Friday, February 27, 2015

Amarr yang rajin

Pura2 pengsan depan Ariff & Amarr. Both of them terkejut dan menjerit menangis. Sejam okay nak pujuk Ariff berhenti nangis. Menyesal aku sakat dia. But then bila dah habis nangis, aku tanya:

Me     : Kenapa Ariff nangis? Ariff takut mummy mati?

Ariff : Ariff takut mummy jadi hantu.

Terbantut rasa nak terharu. Okay. Sentap.

*************************


Ariff : Mummy, I want a pet

Me     : What kind a pet u want?

Ariff : I want a dog.

Me     : What?? *pengsan*

Gara2 banyak tengok kartun omputeh kat tv. Puas explain kat dia pasal najis mughallazah. Haih. Jom pi pet's shop. Find something better than a dog.

******************************


Layankan permintaan hero demam nak piknik tepi sungai.

Ariff: What colour did u choose mommy?

Me    : Putih

Ariff: What colour?

Me    : Putih

Ariff: Mommy stop speaking Spanish. I don't understand! What colour?

Me    : White! 

Uwaaa... kritikal dah tahap bahasa melayu si kecik nih! Tahun depan nak sekolah daa... 

****************************

Layan gambar Amarr yang sangat suka belajar dan rajin buat homework.


One day left!!

Tinggal 1 hari lagi sebelum Nuang Ultra race!

Jujur cakap, aku banyak main2 untuk training kali ni.

Dalam minggu ni aku langsung tak training! Last lari masa Sabtu lepas kat kampung. Malam tadi baru sambung semula training. Itu pun 2 loop je kat tasik Permaisuri. Plan nak buat 3 loop tapi masuk loop kedua dah teringat air sirap. Terusssss singgah restoran Santai kat tepi tasik.. ahahaha.

Hari ni last training. Maybe layan tangga 2 atau 3 loop. Tak boleh nak stress kaki sangat sebab sepatutnya sekarang ni masa untuk rest. Tapi.. aku ni dah terlebih rest.. tskkk.


Layan gambar hero2 kecik tido pagi tadi. Dah mandi pastu siap pakai baju sekolah pun boleh layan tidur lagi. 

Takpa.. esok cuti!

Ariff 

Amarr

Thursday, February 26, 2015

Super ultra light tent for ultra runner or ultra hiker

Ok as promise aku tunaikan janji nak share tips meringankan dan menjimatkan space bagpack tanpa perlu bawa khemah, fly, ground & sleeping bag.

Seriyes beb, tayah bawak semua ni. Khemah or fly semuanya berat. Makan space pulak tu.

Cara ni sesuai digunakan untuk trip ultra hiker dan runner yang nak ringankan beg, nak cover long distance route & pentingkan masa.


Camni lah rupa khemah instant dari emergency blanket. Kalau korang kreatif, korang boleh buat memacam bentuk khemah atau fly dari emergency blanket ni. Khemah camni tahan kalau nak re-use dua tiga kali. Kena pandai jaga lah kan. Kelebihan khemah ni, dia boleh ganti fungsi khemah, fly dan groundsheet sekaligus! Sangat lightweight. Untuk yang dalam gambar atas ni  tak sampai 100 gram. Ringan! 


Bahan2 yang diperlukan untuk buat khemah instant ni: 
2 helai emergency blanket
Heavey duty tape

2 helai blanket ni cukup untuk badan kecik cam aku. Kalau badan besar or nak share dengan partner, kenalah sambung lagi sekeping or ikut suka lah berapa keping pun.


First bentangkan emergency blanket camni


Gam kan dua2 blanket ni dengan tape.


Pastu lipat dua2 hujung blanket tadi dan tape lagi. Make sure bila buka, dia jadi satu bulatan.Terbalik kan blanket (bahagian dalam keluarkan) dan tape bahagian dalam pulak.


Cara nak guna, just masukkan paracord ke dalam blanket sampai ke hujung dan ikat pada pokok or kayu pancang. Guna 6 stake (boleh buat guna ranting kayu or bawa stake sendiri) untuk make sure khemah kukuh dan tak bergerak atas tanah.



Ni pula instant tent yang dah dilipat kecik. Boleh lipat lagi kecik ekceli. Buy I like it just like this. Still nipis dan ringan.


Simple kan? 

Untuk sleeping beg pun sama. Just guna emergency blanket untuk tidur. Tak perlu bawa sleeping bag besar yang consume space.

