunjukkan Mamoru gila bowling.. hihihi. Nih gambar masa tournament bowling anjuran parent kompeni tempat Mamoru keje. Tataw lah ada berapa kompeni yang join. Aku cuma kenal kengkawan se-opis dengan Mamoru je.. hik.

Tapi seronok gak. Aku tak terasa pun macam orang luar kat sini. Rasa enjoy je join derang semua. Boss-boss Mamoru pun sporting - semua kaki menyakat :)




Gambar aku wajib ada disetiap entry.. hihi. Orang yang amikkan gambar nih sangat baik hati tau. Peramah.




Dann... terbukti jua hasil kegigihan Mamoru training bowling nih bila team dia berjaya dapat tempat ke-2 (or was it ke-3?).. hahaha.. takpe lah, janji dapat hadiah.




Gambar gegamai dengan semua boss & staff

Tuesday, April 14, 2009

Solekan mata simple

Aku suka sangat main dengan make-up. Suka pakai mekap dan sukaaa mekap kan orang (read as: adik-adik aku.. hihihi). Tapi aku belum pro lagi dik nonn. Make-up pun sekadar ikut sedap mata aku memandang je. Nanti lah, aku amik kursus professional jadi make-up artist baru aku berani nak mekapkan muka orang lain.. hik.

Selalu tuu jarang aku nak upload gambar-gambar aku bermake-up. Mostly sebab banyakkkkk gambar syiok sendiri atau gambar yang aku snap tu tak clear (aku tak reti lah nak setting kamera nih).

Layan kan je lah gambar kat bawah nih. Model: aku sendiri laa.. hihihi. Sory yer, takde gambau 'before'.. semua yang 'after' je. Aku pun tataw mode apa yang aku guna untuk kaler nih. Kita namakan mode 'earthy' je lah ek.. hihihi (pepandai je aku).



Ada tiga jenis warna yang aku guna; kuning, coklat & hitam. Eye liner pulak aku tak pakai seluruh mata. Aku calit kat dari bahagian tengah kelopak mata hingga ke bahagian luar kelopak mata. Pastu bubuh maskara lite-lite je.




Gambau finishing dedua kelopak mata pulak.. hihihi.




Tatt tarrraaa.. nampak cam natural kan? Takde over sangat. Sesuai untuk keluar jenjalan.




Satu lagi gambar aku up kat sini.. err.. tapi yang nih kurang pencahayaan lah. Tak jelas sangat effect eye-shadow tu.

p/s: Jenama make-up yang aku guna semuanya jenis murah-murah sahajor.. hihi. Range dari Maybeline, Loreal, Silkygirl, Avon pun ado :)