Thursday, May 31, 2007

sakit perut terlampau

dua hari aku mc. semalam pun ikutkan nak sambung lagi mc. tapi cam tak sampai hati nak biarkan keje kat opis nih camtu je. takpe lah. since dah lega sikit. dah boleh berjalan. pegi je lah keje. terbaring kat umah pun, bukannya bertambah sihat.. tambah sakit badan ada lah.

rasanya sepanjang tahun nih, mc yang nih lain sikit. bukan sebab demam.. tapi sakit perut. alaa.. mcm senggugut. tapi lebih lagi. lebih sakit dari kena cirit birit.

pening kepala aku memikirkan punca / sebab musabab aku boleh sakit perut. nak kata aku makan mender yg bukan-bukan.. hm.

ahad rituh, adik-adik aku datang. derang sampai lewat tetengah malam. taim aku dah tido. sikit pun derang tanak kejut aku. tanak ganggu katanya. terkejut aku bangun subuh tu tenguk derang tido bersusun kat ruang tamu. syam & ida pun tido situ sekali. kesiannya.. kalau aku tau, dah tentu aku suruh dia dgn wife tido kat dlm bilik.

lepas basuh baju adik-adik lelaki aku (adik pompuan kena basuh baju sendiri - kena rajin), aku baring atas comforter sebelah sham. letak kepala aku atas bantal bebtul depan muka syam - tgk dia tido. comeinya. still cam tak sangka dah jadi suami orang adik aku nih. aku usik-usik hidung dia. sham bukak mata pepelan. pastu tetiba je tangan dia tepuk bahu aku. hehe. mesti dia terkejut tgk aku menempel depan muka dia. kami gegelak sampai sumer org terbangun.

adik aku ajak gi jenjalan. kebetulan pulak aku dh janji nak gi trekking dgn Mamoru. aku ajak lah derang sekali. bagus jugak dating bawak adik-adik nih. takde lah org pandang serong. kan? call Mamoru, inform tentang pertukaran plan. and he's ok with it. Mamoru langsung takde masalah bergaul dgn adik-beradik aku. kadang-kadang tu aku tengok, dia pulak yg berlebih-lebih layan derang. sweet sgt.

pastu bincang pasal tempat yg kami nak pegi. ada few choices:

1) Bukit Cahaya Alam (as per Mamoru & aku punya plan utk trekking)
2) Morib (lepak tepi laut pekena seafood)
3) Bukit Melawati & Kampung Kelip-kelip (semua setuju tapi plan kat bwh ni lg menarik)
4) Air Terjun Sg Chilling kat Kuala Kubu Bharu

almost tengahari baru kami start gerak ke Kuala Kubu Bharu. maklumlah adik-beradik gamai. bilik air kat umah tu walaupun ada 2, derang tetap nak guna shower yg ada kat dalam bilik aku. tataw naper. tu yg lambat. semua yg pergi ada 9 org (6 lelaki + 3 pompuan). ramai kan adik-beradik aku. ni baru separuh. Mamoru~kun je tak termasuk dlm kategori femily (bakal, insyaAllah).

view sepanjang jalan ke KKB mmg menarik. esp empangan kat KKB (jln menuju Bukit Fraser). teruja adik-adik aku tgk. ekceli, sebelum gerak, perut aku dh start sakit. alaa, sakit org pompuan. terasa cam was-was jugak nak gi trekking dlm keadaan camtu. tapi sebab aku nak sangat tunjuk kat derang betapa cantiknya air terjun tu, aku gagahkan jugak.

kami start trekking kul 1.00 tgh. memula lalu kat jalan 4wd, aku risau jugak kalau adik-adik aku boring / kepenatan. tapi yg jadi sebaliknya pulak.. baru 5 minit jalan derang terjumpa ulat gonggok gergasi kaler hitam melintas. bukan main eksaited lagi derang bergambar dgn ulat gonggok tu.

lepas tu lintas sungai pulak dan start masuk kawasan hutan. memandangkan adik-adik aku cam teruja tgk mender-mender pelik, Mamoru tunjukkan kat derang pokok periuk kera yg tumbuh melata kat situ. waaahh.. sukanya derang tgk!

bila tiba kat kawasan sungai pulak, memasing teruja tgk ikan. mmg byk ikan kat sini. tak boleh memancing. dilarang sama sekali. mcm kat taman negara jugak. geram je tgk ikan tu main-main kat tepi kita bila mandi dlm sungai. banyak giler. sampai aku jadi geli kalau ikan-ikan tu datang kat aku.. geli sey bila ikan tu gigit-gigit tangan & kaki.

lepas trekking dalam sejam (lebih kut?), kami sampai kat kawasan air terjun. ramai trekkers chinese kat situ. ada dalam 30 org kut?. tak tunggu lama, sumer adik-adik aku dah terjun dalam air. eksaited sangat. aku pandang je lah. serrrjurrkk woo. tak sanggup nak berendam.

tak lama kami kat situ. memasing sumer tak tahan sejuk. lepas makan & lelepak atas batu besar tgk ikan, kami gerak balik. sumer penat tp enjoy. aku je yg tak berapa nak enjoy. tetiba je badan rasa letih yg amat. segan pulak tgk adik aku trekking sambil berlari dlm hutan tu. siap boleh berenti mandi sungai tunggu aku dgn Mamoru.

sampai je kat parking, aku mmg tak larat giler. perut sakit.. letih lagi.. pening.. ntahapehape lagi. lepas salin baju kat empangan KKB, kami gi makan reramai. aku sorang tak makan. badan tetiba panas. selera pun tader. sepanjang jln balik aku tido.

sampai umah, aku tak ingat apa dah. sampai adik aku balik melaka pun aku tak sedar. sampai lah hari selasa aku terlantar dlm umah. tu yg terpaksa mc.

malam tadi baru nak start makan nasik balik. syian badan aku.. tu lah, paksa diri sangat. padan muka.