Cuma kalau angin ribut, hujan lebat melampau maybe tak sesuai kut untuk khemah camni (tak pernah try lagi). Hujan biasa still tahan lagi. Kalau cuaca sejuk pun boleh guna gak. 

Happy sharing :)

Note: Wish me luck for my crazy plan running Tahan via Merapoh-Kuala Tahan in 2 days 1 night :)

Wednesday, February 25, 2015

Ultra light bagpack for 2D1N gunung Tahan via Merapoh-Kuala Tahan

Pening kepala setting beg untuk trip ultra 2D1N mendaki gunung Tahan via Merapoh-Kuala Tahan.

Dah berapa hari aku fikirkan sama ada nak bawa fly & ground atau khemah solo.

Nak tanya orang, takde siapa hiker or runner yang aku kenal pernah buat trip camni.

Tadi aku berjaya fikirkan cara untuk jimatkan ruang dan berat beg tanpa perlu bawa khemah Eureka Spitfire solo (berat 1.25kg) dan Overland sleeping beg (800g)! Yay!! *pat own shoulder. Tak perlu! Tak perlu! Jimat lebih 2 kilo kat situ okay!!

Bravo aD! Nak jadi ultra runner/hiker kena bijak survival. Otak kena geliga (ahahaha.. angkat bakul sendiri - sila muntah ijo)

Nanti aku share tips jimatkan ruang & berat untuk super ultra-light bagpack. Tunggu next entry nahh. Especially bab khemah (or fly) & sleeping bag :)

Bawah ni list yang aku plan untuk bawak masa lari kat Banjaran Tahan minggu depan. Total weight 5.5 kg. 

List bawah ni pun belum final. Aku nak reduce lagi. Biar bawah 4 kg. Kalau tak camne nak berlari dengan beg berat kat belakang. 

Ada masa lagi 9 hari sebelum aku masuk hutan untuk trip ni. Nervous.. tapi excited!

Note: Typo error. Weight dalam column bawah ni sepatutnya in 'Kilogram' bukan 'Gram'.

Tuesday, February 24, 2015

Rutin baru mummy

Still tak biasa lagi dengan rutin baru - ambil Ariff dari kelas tuition pukul 8.30 malam. Nih baru minggu kedua Ariff tuition. Still terkejar2 lagi. Maybe masuk minggu ketiga nanti biasa la kot. Boleh rilek sikit :)

Tentang Amarr: Demam Amarr belum kebah sepenuhnya. Siang tadi Aunty Atikah cakap hidung Amarr berdarah. Badan dia panas.

Nih hari ke-3 Amarr demam panas. Dah bawa pergi klinik. Tapi demam dia on-off. Esok kalau takde perubahan, aku bawak pegi PMC je. Amik darah, etc.

*****************************

Minggu ni minggu carbo load. Training so far takde lagi. Last training masa Sabtu lepas. Aku pun tak berapa sihat sangat :(

Ada 4 hari lagi sebelum Nuang Ultra merangkap first run aku untuk tahun nih.

Untuk Nuang Ultra ni, aku target nak buat 7 loop (70km). Tapi.. memandangkan lepas tu aku just ada 5 hari je nak recovery sebelum aku lari kat Banjaran Tahan, rasa takut pulak nak push untuk Nuang Ultra. Takut muscle tk sempat nak recover.

Rasa macam just nak complete kan qualification loop (5 loop = 50km) ja untuk Nuang Ultra. Konsep janji habis lari gitu. Relax sikit (relax banyak actually)

Tapi.. tapi.. tapi.. arghhh! Aku nak tengok gak kemampuan diri sendiri kat trek balak Nuang ni. Bila lagi nk try, kan? So, stick to plan asal.. cuba untuk buat 7 loops.

I want to win this race (insyaAllah).


Dinner dengan Amarr sementara tunggu Ariff balik tuition tadi. Muka budak demam. Semoga cepat sembuh ya sayang ♡

Monday, February 23, 2015

Kerja gila

Kan Mamoru baru balik dari trip mendaki Gunung Tahan via Merapoh ke Kuala Tahan yang ambil masa selama 9 hari 8 malam dalam hutan?

Okay, here's the crazy part:

Aku akan join trip yang sama. Melalui trek dan gunung yang sama tapi dalam masa 2 hari 1 malam sahaja.

Get it?

Nampak tak perbezaan kat situ?

Compressed trip dari 9 hari jadi 2 hari je!

Gila kan?

