Friday, April 28, 2006

hepi holiday

Baru habis discussion dgn Tam (Sr Mgr, Equatorial). I knew Tam since last year's luncheon with her famous sister, Ning Baizura. Woo.. shes pregnant again.. tiap-tiap tahun murah rezeki.. *alhamdullilah*

She called diz morning - tanya samada aku free tak harinih - dia nak datang opis. Hm, ingatkan nak discuss ttg our major project. Rupanya juz nak hantar invitation letter utk grand oppening Cafe Lavista.. Hm, aku impressed.. sanggup dia datang all the way dari Bangi semata-mata nak hantar invitation tu by hand!.. Hm, guest of honour, YAM Tunku Naquiyuddin.. dress code: Songket?.. *alermak*

Me : y'know.. you dont have to travel diz far juz to....
Tam : *smiles*.. act'ly diz is VVIP invitation, and we hv to sent it ourself..

........ P&C..........

Me : diz invite.. for me me alone?
Tam : *gelak*.. of coz u can bring ur partner along.
Me : *senyum tawar*

Partner? like I have one.. *duh*..

Goin off in a while.. will be in Seremban tonite. Esok kena bangun awal. Promised dgn DOY to meet him at 6.30 am in Mantin.. *awal giler*.. hopefully everythings unda control.

Well'mm.. its going to be a bz weekend.. Looks like I'm gonna miss my outdoor xtvts.. taper lah, fo my careers sake.

Gtg now, till next Tuesday.. bubyee mr Bloggie.. *kiss*


p/s: hey cC, another dinner now.. how? tell sHe, I want to pinjam u skejap for dat nite. dinner's on 8 May.. and pls la dunt let me down.. make sure u 'ebelebel' on dat date..nahh.. *giggles*


Thursday, April 27, 2006

terlebih mOntokue

..few minutes before Exco meeting (masa aku tengah bz belek minutes kat lounge room)

HA : afternoon D.. where's everybody? wahh bz?
Aku : ohh.. hi, HA.. diaorg lepak kat dalam bilik.. *dem*..

..ntah camner la boleh keluar ayat pasar camtu. merah muka aku sekejap..

Aku : err, they're in my room. we're having a lil chat juz now
HA : *senyum then angguk*

*adeii*.. apa kena dgn aku nih.. dah mereng agaknya.. &^%$#@... len kali hati-hati bila nak berbahasa.. be more meticulous aD.. *sighs*.. hm, rasa mcm hipokrit plak.. is diz me?.. buat hal lah.

Wednesday, April 26, 2006

pewai~

*giler*.. bangun lewat arinih. jam berbunyik pun tak dengar. melompat aku bangun dari katil. tengok jam kat dinding dah pukul 8.30 pagi. kelam kabut capai towel. dalam kepala nih duk pikir sempat ke aku attend meeting pukul 9.00 pagi kang.. (matilah ada exco meeting).. masa tengah bersiap, sempat gak aku bukak organizer.. tengok tarikh arinih.. eh, sebenarnya arinih berapa aribulan ek?.. aku capai henpon - pilih secara rawak je dlm phone directory, pastu terus dial..

heLo, weh arinih baper aribulan haa?
err.. 26hb.. kenapa ek?
26? rabu kan?
err.. a'ah.. kenapa ni?
fuhh lega.. ok lah nak kompemkan tu je.. askum

*gegelak*.. sure member aku bengang. call semata-mata nak tanya tarikh.. (sory beb, wa gelabah la pagi tadi).. aper pun, alhamdullilah.. ingatkan arinih 27 aribulan..*syukur*

start dari balik Nuang weekend aritu, sampai la arinih aku tak cukup rehat.. banyak seyy, keje yg nak disiapkan.. plus projek utk outdoor xtvt lagik.. (nOoo its not dat aku merungut.. aku enjoy buat memender nih semua.. cuma kenkadang tu, aku rasa aku kurang bagi perhatian kat diri sendiri).. e.g., skrg nih aku senang sangat kena selsema. nih la akibatnya kalau rehat tak cukup.. makan minum toksah cakap lah.. breakfast di-cum sekali dgn tea time.. lunch + dinner di-combine-kan dgn supper.. *sighs*.. seingat aku la kan, seminggu sekali je aku sentuh nasi.. tu pun taim dalam hutan..*gegelak*.. aper nak jadi dgn aku ni daa..