****************************************

nota kaki toyol:

satu, aku benci lah dengar eksiden yg babitkan lori / treler / haper-haper kenderaan besar dengan keta / motor nih. semakin melampau. bukak je paper keluar citer.. satu keta mati.. dua keta mati.. berderet-deret keta mati kena lenyek (bukan keta yg mati. orang kat dalam tu lah). bukan sorang dua lak tu.. sekali kena 4 orang.. 6 orang.. 8 orang.. Rasanya dari dulu lagi aku dengar ada orang cadangkan satu jalanraya/lebuhraya khas dibuka untuk kenderaan berat nih. biar lah derang nak me-lorry (read as: merempit) kat situ sesama derang. kalau lori berlanggar dgn lori, takder lah heran sangat. dedua kuat. kut kalau eksiden, jumlah kematian tak lah gamai mana pun. jauh beza kalau lori langgar keta, tak kira lah keta tu jenama haper pun, kompem penyek.

dua, menyampah lah citer Pirate of the Carribean part 3 nih. jalan cerita dia macam kelam kabut. macam takde idea. aci bubuh je. part yg aku rasa paling ketara bila William propose Elizabeth dan babak-babak derang dikawenkan dlm keadaan crew black peal berlawan dgn crew dutchman. takde feeling langsung. bukan ke sebelum tu derang duk gaduh sepanjang masa & saling tak percaya. tetiba boleh propose? ntahaper-haper. part lain pulak.. hm, malas nak komen. tapi kalau kasi bebudak tengok, kira ok lah tu. kan Johny Deep kata (betul ke eja nama dia nih), dia belakon citer Pirates tu untuk anak dia. sesuai la tu.

Friday, May 25, 2007

vw - beetle

aiya.. no gunung trip for tomorrow. bukan sebab Mamoru~kun tak nak pegi. masalahnya, trip ke Gunung Batu Puteh nih amik masa 3 hari. Isnin petang baru keluar hutan. Selasa plak, Mamoru~kun ada appoinment. takut dia terlalu penat pulak nnt.

gamaknya kami gi panjat gunung kat Genting je lah. panjat guna skyway. hiks.

o, btw, bawah nih kereta idaman aku. dah lama aku mengidam nak beli keta nih. comel kan? rasanya kalau aku bawak, sure lagi comei kan? haha..

thanks Mamoru~kun for the info! nnt kita gi jumpa tuan keta nih ek? check condition & nego price.


*pic taken from lelong.com*

Thursday, May 24, 2007

love is strawberry!

kesian Sham. cuti dia kena tarik. berbakul dia maki boss dia semlm. memula tu dia berkeras gak nak cuti. tapi, boss dia main kotor pulak. siap keluarkan surat halang dia bercuti sampai hujung bulan nih semata-mata nak suruh settlekan payrol untuk bonus. cam ampeh Honda nih kan? nama kompeni sikit punya besar. kerahan tenaga bukan main. bayar gaji seciput. jepun sungguh! kata Sham, kalau diberi pilihan antara bonus dgn bercuti, dia lebih rela bercuti. hm, sampai camtu sekali pressure adik aku nih.

so, terpaksalah kansel trip ke Ganu esok. Sham suruh tunda minggu depan. tp, tengok dulu lah camner. nak kena tukar cuti lagi. bukan cuti aku sorang.. cuti Amir, Ain and even cuti Mamoru~kun pun nak kena tukar jugak. letih arr..

adei, tensi. apa nk buat wiken nih? nak join Muz naik gunung Batu Puteh esok mcm tak sempat pulak. rushing sangat. tataw team derang dah penuh ke belum. lagipun, Mamoru~kun sure tak berapa setuju aku buat keputusan kelam kabut camnih. hm..

tadi call Mamoru~kun. dah agak dah jawapan yg dia bagi. kata dia, baik panjat gunung kat Genting nun. boleh main roller coaster lagik. tapi.. *hehe*.. lepas aku kenen-kenen dgn nada suara yg lemak merdu manis bagai, baru lah dia setuju nak pertimbangkan.. aku suka! tho dia belum bagi kata putus, still ada harapan kat situ. aishiteru lah Mamoru~kun!

*************************************

thanks a lot buat sumer member yg byk wish & bagi support utk aku & Mamoru~kun. pada yg YM, SMS, Call & tinggalkan msg kat blog nih.. time kaseh. doakan jodoh kami berkekalan.. *amin*..

Monday, May 21, 2007

nervous


hear diz.... im in love

haha.. mcm budak-budak pulak.

kepada-Nya kita kembali

al- fatihah..

sedih sgt. terkejut baca paper hari nih. sorang lagi member gunung meninggal dunia. lokasi kejadian kat kawasan air terjun Gunung Nuang.

tak sangka. dari team yg aku kenal jugak. derang ada invite aku gi sana last week. tapi aku tolak bebaik sebab kawasan air terjun Nuang tu banyak pacat. lagipun, aku dah banyak kali pegi sana.

called Kabusgunung tengahari tadi. tanya cerita sebenar. kata dia, arwah Palie cuba selamatkan dua orang member yg lemas (Naza & Zack - kat paper tulis Naza & Zurek. mmg Zurek ada, tapi dia kat dalam khemah taim tu). tp, disebabkan pusaran air terlalu deras, dia tenggelam.

arwah Palie sebaya aku (28 thn).

jenazah dia selamat dikebumikan tengahari tadi. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. kata orang mati lemas tu syahid. amin.

