Sunday, January 31, 2016

Thank you Mamoru

Tertidur awal malam ni lepas Mamoru urut (bukan urut, tapi picit2 sikit). Aku minta dia picit sebab belakang badan rasa lenguh2.

Tidur tak cukup lately. Gigih berjaga tetiap malam untuk pumping. Nak make sure susu untuk Aleesya cukup bila start keje nanti.

Bila bangun untuk pump tadi, aku tengok rumah sangat bersih:-
Toys tersimpan elok dalam bakul.
Sinki bersih dan kering. Tak ada pinggan kotor dalam tu.
Lantai rumah berkilat dari depan sampai dapur

Semua tip top.

Wow.

Belakang badan aku pula ada 2 sticker besar (koyok). Rasa berangin. Lenguh2 dah hilang.

Malam ni pump sambil senyum.

Thank you so much to Mamoru. For helping me with the house chores every weekend and layan the kids pergi swim, playground, jalan2, etc.

I love u!

xo!

Saturday, January 30, 2016

Wow.

Selepas hampir sebulan training (occasionally). Just nak jot down tentang larian pagi ni. Tiga huruf je to describe it:

W.O.W

And I'm a happy momma :)

Next month start buat long run & more consistent training. 

Ultra-mom in the making! 

Friday, January 29, 2016

Conversation Ariff & Amarr

Pengaruh tv. Kena pantau selalu.

********************


Ariff & Amarr nampak shooting star.

Ariff: Mummy hurry. Make a wish.

Ok there's no such thing as wishing upon a star bagai. So, aku tukar ayat..

Me: Mummy doakan anak2 mummy berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan dunia akhirat, sentiasa sihat, panjang umur dan sentiasa dilindungi Allah swt.
Amarr: Saya nak wish Aleesya cepat jalan dengan  senang berjalan.

Aww.. so sweet Amarr ni. Mesti dia kesian tengok aku duk jaga Aleesya siang malam.

Me: Ariff doa apa?
Ariff: Saya wish saya pandai dekat school. Nanti cikgu tak marah.
Me: Aminn. Semoga Tuhan makbulkan doa anak2 mummy.

********************


Layan Ariff colouring & Amarr gunting & gam kertas (macam buat kad ucapan)

Ariff: Mommy, today is valentine's day?
Me: What? Where did u learn about valentine?
Ariff: Dekat tv ada.
Amarr: Amarr nak buat valentine card untuk Ayuni.

Ohemmgee. Baru 6 tahun dah tau pasal valentine?

Me: Kids, kita tak boleh sambut valentine ok. Tak elok. Instead buat kad untuk valentine, why dont u guys buat kad untuk mommy & daddy punya wedding anniversary. Next week our anniversary tau.
Ariff: Wedding anniversary tu apa?
Me: The day mommy kawin dengan daddy.
Ariff: Oh.. masa tu Ariff dengan Amarr dalam perut mommy kan?
Ok Ariff buat kad untuk mommy & daddy.

Wow. Kids nowadays tak perlu explanation eh? Semua dia tau.

**************


Ariff kena buli?

Mungkin ni salah satu proses budak2 lelaki membesar kut. Gaduh sini sana. Belasah orang sesedap rasa. Praktik teknik pukul orang macam dalam tv.

Fine.

Dari minggu pertama sekolah Ariff mengadu
- Kawan dia ambil makanan yang dia beli
- Kawan dia ambil duit dia
- Kawan dia tumbuk perut & pukul dia

Fine lagi. Bersangka baik.

Aku bukan tak risau. Risau beb. Tapi aku try tolak tepi dari fikir bebukan. Aku anggap je budak tu tak sengaja. Maybe bergurau. Maybe jugak Ariff yang trigger benda tu.

Setiap kali Ariff mengadu, setiap kali tu juga aku pesan, jangan balas kalau orang buat kita. Allah ada. Aku suruh Ariff cakap kat cikgu setiapkali budak tu pukul dia. Tapi Ariff balas, budak tu bukan buat dalam kelas. Aku just mampu suruh Ariff sabar.

Tapi start semalam, Ariff dah tak mengadu lagi. Sebab sehari sebelum tu aku ada suruh driver van tengok2 kan budak yang suka buli Ariff. Dan Ariff pun ada cakap, abang driver suruh budak tu salam & minta maaf pada Ariff.

