Saturday, June 29, 2019

Bismillah

Semua atas izin-Nya.

Dah dua hari tak tidur. Semalam pun balik darif ofis dah almost pukul 9 malam. Nak nangis rasanya. Dengan baju tak packing, luggage tak sempat beli sebab busy dengan keje, keje, keje.

Tenkiu Mamoru tolong settlekan semuanya.

Ok tamau fikir pasal keje lagi. Nak spend masa masa dengan anak2 sepenuh masa. Tapi right now nak tido dulu. Hopefully, boleh tido straight 8 jam dalam flight satgi.

Here we go now. 

Babai Malaysia.. for now.

Kiddos yang teruja 

Semoga dipermudahka urusan kami sepanjang di sana nanti. 

Friday, June 28, 2019

Penyejuk hati

Throwback gambar kebun ayah waktu banjir. Kawasan kebun ayah ni asal setahun mesti sekali atau dua naik air bah. Maklum, bekas bendang. Air mudah naik. 

Kadang tu tanya ayah, kenapa nak tanam anak pokok baru kalau tau time2 tu nak banjir. Ayah cakap ikut rezeki lah. Kalau jadi, jadi lah. Kalau pokok tak jadi atau banjir, tak apa lah, takde rezeki. Yang penting usaha. Jangan putus asa.

Ni banjir biasa2 je. Paras lutut. Kalau air naik tinggi, lepas paras pinggang.

Sampan ni ayah guna untuk selamatkan barang kat kebun dan petik sayur.


Ayah meranduk air dalam kebun

Petik sayur yang masih elok dan masukkan dalam sampan

Antara pokok yang tenggelam

Pondok rehat digenangi air.

Thursday, June 27, 2019

Fikir yang hepi2 je

Dari pagi tahan2 emosi. Tapi kalah jua tadi. Stress dengan keje. Selalu tu tak macam ni, maybe sebab period pun penyumbang juga.

Siap bergetar bibir tahan nangis masa call Mamoru tadi. Uwaaa.. cengeng. Banyak kali Mamoru tanya "kenapa?", dan banyak kali juga aku jawab "kejap". Sebab kalau aku terus bersuara, mesti berjurai air mata.

Time2 nak cuti ni dapat adhoc task. Nak kena submit Isnin depan katanya. Takpe, takpe. malam ni juga aku siapkan. Esok hantar! 

Dah pukul 8 malam. Anak2 still kat taska.. uwaa..bergulung2 bibir tahan sendu

Dah. Nak balik. Nak hug. Nak fikir yang hepi2 je.



I love my job
I love my job
I love my job
*chanting* 
*tarik napas.. hembus*

Tuesday, June 25, 2019

Report card day

Cuti arini.

Pagi2 teman Mamoru gi JPJ. Plan nak apply international driving licence. Sampai JPJ, staff situ cakap tayah buat sebab lesen memandu Malaysia boleh guna kat Australia. Alhamdulilah.

Kebetulan pula next month road tax aku expires so amik peluang renew untuk 5 tahun lagi. 

Pastu straight gi sekolah Ariff & Amarr. Ada one-to-one session dengan guru kelas untuk bincangkan tentang prestasi  anak2 kat sekolah dan nak hantar surat permohonan cuti anak2 cos nak gi oversea nanti

Good thing is, lepas jumpa cikgu boleh angkut Ariff Amarr balik sekali. 

Mommy tengah tunggu turn nak jumpa cikgu (Ariff in green shirt)

Ariff layan Amarr buat origami. Amarr minat betul beli buku2 berkaitan origami


Ariff pulak minat buku macam soduku, words puzzle.


Khusyuk belajar nak buat origami

Pilih buku.

Monday, June 24, 2019

Balik hari Melaka

Cerita tengahari semalam.

Tengah lepak2 depan tv, tetiba teringat kat Ayah kat kat kampung. Cakap kat Mamoru aku rindu kat Ayah. On the spot Mamoru cakap, jom siap, kita balik kampung.

Tengok jam kat dinding, dekat pukul 1.30 ptg. Tapi bila rindu bertandang, aku harus pulang.. gitu.

And its really worth it. 

Sampai kampung terus pegi kebun. Ayah kalau takde kat umah, kat kebun je lah tempat ayah habiskan masa. Nampak ayah terus peluk cium Ayah yang kuyup dibasahi peluh. Ayah busy petik baby-corn. Nak jual kat pasar tani. Sempat tolong ayah kupas dan potong baby-corn ❤️

Ayah ni, ikutkan tayah keje dah. Anak2 semua dah besar dah keje. Bulan2 anak2 kirim duit belanja. Tapi Ayah dah biasa buat keje. Tak tahu duduk diam. Tak apa lah, asal ayah sihat.