Friday, May 18, 2007

untuk kesebelas kalinya

mlm tadi Syam & wife datang umah. sanggup tu dia datang jauh dari Melaka semata-mata sbb risaukan aku & adik lelaki aku yg tak bertegur dekat 3 hari nih. alaa.. aku bukan apa. ikutkan bukannya aku marah sangat pun. cuma aku nak adik aku tu start bercakap dulu. bagi aku, once dia tegur aku, semua settle. lagipun, apa lah sangat bergaduh adik beradik nih. lelebih lagi dlm pemili aku yg suka menyakat nih. kejap je tu.

penat berkungtau (berkungfu + bergurau), kami keluar gegamai. semua ikut sama kecuali Ain (sbb dia belum balik keje). lepak sambil supper kat kedai mamak. borak tentang rumah double storey yg Syam baru beli kat Alor Gajah. maybe lepas siap pasang grill baru derang pindah. lagipun tu kawasan perumahan baru. belum ramai yg duduk.lewat malam baru Syam balik. risau lah tgk derang nih. suka sgt berjalan taim tetengah malam buta. hish.

ok nih nak cerita tentang hati pulak.. jom tukar mood. kita guna mood sedih..

semlm, aku tolak lagi 'harapan' seseorang. total org yg aku tolak termasuk yg nih, dah jadi ** orang (err.. ke lebih lagi? ntah lah. aku tak penah kira. tapi sorang member aku nih rajin bebenar mengira untuk aku. dah dia cakap nih org no. **, maka ** lah gamaknya).

mesti org ingat aku nih memilih kan? abis tu, takkan nak sapu je. aku bukan cari orang yg ada rupa.. jauh sekali yg kaya raya. bagi aku, asal org tu jujur pada diri sendiri dan sanggup berkongsi kasih sayang dgn pemili aku, dah memadai.. di samping tu, dia musti lah (peratikan perkataan yg di bold itu - wajib tau):

suka outdoor (supaya hobi aku naik gunung tak pupus camtu aje)
bekerja (tak perlu jadi manager or ceo. janji keje tetap & halal. tapi kalau 'berjawatan besar' tu, kira advantadge la kan.. hiks!.. *materialistiknyaaa*.. akak gurau je ok)
hometown dekat (tak kuasa aku nak bertekak balik raya nnt)

tu diaaa... mcm entry mencari jodoh pulak (sory, akak tak percaya cinta cyber nih)

back to de point, dalam banyak-banyak org yg aku tolak, mostly bersebab. hampir semuanya jenis yg aku rasa tak boleh coop dgn pemily aku yg ramai nih (in other words, tak reti bawak diri). ada plak, baru kenal dah pandai jeles menjelesi. ada pulak, jenis yg tataw adat. ajak org kawen bagai nak rak. hehari ulang ayat yg sama. konon seriyes la tu. tapi bila suruh jumpa mak bapak, disuruhnya kita tolong sampaikan. sungguh laa tak gentleman. tu belum masuk jenis yg dah ada steady gelpren / tunang tapi masihhhhhh nak pasang lagi satu. macam-macam tau. penat.

tapi.. (ok, nak buat confession nih).. tapi orang yg baru aku tolak nih lain ceritanya. dari sudut positif, mmg la dia nih jenis 'menantu idaman mertua'.. dari segi negatifnya pulak, err.. hm, nih lah masalahnya. aku tak jumpa tang mana part negatif dlm diri dia. pening tak?

dari aku kecik, sampai lah umur aku tua bangka nih, tak penah aku bawak balik kawan lelaki jumpa pemili. sampai sumer org duk risau. bukan setakat takde kawan lelaki, bercerita tentang lelaki pun tader. puas pemili aku korek cerita dari adik-beradik lain. mmg langsung takder hint aku berkawan dgn siapa. life aku juz ada keje.. keje.. keje..

bila aku start ada hobi mendaki gunung, adik-adik aku excited terlebih tengok gambar-gambar aku dgn memember lelaki. aku admit, tu mmg first taim aku bergambar dgn org lelaki (selain sedara mara sepupu sepapat). siap suruh ngurat yg nih la.. yg tu la.. siap pilih yg nih.. yg tu.. derang ingat pilih ikan agaknya?

berbalik pada si dia nih. lama dah aku kenal. setahun lebih kut. sederhana je orgnya. sepanjang kenal dia nih, aku tak penah expose pemili aku kat dia. bukan dia je, memember lelaki yg lain pun sama. raya pun aku tak bagi derang datang. ntahlah mmg aku tak suka bwk lelaki jumpa mak bapak. aku tak sukalah nak menjawab soklan yg bebukan. lagipun, org kampung aku tu sumernya ada amik part time menjaga tepi kain org. bukan setakat menjaga, malah turut mengambil upah tanpa gaji 'buka kedai dobi'. jadi, demi menjaga maruah pemili & status wanita melayu kedua terakhir, aku rela basuh kain sendiri (mender aku cerita nih?)

nak dijadikan cerita, masa hari persandingan adik lelaki aku kat kampung, si dia nih awal-awal dah cakap nak datang. disebabkan tanak nampak obvious sangat, maka aku ajak sekali dua tiga org member lelaki datang sekali. haa.. biar pening kepala sedara mara aku tengok. haha.

sepanjang dua hari kat kampung, byk mender yg suprise aku. antara memember lain, aku tgk dia nih.. lain. boleh coop dgn semua pemili aku. baik yg tua, muda, sumer lah. tak ada langsung dia cuba cari peluang duduk dgn aku. masa dia byk habis dgn tolong orang-orang kat khemah memasak. dari pagi sampai petang.. dari siang bawak ke malam.

opss.. tetiba cam malas nak sambung. payah betul aku nak tulis sesuatu yg membabitkan hati & perasaan nih kan? kita letak fullstop kat sini dulu. citer nih aku pun tataw ada kesinambungan ke tidak. yg pasti, mcm yg aku ckp tadi, aku dah reject dia tanpa sebab yg kukuh.. dan sekarang aku confused dgn apa yg aku buat.

kenapa dgn aku nih ek? kenapa ada mcm rasa bersalah pulak kat dia. yg pelik skrg nih, kenapa duk teringat je?.. yours truly nih dah jatuh cinta kah? *matilan konfesi secara terang-terangan*

dah.. sambung keje!

Wednesday, May 16, 2007

terasa

mlm tadi seriyes aku kecik hati dgn adik lelaki aku. nih pun still dalam mood merajuk. aku nak merajuk lama-lama. selama yang boleh.

..sedih nih.

*******************

hm, harga tepung naik hari nih... konpem regha kuih raya tahun ni pun naikk.. tu belum masuk harga makanan peberet aku e.g., roti canai, kuih, roti buku, mee, keropok, pisang goreng, kek, etc, etc.. pasnih apa lagi yang naik ek?

hm.. bertambah lagi belanja dapur.

