Tuesday, October 31, 2006

anugerah terindah

my brother will be staying with me starting from next week kut.. *yey*.. cant wait! pasnih, ada la member nk ajak bertekak kt umah tu. tader la sunyi sgt. dan paling penting, at least aku ada reason yg kukuh utk balik rumah tetiap hari & kurangkan xtvt naik gunung (once a month for a start, maybe?). tho aku rasa cam berat hati nk tinggalkan outdoor, tp demi adik-adik, aku turutkan.. derang sumer anugerah terindah dlm hidup nih. takde apa yg lebih bermakna selain dari kasih sayang yg derang berikan.

talking abt raya tahun ni.. ada satu insiden pagi raya yg bebtul buat aku tersentuh - bapak merajuk.. seriyes, aku tak sedar bapak merajuk dgn kami adik-beradik. ya-Allah, derhakanya aku sebagai anak.

petang seblm raya, aku tertidur dlm bilik - penat mengemas umah. terbangun masa aku dengar suara bapak marahkan adik tiri aku yg pemalas yg amat. marahnya plak, bawak ke malam.. patutla masa last berbuka tu bapak tak jamah nasi pun. dia minum secawan air, pastu terus keluar umah. tp, masa tu aku cam bodoh.. insensitive kata org. tak perasan langsung.

pagi raya, subuh gaban bapak keluar tataw gi mana. masa sesi nk salam-salam pun bapak takde. aku ajak adik-adik gi kubur arwah ibu. kat sebelah kubur arwah, aku perasan ada beberapa puntung rokok bapak. hm, kesian bapak.. tataw berapa lama dia duduk kat situ - sure dia luahkan rasa sedih pada arwah mak.. taim nih aku rasa berdosa sgt. kalau la Tuhan cabut nyawa aku taim tu.. kompem hell punyerlah.

dekat nk pukul 8.00 pagi baru nmpk kelibat bapak. dia terus pegi belakang umah, duduk bwk pokok durian. aku tanya Aunt Shi pasal bapak.. dia juz angkat bahu. aku turut bapak.. kat bawah pokok durian tu gak aku cium tangan dia.. mintak ampun maaf. bapak diam - lama. aku plak cam tak terkeluar ayat nk berborak dgn dia. last, bapak cerita.. dia kecik hati dgn perangai adik-adik aku yg cam nak jauhkan diri sejak dia kawen dgn Aunt Shi.. kata bapak lagi, dia turut kecik hati dgn sikap adik-adik tiri aku yg tak boleh ditegur.. serak suara bapak bercerita. mengalir air mata mendengarnya.. betapa hati bapak terguris.. lama kami duduk kat kebun mini bapak.. daripada aku duduk mencangkung sampai laa aku terpaksa bersimpuh atas tanah. bapak plak, duduk atas buah kelapa tua - menghadap aku.. bapak tinggalkan aku sengsorang bila terdengar takbir kat masjid, tanda sembahyang raya nk mula.

"ayah dh sampaikan apa yg ayah rasa perlu.. terpulang pada Along mcm mana nk tegur yg lain-lain.. ayah sayang semua anak-anak ayah.. tak pernah ayah berbahagi-bagi kasih.."

(adik, dengar tak? ayah menangis.. sendunya tak kedengaran.. air matanya tak kelihatan)

balik dari masjid, bapak kembali ceria (not sure whether he's pretending or wut). well, at least it did 'save' our raya. since then bapak nak aku sentiasa ada depan mata dia.. hm, rasanya bapak mmg perlukan pendengar. lelebih lagi dari aku as anak yg sulung.. yg lebih byk menyaksikan sejarah suka duka hidup bapak.

Monday, October 30, 2006

manisnya senyumanmu


eksaited nk balik raya sambil dgr lagu tema:

hari raya.. hari yg gembira
penuh beerti.. sesama kita
tua muda.. miskin dan kaya
menyambutnya dgn gembira
berhati-hati di jalan raya
semoga anda selamat tiba
ucapan selamat hari raya
dari kami untuk semuaaaaa..

bakar lemang sambil dgr lagu tema:

menjelang hari raya, berahirnya puasa
bergema takbir senja menyambut syawal tiba
suasana riang ria terlihat sini sana
menyeri malam raya, terhias indah rupa

kacau dodol sambil dgr lagu tema:

kuih dan muih beraneka macam
makan la jgn hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi
wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman

alhamdullilah.. raya kali nih mmg tak menghampakan.. terima kasih yg tak terhingga buat ayah & adik-adik yg aku sayangi.. tak lupa juga buat Aunt Shi & adik-adik tiri.. korang la pembakar semangat dlm diri ni.. sayang korang.. sayang semua..

buat arwah ibu yg dirindui.. 10 tahun raya tanpa kasihmu.. aku redha.. semoga tenang di sana.. al-fatihah.