jumaat - sabtu nih, aku off ke negeri semilan. nak kena arrange another event kat sana. lepas tu maybe spend cuti kat melaka. hari selasa baru balik KL. dah sebulan aku tak balik kampung.. hmm, patut la bapak called masa aku tengah trekking kat Nuang aritu. dia tanya, bila nak balik.. aku cakap, labour day nnt aku balik la.. dia duk heran naper aku termengah-mengah masa on the phone taim tu.. tanak dia risau, aku bohong sunat (isk.. tak patut sungguh).. aku cakap tengah exercise (boleh?)..*adeii*.. kena balik mintak maaf nih. kang tak selamat aku keluar masuk hutan..*gegelak*

*********************************************

got no time to blogging la.. anyway, sebelum terlupa, memandangkan ramai org yg email aku tanya tentang xpdc Godongs ke gunung Yong Yap, aku bubuh info kat sini la ek. sesiapa yg berminat nak join, inpom je coz xpdc kali nih mmg open utk semua..

XPDC Gunung Yong Yap

Lokasi : Perak
Tarikh : 11, 12, 13, 14 May (note: 12 public holiday)
Fee: RM 130 - including transport pegi balik, 4wd, guide, ration (makanan) & khemah

Day 1
11 May depart dari KL (mlm) naik ketapi gegamai -- arrive Sg Siput kul 2.00 pagi (12 May) -- sementara nak tunggu siang, lepak / tido kejap -- pagi, sarapan pastu gerak ke Kuala Mu naik 4wd -- start trekking -- arrive puncak dlm pukul 8.00 mlm (best!) -- kemsait kat puncak

Day 2
sarapan + snappy pics -- kemas / packing -- gerak turun dari puncak -- kemsait kat kuala Mu -- mlm ada games

Day 3
gerak keluar utan naik 4wd -- singgah Ipoh jap -- xtvt bebas -- naik bas balik KL (raggae)

take note, gunung Yong Yap nih gunung yg ke 6 tertinggi di semenanjung me'sia. ketinggian dia melebihi 7000 kaki (G7). cuaca kat puncak mmg sejuk giler.. so, saper yg berminat nak join, inpom awal-awal & jgn lupa bawak:
  • sweater
  • rain coat (in case la)
  • sleeping bag (beli kat pertama kompleks - murah je)
  • kasut getah (beli kat chow kit - RM 4.50)
  • torchlight
  • barang peribadi yg lelain tu, ikut suka la
peralatan camping yg lelain (fly & ground sheet, khemah, stove, etc, semua disediakan).. lastly, gegajin lah exercise sikit sebelum pegi nih.. ek.. warm up, katanya.. *wink*

Monday, April 24, 2006

my life..my world

Nuang's trip

again.. ntah berapa kali aku aku nak tawan puncak nuang nih agaknya.. *sighs*.. hmm, apa pun, aku tenang di sini.. ada damai yg dicari.. (view nuang dari kacamata aku - even aku tak pakai kacamata)










Dinner at Eastin

hm.. berbezanya dunia aku kat sini. cara berpakaian.. pergaulan.. percakapan.. *sighs*.. anyway, the event wuz succesfully held last friday. ada few unexpected insiden jadi mlm tu. first, TS tiba-tiba muncul ptg tu (a bonus to me!).. second, ada sorang journalist dari Bernama dtg nak buat coverage (even tak dijemput). its a private dinner and no reporter allowed. tak ramai ladies.. so, aku kena mengejoinkan diri semeja dgn all mens - sib baik jadi organizer, tader lah melekat kat meja sepjg masa.. (pic no 3, tu la seat aku).