Petang tadi, Ariff balik sekolah dengan lebam bawah mata & kat bahu kiri. Bukulali bengkak. Bila ditanya dia cakap tak ada siapa2 buat. Pastu moody tanak jawab bila aku tanya lebih2.

Lepas dinner aku bawak Ariff pergi klinik. Doktor confirmkan kesan lebam tu bukan sebab terjatuh atau terhantuk. Memang kesan kena pukul. Bila doktor tanya, Ariff mengaku kawan dia yang buat.

Sedih. Marah. Sakit hati. Semua ada. Sampai mengalir air mata ni. Anak aku beb!

Kalau ikut hati, macam2 aku fikir nak buat dalam kepala ni. Tapi cepat2 istighfar. Budak2 kann.. mana  tahu apa2. Yang salah bukan budak2. Tapi mak bapak budak2 yang tak reti ajar anak. Buat anak reti pulak? 

Doktor bagi Ariff MC esok. Kaki bengkak tak boleh pakai kasut. Tak boleh jalan. Pergi klinik tadi pun berdukung.

First time berdepan dengan masalah macam ni. Aku blur tak tahu nak buat apa.

Again, aku faham budak2 kecik maybe bergurau tak kena tempat. Tapi aku tanak lah sampai satu hari nanti Ariff cakap dia tak suka pergi sekolah.

Aku tak rasa aku boleh duduk diam macam ni. Plan nak jumpa cikgu kelas dia esok. Discuss baik2. Harap boleh prevent benda ni dari jadi lebih parah. Takut sok lusa, maybe Ariff boleh bersabar, tapi aku yang hilang sabar!

Note: Teringat 30 tahun dulu masa aku masuk darjah satu. Diam & sabar je bila kena buli. Bila masuk darjah tiga, aku jadi hilang sabar bila tengok orang buli adik aku pulak. Bergaduh besar kat luar sekolah sampai aku kena heret pegi bilik pengetua. Tu diaa bila orang pendiam hilang sabar. Memang teruk budak tu aku kejekan. Melalak2. Aku sikit pun tak nangis. 





Tuesday, January 26, 2016

Jadilah orang yang bersyukur

Boleh tak hari ni aku spent almost sepanjang hari duk fikir tentang masalah orang.

Rasa sedih sampai menangis bila tengok sedara & kawan2 terdekat hilang kerja sebab ekonomi tak stabil.

Melimpah ruah rasa simpati bila mereka terkial2 cari kerja lain & cuba buat bisnes kecil semata nak cari rezeki besarkan anak2.

Sedang aku, alhamdullilah masih ada kerja. Masih dilimpahkan rezeki. Dan Mamoru, saat2 ekonomi terumbang-ambing ni, banyak pula company yang offer dia kerja. Company besar2 pulak tu. Cuma dia belum tergerak nak beralih angin. Masih setia dengan company sedia ada.

Bertabah lah atas ujian Allah swt. Rezeki kurang atau lebih, semua ujian dari-Nya

Semoga aku sentiasa jadi orang yang bersyukur.



Monday, January 25, 2016

Merapu

Esok kiddos start sekolah. Minggu ketiga.

Boleh tak aku rasa macam tanak kiddos gi sekolah esok. Nak diaorang duduk umah je teman aku.

Haih.

Kiddos relax je esok sekolah. Aku je yang lebih2. Macam aku lak kena pi sekolah :(

Kalau Ariff still dalam Brainy Bunch, dah lama aku pontengkan. Dah masuk darjah satu ni tak berani aku.

Uwaa..

Emo sangat malam ni tau. Tiba2 rasa rindu kat anak2 (walhal diaorang ada je tidur dalam bilik). Apekah?

Minggu ni last maternity leave. Cuti tiga bulan rasa sekejap je. Next week dah start keje.

Uwaa.. Uwaa..

Wahai hati, kuatlah. Wahai diri, tabah lah.

Supermak tak ready nak tukar title jadi Ultramak.

Nextweek jadual Ultramak would be:-

Bangun & bersiap seawal 5.00 pagi
Mandi & siapkan kiddos & baby pukul 6.00 pagi (good thing is boleh solat sama2 dengan kiddos)
Hantar kiddos pi sekolah & taska seawal 7.00 pagi
Masuk keje dari 8.45 pagi sampai 5.45 petang
Fetch kiddos dari sekolah & taska pukul 6.30 petang
Sampai rumah 7.00 malam
Dinner pukul 8.00 malam (masak / tapau)
Then, semak homework, prepare buku & bekal kiddos untuk esok,  layan cerita kiddos, layan baby.
Before bed, kemas rumah, basuh baju etc.
*Ni tak termasuk jadual untuk breastpump & training lari lagi.

