Monday, May 31, 2021

Persiapan sebelum Malaysia Lockdown

 

Masih lagi menanti official update tentang "full lockdown" yang akan bermula esok hingga 14 june. Setakat apa yang dibaca di FB Majlis Keselamatan Negara, macam tak banyak beza je dengan SOP sedia ada. PKP 1.0 juga yang terbaik, nampaknya. PKP² selepas tu tak mampu langsung nak turunkan jumlah kes covid. Unless, semua orang dapat vaksin dengan segera.

Tak tau nak restock makanan apa untuk lockdown kali ni. Lagipun, banyak kedai keperluan yang masih beroperasi, jadi tak perlu risau. Kedai bawah rumah ni pun dah lebih dari cukup untuk bekalkan makanan untuk satu apartment. 

Untuk adik² yang terkesan dengan PKP 3.0 ni, esp yang duduk di Kelantan, awal² lagi Along dah transfer siap² dalam akaun adik². Buat beli bekalan makanan dan keperluan  sebelum lockdown esok. Dalam situasi macam ni, kena ambil tahu hal² orang terdekat dengan kita. Walau mereka tak meminta, tapi kita yang lebih tua, yang lebih dulu merasa susah, pasti faham struggle mereka. Nak bantu orang, kena lah bermula dari keluarga sendiri.

Semoga kita sama² tabah dah kuat menempuh pandemik ni. Doa sama² semuga panjang umur kita untuk berkumpul semula lepas ni.


Yang sulung

Saturday, May 29, 2021

Total Lockdown Malaysia

Riuh FB tentang pengumuman total lockdown esok. Pemilihan ayat "total" lockdown tu membawa harapan yang takkan ada sebarang pergerakan langsung. Semua aktiviti akan terhenti. 

Tak sure macam mana akan buat "total lockdown" kali ni. Harapnya, lebih baik dari PKP 1.0. Sebab masa PKP 1.0 pun perdana menteri ada mention, PKP 1.0 bukan lah total lockdown coz ia adalah kawalan pergerakkan. So harap bila PM sendiri cakap kali ni buat total lockdown, logiknya, lebih serius lah dari PKP 1.0 kan. 

Kes harian covid di Malaysia dah jadi paling tinggi di seluruh dunia. No. 1. Semalam paling tinggi 8290 kes dengan lebih 50 - 60 mati setiap hari.

Paling sedih bila Kementerian Kesihatan merayu bantuan dari sukarelawan tapi KKM sendiri tak mampu untuk bayar gaji, tempat tinggal, kenderaan mahupun makanan kepada para sukarelawan. Sampai begitu kronik sekali situasi kali ni.

Give and take, kalau goverment betul² mahu hapuskan covid seperti PKP 1.0 dulu banyak aktiviti ekonomi mesti ditutup. Kilang, contruction, shopping kompleks yang bukan sektor penting mesti ditutup (aktiviti pembalakan pun sila tutup). Kalau betul ikut fasa yang dinyatakan dalam statement dari PM ni, total masa lockdown yang diambil antara sebulan setengah ke dua bulan. Dua bulan insyaAllah boleh beri impak yang sangat besar. 

Harap kerajaan jangan gagal lagi kali ni. Rakyat dah muak. 

PKP 2.0 & 3.0 yang gagal dan berterusan buat rakyat hilang sabar, kurang ajar & memberontak. Lihat je di FB, pengaruh netizen Malaysia baik positif atau negatif semuanya mahu bersuara. Kadang² yang disuarakan tu betul, kadang² tak & kadang² keterlaluan. Kalau Israel pun mereka boleh bersatu dan hentam sampai dapat perhatian dunia, artis / pemerintah yang langgar sop pun mereka boleh beramai² lobi sampai dikenakan tindakan, yang lain² apatah lagi. 

Menakutkan sungguh netizen ni. Nak post apa² kat intenet pun takut. Takut jadi viral.

Apa pun tahniah buat rakyat dan pemerintah negara Brunei yang berjaya kekalkan zero covid kes dikalangan rakyat tempatan. Cemburu sebemarnya tengok mereka bebas travel dalam negeri, beraya, gathering tanpa pakai mask. Mereka bijak, tegas dan pantas dalam buat keputusan demi kesejahteraan bersama.

Kita? Semoga ada sinar untuk Malaysia sebab saya sayang Malaysia saya. Kita usaha sama² perangi wabak ni. 

Kali ni. Sekali lagi. Sama²



 

Thursday, May 20, 2021

Meeting with Home Interior Designer

Meeting dengan Home Interior Designer  kat rumah baru. First time nak decorate rumah sendiri. Dan first time juga guna khidmat vendor. Tak larat nak DIY sendiri. Takut tak jadi pun iya 😅. Better upah orang buat.

Tadi vendor dah amik semua ukuran ruang tamu, balcony, bilik, wet kitchen, bilik air. Now tunggu vendor come out dengan design dan layout plan. Kalau semua ok, baru boleh proceed keje ubah suai. 