Friday, April 21, 2006

bz + penat + tader mood

semlm, pukul 4.30 ptg aku keluar pegi d'sara heights - ada meeting dgn Felicia (new accountant). briefed dia ttg foundation acct dgn club's event for the whole year. kejap je, tak lama pun. ekceli, aku rushing taim tu. nak balik umah cepat - letih. masa on d way nak balik, terserempak dgn Raj. Dia beria suruh aku drop by kat bilik dia kejap. nak borak katanya..*adei*.. dek tanak hampakan dia, aku pegi lah kejap. dia siap suruh tea lady buatkan air lagi tuu..(alaa, aku nak cepat ni).. borak biasa je, bukan pasal keje pun..*duh*.. aku cecepat habiskan air, pastu ckp ada hal urgent.. (matilah nak balik tido, kata urgent)..*gegelak*..

mlm tadi, Godongs (and few other frens) called. aku dah tertidur taim tu. dengar gak bunyik phone - dont bother to answer pun. tak larat sey. tak penah aku rasa letih sampai camtu sekali.

arinih masuk opis awal - meeting dgn DOY - discuss ttg event on 29 nih & projek dgn MB T'ganu. setakat nih sumer under control even Zu is no longer helping with d stuff. nway, thank God, TS suruh 3 of his staffs assist me for our major project in august..*syukur*..

btw, i'll be in Eastin diz evening - hv a dinner to organize.. and afta dat, i might be going (yeah.. i know.. again) to gunung Nuang / gunung Angsi.

*****************

received an email from Godongs. rupanya mlm tadi derang bincang tentang projek ke gunung Yong Yap. Derang tanya samada aku setuju nak tetapkan tarikh on 5, 6, 7 May.. aku tader hal.. *aiman tak kisah*


Wednesday, April 19, 2006

*chuckles*

aku paling tak suka org mencarut.. yer aku org mlk.. suppose part carut marut nih dah jadi halwa telinga. setakat carut dua tiga patah perkataan tu, acceptable la.. yg tak bleh tahan tu bila dalam seploh perkataan yg keluar dari mulut, 99.9% semuanya ayat yg sungguh memualkan. lelebih lagi bila dituturkan oleh org sejenis aku.

aku paham, dlm keadaan marah, org yg nampak baik pun boleh jadi monster... org yg sopan pun boleh jadi mcm bedah janda. tapi berpada lah.. bukan ke bahasa tu jiwa bangsa (errr.. aku pun tataw apa maksud pepatah ni).. alaa senang citer, bahasa kan melambangkan budi bahasa. elok bahasa, molek la budi pekertinya.. tak gitu.

aku heran, ada certain org tu, part nak memceritakan keburukan org, pandainya berdenting-denting.. kalah org buat marketing.. nasib baik la org yg diburukkan nih membisu seribu bahasa. tapi kelakar pulak bila yg berlaku mender sebaliknya.. tau plak panas telinga.. meraung cari back-up sini sana.. hai la malang.. kesian org tua, bergolok-bergadai demi anak yg menyakitkan jiwa.

untuk mereka, buat la apa saje. nasihat aku, sarang tebuan jgn di jolok. marah orang jgn dicucuk. silap langkah.. hilang maruah ~ aku nih pantang di cabar!

-berani kerana benar.. bukan berani buat onar-

Tuesday, April 18, 2006

sensitive

..its late.. i'm still in the office - alone.
..tonnes of work to be done.. and i'm tired.
..took a break for a while.. made myself a cup of nescaffe.
..browse d`net.. read few blogs, glance thru few photos.. all seems hepi with their loved ones.

------paused-------

..suddently i felt... i dont know..
..how i wished i have sumone with me now.


~in the darkness i pray : Lord, give me sum strenght~

-aD-

Monday, April 17, 2006

XPDC Air Terjun Bekelah - the return..


14 April

Bz giler arinih.. even jam dah pukul 10.00 mlm, aku still kat opis lagi. Sesambil buat keje, aku on the phone dgn Pok Yie & bro Syam yg tengah shopping barang makanan kat Giant Cheras – inpom derang list yg nak kena beli.