Tuesday, May 15, 2007

trip lagi

baru balik dari Melaka semlm. part yg paling seronok of coz lah masa jumpa Nina! semakin comel budak kecik nih. umur dia dah genap 2 tahun. dah pandai sgt bercakap. geram tgk dia. eyy.. geram lah!

lately nih aku jadi pendengar setia masalah-masalah org sekeliling aku. macam-macam. ada tu yg buat aku kesian. ada pulak yg buat aku terkejut. ada jugak yg buat aku geleng-geleng kepala. tu je lah yg mampu aku buat. bukan tanak menolong. derang kena paham, bukan semua mender aku mampu tolong. kalau aku jutawan sekalipun, certain org je yg aku boleh tolong. org yg tak mahu berubah, tanak terima nasihat, duk pikir diri sendiri tu betul, duk ulang mistake yg sama.. layak ke diberi pertolongan? hah, jawab.

semlm masa kat kampung, bapak suruh petik buah kuinin (betul ke ejaan nih?) kat belakang rumah. err, tahu ke buah kuinin tu buah apa? ala.. mcm buah mempelam jugak. bezanya kalau buah nih masak, bau dia subahanallah, wanginyaaaa!

sebenarnya, aku malas nak petik buah nih. semut banyak. walaupun semut tu bukan jenis yg menggigit, tapi bila dah banyakkkk camtuh, buat buat orang pikir dua tiga kali gak lah nak memetik buahnya.

bila bapak dah sebut dua tiga kali, aku tak sampai hati plak. yelah, pokok nih bapak yg tanam. buah sulung plak tu. sure lah dia nak anak-anak dia merasa. terpaksa gak la aku heret Uj gi sama. nasib baik lah pokok tu rendang. buah dia boleh petik pakai tangan. senang keje. tak banyak aku amik. tak sampai sepuluh biji pun. jadi lah. lepas habis petik sumer, aku gi depan umah. tunjuk kat bapak. terkejut dia tengok baju dgn kepala aku penuh semut. haaaa.. tu lah. tadi dah cakap, tak caya. tak pepasal kami terkial-kial buang semut. kelakar.

hm, sekejap je dah masuk pertengahan bulan lima kan?. berdebar nak tunggu hujung tahun. bukan apa.. berdebar nak memikirkan tentang azam yg dibuat awal tahun rituh. mampu ke aku tunaikan? insyaAllah.. dlm proses skrg nih.

check email pagi tadi, ada satu trip outdoor untuk ke Gunung Rajah. anjuran team KHK. lokasi kat Bentong, Pahang. tarikh dari 2 - 3 June 2007. bayaran RM 50 (rations + guide + peralatan camping). transport dari KL ke Bentong, sendirian berhad (bagi yg takde transport, tipun lah incik organizer, nanti derang adjust korang punya seats). Berminat sila bank in RM50 ke akaun Maybank 164575026344 Incik Ku Azreen dan maklumkan ke 012 3875897

sedikit infor tentang Gunung Rajah: ketinggian gunung nih 1,685 meter (5,526 kaki). view kat puncak 360' (boleh tgk permandangan sekeliling kat puncak. sunset, sunrise mmg superb) kat kaki gunung nih pulak, ada air terjun yg lawaa.. air terjun Chamang namanya. so, mmg tak rugi lah kalau gi gunung nih. dua dalam satu katanya.. penat naik gunung, buleh layan tiruk.

insyaAllah, kalau takde aral, aku akan join trip nih. lets go OUTDOOR.. rilek kan otak yg bercelaru tu. tengok kecantikkan alam ciptaan Tuhan. dekatkan diri dengan-Nya. subahanallah!

Saturday, May 12, 2007

hati & Fazi


tentang hati

aku rasa aku mcm suka kat seseorg. suka je lah. belum sampai tahap cinta gila babas. tapi.. cam ada mender yg buat aku pelik. kenapa ek, bila aku start suka kat seseorg, aku rasa cam diri aku tak secure? rasa cam aku suka dia tapi aku tak suka dia.. ala camner nak citer nih..

tentang dia

dulu aku tak amik port sangat. tapi tu lah, bila dh lama kenal.. bila dia bersungguh tunjukkan dia bebtul seriyes, aku terfikir juga.. dia baik orgnya. tapi tu lahh.. naper ntah aku nih. kenkadang bila dia cakap kat aku dia seriyes.. aku juz senyum.

tentang hati
ok aku ulang lagi skali.. mmg aku suka dia. mmg ada rasa cam nak bagi peluang.. tapi.. aku rasa tak secure. banyak mender buat aku tak secure. takut giler kalau dia tinggalkan aku bila aku start seriyes dgn dia nnt. giler. aku tau aku tak patut buat dia tertanya camtuh. yelah, tak baik buat org tertunggu-tunggu. kata org, kalau tak suka, berterus terang je lah kan.. tapi tu lahh.. masalahnya aku suka!

tentang dia

mmg penyabar. sanggup layan lawak bodoh aku. dia tau, kebarangkalian utk dia dapatkan aku agak kurang. tapi dia still tunggu. tak kira cemana aku layan dia or berapa byk kali aku duga dia pun.. dia tunggu jugak.

tentang hati

aku tau, kalau dia pergi pada org lain, kompem aku sedih. tapi tulah.. aku tak boleh nak halang dia coz aku pun tak sure dgn apa yg aku rasa. dan aku tak boleh la nak pentingkan diri sendiri. sampai bila aku nak jadi camnih pun aku tataw. setiap kali org nak approach je, mula la rasa tak secure. even hati sendiri dh start suka, tapi keep denying. sudahnya.. camnih lah..

