Tuesday, August 28, 2007

final touch up

Another good thing happened this morning.. so, cakap apa? alhamdullilah, murah rezeki.

Hari nih nk bank in duit abg Mat Saiko. Kan hari tu aku dah janji nak ikut dia pegi xpdc Gunung Gerah (31 Ogos) tapi terpaksa kansel last minit sebab majlis pertunangan yg nak diadakan nih. Abg Mat dah dulukan duit dia beli tiket train. Jadi kena lah mengganti balik. Tak banyak, RM 50 je. Nasib baik dia belum beli rations, kalau tak bertambah banyak lah nak membayar. Minta maaf sesangat kat dia sebab tak dapat join trip kali nih. Memang ralat tapi tak terasa sangat sebab Muz (Silver Outdoor Sports) ada buat trip pegi gunung yg sama hujung tahun nih. Yang bestnya, bukan satu tapi dua gunung sekaligus yg SOS buat. They called it Trans Benum (tawan Gunung Benum & Gunung Gerah sekaligus). For sure trip nih amik masa seminggu! Tak sabarnya nak tunggu.

Sehari lepas majlis Jumaat nih, Mamoru~kun ajak aku gi jaga peserta kayak kat Kuala Selangor (masakkk aku nak pikir alasan utk escape lepas kenduri nanti) Jabatan Belia Sukan negeri hantar almost 140 peserta utk berkayak sepanjang sungai Selangor. Mamoru punya outdoor club terlibat sama dlm organize xpdc nih. Ada dua sessi: 1 & 2 September utk sessi training. 7 & 8 September baru start xpdc. Not sure about my part. Sama ada duduk menebeng kat tepi sungai atau join sama berkayak. Either one pun aku tak kisah. Aku enjoy jadi sukarelawati buat keje-keje outdoor camnih.

Esok aku start bercuti. Maybe malam gerak ke Melaka. Petang nih lak nak gi amik kek & baju yg aku tempah. Pastu bla bla bla.. Hmm byk mender nak kena settle sebelum balik kampung. Harap sempat siap semuanya.

Talk to u again next week. Salam.

Monday, August 27, 2007

announcement

Rasa panjang je wiken kali nih. Serious.

Betul lah cakap orang, shopping nih salah satu dari terapi menghilangkan stress. Berkesan sungguh. Tapi jangan lah shopping berlebihan.. konpem bertambah stress bila poket kembali kosong. Kan?

Jumaat rituh, aku gi mencari barang-barang kraf. Dari KL sampai ke Nilai 3 aku pegi. Nih kali kedua aku gi Nilai 3. First taim dulu masa ada golf tourney kat Mantin. Tapi taim tu aku pegi sekadar melawat kawasan. Ronda-ronda je, tak turun dari keta pun. Kali nih aku pegi lagi & berjaya jejakkan tapak kaki aku yg comei nih kat sana. Tak round abis lah. Masa tak cukup. Pegi dgn matlamat nak cari barang kraf je kan, so pegi kedai kraf je lah. Besar giler besar tempat tu kan? Kagum aku.

Kalau dikira, tak sampai 5 buah kedai kraf yg aku singgah. Kedai kat sana tu besar-besar belaka. Ikutkan pegi satu kedai je dah memadai. Tapi, demi menyahut seruan kerajaan supaya menjadi pengguna yg bijak (cewahh), maka kena lah aku survey harga kat dua tiga kedai lain kan? Memang puas hati lah. Semua barang yg aku nak ada. Harga pun berpatutan.

Kalau ikut style Mamoru~kun, dia lebih suka beli barang-barang kraf yg dah siap berhias. Senang & tayah nak sesusah payah decor-hias bagai. Tapi dah dasar aku nih sukakan cabaran & kelainan, aku prefer decor hantaran aku sendiri.

Err did I wrote 'hantaran'?.. *wink*.. Yes people, I'm going to engage! Date? Diz coming Merdeka. Ok sebetulnya, tarikh 31 Ogos nih sepatutnya hari Merisik. Mcm yg kami (me & Mamoru~kun) planned, bertunangnya supposed to be hujung tahun. Tapi last minit plan berubah. Nak dijadikan cerita, minggu lepas kan aku balik kampung. Nak bincang dgn family pasal Merisik nih lah. Sekalikkk.. nenek suggested kami bertunang terus. Bapak & Aunt Shi ikut je cakap nenek. Family Mamoru pulak mmg tak ada bantahan. Derang lagi suka kalau dipercepatkan. Yang terkejut + nervous + panik = aku lah kan. Kelam kabut nak menyediakan preparation dalam masa yg tak sampai 2 minggu!

Perasaan aku? Seriously aku nervous (and excited of course). Walaupun sebelum nih aku tahu aku bakal bertunang hujung tahun (kalau ikut plan asal), tapi kan, 'merancang' dan 'merasai' perkara nih adalah dua perkara/situasi yg berbeza. Separuh dari diri aku sendiri macam tak percaya. Banyak kali aku tanya soalan bodoh kat Mamoru - is diz for real? Nasib baik dia tak bosan jawab soalan tu. Hik.

Honestly, aku tak penah rasa hepi camnih. Rasa dia lain sikit. Tak macam rasa hepi masa konvokesyen dulu atau masa dapat keje yg aku impikan nih. Sejujurnya, bila dah sampai tahap nih, aku rasa relation yg bakal aku bina nih betul-betul secured. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi kan, bila aku compare dengan my previous relationship, I never felt anything like this: secured. Maksud aku, orang sekeliling realize / grant / acknowledge / accept / recognize.. ala susahnya nak pilih ayat.. camner ek nak terangkan.. haaa, dapat pun, orang melayu cakap 'restu'.. 'direstui'. Ok kita create ayat tadi balik: Maksud aku, relation yg direstui oleh semua pihak.

Betul, mungkin ada yg cakap, mana-mana relation pun sama je prosesnya --> bertemu, bercinta, dan kekal bersama atau berpisah. Untuk itu, aku berserah pada qada' & qadar utk menentukan hala tuju hidup aku seterusnya. Buat masa nih, aku sangat bersyukur & berpuas hati.

Ok, sambung cerita tadi: Hampir dua jam gak lah aku menghabiskan masa belek-belek hiasan kat kedai kraf & bunga kat Nilai 3 tu. Yang best, Mamoru langsung tak bersungut cakap penat ke, panas ke or lapar. Instead, dia jadi penolong yg hebat. Siap pilihkan barang, bagi idea, tawarkan harga & tolong angkat barang. Hik! Thought kaum lelaki tak suka buat keje-keje leceh nih. Guess I'm wrong ey?