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



will be away for a week.. sempena hari yg mulia nih, aD doakan kebahagian buat semua yg mengenali diri ni.. semoga Syawal yg bakal menjelma membawa satu pengertian dalam hidup kita semua.

buat semua rakan senget, walaupun aD dh jarang join korang sumer, juz nk korang tau, aD still mcm dulu.. byk yg aD belajar ttg hidup nih dari korang.. aD takkan lupa sumer tu.. korang sentiasa dlm hati.. salam sayang buat sumer.

buat rakan sepergunungan, tima kaseh yg tak terhingga sbb buat aD lebih mengenali diri sendiri. tima kaseh juga atas teguran, tunjuk ajar dan persahabatan nih. tanpa korang belum tentu aD sekuat nih.

buat keluarga yg tersayang, ampun & maaf dipinta. terlalu byk kekhilafan yg dilakukan dan tak terhingga pula kemaafan sering diberikan.. korang sumer anugerah yg terindah dlm hidup aD.. doakan lah penghijrahan ini.. insyaAllah.

buat kekasih hati, tima kaseh kerana.. eh, wait de menet.. aku manader partner.. nak wish haper kejadahnya.. hehehe giler.. wish raya pjg berjela.. ngalahkan ucapan menteri nak pancing undi plak..

okeh la, jumpa lagi pasnih.. jaga diri.. jaga hati.. Selamat Hari Raya buat korang sumer.. aD mintak mahap bebyk dari hujung Padang Besar.. ke hujung Johor Bharu.. jumpa lagi.

askum wbt

Wednesday, October 18, 2006

paging for alleycats

Harinih 25 Ramadhan 1427 Hijrah.. juz ada 5 hari lagi utk berposer.

sakan aku amik cuti raya tahun nih.. start sabtu nih, sampai laa hari isnin lps raya.. 10 hari beb.. tp, spend kat melaka tak lama pun.. hari jumaat depan aku dh ada kt KL coz ada projek baekkk punyerrr.


ekceli nuthing much for today.. juz nk dediked satu entry spesel buat band favorita aku.. and now, presenting.. the legendary Alleycats..!!

ulps.. nih bukan David oke.. nih anak sedara dia.. aD Arumugam.. miahaha

back to de stori mori.. band nih sebenonya asal dari Penang.. ditubuhkan pada tahun 1979 (sama dgn tarikh lahir aku - no wonder ada kimia).. anggota band nih terdiri dari;

  • Loganathan Arumugam and David Arumugam - vocals
  • Tan Chin Hock - drums
  • Shunmugam Arumugam - lead guitar
  • Chester Anthony Passerella - saxophone
  • Khoo Fook Sin and Greenville - keyboards
  • Frank Ong - bass
  • aD Arumugam - penari latar (ulps, yg nih aku sesajer tambah - matila kena hempok dgn David)

yg best tu, derang boleh bwk lagu melayu dgn cemerlang sekali.. walhal ada beberapa anggota kumpulan nih tak fasih berbahasa melayu.. power arr. setiap album yg derang keluarkan plak mmg berhantu!

tataw la naper aku minat giler kat kumpulan Alleycats nih.. teringin bebenor nak tengok life performance band nih. tujuan aku tulih entry nih pun juz nak tanya kut-kut ada sesaper tau kat mana derang ada buat show, inpom la kat macikk nahh (tak kira lah kat club, pub, hotel etc).. *fanatiknya hakuu*

ok laa.. tu je..

Monday, October 16, 2006

meriam buluh

if laa, sumone ask abt my wiken, surely aku jawab.. it wuz marbeles!

sabtu rituh, aku gerak ke Tg Karang dgn chua & fazi. ada berbuka gathering dgn sumer instructor kem Ampangan. kalau ikut plan asal, kami nk buat mejelis tu kat dalam kem.. last menet, tukar plan.. owner kem tu tak dpt dtg. so, tak manis la kalau buat mejelis tanpa tuan punya tempat.. sib baik syafiq volunteer nk hold gath kat umah dia. tunang syafiq, tuty volunteer nk masak sup & rendang.. alhamdullilah, murah rezki bulan Ramadhan nih.