A bit tough jadual Ultramak tahun ni.

Tapi tak boleh mengeluh banyak2. Ada orang struggle untuk keje di zaman ekonomi down ni. So, bersyukur lah aD. Kau masih ada kerja.

Doa banyak2. Moga ada rezeki untuk pindah Melaka. Satukan semula family yang dah lebih 5 tahun hidup berjauhan.

Long distance relationship is not fun anymore.

Weekend kami

Suppose weekend ni kami pergi camping kat Cameron. Tapi sebab campsite tengah upgrade, kami hilang arah.. hihi.

Spend masa dengan shopping & jalan2 kat area KL & Putrajaya je. At least kiddos happy dapat jumpa sepupu sepapat semua.

Hari ni semua orang kat KL still cuti. Tapi Mamoru dah balik Melaka - orang Melaka keje. 

Tsk.


Sama saiz je aku dengan kiddos n anak2 buah yang lain..huhu

Aleesya in ring sling :)

The siblings, the ipar duai & the anak2

Bekal untuk Mamoru

Aku adelah orang yang tak suka buat air minuman.

Jarangggg aku buat air. Tak kira lah air teh, kopi, sirap ke apa jenis sekalipun. Sebab, aku lebih suka minum air masak.

No wonder kiddos pun takkan minum air lain selain dari susu & air masak (Bezanya, Amarr suka minum air sejuk & Ariff suka air suam). Air minuman dalam kotak, vitagen ke haper tak payah lah offer kat kiddos. Memang diaorang takkan minum.

Tapi kalau pegi kedai makan, takde lah aku order air masak. Paling2 pun teh atau fresh orange. Mamoru pulak aku perasan dia suka minum neslo. Kiddos still sama, nak air kosong je (jimatt.. haha)

Chua pernah bahan aku atas gunung sebab tak reti buat air kopi. Sampai sekarang, kalau dia ingat, sure dia kutuk aku kaw2.

Sigh.

Semenjak dua menjak ni, aku tergerak nak belajar buat air minuman.

Bukan untuk diri or kiddos. Tapi untuk Mamoru.

Baru nak belajar after almost 8 years kahwin okay! Matilakauu. Hahahaha.

Tapi better dari tak belajar langsung kan.

Semua sebab Mamoru demam aritu. Tak lalu nak makan. So, aku buatkan air teh.

Dari air teh, aku dah advance sekarang. Dah pandai buat air neslo! Now setiap kali Mamoru pi keje, aku bekalkan dia dengan air neslo panas.

Next, mission aku nak belajar buat beverages especially yang berkaitan dengan coffee supaya sesedap air Starbucks.

Resepi makanan berlambak kat internet. Resepi buat kopi ada tak? Lets google-licious.


Bekal untuk Mamoru pagi ni. Neslo panas & homemade nasi goreng ayam. Seminggu sekali je dapat buat untuk Mamoru 

Friday, January 22, 2016

Daddy

Dear Daddy,

Just want to let you know that mummy feels bad last night. She was tired, sleepy and didn't mean what she said :)

She said she's sorry. She love you so much and can't wait to see you tonight.

She have a suprise for you. Come back home early and drive carefully okay daddy. Don't forget to recite ayat Qursi.

Lotsa love from mummy & me!
xo!


Thursday, January 21, 2016

May the force be with me

Hari ni seharian mengemas rumah. 

Re-arrange lagi barang2 dalam rumah. Kasi nampak lebih cerah. Lebih luas. Dan yang penting, lebih ruang untuk anak2 bermain. 

Kiddos suka kayuh basikal, main skate board & roller skate dalam rumah. So kena ketepikan kerusi meja semua. 

Esok sambung lagi. Nak buat drilling sikit. Gantung few frame gambar hasil lukisan Ariff & Amarr. Nak gantung blind, gantung kelambu, gantung mini ampai.

Suis untuk water heater rosak. Kena panggil technician betulkan wayar suis. Nak buat sendiri tak reti. Dulu masa belajar kemahiran hidup tingkatan tiga tak khatam. Aku tak ingat mana satu wayar bumi segala bagai tu. Daripada aku shock kena letrik, better pangil orang buatkan. Supermak pun ada kelemahan okay.. huhu.