Kalau ikut aku, biarlah kenduri ni dibuat penuh kesederhanaan. Tak perlu pakai baju ala-ala pengantin mcm kebanyakkan orang buat masa bertunang. Aku rimas dgn baju lip-lap-lip-lap nih (nampak je feminin aku nih tapi dalaman kasar jugak) Bila aku suarakan ketidakpuashatian, ramai pulak yg protes - dari kekawan rapat sampai lah family. Ada ke derang cakap aku tak up to date.. cheitt. Nak suruh aku tempah baju yg vogue-gedevass tak boleh laa kan. Mana ada orang nak terima tempahan dalam masa yg sangatttttt singkat. Haper ingat aku kaya sangat boleh tempah baju kat Jovian Mandagie / Radzuan Radzwill seminggu siap?!! Nak sewa, memang boleh tak ada masalah, tapi berbalik pada pendirian aku tadi, aku tak suka pakai baju berenda yg sarat-marat dgn bling-bling nih. Aku dah tempah baju kurung johor kaler hijau lumut - plain je. Kain pulak jenis songket warna yg sama. Penat ok carik kain tu. Bersusah payah aku mencari tukang jahit yg mampu siapkan dalam masa EMPAT (4) hari! Tapi, pasnih kalau aku upload gambar yg lain dari baju yg aku tempah nih, korang jangan tanya banyak. Maknanya aku dipaksa dalam terpaksa lah tuu.

Sabtu pun sama. Still tak habis dgn shoppingnya. Dari Mid Valley --> Sogo --> Masjid India. Pening nak mencukupkan bilangan hantaran. Sampai ketandusan idea dibuatnya. Camnerpun alhamdullilah, semua cukup. Malamnya pulak, berhempas pulas aku memulas dawai, playar, reben, bunga segala mak nenek bagai nak membuat decoration. Sampai ke subuh jugaklah nak menyiapkannya. Habis melecur jari comel aku kena gam pistol yg panas masa nak lekatkan bunga.. *sob sob*.. Menjadi jugak lah gubahan aku. Nak kata cantik tu pada aku cantik lah, pada orang lain tataw pulak. Tengok je lah nanti.

Ahad, pagi-pagi aku gerak ke Melaka. Dengan Mamoru & dua adik lelaki. Tak manis kata orang kalau balik berdua je. Tu yg aku bawak adik-adik sama. Kat kampung, bincang tentang persiapan dgn family. Bapak siap nak sewa canopy. Humangg ramai sangat ke jemputan? Nih dah lari dari konsep 'sederhana' yg aku nak.. camno den nak buek nih?

Kita tunggu dan tengok je lah Jumaat nanti..

Friday, August 24, 2007

nervous II

Aku menang mudah. Confirm tayah pegi Penang. Alasan & hujahan aku cukup untuk buat sumer Exco terdiam dan pastu tersenyum meleret-leret.. Panas rasa pipi nih tahan malu. Hik.

Ok now aku nervous. Byk mender nak dibuat dalam jangka masa yg terlalu singkat. Tiba-tiba je aku jadi seorang yg sungguh tak cool.. kening dah start berkerut - kalut. Dalam keadaan camnih, bila-bila masa je aku boleh jadi pak mak turut. Orang suruh buat camtu, aku buat camtu.. orang suruh buat camni, aku buat camni. Muka blur manjang.

Semlm gi makan durian. Bapakkk punyer besar durian tu. Sebijik je dah 6 kilo! Isi toksah cakap lah.. seulas je dah sebesar penumbuk, warna kuning, sedappp lak tu. Bau fuhhh menusuk kalbu. Tapi cam biasalah, aku makan tak sampai seulas. Besar sangat. Makan lebih kang, terlantar atas katil la jawabnya. Even Mamoru pun stop makan bila sampai ulas ketiga. Lebihnya tapau bawak balik umah.

Pacik yg jual durian nih duk promote durian "Kunyit" kat aku. Kata dia warna isi durian tu cam warna kunyit, tebal, sedap, etc.. Silap lah dia. Aku bukan penggemar durian. Kalau dgn Mamoru boleh lah. Mmg peberet dia buah nih. Menurut pacik tu, orang-orang sekarang duk gred durian dgn memacam Ds. Ada D24, D2, D101 dan ntahapehaper D lagi. Tapi kalau ikut orang lama, derang ada cara nak bagi gred sendiri. Selalunya, cara derang lagi tepat. Kalau korang nk try durian yg best, tayah lah pepening pikir nak pilih D berapa-berapa. Cari je durian Kunyit atau durian Udang Merah. Kompem terangkat. Tapi harga dia pun boleh buat korang terangkat jugak lah.. sekilo paling kurang RM 25 inggit!.. *pehh*..

Malam tadi gi shopping kat Sogo. Sempat lah grab 2 helai kemeja utk adik lelaki aku yg no.5. Sajer nak beli utk dia. Saiz M - hijau selai, krim selai. Sampai umah, aku tunjuk kat adik lelaki aku nih. Dia kata baju tu kompem longgar sebab dia biasa pakai saiz S - badan dia kecik je. So, tader lah dia try pakai baju tu. Hmm, nak buat camner kan. Aku letak je lah baju tu dlm bilik dia. Dalam pada tu aku cam rasa nyesal jugak. Naper lah aku tak call dia masa nak beli tu. Konon nak suprise.. *adeih*.. Tapiiiii kan, pagi-pagi tadi lepas aku gi keje aku dapat call dari adik lelaki aku nih. Dia call semata-mata nak cakap baju yg aku belikan tu sebenarnya mmg muat badan dia. Pagi tadi baru dia cuba pakai.... kann?? Sweet je dia nih. Takut aku kecik hati laa tu. Hik.

Okeh lah, jap lagi nak keluar. Shopping lagi. Orang tu suruh beli ini.. beli itu.. cemacam lah. Mengong je rasa kepala nih. Sebelum aku jadi lebih mengong baik ikut je lah.. kan aku dah bertukar menjadi gaban 'mak turut'..

hepi wiken folks, ceria-ceriakan hari anda!.. *cewahh*.

Thursday, August 23, 2007

USM ?

Nak marah nih.

Tiba-tiba dapat surat dari USM. Ada invitation sempena Hari Kecermerlangan haperntah 30 Ogos nih. Tau-tau je Exco dah booked return tiket ke Penang utk aku. Perginya 29/8 pagi, balik 30/8 petang.

Bosan lah. Takde kaitan dgn keje.

Ok. Ada kaitan sikit. Tentang sumbangan buku-buku dari HBS untuk USM. Pergi sana semata nak duduk-duduk habiskan masa tunggu derang jalankan program Kecemerlangan aperntah pastu aku punyer part sekejap je. Tak sampai 10 minit. Sekadar nak naik atas pentas, speech & serahkan MOU untuk donation buku-buku HBS. Perkara yg aku rasa sungguh tak perlu (esp bila aku awal-awal dah apply cuti starting from 29/8 onwards - balik Melaka!)

Nak ngadu kat saper nih? DO kat Mekah skrg nih - tgh umrah. Hujung bulan baru balik. Tader ke orang nak ganti aku?