arrived umah nenek fazi dlm kul 3.00 ptg...unload barang dari keta, pastu terus start siang ayam. enjoy btul bila memasak gegamai nih.. fazi amik port siang ayam. sampai 4 ekor ayam tuu.. chua plak tolong cuci kuali.. aku & nenek duk bz potong cili ngan bawang.. menu: ayam masak merah.

part yg best, bila kami kena goreng ayam guna dapur kayu sbb kuali yg diguna tu terlalu besar.. takut ayam lambat masak kalau guna dapur gas. mrasalahhh masak syle orang dolu-dolu. nenek tak bagi aku handle dapur kayu.. takut sangat aku kena minyak panas.. even taim nk hidupkan api pun dia tak bagi aku sentuh.. iskkkk nenek nihhh..

sementara chua & fazi goreng ayam kat luar, aku bz masak sambal & nasi impit. dekat kul 5.00 ptg baru sumer settled.. legaaa. masa tengah lelepak, aku ajak derang pegi petik buah mangga. cadang nk petik dua, tiga bijik je.. sekali derang pedajal petik satu plastik besar.. nenek plak, siap bwk galah.. *matilah sakit perut melantak mangga*

taim nk gerak ke kem, pacik fazi tanya aku nak kelapa muda tak? uishhhh.. peberet tuu.. laju je aku cakap 'nakkk'. rasanya hampir satu tandan kelapa muda pacik fazi petik. dapat penuh satu bekas besar air kelapa muda! best! best!

tepat kul 6.30 ptg, kami gerak ke umah syafiq. ekceli umah syafiq terletak bebtul kat tengah sawah (dekat dgn kem). view sepanjang jalan mmg pehhh.. o~la~la.. kena pulak taim padi tengah berbuah (chua ckp padi tak 'berbuah'.. dia suh pilih ayat lain utk describe padi yg dh start 'berisi' or is it 'berberas'.. ntah, konpius la. BM aku bukannya power pong. lantok).. eniwei, aku mmg teruja tgk sawah yg luas nih. syahduuu.. terasa btul meriahnya raya kat sini. esp, kalau jenjalan pakai baju kurung / melayu kat tengah sawah.. lahaiii.. indahnya tradisi melayu.

tak sangka ramai jugak yg datang.. selain our host, syafiq & tunang (plus parents syafiq), kuding & friend, hawa, man & gelpren dia (zu), pengantin baru (zin & effa), najib, wood and.. err ada lagi ke? tak ingat arr.. aper pun, mmg meriah.. aku mkn tak hingat dunia.. senak perut dibuatnya.

lepas mkn, kami lepak kat depan umah.. maceh kat syafiq sbb tolong cabut serumpun padi utk aku (nak keringkan & bubuh dlm frame).. nak main bunga api, tadok stok la plak.. main pelita je laa.. oh yer, aku belajar ayat baru.. selain dari panjut, pelita jugak dikenali dgn nama damaran kat area Tg. Karang nih. pelik kan bunyiknya? disebabkan ada byk slang / loghat org kat situ yg aku tataw, teruk giler aku kena bahann.. taper, sabau.. sabau.. kalau korang dtg melaka nnt, siap laaa..

dalam berborak tu, derang bawak keluar 3 bungkus karbait. uiks?? hidup-hidup aku kena tipu dgn chua.. nak pasang damaran karbait katanya.. walhal derang nak bakar meriam buluh!!! giler arrr.. yg buat aku cuak tu, meriam yg derang nk guna bukan dibuat dari buluh.. ntah besi mana derang amik. bapak punyer besarrrr!!! kalau sumbat kepala aku yg comel nih, sure muat punyerlah.. panjang meriam besi tu, ada laa dalam 2 meter lebih)

tapii.. hehehe.. dalam tetakut tu, aku curious gak.. sempat gak aku menyelit tengok wood, chua, syafiq & kuding bubuh mixed-kan karbait dgn air sebelum masukkan dlm meriam besor tu. kat hujung meriam, ada satu lubang kecik. derang tutup lubang tu dgn kain. taim nih sumer org lari jejauh.. aku siap nyuruk belakang pokok lagi tuu.. lepas tunggu dlm seminit dua (tunggu air dgn karbait sebati kut), baru la syafiq alihkan kain buruk yg tutup lubang meriam tadi & cucuh api kat situ (guna kayu yg pjgnya dlm semeter).. bunyik diaaa... bapakkk punyer kuatttt!!! bak kata froggie, terpanjat makkk..

bukan sekali dua derang bakar meriam tu.. byk kali.. sampai aku yg tengok drpd jauh rasa cam best plak nk tgk dedekat. bila aku ckp nk try cucuh sendiri meriam tu, derang macam.. "biar betik budak aD nihh??!!!!".