Friday, May 11, 2007

outdoor course

wiken lagi.. takde program outdoor.. hm, ada sebenarnya. bykk.. melambak. aku je yg tak dapat join. kena balik kampung. isnin depan baru balik KL.

tadik dapat sms dari Fuzzy. dia inform tentang kursus jurulatih rekreasi luar (level 1) minggu depan. beria dia suruh aku call Jabatan Belia & Sukan Selangor, amik borang.

ekceli, minggu lepas aku yg beria & bersemangat juang berani mati nak join kursus nih. sibuk duk tanya bila derang nak buat kursus camtu. tp, bila dah ada.. adei, cam malas plak nak pegi. for sure ramai participant yg lebih muda dari aku kat sana nanti. aku nih bukan apa, tak sangka pulak baru je aku bukak mulut nak join kursus kejurulatihan, sekaliiii dah ada depan mata. cam terkujat plak. cepat sangat ada nya. ntahapehape lah aku nih kan?.. bila tak ada mencarik.. bila ada cam nak bertangguh plak. hishhh.. ya Allah, jauhkan lah aku dari penyakit "malas" & "suka bertangguh" nih.. *amin*.. penyakit camnih lah yg buat melayu mundur.

pagi tadi aku tipun person in charge. katanya, kalau berminat nak attend, dia suruh buat surat rasmi. whoaa.. mati lah. nak tulis surat rasmi dalam BM ke BI? aku try tulis dlm BM. sekali ayat sumbang. puas aku mengingat balik format surat rasmi yg gomen selalu hantar. pening sekejap bila kena karang ayat yg skema. sudahnya aku tulis bahasa omputeh. gasak lah. sama je kan?

aku hantar 3 nama dlm surat tu. nama aku, nama adik lelaki aku & nama Fuzzy (dia nih dah ada certificate jurulatih Level 2 - saje ngengada nak join katanya).

tak banyak yg aku tau tentang kursus nih. so tak boleh lah nak elaborate detail tentang faedah atau modul kursus. yg pasti kursus nih akan beri pendedahan / pembelajaran secara formal tentang semua yg berkaitan dgn outdoor.

kenapa aku membazir masa utk kursus nih?.. hehe, ada lah.

p/s: oOo incik pekatu buat program gi Charlie & Three Boundaries tak ajak aku. nih yg merajuk nih. taper.. taper.. (gurau je - aku dah pegi dah gunung-gunung tu)

Thursday, May 10, 2007

cerah pagi ni

ada meeting jap lagi.

tader apa yg baru dlm keje aku skrg. advertisement utk major program dah keluar rituh. NST keluar hari Isnin, The Star lak hari Selasa. dedua aku suruh letak dlm biznes colum. mahal giler cost utk adverstiment kali nih - almost 15k utk dedua paper nih. camner pun, alhamdullilah, aku puas hati coz design utk ads tu aku yg reka.. boss pun takde komplen.. approved je. senang keje aku.

bercakap tentang major program, syukur sgt rasanya. aku dh berjaya dptkan participants dari luar Malaysia. 2 dari Vietnam, 1 dari Indonesia. nih tengah tunggu confirmation dari Brunei. risau jugak mulanya. dah lah kompeni 'tooot' tu tak hehabis nak compete dgn kami. copycat sungguh. mebi dia lupa Tuhan tu maha adil.

eniwei, ada satu mender yg really.. really.. really.. tarik perhatian aku lately. teringin nak state kat sini tapi sabar lah dulu. yg penting, aku dah tau dgn sejelas-jelasnya apa yg aku nak utk selarikan minat outdoor & future career yg bakal aku ceburi.

semlm campur hari nih aku dapat 3 lagi outdoor invitations:

satu, xpdc mendaki Gunung Arong kat Johor. tarikh: 8 Jun - 10 Jun 2007. bayaran RM 55 (transport & guide je - rations sendiri). kira murah jugak lah sebab ada bonus gi Mersing - memancing kat laut. trip nih kelolaan geng MBPJ. take note, gunung nih mmg sangat sesuai utk beginner (org yg baru nak kenal gunung). kalau berminat, call En. Hairel 012-9030546.

dua, xpdc mendaki Gunung Cabang Tiga & Gunung Besar. lokasi kat Johor gak. tarikh: 25 May - 27 May 2007. kos tak dinyatakan. rasanya lebih kurang RM 70 - RM 100 (transpot dari Segamat, guide & rations). sorilah, yg nih aku tak boleh bagi detail sbb trip nih tak open utk outsider. organizer prefer memember terdekat je. dah lama aku teringin nak pegi sana. dah la percubaan utk daki gunung nih gagal masa Januari rituh (coz Johor banjir - jalan tutup).

tiga, xpdc mendaki Gunung Yong Yap (antara 7 gunung yg tertinggi di semenanjung). lokasi kat Lasah, Perak. tarikh 26 May - 28 May 2007. siapa yg berminat nak join, call En. Azreen 012-3875897. tentatif program & bayaran ada kat bawah nih;
25 May 2007
11mlm - Bertolak dari KL terus ke surau Kg Raja (Cameron Higlands).

26 May 2007
8am - Selepas b/fast dan tapau lunch di Kg Raja, bertolak ke Pos Brooke - park kereta.
9am - bertolak ke Kuala Rengil menaiki 4WD
10am - mula trekking
4pm - dijangka tiba di kemsait 1 (kemsait luas,rata dan sebelah sungai)

27 May 2007
10am - mula trekking
11am - LWP (last water point)
4pm - Dijangka tiba di puncak gunung Yong Yap

28 May 2007
10am - mula turun
6pm - dijangka tiba semula di Kuala Rengil. keluar ke Pos Brooke menaiki 4WD & bersurai

Bayaran:
Pakej A - Guides+4WD = RM50
Pakej B - Guides+4WD+ration = RM80
Pakej C - Guides+4WD+ration+transpot dari kl-kl = RM120 (terhad 7 org shj)

sadly, aku tak dapat join ketiga-tiga xpdc nih. attached dgn pemili trip ke Ganu. pada yg pegi, aku wish korang gud luck! pada yg nak join, tipun je person in charge utk trip-trip kat atas nih. sumer peramah & baik orangnya =)

Wednesday, May 09, 2007

XPDC Gunung Lebah

lama dah aku gi Gunung Lebah nih. awal bulan lepas. baru nih nak upload entry. bukan terlupa, mmg takde masa sebenarnya. ikutkan mmg banyak lagi log xpdc yg aku tak updet. seriyes, lately tak sempat nak nulih cerita.. apatah lagi nak upload gambar yg dh tentunya amik byk masa. log yg lelain tu, nenanti lah. nih pun aci sempat je.