Esok juga nak bawa Aleesya gi jumpa paed amik jab. 

Pastu, nak cari mini deep freezer untuk storage EBM. Petiais kat umah ni dah tak boleh tampung stok susu. Lagi pun, tak best pulak bila bercampur dengan ayam ikan segala.

Pastu nak shopping alas meja baru. Blind baru. Mini ampai baru.

Banyaknya nak buat... may the force be with us ya Aleesya. No tantrums tomorrow, pweasee.

Semoga misi esok berjaya. 



Darth Vader yang comel..

Exercise style Aleesya

Dia paling awal bangun. Tapi dia tak bising. Senyap je layan perasaan sorang2 sementara mummy siapkan abang Ariff & Amarr pegi sekolah.

Sabar je dia tunggu turn dia kena mandi.. hihi. 

Kalau dia bosan, dia exercise sorang2. Aleesya selalu buat senaman naikkan rahim.. hihi. Nak tau camne senaman naikkan rahim? Macam gambar kat bawah nia..

Gemoning semua!

Memula angkat kaki tinggi2.

Pastu goyang2 camni tau. Buat sampai penat.. haha

Hero2 dah ready pi sekolah pagi ni :)

Wednesday, January 20, 2016

Kegilaan berlari

Hanya orang yang berlari je faham perasaan ni.. haha.

Tahun ni nak teruskan misi yang tergendala (sebab pregnant tahun lepas). Kira misi carry forward la ni: Ultrarunner / Ultrahiker wannabe.

Cita2 nak lari 100km, tapi yang ni kena KIV dulu sebab aku fully breastfeed kan. Kalau lari non stop sampai berbelas jam, bila pulak nak pump susu. Tanak la duk focus lari sampai production susu terjejas.

So tahun ni, concentrate kat full marathon ja.

Dalam tak sedar, hampir penuh kalendar tahun ni dengan running xtvts. Serious tak perasan tau. Main register ja. Itupun still ada few full marathon under favorite list yang belum  buka untuk registration, e.g., Putrajaya Night Marathon, Standard Chartered, Bali Marathon, etc. Tak sabar nak register.

Kat bawah ni list confirmed marathon yang aku dah register (dan update kat sidebar blog ni :)

Untuk January & February takda race sebab aku still under recovery.

Actually minggu ni aku ada Twincity Marathon 42km. Aku register tahun lepas. Masa tu tak tau nak kena deliver secara operate kan.. huhu. Mamoru dah tolong jualkan bib. Good luck lah to whoever yang larikan bib aku tu :)

2016 list of XTVTs

Mar 11 2016 Wedding adik no.7 (Kedah)
Mar 26 2016 Trail Marathon 12km
Mar 27 2016 Trail Marathon 15km
Apr 3 2016 Half Marathon 21km
Apr 9 2016 Wedding adik no.7 (Melaka)
Apr 24 2016 Half Marathon 21km
May 28 2016 Full Marathon 42km
Jul 30 2016 Half Marathon 21km
Aug 21 2016 Half Marathon 21km
Oct 8 2016 Ultra trail marathon *tunggu registration dibuka*

Kalau tengok jadual ni, aku lebih banyak register untuk Half & Full Marathon je. Aku kurenggg sikit nak lari short distance (unless its a trail marathon)

Bukan nak berlagak okay. Tapi sebab aku memang tak boleh compete short distance race. Aku lari tak laju beb. Stress lari 10km. Sebab asyik duk fikir bila la nak sampai finishing line. Nak layan lagu time lari pun tak tenang.

Aku prefer long distance sebab omputeh cakap 'it's my thing'. Lagipun, lari jauh boleh layan lagu best2. Layan feeling. Layan view. Fikir masa depan. Dan aku confident boleh naik podium (provided with consistent training la kan.. haha)

Teman mummy bersenam

As ussual, subuh2 buta Cantik mummy ni dah siap mandi. Practice dari awal untuk get ready bila mummy start masuk keje nanti. 

Lepas dah siap2 semua, kena jadi pom pom girl teman mummy senaman pagi. 

Tengok mummy buat squat, plank, sit up, push up etc. Aleesya pun excited gerak kaki nak join sama.. haha.

Nak jogging tak boleh sebab mummy takda stroller yang sesuai untuk carry Aleesya. Bersenam dalam rumah je lah.

Nanti kita kenen kat daddy suh belikan eh.. hihi.