Aku naik Tahan ikut Merapoh-Merapoh pun amik masa 3 hari 2 malam! Inikan pulak nak hike Merapoh-Kuala Tahan yang jauh lebih hardcore.

Aku tak sure la nak panggil ni trip apa. Nak kata trip Ultra, doesnt make sense sebab ada group ultra light backpackers (group Fisol Khalid) yang masuk Tahan ikut trek ni pun amik masa 4 hari nak complete the whole trek.

So, is this super-ultra trip or what?

Dan aku tak sure jugak sama ada trip ni possible. Tapi kalau guide yang organize ni cakap possible buat dalam masa 2 hari, well its a challenge for me.. and I'm up for it.

Nak join trip ni kena interview by organizer dulu. Im glad I passed the interview and they already accepted my participation.

So now, kena get ready mental & physical for this one. 

I'll be running on Tahan range, babe! How crazy is that??? I'm super excited! 

Thanks so much Mamoru for ur continuous support! Muach..xoxo!

Note: This is the reason why I'm letting go my MWM 42km bib :)

Mamoru has safely arrived home

Congrats again to Mamoru and his team xpdc! Berjaya conquer gunung Tahan via Merapoh-Kuala Tahan & air terjun 4 step dalam masa 9 hari 8 malam! What a journey!

Alhamdullilah, Mamoru sihat & selamat sepanjang xpdc. Cuma kaki dia agak bengkak (macam preggy woman) sebab terlalu lama hiking. But worth it kan, Mamoru? :)

Dia sampai rumah tengah malam tadi. Thanks to Chua sebab fetch him on my behalf. Aku tak dann nak fetch Mamoru sebab Amarr demam panas & allergy. Haih.

Hari ni Mamoru terpaksa amik cuti. Sakit kaki. Bengkak & menakutkan.. ahaha. Rest well ok sayang! Malam ni kita buka cerita Tahan :)

Ohh.. I'm officially letting go my Malaysian Women Full Marathon 42km! Any takers or buyers? Dapat running vest + sexy running skirt + pendant + bib + all goodies (btw, my bib without pacer tau). Siapa nak inform cepatttt.. ahkak jual murah2 je uols.

Coz aku nak join something yang lebih thrilling! Adrenaline terpelanting! AHAHAHA..

Sunday, February 22, 2015

Last day kat Melaka

Last day kat Melaka.

Uwaaaa... tanak balik KL boleh?

Haih. Bila lah dapat pindah balik Melaka ni? Syok ja duduk sini. Kos hidup rendah. Rumah still murah. Segala yang ada kat KL tu semua ada kat sini. Nak lari kat sini pun dah ada geng.

But of coz la bab hiburan tu nan hado. Kat Melaka ni pukul 8 malam dah sunyi sepi. Takde night life. Tapi apa aku kesah?

Takpa. Bagi masa setahun dua lagi kat diri sendiri. Sambil tu tunggu kekosongan branch area sini. Ada rezeki, insyaAllah. Doa2 kan la aku dapat tranfer ke Melaka ya :)

Okay. Nak packing. Nak balik awal. Tak sabar nak layan jem (sangatttttt!)

Sementara tu, jom pujuk hati tengak gambar cinta hati bagi I bunga. Sangat romentik dua beradik ni. Asal nampak bunga dia petik letak kat rambut mummy. Habis togel pokok bunga ros nenek dia keje kan.. haha.

Mummy sayanggggggg Ariff & Amarr ♡♡

Saturday, February 21, 2015

Panasnya Melaka

Pagi tadi lari dari pantai Pengkalan Balak sampai ke pantai Teluk Gong. Pergi balik dapat lah 8km.

Ekceli plan asal nak buat satu loop besar 25km dari rumah ayah ke pekan Masjid Tanah -> Kg Londang -> Pengkalan Balak -> Teluk Gong -> Kuala Sg Baru -> rumah ayah.

Tapi tak dapat nak start lari awal2 sebab Amarr crancky subuh tadi. Keluar rumah pun dah lambat. Maybe next time lah buat loop ni.

Balik dari lari, adik lelaki no.2 ajak cari remis kat tepi pantai. So patah balik ke sana. Dapat lah setengah baldi remis. Gigih betul adik2 aku cari remis. Aku tengok je.

Petang just layan kiddos mandi depan rumah. Adik2 lelaki yang lain sambung bertukang pecahlan rumah.

Panas betul cuaca kat sini. Hitam legam kulit kiddos. Jangan Mamoru terkejut tengok udah lah.. ahahaha.