*credit to Kenshina, Defzone, Skem & Pekatu for diz photos*



alhamdullilah trip sukses!

Lokasi: Tg Malim, Perak
Tarikh: 7 & 8 April 2007 (2 hari)
Team member: 18 org

Log ingat-ingat lupa:


7.00 am
Gerak dari KL dgn Fuzzy (ekceli janji nk jumpa kul 6.00 am. Kesian Fuzzy sangap tggu aku)

8.30 am
Sampai bus-stand Tg. Malim. Rushing laaa sangattt. Sorang pun blm sampai. Janji nak jumpa kul 8.00 am. Ingatkan kami lambat, rupanya organizer baru sampai Tapah. Haper daaa.. :p~ (so, gi sarapan & jenjalan jap)

9.00 ++
Lepak dgn group dari KL sementara tggu memember dari Ipoh

10.00 ++
Team Ipoh Mali sampai – gerak ke Balai Polis Slim Village – hantar report. Pastu gerak ke Kampung (haper ntah nama dia) parking keta.

11.15 am
Naik lori ke starting point. Terjumpa group Abg Usop (geng masa PTD Bkt Kutu rituh – derang nk survey port rafting) (sejam duduk dlm lori. Guna laluan 4wd. Lalu kawasan air panas, kebun, lading kelapa sawit, umah org asli, hutan)

12.15 pm
Sampai starting point (tepi sungai). Agih rations

1.30 pm
Gerakkkk
- Kena lintas sungai guna titi kayu balak. Air sungai derasss. Kalau hujan lebat, kompem tak boleh lintas.
- Starting trek kena ikut laluan balak lama. Mencanak jugak lah. Pacat hmmm.. bykkk gilerrr.
- Trip kali nih agak menyengatttt bilamana organizer cam nak ragging kami (trekking taim tengahari buta)
- Almost 70% trek kena ikut laluan balak lama (pewai ikut lereng bukit)
- Starting je aku dgn memember lain kena sengat lebah!

3.00 ++
Trek buluh. Terpaksa rehat jap bila tak dapat cari laluan lama. Goh, Fizi, Yap recce trek. Kata org, ramai yg terkandas bila sampai kat kawasan hutan buluh nih. mana taknya, kan buluh nih cepat tumbuh & cepat patah. Tu yg buat trek / marking hilang.

4.00 ++
Sambung trekking jalan balak. Trek penuh dgn semak & balak tumbang. Menebassss (org depan lah… aku rilek je)

6.00 ++
Sampai kawasan sungai. Refill air. Kata Goh, ada lagi satu last waterpoint sebelum sampai kemsait. Tapi jauh la nak turun. Aku prefer penuhkan air siap-siap. Biarlah berat bawak beg sekarang daripada bersusah payah jalan jejauh cari air karang. Berat sikit beg kali nih 4.5 liter air aku pikul (jumlah standed. Tak boleh lebih.. nanti pewai)

8.00 pm
Sampai last water point. Skem & the geng turun amik air. Sesambil lepak tggu derang, aku pasang ubat nyamuk. Agas tak hingatttttt! Lama gak tggu derang. Rupanya derang tersilap jalan. Maklumlah dah malam. Trek tak clear.

9.00 ++
Sampai Kemsait. Tak jauh dari port LWP. Ada la dalam 10 minit. Kawasan kemsait lapang. Tapi jejaga.. mudah banjir. Nasib baik hujan turun masa kami dh siap pasang fly. Lebat lak tu. sengall je nak mengemas & masak dlm hujan. Ground basah, fly bertakung air etc. nasib baik barang keperluan kering.Menu mlm nih, sambal udang petai, nasi putih, sayur

6.45 am
Bangun pagi. Tukar baju pastu tolong chef-chef kat dapur. Menu sarapan : cekodok, mee goreng & nasik goreng.

10.30 am
Lepas packing, tinggalkan beg kat kemsait pastu gerak ke puncak Lebah.
- Layan trek balak skejap
- Pastu trail hutan yg pacak tak hingatttt.. semput!

11.15 am
Sampai kat kawasan berbatu. Baru lah landai sikit. Besar batu-batu kat sini. Ada satu yg aku tertarik – bentuk cam kapal.

11.30 am
Dah sampai puncak ?? Sib baik bebudak kat beirut tegur. Kalau tak ntah memana la aku terlajak. Pewai punya pasal. take note yerr, kat puncak Lebah nih mmg takder view.

12.30 pm
Fizi hantar skuad terpantas (Daus & Zul) turun dari puncak utk pegi ke kaki gunung – tggu lori yg hantar kami semlm. Kami pun start turun pepelan

1.15 pm
Sampai kat kemsait. Lepak jap pastu amik beg & start turun.

2.00 ++
Sampai kat kawasan sungai. Cik Leey jatuh kat sini. Syian dia. Lepak jap – ngeteh.

4.00 ++
Sampai starting point.
- Ekceli almost hilang trek masa kat kawasan hutan buluh. Sib baik Goh lead.
- Seriyes pewai layan trek tepi lereng nih. sengalllllll sey!
- Lori dah sampai. Tak sempat nak mandi sungai dah kena angkut naik lori.

6.00 ++
Sampai kat umah tuan punya lori. Dia bagi tumpang mandi. Bilik air dia mmg marbeles.. mandi kat situ rasa cam mandi kat negeri mat salleh.. auww. Kat sini, sempat gak la pi jenguk kawasan air panas dia. Tapiiii.. tak dapat nak mandi situ. Boleh membunuh panasnyaa!

8.00 pm
Dinner & bertolak balik KL - the-end.