Aleesya in Adidas romper. Serba biru. Reben biru sebagai tanda Aleesya ni baby girl tau. 

Alright, lets go out for breakfast. Pekena mamak kat Q-Bistro pagi ni 





Nak kongsi sedih tetengah malam ni

Susu tumpah.

Berjurai2 air mata malam ni. Dah macam apa je.

Tak banyak pun tumpahnya. Tak sampai setengah oz. Tersilap letak botol lepas habis pump tadi. Tapi dia punya sedih.. tsk tsk.

Tinggal dua minggu lagi sebelum cuti maternity habis. Kena restock susu banyak2. 

Haih. Kenapa cepat sangat dah nak habis 3 bulan?

Uwaaa.. aku tak ready nak masuk keje lagi. Tak mboh berpisah dengan Aleesya.

Uwaa...

Note: Aleesya kurang minum susu waktu malam. Dia boleh tidur straight sampai 5 jam. Baik kan Aleesya. Kasi can mummy dia tidur. Tapi aku still bangun few time jugak. Bangun untuk pump :)


Pump sambil tengok muka dia. Tenang ja rasa :)

Tuesday, January 19, 2016

Rezeki 2016 part 2

Dapat satu lagi berita baik hari ni. Rasa nak menangis sebab terlalu happy.

In total dah ada 3 berita baik dalam tahun ni.

Nak share tapi knowing Mamoru, sure dia akan suruh hold dulu. So, as a wife, kena faham & ikut cakap suami :)

InsyaAllah, bila dah dapat semua black and white on paper, boleh post gambar terus.. hihi.

Ekceli just nak highlight few things kat sini. Untuk peringatan diri sendiri dan anak2:

Bersangka baik pada perancangan Allah swt.
Bersangka baik pada semua hamba Allah swt.

Tahun lepas, dalam bulan Ogos, aku ada buat 2 wishlist untuk tahun 2016 ni. Syukur sangat. Semua dimakbulkan. Semua.

Tuhan permudahkan jalan. Rezeki yang tak dijangka.

Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.

Terima kasih ya Allah.

Princes's rules.

Morning dari Aleesya! xo!

Pagi ni takda air kat rumah. Lucky semua abang2 Aleesya morning person. Mommy & Aleesya pun dah siap wangi2. Semua dah mandi sebelum bekalan air putus. Takda air adalah signal untuk mommy & Aleesya keluar jalan2.. yay! hihi.

Jangan kecam mummy Aleesya sebab selalu update tentang happiness kat sini. Its not that she's trying to make other people feels bad. It's just what she always did since 11 years ago in this blog. Take pride, she said. For herself.

For those yang rasa mummy Aleesya nak menunjuk2 tu, Aleesya & mummy doakan semoga Tuhan beri kebahagian pada semua hingga melebihi kegembiraan kami. Amin.

Kalau still tak happy juga. Maybe korang banyak buat dosa kat mummy Aleesya tak? Hihi.

Maybe kadang2 kita tak sedar ada titik hitam kat hati kita. Best way to get rid of penyakit hati adalah dengan istigfar. Banyakkan baca quran. Tak reti baca quran? Baca merangkak2? Takpa, tafsir ada.

Kalau terasa dengan apa yang Mummy Aleesya tulis ni, minta maaf lah ya. Mummy kata, dia sengaja.. hihi.






Monday, January 18, 2016

Whats for breakfast?

Fresh from oven pagi ni.

Homemade muffin choc lava. Serve dengan ice cream milo & grapes. Walla..

Rest day. So enjoy makan lepas dua hari berturut training lari.

Mummy makan dengan Aleesya (Aleesya tukang tengok ja sambil jilat2 bibir. Keliur la tu.. haha. Kesian Cantik mummy ni)

Mission lepas training semalam, nak pegi jenjalan shopping baju keje mummy.

Tapi yang pelik tu, baju Aleesya ja yang mummy borong sampai Daddy angkat kening tengok mummy. Daddy bebel2 sebab mummy tak beli baju keje. Baju Aleesya dah banyak katanya..

Hahahampunnnn. Mummy tak boleh tahan napsu tengok baju baby girl yang comei2 ittew.

Takpe, esok mummy boleh go shopping lagi. Aleesya pun sangat behave duduk dalam baby sling. Tido je dia  kat dalam tu. Cayalah Cantik! Boleh geng kamceng dengan mummy pi shopping pasni.. hihi

Yummeh..