berdebar giler jantung nih masa pegang kayu yg dinyalakan dgn api kat hujungnye. aku suruh chua berdiri dekat dgn aku.. cuakk seyy!!! bila wood suruh cucuh meriam tu, aku pun halakan api kat lubang meriam.. tangan kanan duk pegang kayu.. tangan kiri aku genggam tangan chua.. tp, aiseyyy tak meletup plak.. try lagik... bOOoMm!!! makkk datukk, barai jantung hakuuuu... jatuh terduduk aku kat tepi semak tu.. bingit telinga.. sumer org cuak tgk aku jatuh.. tapi pastu sumer pakat gelak mcm org giler.. bahan aku laa tu.. huh! hilang macho aku mlm tu.. bertambah malu bila fazi duk rakam aksi kitaorg bakar meriam.. haruuu.. yg best, bukan sekali tu je aku buat.. byk kaliii.. miahahaha. aku sorang je pompuan yg join keje giler camtu. yg lelain sumer duk jejauh.

lepas penat main meriam, kami gi supper plak. perut still kenyang.. so minum je lah. sangap aku dibuatnya duduk kt kedai makan tu.. ngantuk~~ dekat kul 2.00 pagi baru balik umah nenek fazi. supposed mlm tu gak balik KL.. memasing dh tak larat. tido umah nenek fazi je la jawabnya.

sampai umah, nenek siap kan bantal & kain selimut.. tp, mata cam segar plak.. chua start potong buah mangga, haper lagi.. sampai kul 4.00 pagi layan buah mangga cicah kicap.. syedapppp. tak ingat kul berapa aku tertidur kat ruang bawah umah tu.. sesedor je jam dah pukul 7 pagi. chua & fazi plak tido kat atas tikar depan aku..

masa aku tgh makan buah mangga dgn chua & fazi..
fazi: we should do diz more often..
aku: wut?
fazi: spend more time together.. 3 of us.

guys, i love u both - korang mmg kawan yg baik!.. *hugs*

pagi ahad, lepas mandi, aku pegi cuci kuali yg hitam legam kena api dapur kayu pastu kemas apa per patut.. aku plan nak balik KL awal.. sekali nenek cakap dia kena pegi umah org meninggal.. nenek suh jaga Tia (Atira) sekejap. aku angguk je.. lagipun, balik KL awal bukan ada apa. sementara nk tunggu nenek, fazi ajak pegi Pantai Remis. Tia seems so exited..

masa tgh ikat rambut Tia, dia ckp aku nih mcm ibu dia.. pastu dia naik atas riba & peluk aku ~ lama. aku balas pelukan dia. sedih sey.. fazi pun terdiam tgk telatah Tia.. pastu Tia tak henti-henti cium pipi aku.. yg kelakar tu, even bibir aku pun dia nak kiss.. aiyarkk.. sib baik aku sua kan pipi.. uiks Tia.. tamau.. tamau.. hm, kesian Tia, kecik lagi dah hilang mak-ayah. aku ada belikan dia baju raya.. hope she like it.

utk first time dlm hidup aku boleh duduk melepak tepi pantai tanpa rasa boring.. lama lak tu.. dari kul 11 pagi sampai kul 4 ptg. selalu tu kalau org ajak piknik, cepat je aku rasa bosan.. kali nih, cam sumthing plak. zin & effa pun join sekali. kalau tak disebabkan ada nyamuk jahat masuk dlm telinga aku nih, sure lagi lama kami melepak.. eniwei, sib baik sumer ok..

lewat ptg, lepas hantar Tia balik umah nenek, kami gerak ke summit usj. berbuka gegamai kat sana. pastu main bowling sampai lebam.. then, gi supper plak.. dekat nak tengah malam baru balik umah.. huiiii penatttt.. taper, last enjoy ngan kekawan sebelum raya.. minggu nih, dah tak buleh jumpa lagik coz nak balik kampunggggg.. rayerrrr!!!!


Friday, October 13, 2006

bila aku membebel

menyintai tak bermakna memiliki? really meh?? huh, menyampah btul dgn ayat nih. kalau tak buleh memiliki, baik jgn bercinta. nape nak sakitkan jiwa..

cinta gelap? jangan buat pasai.. jgn ganggu hidup org.. aku dah kata, jgn monyet.. janggannnn.. tapi ko degil gak.. rasakan.

cinta tiga segi? segitiga emas? bermuda triangle? hm, sumer sikit lebih kurang jer.. bentuk segitiga tu sumernya tajam.. sakitt... golden triangle tu bahaya.. kalau addicted, penghujungnya, ke pusat serenti la kita.. Bermuda plak jgn di wat main, buleh menyesatkan.. sesilap, maut!