Aku nak cuti!

wajah kesayangan hamba

Hampir setiap hari ada je mender baru berlaku. Kalau tak kat aku, kat orang sekeliling aku. Seronok tgk org lain hepi-hepi nih. Lebih seronok kalau kita sendiri yg hepi.

Petang semlm, gi Jalan Tunku Abdul Rahman. Kali nih tader survey-survey lagi - beli teruss. Penat gak lah turun naik semua bangunan yg jual kain kat Jalan TAR & Masjid India. Beli kain dari tempat lain.. baju pulak kat tempat lain. Susah btul nak cari padanan yg sama (esp kalau orang yg membelinya cerewet cam aku ni hah) Sabtu nih kena pi sana lagi. Beli kain utk adik-adik pulak.

Aku dah belikan buku STPM utk adik lelaki yg no.8 tu. Baru jumpa 3 bijik buku. Mahal ek buku bebudak sekolah menengah nih. 3 buku je dah RM seratus lebih. Ada lagik 3 buku belum dibeli - Bio, Math, P.Am. Semlm cari tak jumpa. Tangguh sabtu nih jugak lak nampaknya. Nih baru buku. Belum kira yuran sekolah dia lagi. Tak silap, rituh adik aku cakap yuran dia RM 119.00. Kena bayar awal bulan depan. Byk laa belanja aku bulan nih. Nih baru sorang, tak termasuk adik-adik yg lain.. *tarik napas jap*

Dalam berbelanja utk adik-adik nih, aku dah jarang pikirkan keperluan sendiri. Kalau dulu, sebulan sekali musti ada bebarang yg aku beli untuk diri sendiri. Sekarang jangan harap. Dah dekat setahun, selai baju baru pun tak terbeli. Tetiap bulan, asal tiba je taim gaji, otak nih dah berkira-kira nak asingkan utk adik-adik yang kat sini, adik yg kat sana, adik yg kat situ, kat sinun.. tu tak termasuk sewa umah, utiliti bills, duit dapur, etc. Semua nih aku bayar sengsorang (aku tak suka charge adik sendiri - bagi aku, mender-mender nih tanggungjawab aku). Lagipun nak harap adik aku yg baru grad tu, tak boleh lah. Dia pun baru bertatih kat KL nih. Kalau ikut perkiraan sebenar, purata untuk keperluan adik-adik je aku perlukan tak kurang RM dua ribu sebulan. Sewa umah + belanja dapur + bills, another RM seribu lagi.. *usap dada*.. Selalu tu bila dah tolak itu ini, yang tinggal berapa lah sangat, cukup-cukup untuk belanja aku je.

Aku kalau bab-bab duit dgn adik-bradik nih mmg tak penah berkira. Selagi ada aku bagi, kalau takde dulukan lah memana dulu, nanti aku back up lah balik. Apa lah sangat nilai duit yg ada sekarang kalau nak compare dengan masa depan derang. Bagi aku, kalau cerah masa depan derang, bahagia hidup aku. Kalau sebaliknya, tak ke aku yg merana nanti. Kakak mana yg sanggup tgk darah daging sendiri hidup susah??

Aku bersyukur sangat, walaupun gaji aku tak lah setinggi mcm certain 'orang-orang tu', setakat hari nih aku belum lagi berdepan dgn masalah kewangan yg besar-besar. Setiap kali saving aku dah sampai ke paras 'hidung', Tuhan sentiasa buka kan jalan, limpahkan rezeki. Mcm yg penah Mamoru cakap, "dalam nak menyelesaikan satu masalah, kadang-kadang masalah selesaikan masalah".

Term 'mewah' dalam life aku sekarang belum ada lagi. Nak merasa mewah, tunggu adik-adik aku tamatkan pelajaran derang dulu. Bila derang boleh berdiri atas kaki sendiri, hah, taim tu baru lah aku boleh enjoy duit gaji sendiri. Nak beli umah ke.. keta sampai dua bijik pun boleh (keta buatan me'sia laa hehehe). InsyaAllah. Maybe rezeki yg aku dapat sekarang bukan untuk aku sepenuhnya. Maybe tu sumer rezeki adik-adik, Tuhan sampaikan untuk aku berikan pada derang. Ada masa berlebih, ada masa cukup-cukup.. takkk cukuppp pun ada kenkadang tu.

Bila sekali-sekala berdepan dgn problem camnih, tak banyak yg boleh aku buat selain doa & tawakkal je lah. Mohon bebanyak pada Allah. Mintak dia permudahkan segalanya. Ye lah apa lagi yg boleh dibuat, takkan nak merompak bank. Nak pinjam pada bapak? Oh tidakkk.. dari zaman aku menjejakkan kaki kat universiti lagi aku tak penah memintak-mintak duit dari bapak. Family aku bukan orang senang. Sebagai anak sulung, aku mmg maklum sangat situasi bapak. Tanggunjawab dia lagi besar. Lagipun baper sen lah sangat upah yg dia dapat dari keje-keje kampung. Kalau dapat siapkan wiring kat umah orang, ada lah upah dia. Kalau dapat jenis orang yg tanak bayar upah atau bayar kurang dari kos wiring (biasa berlaku dikalangan sesama saudara), alamat bocor lah poket bapak utk bulan tu. Dari dulu aku pikir, kalau aku cakap aku tader duit kat bapak, tentu dia susah hati. Konpem dia akan cuba sehabis mungkin utk tolong aku. Habis adik-adik aku yg masih dibawah jagaan dia apa citer pulak kan?? Atas sebab tu lah sampai sekarang aku prefer selesaikan masalah sendiri tanpa libatkan bapak.

Ada juga sesekali aku terfikir nak cari keje lain. Kata org better work, better pay. Tapi tu lah, kaki nih mcm dah di-glued kat kompeni nih. 6 tahun aku kat sini. Bila nak keluar dari kepompong Harvard nih rasa cam katak bawah tempurung pulak (eh apa kaitan kepompong dgn katak?). Aku doa-doa jugak rezeki datang bergolek kat kaki (tho mender tu mmg mustahil jadi). Tapi saper tau kann, tetiba one of diz big-big shot nak amik aku jadi GM kat kompeni derang ke (ceh berangan je la kauu). Alah, berangan je.. apa salahnya ye tak? Korang pun dedoakanlah. Hik

Apa pun InsyaAllah, aku percaya pada rezeki Tuhan. Selagi ada impian, ada usaha, saper tau kan?

Petang nih nak order cheese cake. Ekceli aku tataw camner rupa cheese cake sebenarnya. Aku bukan minat makan cheese-cheese nih (tu pasal pizza hut buat iklan camnerpun aku tak tergoda). Cheese cake nih rupa dia mcm kek biasa ke? Ada decor-decor atas dia? Boleh ke tulis nama?

Imaginasi aku membayangkan cheese cake nih macam sumi jeli-jeli.. haha.