Ini lagiiii yummiest. Gambar Aleesya sebelum dia rebel pi tarik reben sampai tertanggal bunga2 comel tu.. Geleng kepala mummy tengok awak ni. Gigit kang tau la.. huhu.

The yummiest pizza deliverer!

Friday, January 15, 2016

Salam Jumaat

Jumaat datang lagi.

Lega. Minggu kedua persekolahan berakhir dengan 5 bintang! Tip top!

Pasnih supermak boleh selit2 masa untuk training dengan konsisten. Nak keep fit supaya senang nak pi hiking :)

Kaki dah gatal nak sarung kasut hiking. Nak masuk hutan.. hihi.

Last week nyaris tak ikut Wani pi daypack naik gunung. Mamoru dah bagi greenlight. Cuma aku ja yang teragak-agak.

Tapi weekend ni kalau ada sesiapa yang ajak masuk hutan, memang aku pi. Dah ready dah hiking gear untuk daypack. Bateri breastpump pun dah charge. Boleh pump on the go! Bateri kamera pun dah ready. Haih. Tak sabar pulak nak snap2 view on track macam dulu. Cuaca pun sangat best. Sure view ohsem.

Ada ke yang nak buat trip daypack gunung minggu ni? Ajak la hamba ikut bersama. Hihi.

Note: Update tentang Ariff call aku semalam. Ariff cakap, dia call aku sebab nak cakap dia lapar. Alolo... syian anak aku. Aku just kasi duit ja bila dia pi sekolah. Pasni aku buatkan bekal lah. Sebab dia komplen, takde apa yang sedap jual kat kantin sekolah.. huhu

Thursday, January 14, 2016

Panik

Tengah leka layan Aleesya kat rumah, dapat call dari nombor tak dikenali.

Aku jawab. Dengar surrounding bunyi bising tapi takda siapa yang bercakap.

Tetiba aku teringat Ariff.

Aku: Ariff? Ariff ke kat sana?

*senyap*

Ntah kenapa aku confident itu Ariff. Instinct.

Pastu sayup2 aku dengar suara Ariff; "Mummy.."

Aku tengok jam. Pukul 1.00 tengahari. Suppose waktu camni Ariff dah sampai sekolah kebangsaan.

Maybe Ariff call guna public phone kat guard house sekolah. Aku ada perasan satu public phone kat situ.

Cuak ok. Nih first time Ariff call aku seumur hidup dia.

Aku: Ariff? Ariff ok tak ni? Ariff kat mana ni.

*senyap*

Sekejap tu dengar suara dia; "Ariff takut.."

Dan line tetiba putus.

Rasa macam dalam drama. Macam berdentum petir atas kepala. Macam2 dah aku fikir.

Call no tu balik tapi takda line.

Aku angkat Aleesya. Nak pergi sekolah Ariff jam tu jugak. Tapi dressing aku tak semenggah. Dengan boxer & singlet. Haih.

Letak balik Aleesya. Sambil salin baju, call Mamoru, call adik lelaki no.7. Aku dah nak melalak dah ni.

Adik no.7 pegi sekolah
Mamoru call Taska

Alhamdullilah Ariff selamat. Dia ada dalam kelas. Syukur sangat.

Tak sure kenapa Ariff call aku tadi. Maybe dia saja nak test. Sebab tiga hari lepas aku ada inform dia, kalau ada apa2 emergency, call mummy or daddy. Nombor phone ada aku letak kat belakang name tag dia.

Dia balik nanti, aku tanya.

Apa pun, aku impressed. Dia reti guna public phone. Dan dia pandai call aku.

Note to Mamoru: Pwease..get a gps tracker for our kids. I almost have a heart attack just now.. pwease.. pwss..

Rezeki 2016

Melimpah ruah rezeki 2016. Doa yag dipohon sejak tahun lepas dimakbulkan Allah (swt)

Alhamdullilah.

Cuma rezeki tu terbalik.

Bukan macam nasi dalam pinggan yang terbalik. Macam, instead bagi pada aku, Dia bagi pada Mamoru. Dalam beria2 nak lari duduk kat Melaka, rezeki aku masih di KL rupanya.

Maybe ada hikmah atas pemberian yang tak diduga ni.

Bersyukur lah.

Tuhan tak beri apa yang kita nak. Dia beri apa yang kita perlu. Maybe ini yang aku perlu? Who knows kan. Dia yang maha Mengetahui.