...cukuplah.


quote dari joyah;

cintaku utk Allah (swt)
rinduku utk Rasullulah (saw)
kasihku utk Ibu dan Ayah


p/s: hari nih, 20 Ramadhan 1427 Hijrah.. ada lagi 10 hari puasa. sekejapnya masa berlalu..

resepi kek batik

yea, dik non, bertemu kembali kita dlm episod kedua, Citarasa Belantara bersama chef aD.. okeh stret to de poin.. arinih, akak akan menunjukkan cecara utk memasak kek kain batik.. cara nak buat kek nih sangat laa sempoi.. tak yah guna oven or mikrowave.. pakai dapoq kayu pun buleh.. pakai stove laaaagiii digalakkan.. sememangnya resepi nih seswaiii utk org yg giler yg trekking mcm akak nih.. oke, kita toksah bebel pepjg.. meh tgk bebahan yg diperlukan.. lets!

mari blajar sambil tgk gambo.. oke, firstly kita amik sebijik periyuk yg ada bunga-bunga.. pastu bubuh 2 cawan air dlm piuk tu nahh.. then, guna cawan yg sama & bubuh 2 cawan gula pasiaq dlm air tadi.. kendian, panaskan dlm api yg sederhana yer puan-puan.. senang sekaliii

after dat, kita sukat plak 2 cawan milo dan masukkan ke dlm periyuk tadi.. ingat, sumer guna 2 cawan je tau.. then, lepas bebahan tadi mendidih, masukkan setengah botol serbuk koko.. sila rujuk gambar yer.. make sure saiz botol koko tu sama cam kat ateh nih.. kacau selalu oke..

lepas bebahan tadik sebati, kita masukkan setengah mangkuk margerin.. kalau nak guna butter pun buleh, tapi akak suker planta.. coz hasilnyer sungguhlah syedappp.. oke, pastu kita masukkan sedikit demi sedikit telur yg dah dipukul sampai kembang.. (2 biji teloq je tau).. taim nih, kita kena selalu kacau.. kalau dak, berketul-ketul la jawabnya nnt..

oke, lepas semua bahan tadik sebati, kita masukkan 2 sudu besaq perasa vanila.. nih utk hilangkan bau teloq tadi.. pastu, kita kacau sampai bebahan tadi jadik pekat.. and lasttllyyyyy, kita masukkan beskut marie yg dah dipatahkan dua kedalam periyuk.. make sure taim nih api dh dipadamkan.. sbb beskut nih cepat lembik.. kita tanaklah dia jadik hancur plak.. kacau pepelan.. agak-agak dah sebati tu, masukkan bebahan tadik dlm bekas tupperware / loyang.. tekan & padatkan sampai jadik cam gambo kat bawah nih.. err, apa?? tataw loyang tu haper? huh, tak koser akak nk terangkan.. pi carik kamus dewan.. tengok mukasurat doblas.


haa.. camnih la ghupernya bila dah di penyekkan dalam bekas.. kalau nak syedap lagik, tabur kan ler coklat rice.. nak bubuh lampu lip lap.. lip lap.. pun oke jugak.. maka siaplah kek kain batik kita.. tapi, kena ingat yer cik bedah.. lum buleh dimakan lagik.. kena letak dalam fridge dulu..



tadaaaa... camnih la corak kat kek batik tadik lepas dipotong.. err, jgn tanya akak naper corak dia tak serupa cam kain batik.. ntah ler, akak pun konpius.. bentuk cam kek lapis pun ader.. hm, lantok ler kan.. dah.. dah.. dah.. akak nak pegi wat shooting jadik crokodile hunter plak (ekceli, dah ngantuk sangat nih.. nk tido awal, esok nak sahur) ...maka sekian je resepi kek batik dari Channel VV.. jumpa lagik di slot akan datang pada tarikh dan waktu yg sama.. daaaa... zZzzz

Thursday, October 12, 2006

kad raya from Somphob Charenchit




posibble love??
anyway, diz is my first raya card dat i received diz year.. suprise.. suprise.. its from sumone who is non-muslim.. sumone who always remind me to take my sahur n wish me for my berbuka..
to diz sumone, thanks for everything.. juz wanna let uknow, I always think abt u.
*hugs*