Tuesday, August 21, 2007

wait de' menet

Semlm lepas opis, gi Masjid India. Cadang nak cari kain nak buat baju. Sekarang nih kalau nak tempah baju raya, tailor still terima lagi. Masuk bulan poser nanti jangan harapp, konpem tempahan penuh manjang. Tp spoil lah, aku tak dapat round sumer tempat. Pegi taim orang nak tutup kedai.. padan lah muka. Kedai area situ asal kul 8.00 je dah tutup bungkus sumer. Nampaknya kena setting satu hari lain gi sana. Banyak barang nk beli nih : baju aku, baju adik-adik pompuan aku yang 3 orang tu, baju adik-adik lelaki lagi. Huh jenuh lah nak mencarik. Warna tema aku untuk raya nih: Coklat (Konserbertip kah aku?).

Bercakap pasal raya, confirm ada yg ckp aku kemaruk sgt. Alah lantak ler, derang apa tau kan (quek quek quek jgn jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yg terlondeh - bak kata Ahli Fikir) Derang ada mak bapak, family kaya raya. Kalau derang nak beli memender camnih, sebut je on the spot dah dapat. Baju raya tayah sesusah payah tempah, pegi je butik, hulur pat lima ratus dapat lah baju dihajati. Family aku tak leh la buat camtu kan. Harap aku je lah nak membelikan baju raya for the siblings. Baju sekarang bukan murah cam zaman tuk kadok dulu. Boleh kopak la poket akak nak membeli baju siap sorang selai. Adik akak bukannya sorang dua - 10 dik nonn! Tu pasal lah kena beli dari sekarang, tempah awal-awal. Kalau tak, alamat ko beraya pakai baju tahun lepas ler jawabnya.

Aku tengah pening nih. Plan berubah last minit. Masak lah aku berkejar dgn masa. Yah yah yah.. mari kita lari sekuat hati. Eh, mcm seronok pulak main kejar-kejar nih ek.

Esok aku cuti sehari.. yey cuti lagi!

Monday, August 20, 2007

rajin adik rajin

Bersenang-lenang sungguh kan. Sampai dua entry utk hari nih. Nama pun tengah tader keje. Yes ppl, mari lah mempergunakan masa ini untuk rilekkss sepenuhnya.

Penah tgk bunga cempaka. Bunga nih kecik je. Ada warna putih.. ada kuning. Tak kira warna apa pun, bau dia subahanallah.. wangi!

Takder apa nak cerita pun. Just nak note kat dalam nih tentang adik lelaki aku yg no.8. Semalam tataw dari mana dia petik bunga cempaka putih nih, pastu senyap-senyap dia muncul dari belakang dan terus sisipkan bunga tu kat rambut aku. Taim tu aku tengah leka cuci pinggan. Terkejut akak tau. Not sure sama ada dia tau nama bunga ni atau tak. Dia suruh aku biarkan bunga tu kat rambut. Wangi katanya. So sweet of him.

Ada lagi aku simpan bunga nih dalam beg. Teringat nak tulis nih pun sebab terbau wangi dari beg aku ni lah =)

Sebelum terlupa, aku ada janji nak belikan buku STPM dia. Ada 6 buah buku sumernya - fizik, kimia, bio, math, etc - dia siap tulis atas paper takut aku beli buku yg salah. Comei je. InsyaAllah rabu nih aku carikan.

Nazry, selamat pengantin baru!

Mencabar betul wiken kali nih. sampai tegang urat kaki dibuatnya.

Sabtu rituh kul 6.30 pagi aku dah keluar umah. Bersemangat sarung 'uniform' hutan. Siap dgn waterbag sumer. Plan nak buat day-pack dgn Mamoru~kun dari pejabat renjer kat hutan area Pangsun sampai ke Kem Lolo area Gunung Nuang. (aku punyer idea la nih). Kul 7.00 pagi kami sampai daerah Hulu Langat. Sebelum tu duk menyinggah 7E jap beli kudap-kudap, singgah Petrol stesen isi minyak & singgah kedai mamak tapau nasi lemak.

Kami sampai serentak dgn satu group veteran cina. Derang tengah training nak naik Kinabalu bulan Oktober nanti. Sempat lah beborak dgn derang. Orang-orang outdoor nih mmg peramah sumernya. Derang start trekking lebih awal. Aku lambat sikit sebab taim tu lah baru terhegeh-hegeh nak sarung stokin, sarung kasut getah, pakai sarung tangan belang-belang, itu ini sumer. Biasalah aku. Masuk hutan kena pakai cemacam protection. Orang lasak cam aku nih pun reti nak menjaga kulit gak haper.

Rasanya baru 6 bulan lepas aku mendaki Gunung Nuang nih. Tak sangka dah ada memacam perubahan. Antaranya, kena bayar singgit sorang kat pejabat renjer sebelum masuk ke kawasan kaki gunung. Pacik renjer kat situ ckp, bayaran tu utk keje-keje pembersihan hutan. Bagus lah. Setakat singgit apa lah sangat kan. Lain lah macam Gunung Ledang. Kalau tader RM dua tiga ratus jangan harap boleh masuk. Cekik darah sungguh. Tapi tahap kebersihan camtu-camtu jugak.

Lepas beborak sikit lebih kurang dgn Pacik renjer & 2 org hiker dari Bangi, kami start trekking. Taim tu jam dah kul 8.00 tepat.

Nyaman rasa udara dlm hutan. Bersemangat kaki nak melangkah. Trek jalan balak dah tak mencabar cam dedulu. Jalan dah rata. Semak samun sumer clear. Kena tolak dgn jengkaut. Senang nak berjalan. Baru terang nak tengok view kiri kanan. Gaung kat lereng-lereng bukit pun jelas nampak. Buat kecut perut je. Sekerat jalan kami terserempak dgn jengkaut yg ditinggalkan kat tepi trek. Keje pembersihan baru siap setengah jalan. Maybe taim aku tulis nih derang dah siap sepenuhnya kut. Tapi tak kira camner clear trek derang buat, aku tetap amik masa lebih satu jam nak turun naik bukit kat trek balak nih. Menyengattt.

9.15 pagi kami sampai kat sungai pertama. Ada dalam 20 orang hikers dari Tanjung Karang camping kat sini. To our suprise, derang tu ex-opis mate Mamoru~kun.

Sepatutnya ekspidisi kami tamat kat situ je. Nak mendaki sampai puncak takut tak sempat sebab kami nak rushing ke Melaka - attend wedding Nazry. Sekalikkk tukar plan pulak. Tataw naper Mamoru~kun terlebih eksaited nak teruskan pendakian ke puncak gunung. Maybe sebab masa tu dia dapat tau ada 2 group dalam perjalanan ke puncak, maknanya kami masih boleh catch up dgn derang.

Lepas beborak & sarapan nasi lemak, kami teruskan pendakian. Terserempak dgn sorang mamat asli yg tengah kandar sebakul besar durian hutan. Kagum aku tengok org asli tu. Bukan sikit buah durian yg dia pikul. Mau lebih 30 biji! Terer.. terer..