Sebenarnya ada 2 good news yang aku dapat dalam minggu ni. Yang atas ni salah satu darinya.

Dan satu lagi on the way :)

Wednesday, January 13, 2016

Supermak dah lulus!

Supermak dah master dengan jadual2 baru.

By 6.30 am, kiddos dah siap dengan uniform sekolah & Aleesya pun dah siap mandi. Rumah dah siap berkemas semua!

By 7.00 am, semua dah masuk Taska (transit) & BBIM. Aleesya ja aku tak hantar lagi sebab masih dalam maternity leave.

Good job supermak!

Lepas hantar kiddos, supermak boleh start masak or baking untuk anak2.

Kalau rasa boring pulak, boleh keluar bawak Aleesya pegi shopping mall.. hihi.

Supermak is happy!!!


Wajah ni la yang buat aku tersenyum je hari2. 

Tambah pulak dengan senyum simpul tu.. rasa macam nak jatuh cinta berkali2.

Supermak is bahagia.. hihi 

Agak2 Aleesya ikut muka siapa? 

Monday, January 11, 2016

Supermak tak boleh terima kenyataan

Jadual supermak berubah lagi.

Hari ni hari pertama Ariff transit dari:

Taska - Sekolah Agama - Taska - Sekolah Kebangsaan - Taska.

Keje supermak just hantar & ambil Ariff dari Taska. Agak relax sikit. Tapi sebab first day kan, kerisauan memang melampau sikit.

Amarr takda perubahan. Stick dengan fullday BBIM program.

Tadi curi2 jenguk Ariff kat sekolah agama. Borak2 dengan dia sementara tunggu van taska.

Ariff cakap pagi tadi dia nervous sikit sebab first day kat tempat baru. Tapi pastu dia cakap dia happy & eksaited sebab dapat naik van pergi sekolah.

Note: Dari first day sekolah lagi Ariff duk kompang nak pegi sekolah naik bas/van. Tanak aku hantar okay. Punya la tak sabar nak berdikari anak aku ni. Aku je separuh nyawa nak lepaskan dia camtu.. uwaa.. anak aku da besar. Terima lah kenyataan aD oiii..

Nasib baik ada Aleesya. Ada geng untuk mummy berkepit.

Kami rappers yo!

Aleesya nampak macam anak patung. 

Abaikan muka tak mandi aku tu.. hihi

Yang terahir, tawakkal

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim & selawat ke atas nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam.

Tenanglah hati.

InsyaAllah. Kiddos baik2 je.

Ada banyak doa pohon dimakbulkan.

Semoga dimakbulkan.

Sunday, January 10, 2016

Ahad is memasak day

Adik perempuan no.6 overnight kat umah malam tadi. Dia bawa Adam & Imran sekali. Suka kiddos dapat jumpa sepupu2 diaorang. Hiruk pikuk rumah ni. Nasib Aleesya biasa tidur dalam keadaan bising :)

Pagi tadi lari lagi. Aku ajak adik no.6 lari sama tapi dia  takut Imran cranky kalau kena tinggal. Nak suruh Mamoru tengok-tengokkan takut Mamoru tak cukup tangan pulak. Kalau Aleesya sorang, boleh la Mamoru handle. Ramai2 kang takut dengan Mamoru sekalu meraung sama.. haha.

So, lari sorang2. Buat satu loop je pun. Ada tetamu kat umah kan, tak best nak keluar lama2.

Hari ni spend masa dengan masak, masak & masak. Lepas masak lunch, buat carrot cake pulak.

Kebetulan adik lelaki no.2 & sil Ida datang. Makan je lah keje kita arini :)

Note: Tenkiuu adik no.6 for helping me with the cake especially bila Aleesya nangis minta susu. xo!


Pecan carrot cake dengan topping coklat. Biasa makan carrot cake kosong je. Tapi kali ni aku campur dengan kacang pecan yang dipatah-patahkan dalam adunan kek. Dapppppp sangat!
  
See.. ada pecan kat dalam. Oh la la ~

In the making. Ada besar, ada kecik

Nih saiz muffin. 

Deco je ikut kemampuan. Hakak bukan tukang masak pro uols. Kalau korang boleh boleh cam bentuk mickey mouse or teddy bear, kira lulus la masterpiece hakak nih.

Kes malas. Tabur je la semua badam tu. Dalam pecan, luar badam. Sinful sangatt :)