Tapi sebelum tu nak kena minta management condo punya approval. Kena bayar deposit kat management. Staff vendor semua kena provide swab test result baru lah boleh proceed. 

Fuhh. Banyak betul proses. Ni tak masuk ura² KL nak kena lockdown sebab kes covid mencanak naik. Hari ni je paling tinggi lagi 6800++ 😥

Vendor cakap, kalau takda gangguan, dalam 40 hari boleh siap renovate. Lets pray everything went smooth.. dan paling penting, outcome rumah ni sama seperti yang aku nak 🙏

Bawah ni antara design yang aku share dengan vendor. Maybe kena ubahsuai ikut saiz sebenar dinding. Dah lama impikan design rumah macam ni. Bersyukur sangat bila semua hampir menjadi realiti. InsyaAllah, aaminn.



Antara dinding dining idaman. Gambar bawah ni pun sama. Susah nak buat pilihan. Ni design sari FB Zedya.

Ni pun cantik. Design by Kamalia Kamila Home Deco. Konsep rumah nak style hotel. Dah tak boleh berjalan time covid, maka buatlah rumah cantik² macam hotel. Esok lusa kalau tak duduk sini lagi, boleh sewakan 2 - 3 ribu sebulan. Market value pun sure naik kalau nak jual rumah ni semula. Tak la rasa rugi renovate mahal². Cuma sekarang terasa la bila poket makin nipis 😅

Share design ni dengan vendor.. maybe akan ada ubah suai dari design ni sebab saiz bilik kecik sikit 😅

Pilih design ni untuk dua² bilik air. Simple. Kemas. Dan senang nak bersihkan.

Semoga dipeemudahkan semua urusan. InsyaAllah.


 

Dapat kunci rumah baru

Dapat kunci selepas 1 tahun 2 bulan beli rumah ni (PKP, thats why). Pengalaman sungguh beli completed unit ni. Berbeza sungguh dengan beli rumah under contruction dulu. Coz dealing dengan developer lagi senang dari deal dengan owner rumah. Pening dia, Tuhan je yang tau. 

Kiddos dah excited pilih bilik masing². Tapi kena tunggu lagi 2 atau 3 bulan untuk renovate baru boleh pindah (provided PKP tak extend)

Tapi hari ni dapat news ke covid tertinggi 6k ++ kes. Macam extend lagi je PKP 3.0 ni 😓


Kitchen cabinet dah ada. Jimat duit renovation



Previous owner tinggalkan 6 biji kipas siling, satu biji aircond, 2 water heater & 2 unattach giant wardrobe

View pagi

View malam


 

Monday, May 17, 2021

Berangan princess dihari raya

Suka baju ni. Kebaya moden puff sleeves dengan skirt kembang 🥰. Kalau keluar berjalan pakai baju ni memang jadi perhatian. Beli online hujung tahun lepas. Cantik. Walau tak sure apa occasion yang sesuai untuk pakai baju ni lagi, tapi tak kisahlah. Kalau teringin, beli je.. pakai je.. self satisfaction 🥰









 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H

 Dah raya keempat baru ada mood nak bergambar 😄


Tahun ni sama macam tahun lepas negara still dalam PKP. Kali ni langsung tak boleh keluar rentas daerah. Dah 2 tahun berturut² macam ni. Tak ada perubahan atau tanda² pandemik Covid akan hilang. Makin bertambah ada lah. 


Doa banyak² semoga tahun depan takkan ada lagi PKP. Rindu nak balik Melaka. Nak jumpa ayah. Last jumpa dalam 8 bulan lepas. 















Tuesday, May 11, 2021

Di malam ini

 


DI MALAM INI AKU MAHU BERSENDIRI
BERTEMANKAN SUNYI
UNTUK KU TENANGKAN HATI
SELAMA INI KERAP SAJA DISAKITI

DISAAT INI KULUPAKAN SEGALA
MASALAH DUNIA YANG SERING MELANDA
SEMENTARA WALAUPUN UNTUK SEMENTARA

KALA TIBA MASANYA KU PERLU
MENGAMBIL WAKTU UNTUK DIRIKU
BUKAN MEMENTINGKAN DIRI
HANYA MENJAMIN KEWARASAN INI
DALAM DUNIA YANG PENUH DENGAN
LIKU-LIKU DAN DUGAAN

DUNIA KU INI
SEMUANYA BERMENTARI
TIADA AWAN DUKA UNTUK MENGHUJANI LUKA
KU BAHAGIA WALAUPUN TUK SEMENTARA

KUTAHU DAN MENGERTI
DAKU MESTI KEMBALI
TAPI BERIKAN AKU MASA
MENCARI KETENANGAN
SEKETIKA WALAU UNTUK SEKETIKA

BEBAN KU TAK KETARA
GETARAN KU TIADA

KU AMAN SEMENTARA
KU WARAS SEMENTARA

Monday, May 10, 2021

Drama Ramadan

 Tak sah bulan Ramadan kalau tak ada drama.

Rasa nak menangis. Tapi kenapa air mana ni tak keluar.

:(