Trek dari Kem Lolo ke Kem Pacat agak lembab. Musim hujan katakan. Pacat durjana pulak mula la bermahajalela. Tapi sekor pun tak berjaya mencacatkan betis aku yg cute ini. Ada lah caranya (Nak petua elak pacat? Kontek akak nahh) Hik. Kami berjaya pintas group scout dari Taman Conought sebelum sampai Kem Pacat. Kesian tgk derang nih. Bekalan air tak cukup. Aku offer air dari water bag. Tapi berapa byk la sangat pun. Waterbag yg aku bawak boleh contain 1.5 liter air je. Nama pun day-pack. Lain lah kalau aku bwk deuter 50 liter.

Pewai jugak la nak melayan trek pacak gunung nih. Al-maklum, dah lebih 4 bulan aku tak join memana xpdc. Kaki dah tak keras cam dulu. Kalau dulu boleh lah berdesup desap aku panjat tebing / akar-akar kayu. Sekarang, tak bley arr. Lutut nak pakai lama dik oiii.

Tak silap aku ada lah dua jam lebih kami amik masa nak sampai puncak Gunung Nuang. Mamoru, dari rajin bercakap sampai tak tercakap apa-apa bila sampai atas nun. Letih sey. Kami sampai awal 5 minit dari 2 orang hiker dari Bangi. Bentang ground bawah beirut, beborak sesambil buat sesi suai kenal, soru pastu zZzz.. Derang berdua tengah training utk naik Gunung Yong Yap. Kecik je dunia outdoor nih. Pusing sana sini, jumpa orang yg kita kenal jugak. Tak pun, kawan kepada org yg kita kenal.

Group chinese scout sampai puncak sejam lepas tu. Kesian tengok muka memasing. Lesu tak bermaya. Lebih kesian bila tengok derang makan megi mentah-mentah. Tader air nak masak.

Kali nih aku lepak lama kat puncak Nuang. Dekat dua jam tuuu. Selalunya tak sampai setengah jam aku dah bising nak turun - Tak tahan sejuk. Naper tah kali nih ok je. Kami turun lebih dulu dari group scout. Langit taim tu dah start gelap. Nasib baik hujan turun masa kami dah nak sampai Kem Lolo. Trek mmg licin sangat - curam lak tu. Dah jadi cam laluan air. Silap langkah boleh jatuh tersungkur. Aku tak dapat bayang kan cemana bebudak scout tu turun. Nak tunggu lama pun tak boleh. Rushing nak ke Melaka. Rasanya derang takde masalah kut. Lagipun derang buat kemsait kat Kem Lolo bukannya nak keluar hutan cecepat cam kami.

Almost Magrib baru sampai kat pejabat renjer. Bersihkan badan, siap-siap sumer. Kul 9.30 malam gak baru sampai KL. Letih toksah cakap lah. Dinner pun tak lalu dah. Sudahnya plan nak ke Melaka malam tu postponed ke pagi esoknya. Penat punyer pasal.

Ahad, badan still letih. Ngengkang nak turun tangga tingkat tiga umah aku. Mamoru duk usik-usik. Kata dia, len kali kalau nak jalan jauh buat lah plan pelik-pelik - naik gunung tetinggi lagi ke. Geremm aku dengar.

Ngam-ngam kenduri start, kami sampai umah Nazry kat Masjid Tanah, Melaka. Taim tu hujan mula lebat. Berpayung-payungan aku dgn Mamoru jalan depan rumah pengantin. Sopan je jalan sambil kepit kain. Kain cheong-rung akak belahnya sampai ke peha dik nonn (cheongsam + baju kurung).. *ops*

Naik je atas umah, aku terus cari Nazry. Usik dia naper tak baling seluar dalam atas bumbung.. kan dah hujan. Tergelak-gelak dibuatnya. Masa tengah tunggu pengantin tukar baju, aku nampak gambar masa kami konvokesyen dulu. Rasa cam syahdu pulak. Macam sekejap je masa berlalu sampai ada few important things yg jadi dlm hidup kita masa dulu, kita boleh terlupa.. took for granted kata mat saleh. Apa pun aku hepi utk apa yg berlaku sekarang.

Nazry dari minggu lepas dah sound aku. Ada ke dia suruh aku tepung tawar dia taim dia sanding. Hish.. mengarut je permintaan dia nih. Bukan keje tu untuk orang-orang tua je ke? Koser aku buat sumer tu. Masa pengantin tengah sanding atas pelamin, Nazry dah jeling-jeling. Adui lah. Aku try nyuruk belakang Mamoru, tapi kena panggil jugak. Pacik pengantin cum jurukamera & mak Nazry duk pointed aku. Tak boleh lari dah. Terpaksa ke depan jugak bila sumer mata dah memandang. Tapi aku tader lah nak tabur bunga rampai or renjis air mawar ke haper.. just salam & wish utk pengantin je lah pastu amik bunga telur. Jadi lah ye tak. Kalau dah tua sikit sok, nak suruh aku tabur apa pun boleh, siap ulik mayang aku boleh buat nnt. Hik.

One thing lah. Aku rasa cam sedih.. No, bukan sedih. Camner ek nak cakap.. ada sebak sikit kut masa salam Nazry sampai ucapan tahniah tu antara dengar tak dengar dari mulut aku. Maybe sbb kami rapat sangat kut. Mcm adik-beradik. Tu yg emo sikit. Honestly, aku hepi sangat untuk dia. Harap persahabatan kami still kekal tho dia dah berkahwin.

Kat umah pengantin, terserempak dgn bapak, Aunt Shi & Nenek.. Nina yg comel pun ada sama. Suka tengok family aku dtg umah Nazry. Anak angkat bapak lah katakan.

Lepas kenduri umah Nazry, kami singgah umah nenek. Duduk borak dgn family sambil layan keletah Nina. Lewat petang baru balik KL.

Dats it for my wonderful wiken (after long hectic weeks focus kat keje)

Btw, rabu nih aku amik cuti. Ada personal work nak buat kat luar. Malam rabu tu nanti ada Anniversary Dinner. Aku dah slot in nama Mamoru utk duduk semeja dgn aku. Think its about time utk all my bosses know about him.

Thursday, August 16, 2007

being fooled

Semlm dapat call dari H. 

Bukan semlm je, dua tiga hari sebelum nih lagi dia duk call aku. Bila dia notis aku tak jawab phone, mak dia pulak call aku - pun aku tak jawab. 

Ada byk sebab untuk aku tak jawab call dia. First, sebab tulisan dia -one of the reason how Mamoru found out abt plu dulu (and recently my friend). Second, sebab setiapkali aku tolong dia, setiap kali tu lah aku akan berdepan dgn masalah (yg tak sepatutnya jadi kat aku). E.g, mcm cerita Princess ITBK dulu. Tak pepasal sbb nak tolong dia, orang lain pulak yg bermusuh dgn aku. Third, its all about 'liquidity' (merasa lah term ekonomi) - financial matter. 