Lepas tu ikut ayah gi kebun ladang pulak. Ayah nak hantar tayar2 terpakai. Nak buat bahan bakar pokok2 getah mati yang dah dikumpulkan. Kebetulan husband adik tiri aku bawa lori, semua pakat nak ikut. Angkut anak2 naik belakang lori sama2. Yang kelakar tu, ayah pun join sekali naik belakang lori sama2.


My tugas as co pilot. Make sure pilot sentiasa fresh semasa drive dengan cara susun makanan keliling dia. Senang nak capai kalau ngantuk.

Kami atas lori. Ayah ngan Mamoru siap berebut2 nak naik belakang lori. Tapi Ayah menang hihihi. Mamoru kena duduk depan teman driver lori.. 

Anak2 excited first time naik lori

Weeeee..

Posing sikit sebelum turun

Ni gambar lepas turunkan semua tayar2 terpakai. Gambar kat ladang tak amik sebab kelam kabut balik - Ariff dah nangis kena gigit tebuan. Bengkak jari2 dia.

Kenangan buat anak2 dengan atuk. 

On the way balik. Melantun2 duduk belakang ni

Dapat spend time sekejap dengan ayah cenni pun dah puas hati.

Friday, June 21, 2019

Sukan tahunan sekolah

Ni cerita sebelum puasa lagi. Sukan tahunan tahap 2 untuk darjah 4, 5 & 6. Ariff masuk persembahan pembukaan rumah sukan.

Barisan rumah sukan


Ariff dalam perbarisan

Tema rumah hijau, mentadak mentadu.

Comel je ada joget2 tengah padang

Ariff

Mommy boria ngan Aleesya

My mini

Rehap jap teman Ariff breakfast

Sanggul mommy ngan Aleesya pun sama.. hihi

Amarr kurang bergambar sebab dia duk leka main ngan kawan2

Dengan Mamoru lepak tepi padang

Baraan raya

Ni cerita last weekend. Baraan raya dengan geng2 kat Kuala Selangor. Hepi sangat! Perangai masing2 dari zaman bujang sampai beranak pinak tak berubah. Sayang sangat kat semua ❤️

Barisan mak2 dengan anak2. 

Tangga legend. Dari zaman bujang bergambar kat sini sampai lah penuh tangga ni dengan anak2.

Kami beraya 4 buah rumah dari pagi membawak ke petang. Hapening sangat. Best tengok masing2 yang dulu dari zaman bujang just ada motor je sebagai harta, now dah ada rumah besar2 gabak. Alhamdullilah, semoga bertambah murah rezeki masing2. Aminnn.

Thursday, June 20, 2019

Yeay esok Jumaat

Jom sambung beraya.

Asal nak masuk Jumaat je hepi. Baru boleh bernafas. Kalau tak memang tak menang tangan nak update blog ni. Busy manjang. 

Takpa, hujung bulan ni, kita cuti panjang lagi. Nak bawak anak2 pergi jenjalan tengok negara orang. InsyaAllah.


Kiddos dengan separuh dari cousins dan Pak Ngah depa

Aleesya paling meriah dalam gambar ni. Hepi sokmo.

Something BIG is coming

After 10 years, another big thing is coming our way. Lets pray ya anak2 and hope it will come straight to us.
Semoga dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.
Aminnn.

Sekadar gambar hiasan. Set teko dan cawan ni harga dia RM400 tau. Nak beli tapi rasa membazir sebab confirm terperuk dalam lemari je teko ni nanti. Haish. Dilema peminat bunga kangkung 😅😅

Wednesday, June 12, 2019

Aktiviti kiddos di hari raya

Antara yang sempat dirakam. Hepi sungguh kiddos bila dapat jumpa cousins depa.

Main chess

Banyak kali depa repeat. Haziq juara bertahan followed by Ariff & Amarr. Adam baru2 nak belajar. 

Lawan dengan atuk. Atuk champion tau main chess.

Aleesya & Adelia main makeup2

Saya nak eyeshadow kaler ni

Pakai eyeshadow.. amboii.. pandai betul anak2 mommy ni.

Main bunga api. Mercun pun ada tapi mak pak je yang main. Anak2 tengok je.

Bermain dengan batang aiskrim

Tadaaaa..

Lawan tiup batang aiskrim

Bersungguh Aleesya meniup. Pandai pula tu

Main panjat2 kasi kat anak dara ni

Suka betul

Aleesya yang aktif