Tuesday, May 08, 2007

nak join outdoor?

halaa.. baru dapat tau ada trip pi Gunung Batu Puteh hujung bulan nih. tapi clash dgn trip gi Ganu.. melepasss aku. btw, kalau ada sesiapa berminat nak naik join outdoor, tapi tataw camner, nih aku paste detail tentang trip ke gunung nih. contact la person in charge kat bawah tu (peramah orgnya)
XPDC Gunung Batu Puteh
Lokasi: Kuala Woh, Perak
Tarikh: 26, 27 & 28 May 2007

Day 0

Peserta terlebih dahulu perlu tiba pada sebelah malamnya di Tapah dan kemudian ke Kuala Woh bagi yang berkenderaan sendiri. Bagi mereka yang tdak mempunyai kenderaan anda boleh datang kesini dengan menaiki bas ke Pekan Tapah dan kemudiannya akan dibawa masuk oleh penganjur dengan kenderaan yang disediakan.

Day 1

8.00pg - Berjalan menyusuri sungai Woh (Sungai Y)
9.30pg - Menyeberangi kawasan pertemuan sungai Woh dgn sungai Telom
9.45pg - Perjalanan diteruskan melalui lereng2 sungai, alur air, anak sungai.
11.00pg - Tiba di Sungai Jerang, mula mendaki bukit buluh.
1.30tgh - Rehat Lunch
2.30ptg - Melalui trek pacak (2jam)
4.30ptg - Tiba diBatang Balak 1
5.30ptg - Tiba Batang Balak 2
6.00ptg - Tiba disimpang Gua Azan
6.30ptg - Tiba di Gua Azan (Bermalam)

Day 2

9.00pg - Sambung trekking ke puncak
11.00pg - Tiba di simpang Batu Lintang
12.30tgh - Makan tengahari
12.50tgh - Sambung Perjalanan
1.00tgh - Tiba disungai terakhir sebelum puncak Batu Lintang
3.00ptg - Tiba di Batu Lintang
3.30ptg - Sambung perjalanan ke LWP (last water point)
4.30ptg - Tiba di LWP isi air untuk bekalan
5.00ptg - Bertolak dari LWP
7.00ptg - Tiba di Puncak Batu Putih

Day 3

10.00pg - Mula turun
11.30pg - Tiba di Last Water Point
1.00tgh - Tiba di Kem Batu Lintang
3.30ptg - Tiba di Batang Balak 2
4.30ptg - Tiba di Batang Balak 1
5.00ptg - Melalui trek buluh
6.00ptg - Tiba di sungai Woh (Cabang Y)
7.00ptg - Tiba di Pump House Kuala Woh

Bayaran:
Pakej A = RM70 meliputi makan (rations), transport dari Tapah dan guides
Pakej B = RM40 hanya untuk guides dan transport (rations sendiri)
Pakej C = RM30 hanya untuk guides (transport & rations sendiri)

Berminat?
Sila hubungi Muzs melalui email adisos2002@yahoo.com atau transprt@yem.avkk.yamaha.co.jp
Bayaran perlu dilakukan pada/sebelum sebelum 21May 2007 ke akaun Maybank 108010909946 Muzafar Bin Mohamad. Sila hubungi nombor ini selepas bayaran dibuat: 013-5011471 @ 012-5317141
p/s: nasihat aku, pegi la.. join la.. charer pegi outdoor nih!

Monday, May 07, 2007

tuan puteri

seriyesli, aku rasa tahap kesabaran aku belum capai limit yg boleh meluluskan aku menjadi seorg kaki pancing. setakat sejam dua tu, aku boleh tahan lagi. masuk je minit setrusnya, kompem aku campak joran dlm air (kes tak dapat ikan langsung laa nih).

3 hari berturut-turut aku jadi peneman setia adik-adik aku yg sungguh la minat memancing nih. mmg dari kekecik lagi derang mewarisi gen memancing dari bapak. kalau kat kampung tu, tak kira pagi / petang sure adik-adik aku duk terpacak kat sungai depan umah - mengail ikan. tak pun kat pantai area ALAM - menjala.

tak sangka lak minat derang nih terbawak sampai kat KL. memula tu aku pelik gak bila adik lelaki aku yg baru kawen tu bawak joran ke sini. dlm kepala nih duk pikir, takkan laa nak mancing kat sungai gombak / sg kelang? rata-rata sungai / tasik kat KL nih sumer dilarang memancing. tapi, nasib baik laa port memancing yg derang pi ni dekat dgn rumah (kolam pancing je). tak lah risau sgt. nak memancing sampai subuh pun takper. ramai kaki pancing kat situ.

ok, nih nak citer pasal lain sebenarnya. pasal tajuk kat atas tu. cam best je bunyik dia kan? ekceli ada sorang nih duk panggil aku dgn gelaran Tuan Puteri.. hiks! tataw lah tang mana yg boleh menyebabkan dia panggil aku camtu. masa first jumpa dia pun, aku tader lah pakai baju kebaya ala bangsawan solo ke apa. jumpa pun bukan lah kat mejelis kenduri kendara ala kemelayuan. jumpa taim aku organize black tie dinner kat hotel Istana bulan lepas. sungguh la tak kena kan?.. eh, jap.. eh, no wonder la dia panggil aku camtu. maybe sbb nama hotel tu Hotel Istana.. ada kemungkinan jugak kan? tak kisah lah.

yg menjadi kisahnya, bila jumpa / call aku, dia akan guna panggilan tu. bukan aku tak suka. cuma kenkadang cam segan bila org keliling dengar. kompem derang ingat aku nih gelpren dia nnt.