Bukan aku berkira cuma rasa terkilan sangat bila budi yg kita bagi dibalas tuba. Its not aku gatal sangat nak berbudi. Ikutkan hati tanak pun. Banyak lagi keje kebajikan lain yg aku boleh buat. Tapi bila orang merayu mintak tolong.. kalau korang pun takkan tak kesian? Fourth, sebab dia susah sangat nak pick up call aku lately. Sejak dia balik hometown ritu, byk kali gak la aku tried call nak tahu perkembangan kesihatan dia. Tapi haram satu pun dia tak jawab - sms pun tak balas. Nampak sangat dia cari aku bila dia ada problem (and diz is not the first time)

Lepas berapa puluh kali dia call, aku jawab la jugak. Aku bukan jenis berdendam kesumat sumer. Dia tanya naper tak angkat call. Aku jawab saje malas. Buat apa jawab. Biar kau rasa mcm mana rasa sakit hati bila orang tanak jawab panggilan kau.. *sigh*.. No, tu bukan jawapan aku. Aku tak sekejam tu. Aku bagi alasan aku busy & aku tak perasan dia call (reason yg obviously tak logik tapi lantak lah). Suara aku pun mendatar je. Mcm nak tanak cakap. As ussual, setiap panggilan dia ada makna. Aku nak sound directly kali nih. Tapi bila dengar dia still tak sihat, still terlantar, aku halang niat aku. Taim tu tetiba simpati aku mengalir lagi.. argh!

Bodoh!

Bila difikirkan balik, siapa aku nak judge baik buruk orang. Since dia cakap nak berubah, better aku buka buku baru. Harap niat dia untuk berubah bukan dibuat-buat. Aku pegang kata Pok Yie (Godong) dulu: "Pandang orang dengan kebaikan yg pernah dia buat, bukan keburukan".. Semoga Tuhan sembuhkan dia.

Cut!

Besar kemungkinan aku terpaksa kansel xpdc ke Gunung Gerah hujung bulan nih. Reason? Nanti lah aku state kat sini. Sebenarnya aku mmg look forward nak pegi Gerah. Trip hardcore tuu. Lelebih lagi bila ramai otai gunung yg aku kenal join trip nih. Tapi nak buat mcm mana. Ada mender yg lebih penting lagi yg perlukan kehadiran aku. Tidak boleh tidak. Taper lah. Next time pun boleh pegi. Tak lari gunung dikejar.

Minggu nih aku balik Melaka lagi. Nak attend wedding Nazry. Selamat pengantin baru untuk dia & isteri. Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat. Rasanya aku penah cerita pasal Nazry kat sini. Dia nih kawan yg paling baik dan paling rapat dengan aku sejak sekolah menengah lagi and he's also my biznes partner now. Susah nk cari kawan yg memahami & boleh dipercayai sekarang nih. And again, I'm lucky - alhamdullilah.

Wednesday, August 15, 2007

smile baby smile

Akhirnya.. boleh lah bersenang lenang sementara tunggu paperwork seterusnya sampai ke meja aku.

Sepanjang minggu lepas mmg lngsung takder masa nak update (ekceli ada, tapi byk mender nak kena focus. blogging nih bebila pun boleh buat ye tak?). Plan jogging utk kurangkan kalori berlebihan yg aku amik masa kat hotel tu pun tak kesampaian (abes lah nak mendaki nnt). Malam-malam terakhir aku kat sana juz spent dgn melingkar kat dalam bilik sambil tekan-tekan remote tv. Dah takde xtvt baru nak dibuat. Dah abis ceruk rantau hotel tu aku jelajah. Bosan dah tengok entertainment yg sama setiap malam. Perasan tak kebanyakan 5 star hotel just provide layanan untuk weekend customer je - rotating menu, event / function, decoration, performance, entertainment almost totally sama. Meaning, kalau customer tu datang untuk dua tiga hari, maybe derang rasa hotel tu best, extraordinary, unexpected, memacam lagi lah. Tapi cuba stay kat situ untuk seminggu. Confirm jelak. That is one of the reason why kebanyakan hotel-hotel nih tak boleh nak boost. Derang kurang bagi perhatian kat customer yg stay kat hotel derang utk jangka panjang. Takder variety.

Weekend last aku kat sana, adik-adik aku datang. Aku yg suruh sebenarnya. Beberapa hari sebelum tu aku ada arrange family vacation utk derang. Luckily, aku manage dapatkan 10 tiket untuk 'All Park' (outdoor + indoor) games kat Genting. Costing untuk tiket tu jer lebih RM 700 (including 20 skyway tickets) tapi believe it or not sumernya foc. Tu tak termasuk accomodations & meals (which is also foc) Best kan bila kuasa untuk menentukan apa yg kita nak berada di hujung jari. All you have to do is 'petik' jer.. hik. But of course lah kuasa tu bukan untuk selamanya. Ada certain masa, kita boleh guna tapi kalau selalu tu dah dikira salah guna.

It wuz indeed a very enjoyable weekend for me and the siblings. Hilang sumer penat keje / stress bila tengok kegembiraan orang tersayang. Ekceli, the siblings dah naik ke puncak genting untuk main games hari sabtu. Tapi disebabkan still ada tiket yg berlebihan (nasib baik aku tak request tiket lebih kalau tak membazir), derang decided untuk naik lagi pagi Ahad (kali nih dengan aku sekali).

Well, walau pun games kat atas tu takde perubahan sangat, still aku rasa enjoy jugak lah. Space shot tu kira masih boleh mengecutkan jantung dan perut aku nih. Kesian my baby-sis.. nangis masa mender alah tu turun naik. Fobia terus dia.. haha. Aku just try few games je. Tak larat.

Balik dari Genting, aku terus ke Melaka. Dua hari cuti. Hari nih baru masuk keje.. mood pun still dalam selimut.. *yawn*

Note: Ada 2 mender besar nak jadi. No, no, no bukan pasal aku nak kahwin. Mender lain. Quite important. Tapi tak boleh state kat sini. My main concern is, mcm mana aku nak deal dgn mender nih. There's a few choices. Tapi none of it boleh dibuat dgn cara yg baik. Confirm meletup in the process. Yang aku tau ending mender mmg perfect tak kira solution mana yg aku guna. Cuma tu lah.. mcm mana ek, nak elakkan letupan-letupan dynamites di pertengahan proses? Apa pun kita usaha dan tawakkal je lah. Sebagai kakak, aku akan buat yg terbaik untuk semua adik-adik aku. InsyaAllah.

im back!

tu je yg mampu aku tulis.. haha.