Wednesday, October 11, 2006

trip lepas gian



XPDC Mendaki Gunung Perdah, Jasar & Berembun.. mendaki 3 gunung dalam satu malam!!

sebulan sebelum poser:

Muzs: aD, bulan poser nnt kita ada satu trip gi gunung Perdah & Jasar.. amcm?
Aku: cam menarik tu.. konsider aD join..

seminggu sebelum trip.. dpt email dari Uncle Lim:




Hi aD,
Nice to hear from u. I dah inform 4 org colleagues saya to contact u utk details. Anyway just to let u know, dia org sume newbie dan byk aspect trekking and camping sume tak tau, so i hope u blh tunjuk ajar dia org. Set tent pun tak pernah. Jadi I sincerely hope u blh guide them sbb u dah jadi otai he! he! he!. Selamat Berpuasa dan hope to see u in the next trip.
Bye,
LLK


lawak.. otai katanya. dia tataw aku hampir nyawa-nyawa ikan masa gi V2 dulu.


Sabtu, 7 Oct 2006

sangap tul hari nih. tak cukup tido.. janji ngan Joyah & Hany nk jumpa ngan geng Uncle Lim kat A&W Tmn Jaya kul 1.00 ptg.. tp, terlewat sikit sbb aku terlajak ke Asia Jaya.. hm, pesal la nama tempat-tempat kat KL nih sikit lebih kurang je.. confused.

1.30 ptg, lepas sesi babai-babai ngan Uncle Lim & sesi salam-salam dgn memember baru (Chong, Siau Wei, Sherly & Fini), kami gerak ke Cameron.. 2 keta dari KL - Siau Wei, Fini & Sherly naik satu keta, while Joyah, Hany, Aku & Chong naik satu keta lagik..

kt rawang, keta Chong problemo.. terpaksa pindahkan Hany & Joyah ke keta lain.. while Chong suh aku stay dgn dia coz aku nih byk ckp katanya.. kitaorg gerak pelan-pelan.. asal jumpa R&R je, sure benti tukar air keta. dekat nak berbuka baru arrived Tanah Rata. almost 6 jam perjalanan tuu.. penat sey!

sampai je kemsait, muzs & arman dah siapkan makanan utk berbuka.. lauk ayam masak merah (masakan org umah muzs), sup sayur & nasik tomato.. *yummy*.. ditambah plak dgn desert buah strawberi cicah ngan honey.. charer!

tak ingat kul baper kami start trekking.. kul 10 mlm kut? ntah.. lepas muzs briefing, kami gerak menghala ke pekan Tanah Rata. Arman awal-awal lagik dah buat muka pekat. kasut dia tertinggal dlm 4WD. terpaksa trekking pakai selipar jepun.. mmg menyengattt jawabnya.

trek ke gunung Perdah letaknya dlm 15 minit dari pekan tanah rata. merasalah pakai 'uniform' jln tengah pekan. starting trek sampai ke puncak mmg santai wong.. sesuai utk beginner. part yg klakar, bila aku kena jadi porter sbb Siau Wei & d`gang tak larat nak bwk beg, sweater, botol air.. sib baik la tak byk brg yg derang bwk. bila dah bawakkan brg, for sure la kena gerak ikut langkah depa.. kang kalau aku jln depan, buatnya depa nak minum, tak ke haru. Arman duk gegelakkan aku.. pegi berlenggang, balik sarat dgn barang.. cam baru balik shopping katanya.. taperlah, lagipun aku dh janji dgn uncle Lim nak jaga anak buah dia.

Ahad, 8 Oct 2006

almost 12.00 am, arrived Perdah peak. puncak dia agak luas gak arr.. buleh nmpk jelas lampu-lampu kat Cameron. Lepas snappy-snappy, kami gerak ke gunung Jasar plak.. trek ke gunung nih pun lenggang mak limah.. tak sampai sejam dah sampai puncak.. celebrato ~~ kul 1. 25 pagi, kami gerak turun ke kemsait.

kat kemsait, Muzs inpom, ada sorang trekker suruh shoot ke gunung Berembun.. taim nih aku mmg dah ngantuk tahap gaban. kalau tak sebab Topoi & Joyah beria ajak naik sekali, sure aku dh membuta dlm hammock.. ramai gak yg refused naik Berembun sbb memasing dh kepenatan.. ekceli, kalau ikut program, juz naik Perdah & Jasar je.. kira Berembun nih optional la..