Day 8 Mamoru dalam hutan

Hari ni Mamoru dijangka keluar dari hutan dan tiba di Kuala Tahan lewat petang nanti.

Sure masing2 dahbtak sabar nak jumpa tamadun manusia.. haha.

Esok semua team xpdc akan naik bas dari Kuala Tahan untuk balik ke KL.

Tak sabar nak fetch dia kat TBS esok!

Tahniah Mamoru & Team xpdc yang berjaya menakluk gunung Tahan dan berjaya mengharung trip selama 8 hari dalam hutan dengan selamat!!

Proud of you! xoxo!

Family time

Semalam adalah hari makan2 kat kampung.

Lunch kat rumah ayah, makan lauk asam pedas ikan selar dengan sup kaki ayam. Seddepppp!

Dinner kat rumah nenek pulak, makan rendang landak, sayur kangkung goreng belacan fresh dari kebun ayah. Heavennnn!!

Carbo load je hari ni :)

Layan cerita bergambar je lah nahh. Ahkak busy nak makan lauk masak lemak cili api perut campoq rebung!! Makan lagi!!

Ariff dengan benih kacang panjang. Nak tanam seed katanya. Nak ikut macam atuk.

Nak tanam benih kacang panjang atas batas terung.. abislah kebun atuk.

Cerita kat dia, atuk tanam macam2 jenis vegetables. Suka betul dia jalan2 dlam kebun ni

Pokok jagung menghijau

Jom mummy, lets go!

My nenek & ayah yang baru lepas petik kangkung 

Dua singgit..

Tengok atuk gait kelapa pandan 

Ayah in action 

Dinner time kat umah nenek 

My pinggan.. 

Rendang landak!!

Kuih fav!

Friday, February 20, 2015

Runtuhkan rumah kenangan

Dah 2 hari kat Melaka :)

Balik kampung dengan misi yang satu.. ahaha.

Ruma lama ayah dlm proses nak diruntuhkan. Semua adik beradik lelaki tolong ayah cabut bumbung, tingkap kaca dan mana2 part yang boleh dipakai semula.

Lain2 bahagian munngkin akan ditolak dengan jentera.. well, maybe. Dunno.

Tak sanggup nak tengok. Banyak kenangan susah kami adik beradik zaman kecik dulu sampai kami berjaya macam sekarang.

Teringat masa kami pindah masuk rumah tu. It was more like rumah setinggan separuh siap.

Bilik air berlantaikan tanah merah. Dapur tak ada. Tingkap belum siap. Just tutup dengan gebar bila malam (selimut).

Elektrik tak ada. Malam2 pakai pelita. Bangun pagi lubang hidung hitam sebab asap pelita.. haha. Then pakai lilin. Tapi tak tahan lama pulak. Lastly pakai lampu karbait. Bau busuk tapi lebih jimat. Boleh la buat teman study sampai lewat malam.

Kadang2 pakai bateri kereta atau generator untuk pasang elektrik. Itu pun dah kira mewah. Lepas tiga tahun duduk situ baru dapat bekalan letrik. Gila lama kan.

Dulu part basuh baju memang hazabb. Memasing kecik dan still sekolah. Nak basuh hari2 tak sempat. So, kumpul seminggu sekali baru basuh. Sepuluh adik beradik punya baju nak kena basuh beb! Basuh tangan okay. Hazabbb. Sampai kematu tangan nak memberus.. ahaha.

Haih. Itu baru satu. Banyak lagi kalau nak cerita.

Fact tentang rumah ayah:
♡Mula dibina dari tahun 1996. Rumah impian arwah ibu.
♡Hampir separuh kos bina asas rumah ni dari duit EPF arwah ibu.
♡Ambil masa lama nak siap sebab ayah buat seorang diri. Adik2 lelaki yang lain pun turut tolong ayah buat rumah.
♡Mula pindah ke rumah ni tahun 1998 walaupun banyak bahagian belum siap.
♡Dapat bekalan elektrik tahun 2001

♡Oh.. hampir lupa, tiang asas rumah tu l ayah guna tiang kayu elektrik terpakai. Dulu kan orang tukar tiang lektrik kayu ke tiang konkrit. Kayu tu la yang ayah guna. Sebab tak mampu dan nak save kos, kata ayah :)

Now semua dah tinggal kenangan. Lenyap.

Ayah cakap jangan sedih2. Biar orang buat kita.

...........

Now, masa untuk untuk berbakti pada ayah. Semoga ayah tak sedih lagi.