KL hujan sekarang nih ek? leceh laa nak bergerak. tp jangan merungut sangat - hujan tu rahmat.

for info, sekarang dah masuk 2 Sya'aban 1428 Hijrah.. sebulan lagi sebelum semua umat Islam start berpuasa.. *cant wait!*.. for all, ceria-ceriakan hari anda.. kikis-kikis sikit rasa hasad dengki yg menebal dalam hati tu :)

hari nih ada byk masa free. tenghari sikit la aku hapdet. kita minum dulu!

Tuesday, August 07, 2007

sabar separuh dari iman

For any reason, i wont forget diz very day. Ada sesuatu yg buat aku tersenyum. Thanks to him. As per requested, I will seal my cute little lips for a while.

Another five more days to go. Cant wait to go home. Masak lah aku nak membayar bill telefon hotel nih. Duk call adik-adik aku kat KL je. Tu lah. Kedekut sangat nak guna henpon. Padahal charge dia lebih kurang je. Apa lah aku nih.

Pagi tadi agak kelam kabut sikit. Nyaris aku ingat aku akan gagal completekan task utk hari nih. Nasib baik last minit semua settle. Guess I'm juz lucky ey?

Mood agak terganggu sikit hari nih. Tapi bila fikirkan balik buat apa nk fikir tentang orang yg tak ada kaitan dgn kita. I dont know why I bother. I think the right way to settle things is to confront dgn semua yg terlibat. Setakat kutip maklumat sini sana.. hey I can also create one.. so wut the hell kan (oh, i forgot. ini bukan mahkamah. sesiapa pun boleh jatuhkan hukuman. biarlah aku jadi pesalah tanpa dibicarakan - Abu Dhabi sungguh - haha)

My perception abt someone has changed - totally!

Theres a pool table at the lobby lounge. Thought wanna give it a try. Main sengsorang pun cara gak kan. Who knows there might be someone at the bar nak join sekali. I might get some friends.

Monday, August 06, 2007

Confused

Dunno how to start diz. Kengkadang rasa mcm org bodoh bila asyik ulang mistake yg sama. Lets put it diz way, kita ada kawan dan kawan kita nih org yg pernah menyakitkan hati kita. Kata kan lah satu hari kawan kita nih di timpa musibah. Patut atau tak kita tolong? Maybe aku jenis tak reti bahasa, so aku tolong (nih bukan cerita untuk sekali dua). End up, aku terkena lagi.. dan lagi.. dan lagi.. Macam melepaskan anjing buaya tersepit.

Satu lagi, yang nih ada sikit complicated:

I’m an ex-plu (yep, aku tak penah nak berahsia kat blog nih dan kalau ada memember stret aku found out tentang nih then biarlah. Kenapa nak malu?) But I’ve changed - totally. Aku berubah bukan sebab sesiapa. Hampir setahun aku amik masa utk fikirkan apa yg terbaik utk masa depan aku dan alhamdullilah, aku bersyukur dgn penghijrahan ini. InsyaAllah, kalau boleh biar Tuhan sentiasa teguhkan hati aku dgn keputusan ini.

I met Mamoru. Honestly, mmg aku tak terfikir tentang cinta. Aku tahu dia suka aku. Tapi dats it. Aku takde lah nak bagi harapan kat dia. Pada aku, siapa lah yg dapat terima org mcm aku nih. Byk mender buat aku berfikir. Layak ke aku jalani hidup normal mcm org lain? Macam mana kalau orang yg aku sayang tu dapat tahu tentang plu. Apa perasaan dia? Marah? Terkejut? Jijik?

Takdir agaknya. Satu hari nih, masa tengah format laptop aku, Mamoru terjumpa gambar-gambar aku dgn H dulu. Bukan satu.. byk gila. Masa Mamoru tengok gambar tu aku berdiri tak jauh dari dia. Gugur jantung ni sekejap. Aku datang dekat. Mamoru cepat-cepat close folder gambar tu. Dia diam pastu terus sambung buat keje. Aku diam je lah. Tataw nak cakap apa. Dalam hati ntah berapa ratus kali aku maki diri sendiri sebab tak delete gambar-gambar tu dari awal.

Ok. Ada beberapa sebab aku tak delete semua gambar tu dari awal. First, sebab ada banyak gambar memember yg aku kenal. Second, walaupun kebanyakkannya memember dlm gambar tu dah buang aku, atau menjauhkan diri dari aku, tapi derang tetap kawan aku - orang yg penah rapat dgn aku dan kalau boleh, mcm apa yg aku tulis pada salah sorang pembaca plu kat blog aku nih, aku masih nak teruskan persahabatan sesama mereka though haluan hidup kami dah jauh berbeza.

Few days lepas Mamoru tengok gambar tu, aku ajak dia jumpa. Aku rasa aku harus terangkan perkara sebenar. Masa tu aku value sangat persahabatan aku dgn kawan-kawan baru. Aku tak nak berahsia dan salah sangka.

Mamoru still mcm biasa. Cuma lebih byk diam. For the first time in my life, aku dgn perasaan yg bercampur-baur bercerita tentang semua. Di akhir cerita aku bagi tahu dia tentang keadaan aku yg ‘ke-kiri tidak ke-kanan pun tidak’. Aku nak cari keredhaan-Nya. Aku harap sangat dia memahami dan sudi untuk terus berkawan dgn aku.

Syukur sangat. Mamoru bukan jenis yg cepat melatah. Dia dapat terima aku seadanya. Katanya, bukan masa silam aku yg dia cari. Yang lepas biarkan lepas, jangan diulang. Tak sangka, semua tu tak pernah halang Mamoru dari terus simpan perasaan pada aku. Sedikit sebanyak, Mamoru byk buka hati aku. Dia senang di bawa berbincang. Dari hal-hal yang berkaitan gunung sampailah bab-bab agama. Rasa tenang, selamat & lebih terbuka bila berborak dgn dia. Aku suka.

Beberapa bulan lepas tu, aku terima cinta dia. Tiga kali aku buat istikharah. Tak ada petunjuk yg aku dapat cuma hati aku rasa lebih tenang. Aku tekad, untuk cinta ni, aku berserah pada ketentuan-Nya. Kalau ditakdirkan Mamoru jodoh aku, permudahkan lah.

Aku tak cakap life aku perfect dgn kehadiran Mamoru. Bukan ada apa yg nak dibanggakan kat sini. Mamoru orangnya sangat sederhana. Pun bukan berasal dari keluarga gahara - yatim piatu pulak tu. Rupa pun tak lah sehensem mana. Cuma tu lah.. aku bersyukur ditemukan dgn dia.

Aku tak faham dgn certain people. Penuh dengan hasad. Bukan sekali dua memember plu (esp orang yg aku pernah bersusah payah untuknya) cuba untuk bagi tahu Mamoru yang aku ni "ex-plu" (without knowing dat he already knew) Untuk apa dan kenapa, jawab lah sendiri.

Bila kita jahat, orang pandang kita jahat.
Bila kita berubah, jangan risau sebab orang TETAP pandang kita jahat.