nih kali ke dua aku naik gunung Berembun.. jalan pun cam malas je. aku jalan blakang skali ngan Salim & member dia. compare dgn 2 gunung tadi, Berembun yg paling tinggi.. 6 ribu kaki. serrjurrkk mmg tak hingat. otw nak ke puncak, sempat aku on d`phone dgn Bargading.. boring tgk trek yg sama punyer pasal.. *hehe*.. (oh ye, puncak gunung kat Kameren nih sumer ada roaming tau)

kul 4.30 pagi kami sampai puncak Berembun. tak lama lepak kat atas tu.. angin kuat. memasing decide turun cecepat. yelah, nak kejar sahur lagi.. taim derang turun, aku still melepak lagi.. pekena air teh dgn roti cekelat.. Mudly siap nyalakan unggun.. haper lagik, syok arr aku membuta kat puncak - ngantuk tak hingat. kul 6.30 pagi baru bangun, gerak turun ke kemsait - pastu sambung tido dlm hammock.

kul 10 pagi, Siau Wei kejutkan.. ajak pi jenjalan. lepas mandi & packing barang, kitaorg gerak gi Kea Farm, pastu shoot balik KL.. sepjg jalan aku zZzz.. (sory Chong, I fenat arr itu hari.. u dah makan nasik, of coz la kuat.. hehe)

Thursday, October 05, 2006

lets joget

kebahagian tu.. definisi dia terlalu luas..

aku ckp kat sorang kawan nih, buat pe nak sesusah kejar kebahagiaan.. kenapa tak cipta sendiri.. bukannya susah pun.. juz start dgn satu senyuman.. insya-Allah, kalau senyuman yg kita ukir tu tak mampu buat kita hepi, at least ada org lain yg akan hepi.. so pada kawan aku nih, always put a smile on ur face nehh. di bulan yg baik camnih, sumer org deserve to be hepi.. kalau dlm diri tu rasa kosong, pe kata kita buat rutin-rutin remeh yg selalu di abaikan.. lets start with bangun utk bersahur.. mengaji.. solat subuh.. pegi keje.. balik keje.. berbuka.. tarawih.. well, kalau still gak tak dapat kebahagian.. dapat ketenangan jiwa pun bagi aku dah memadai.. tak gitu?

dah.. dah.. dah.. jgn di layan emosi nih.. tgk cam aku.. cOol je.. *prasannyerlah*

ekceli arinih mood tak baper ok. meeting tadi cam ampeh. lek-lok aku dah confirmkan dgn Ning Associates nak amik dia perform utk upcoming dinner nnt, skali kena kansel la pulak. alasan Exco, bayaran tinggi sangat. Ler, ritu masa aku forwardkan quotation, sumer ckp okeh. Nih, bila dah book bagai nak rak, suh kansel plak.. sengal tau.. hish, mana nak letak ayor muka aku nih, cuba habaq sket..

ok taper.. rileks. bulan poser tak buleh memarah.. kena serrrrjjuurrkkk..

lets ckp pasal persiapan raya plak.. *matila baru 12 hari poser dh meroyan nk berayer*.. lantok ler kan... rituh, duk beborak ngan adik lelaki aku dlm phone.. kitaorg plan nak cat umah.. terangkat 'kening ziana zain' aku nih bila dgr dia nak cat umah tu kaler ijau cair + ijau gelap.. *eiyyy tak sukanya*.. almost berperang dlm tipun gak arr. sib baik dia keje kat melaka. kalau tak sure kena baling ngan mercun.. huh, kaler ijau? tak koser ok..

taaapiii saper lah aku utk bersuara.. *cewaah*.. btul gak ckp dia.. aku bukannya slalu ada kat kampung, so watper nak bising. kata dia lagik, agak-agak kalau tak suka tgk dinding tu kaler ijau, tidur je lah dlm reban.. tak pun share kandang dgn 'sabariah & daniel'.. *uuu syedihhh tau bila aku yg comel nih diperlakukan sebegitu*.. dah jgn mengarut aD!

as ussual, raya tahun nih kitaorg adik-bradik (oh luper, campur adik tiri skalik), akan buat lemang. nenek plak plan nak kacau dodol.. meriah laa.. sure saat-saat camnih bapak sibuk kira ayam 'sekampung' dia.. takut aku rembat sampai 15 ekor cam taun lepas.. *miahahahahaha*..