sebenarnya, selama aku keje kat sini, aku tak penah jumpa client kat luar. erk, jumpa maksud aku, yang tak ada kaitan dgn keje lah. sampai aku penah di label "org yg tataw bersosial". hm, sampai ati hamba-Allah yg ckp aku camtu kan? ikutkan aku tader prob nak beramas mesra dgn sesiapa pun. cuma part keje nih je yg kurang. reason: sumer kat sini jenis formal gitu.. jenis yg borak duk cakap pasal graf, persen, benefit.. jenis yg nak beramah tamah sambil pukul bola. mana lah sesuai dgn aku nih.. derang tu enggang, aku nih pipit.. kecik.. lemah.. comei!.. *perasan*

few weeks lepas dinner, aku dapat call dari Encik Tuan Puteri nih - ajak keluar. taim tu aku ada hal, so aku tolak bebaik. pastu dia ajak lagi - lunch. serba salah pulak. sbb, sebolehnya aku tanak lah rapat sgt dgn org yg ada kaitan dgn keje. tapi bila pikir balik, tak salah berkawan. lagipun, dia bukannya ada kaitan secara langsung dgn kompeni nih. dia juz kawan kpd boss aku..


iklan: opss.. siaran tergendala sebentar. sila ikuti sambungan cerita tak berapa ekslusif nih pada masa dan hari yg tak ditetapkan.. hiks.

**********************

it wuz dad's birthday last saturday.. sadly tak dapat celebrate sesama. all we can do is juz buat phone conference dgn adik-adik & ayah.. wish him all the great things in diz world and thanked him for being the best bapak ever! sedih tp nk buat camner. takper lah, end of diz month nak gi Ganu kan? ada father's day lagi kan? boleh lah celebrate sekali. double present lagi gituu. aku suka!

Thursday, May 03, 2007

mood yg mcm-mcm

baru balik bercuti panjang ni. mood pun cam blur sikit. mcm tak puas bila kena keje arinih. *ngengada la tu*

seminggu aku kat kampung. lama tu. mcm tak caya je! berjaya jugak aku atasi keinginan yg membuak-buak utk masuk hutan dgn mem-balik-kan diri ke kampung. wah, ada kemajuan. shabbas utk diri sendiri. camner pun, nih takde lah bermakna aku nak berenti outdoor terus. hish.. tak mungkin. cuma nak slow kan xtvt. nak dulukan komitmen. nak lebihkan femili. aku tanak lah pepatah "kera dihutan disusukan" tu kena kat batang hidung sendiri (tho aku tak penah bagi susu kat kera yg ada kat hutan hatta kat bandar sekalipong).

cemacam mender aku buat kat kampung:

ada projek buat rak utk pokok bunga yg aku tanam kat umah kl. habis papan yg bapak simpan nak buat reban ayam aku keje kan. dengan gergaji bapak yg dah berkarat, tukul besi yg senget sebelah & paku kitar semula, aku mulakan projek membuat rak bunga. berhempas pulas aku memikirkan mcm mana nak buat mender alah tu. siap lukis-lukis buat lakaran. semangat! rasa cam arkitek plak. tapi mcm biasalah, bukan aku yg buat keje-keje berat nih. apa guna adik-adik lelaki gamai kan? merasa aku jadi mandor. suruh buat itu ini. kesian Uj & Syuk. camnerpun, aku ada turun padang gak. tugas aku, mengecat rak-rak yg dah siap tu (jadi lah kan?). hasilnyaaaa.. boleh la tahan. aku suka!

pastu ada kenduri kendara. biasa lah taim cuti camnih tak sah kalau takde orang buat majlis bagai. hari kedua kat kampung je bapak dah bising suruh aku ikut pegi majlis sanding sepupu aku kat ayer keroh, mlk. ikutkan, mmg malas nak pegi. tapi bapak beria sangat. siap jadi tukang pilih baju utk aku pakai. suruh pakai lelawa katanya. seram aku dibuatnya. mcm ada agenda tersembunyik je.

hari last kat kampung plak ada kenduri doa selamat kat umah nenek. ramai sungguh org kampung datang. kenduri nih sempena nenek nak pegi umrah. habis kenduri sumer, kami pegi KLIA. konvoi gegamai hantar nenek. sedih tgk nenek pakai serba putih semlm. harap dia selamat pergi & balik. tengok orang pegi umrah nih, teringin plak nak pegi sama. seriyes! kalau boleh, aku tanak lah pegi mekah taim badan dah terketaq-ketaq. nak buat ibadat pun susah. kalau murah rezeki dlm masa dua tiga tahun nih, aku nak kesana, insyaAllah!

balik dari hantar nenek semlm, aku terus gerak ke kl. yg lelain plak, singgah Nilai 3 sebelum balik Melaka. shopping la tu. nak ikut sama malas pulak rasanya. sebenarnya aku nak mengelakkan soalan-soalan yg aku sendiri takde jawapannya. penat la nak layan soalan yg sama. buat aku serba salah je.

hujung bulan nih ada femili trip ke Ganu. so far yg kompem juz adik-beradik aku je. bapak & Aunt Shi tataw lagi. adik-adik tiri aku pun tak sure. kalau boleh aku nak bawak sumer sekali. bukan apa, susah woo bila femili besar camnih. kang kalau tak bawak, kata pilih kasih.. kecik hati.. hm, tgk lah nanti.

sebelum aku tengelam dgn keje yg melambak atas meja nih, juz nak share satu drawing nih. aku copy dari seseorang. cuba peratikan gambar pompuan dlm gambar nih:





tak dapat teka? aku pun camtu gak memula dulu. tak sangka.. gambar aku rupanya. lebih memeranjatkan bila drawing nih di print atas t-shirt dan dipakai oleh berpuluh-puluh graduan dari "biarlah-aku-rahsiakan-universiti-mana".

kepada tukang buat sketch nih, aku nk ucap terima kasih byk-byk. seriously, aku terkejut & terharu. tgk pada lukisan & susunan gambar, mmg ada byk cerita tersembunyi kat situ. honestly, i'm touched. tak sangka sampai mcm tu sekali dia abadikan kisah ni. harap dia tabah. terima takdir kami seadanya. agama kita berbeza. aD tak mungkin jadi Lina Joy @ aD Joy.. tapi kalau aD Joyah tu mungkin. sebab aD mmg suka menjoyahkan cerita sendiri kat sini.

tak sabar nak pakai t-shirt nih!

p/s: thanks! *hug-hug*