...Hm, dah lewat. better go back to my room. Temperature screen kat lobby hotel dah turun ke 17.5 darjah celcius. Tak bawak jaket pulak tu. Sejuk - tak tahan.

Friday, August 03, 2007

sunyi bila jauh

Otak krem.. jammed.

Nih la yg jadi bila terpaksa berjauh dgn adik-adik aku kat KL nun. Serba tak kena dibuatnya. Nak makan pun tak lalu. Risau pikirkan derang kat KL tu dah makan ke belum? Masak ke tidak hari nih?

Kepala pening-pening lalat sikit. Dengan demam yg tak berapa nak ok tambah pulak dgn cuaca yg sejuk gila kat sini buat badan aku bertambah letih lentuk tak bermaya.

Hari nih seharian aku tak henti-henti buat keje. Last minit banyak pulak amendment yg kena buat. Sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa. Nasib baik function start hari Ahad. Ada masa nak revise memana patut. Tadi sampai je sini tak sempat nak check in dah kena attend meeting. Bukan penting pun tapi DO beriya sangat. Ikut je lah. Aku tak kosentret sangat apa yg dibincangkan. Bukan sengaja tapi henpon nih tak benti-benti berbunyi. Ada je incoming call sampai aku rasa mesti orang dlm meeting bengang tgk aku. Banyak decision yg nak dibuat tertangguh sebab nak menjawab telepon. Meeting yg sepatutnya tak sampai sejam jadik dua jam!

Lepas habis jumpa orang itu ini, aku masuk bilik. Since aku ada masa setengah jam utk rehat (sebelum sambung meeting seterusnya), aku cadang nak lelapkan mata sekejap. Sekalikkk.. bilik aku belum berkemas lagi. Bertambah sakit kepala nih. Hangin jugak. Camner derang boleh bagi bilik yg belum berkemas kat aku? 6 star haper mcm nih? Called housekeeping. Suruh bersihkan jam-jam tu jugak. Aku penat sampai nak memarah pun tak larat. Terpaksa korbankan my precious half and hour duduk kat balkony sementara akak cleaner tu bersihkan bilik. Tak dapat nak rehat :(

Bilik aku menghadap kawasan gunung-ganang. Sayup je nampak puncak Gunung Nuang, Gunung Bunga Buah & gunung-gunung lain yg aku tak pasti namanya. Sebelum datang sini lagi aku dah requested nak duduk kat level yg paling tinggi sekali. Puas hati gak arr. Terubat rindu bila tengok view yg hijau camnih. Rasa tak sabar nak habiskan task nih cecepat. Cepat habis, cepat aku join outdoor, ye tak?

Ngantuk.

Nak call adik-adik aku jap.. pastu nak membuta.

Wednesday, August 01, 2007

On the run

Will be away again starting this Friday till the next 10 days - outstation lagi. Dunno la sama ada aku ada masa nak hapdet dalam tempoh tu. We'll see.

Wiken lepas as planned, aku spent masa kat kampung. Seronok balik Melaka kali nih. Lelebih lagi bila Nina manja semacam dgn aku. Asyik nak berdukung je budak 2 tahun nih tau. Tapi aku suka! Part yg best bila nak tidurkan si kecik nih. Dukung sikit.. tepuk-tepuk.. daaaahhh tidur. Senang. Pastu tayah letak dalam buaian ke haper. Baringkan aje atas tilam.. kompem lena utk tiga pat jam seterusnya :)

Kat melaka sekarang dilanda musim buah. Dari rambutan, durian, manggis, rambai, langsat, mata kucing.. sebut je semua ada kat belakang umah nenek - tinggal nak petik dan makan je. Nenek kemain excited tengok aku balik. Disuruhnya bapak kait buah rambutan sampai penuh 3 karung guni gandum. Gila banyakk. Kesian aku dgn adik-adik kena bertarung dgn semut-semut dalam keta masa proses membawak balik buah-buahan nih ke KL rituh.. 3 guni kauuu - penuh bonet! Satu guni aku suruh adik lelaki aku sedekahkan kat kengkawan opis dia. Tinggal 2 guni lagi yg aku tataw nak kasi siapa. Nak makan sesama kami mmg tak larat arrr. Aku nih pun baru je baik dari demam kekura. Rambutan punyer penangan lah, haper lagi!

Masa kat kampung, nenek tak habis-habis tanya naper aku tak bawak balik Mamoru~kun. Sampai serba salah aku jadinya. Bukan aku tak kasi Mamoru ikut sama. Dah orang tu gi outstation, nak buat acamner kan. Hish nenek nih.. ngalahkan aku pulak. hik.

Ada satu mender buat aku terkejut beruk. Kata adik lelaki aku yg no.8, nenek dah siap beli cadar & langsir utk hari pertunangan aku dgn Mamoru~kun (fuhh.. cuba baca lagi sekali). Menggeletar lutut akak bila dengar semua nih dik nonn. Kata adik aku lagi, nenek dah sesiap pilih tema kuning emas utk majlis pertunangan tu nanti (jappp.. bagi aku amik napas). Gelabah aku sey. Jam-jam tu jugak aku called Mamoru~kun inform berita sensasi yg aku baru dapat nih. Ingatkan Mamoru pun akan gelabah cam aku gak.. sekali dia bantai gelak. Excited sungguh.

Aku sebenarnya bukan lah nak berahsia dgn family semua. Kalau ikut plan, insyaAllah Mamoru~kun akan hantar rombongan merisik dalam bulan November. Dan kalau takde aral, rombongan meminang & majlis pertunangan akan dibuat masa Hari Raya Qurban nanti. Yang peliknya, camner nenek boleh dapat hidu plan kami nih? Aku bukan apa. Bukan niat aku bukan nak sorok mender baik camnih. Macam yg aku cakap tadi, mender nih sumer masih dalam perancangan jadi tak elok lah nak canang satu pelusuk dunia. Kang mana lah tau ada apa-apa jadi or tetiba nak tukar tarikh ke? Tak ke haru jadinya.

Malam tadi jumpa Mamoru. Dia baru balik outstation. Kesian dia, tak sempat balik umah dia dah bergegas jumpa aku. Lepak makan bubur nasi berlauk kat Shah Alam sesambil bincang tentang nenek punya 'perancangan'. Dalam berborak tu, Mamoru boleh tukar plan. Kata dia, plan utk hujung tahun nih InsyaAllah jadi. Cuma yg tak confirmnya.. sama ada majlis yg akan diadakan tu majlis pertunangan ATAU majlis perkahwinan.. *gulp*.. Terus aku pengsan.

**********************

Received a late birthday present from Bg (Bargading) a.k.a Sc (Somphob Charenchit) - my one and only siamiese bestfriend. It wuz a pink-S-sized t-shirt with my photo printed on it (i've wrote abt diz before). Haven't heard about him for quite some times. Anyway thanks Sc.. for everything. You too take care buddy. Wishing u're in the best of health and hepi alwiz.