***************************************

err.. ada org tanya, hepi ke life aku skrg nih?.. hm, camner nk jawab ek? ikutkan, aku pun tataw sama ada aku hepi atau tak.. live a busy life, buat aku takde masa nk fikirkan ttg diri sendiri.. sesekali ada gak terlintas dlm paler ttg memender nih.. tp, ntah.. malas nk layan perasaan.. wat masa skrg, aku bz hepi kan pemili.. bz hepi kan kenkawan.. bz hepikan boss.. *pehh bz btul aku nih ek?*.. tu laaa.. asyik bz buat org len hepi sampai aku tak ingat sama ada aku dah hepikan diri sendiri ke belum.. *hua hua hua*.. buleh acamtu?

melenggang hai melenggang
dengan tari lenggang
kalau baik hati nanti orang pun sayang

menjawab pada soalan.. hm, rasanya aku tenang skrg nih.. *smiles*

wish evrybody hepi

Baru sampai umah.. ekcceli baru balik dari Kuala Selangor with my bestfriend, Fazi. Dia seems not so hepi lately.. thought nk cheer kan dia hari nih.. realize dat the only thing yg boleh buat dia hepi is his grandma.. so, aku ajak dia pegi umah berbuka kat umah nenek dia.

Maka tadi, tepat kul 4.30 ptg, kami gerak ke Kuala Selangor. Memula plan nak beli je bahan utk berbuka kat bazar Ramadhan coz tak sempat nak masak bagai.. tapi bila fikirkan feel taim berbuka tu lain sikit kalau makan lauk yg dimasak, aku ajak dia singgah pasar.. beli ikan ngan sayur.. masak je lah..

Ekceli, diz is my 2nd time masak kat umah org lain.. bezanya yg 1st dulu masak gegamai.. kali nih, aku sorang yg konker dapur.. selamber je aku buat dapur umah nenek dia cam dapur aku.. *hehe*.. agak kelam kabut jugak la sbb nak prepare 3 dishes dlm masa sejam.. tp, alhamdullilah sempat gak siap sumer lauk aku.. ada sambal tumis ikan kembung, sup sayur campur & pucuk paku masak lemak cili api..

Tak sangka dapat sambutan gak lauk pauk aku hari nih.. Atira (aku penah citer pasal dak kecik nih dulu), suka sgt mkn sup sayur yg aku masak.. maybe sbb lauk tu tak pedas compare dgn 2 lauk yg lain tu.. Nenek also enjoyed the sambal ikan & gulai pucuk paku (even its a bit salty - puasa katakan).. and of coz aku hepi bila tgk org keliling aku hepi.. wuts friend for aite?

Lepas berbuka, aku pegi umah macik dia plak.. derang tengah buat kuih raya utk dijual. sempat gak pekena kuih muih yg dia hidang.. syedappp.. nyum nyum.. kitaorg borak sesambil tgk dia adun kuih.. rasa feel je nak raya tahun nih.. yg best tu, dapat satu balang free kuih almond london.. *maceh ek*.. sebelum balik, sempat aku pi rembat buah mangga epal kat depan umah fazi.. besar beb! kalau cicah ngan kicap.. perghh layann.

Masa otw nk balik, fazi ckp dia cam tak caya yg his cold-hearted uncle boleh berborak dgn aku. Kata fazi, normally he will never talk to stranger esp pompuan.. Pacik dia nih quite religious orgnya. Aku plak tadi pakai taram je pegi umah nenek dia pakai office attire.. *matila pakai skirt*.. sib baik nenek bagi pinjam kain batik.. kalau takkk.. personally aku rasa, its easy to approach sesiapa pun.. cold-hearted ke.. cold-blooded ke.. *hehe*.. semuanya bergantung pada cara kita bwk diri sendiri.. kan? kan? kan?

Erkk.. dah pukul 2.10 pagi?? alamakk nak kena tido awal.. esok ada Exco meeting. Alrity, time utk zZzzz.. (oh ye, hari nih 12 Ramadhan..)

Monday, October 02, 2006

Gath Berbuka Outdoorians


Projek :
Trekking santai wong sambil berbuka puasa

Lokasi :
Istana Budaya, KL

Tarikh :
Sabtu, 30 Sept 2006

Komen XPDC :
Seramai 115 org hadir ke majlis nih.. hm, cam pelik sikit coz, bila jumpa atas gunung dressing selekeh, selebet.. tak sangka mlm tu haibat sungguh penampilan memasing.. pehh uu~la~la.. mmg happening.. thanks & Selamat Berpuasa buat sumer..

Mekaceh pada :
Crew Gunung Online (G.O), Crew Kasih Hutan Kita (K.H.K), photographer (aku pau gambar nih dari Nije & Bargading), semua rakan sepergunungan & Muz S.O.S for the V2 cert.. cunn sey!

More x-clusive photo klik kat sini :
&