Lepas settle keje kat opis, aku cecepat balik mandi & packing beg.. (last minit baru nak packing - haper daa). Derang janji nak fetch aku pukul 1.00 pagi.. tunggu punya tunggu.. pukul 3.15 pagi baru derang sampai.. (sempat gak aku blasah tido)

Tak ramai pun.. 8 org je yg pegi.. aku sorang je ‘transgender’.. *mbwahaha*.. wakil team Godongs juz aku, Pok Yie & Syam.. lelain tu, our guests.

Bertolak dari KL dalam pukul 4.00 pagi. Kali nih, aku jadi kelindan van - duduk sebelah driver.. selesa giler. Mlm tu highway berkabus.. terpaksa drive slow..


15 April

Dekat nak subuh baru sampai Maran. Lepak jap kat restoran Sri Bekelah (port musti singgah) pastu gerak masuk dlm hutan lipur Bekelah. Lepas agih-agih kan ration, kami bertolak ke kemsait tepi puncak mahkota. Berat giler beg aku – kena pikul khemah.. *uuuu*..

Masa trekking, rata-rata group memember opis Pok Yie dah pewai.. semua pancit. Masa nih aku dah ke depan.. mana lah aku tau derang tak larat.. trek taderlah jauh sangat.. lagipun, derang kan lelaki.. aku tak expect lah ada yg pewai. Sib baik Syam jln ngan derang. Dia sorang handle group tu. Masa dah sampai kemsait baru aku tau yg derang tak penah join xtvt camnih.. *oOoo*..

Taim derang sampai kemsait, matahari dah tegak atas paler.. panas toksah citer lah. Only Godongs je pasang khemah ngan fly.. yang lelain duk perati.. Kelakar pun ada.. derang nih tak penah camping ke?

Siap je khemah, aku terus keluarkan bebarang nak masak. Pok Yie ngan member dia awal-awal dah blah pegi memancing.. yg lelain pegi terjun tiruk. Menu utk harinih, sambal sadin + sayur kacang goreng + ikan masin.

Lepas mkn, aku hentam membuta sengsorang dlm khemah.. yg lelain sumer pegi sambung mandi. Aku nih, bab-bab berendam nih mmg kureng sikit. Kalau ada geng pompuan, lain citer lah kan.

Ptg tu ntah bila hujan aku pun tataw. Tersedar bila tangan aku tersentuh air. Rupanya air hujan dh meresap dlm khemah.. sib baik aku guna mat kalis air.. kalau tak, sure lembab sleeping bag. Mood aku taim nih toksah citer la.. bengang giler. Nak lepak bwh fly, penuh la pulak.. sudahnya aku keluar lepak tepi batu sengsorang. Kejap tu, Pok Yie dgn Syam dtg. Ajak derang pegi tebing kat seberang kemsait. Explore air terjun kecik yg ada kat situ.. jauh gak kena redah semak.. *peh*.. heaven sey view kat situ. Rasa mcm dalam citer Amazon je. Tak sampai sekerat jalan, kami dah patah balik coz dah magrib. Bahaya jalan gegelap redah hutan paya camtu.. dah lah tak bwk torchlight. So, dgn sedihnya kami terpaksa patah balik.

Mlm tu aku tak masak.. bukan malas tapi derang sumer dah kenyang blasah megi dgn roti. Lagipun aku tak berapa sihat – kena selsema. Terpaksa beselubung dalam sleeping bag. Thanks to bro Syam coz sudi amik alih tempat aku – masak & buat air utk derang.

Sesi perkenalan:

Bro Lan:
nak panggil awak apa nih?
Pok Yie:
nama awek nih aD.. aDnan..
Aku:
Weih, blasah kang!


16 April

Sesubuh gaban aku dah bangun. Kat luar khemah, aku prasan bro Lan (member Pok Yie) tengah sembahyang. Pastu kat atas batu besar sebelah kemsait kitaorg pun ada group lain tengah sembahyang.. *syahdu*.. Siap dengar derang azan lagi.. (note: juz ada 2 group je yg camping kat puncak).

Lepas kekemas, aku pegi basuh periuk belanga yg derang guna mlm tadi. Pastu prepare sarapan.. sampai 3 jenis sarapan yg aku masak : cekodok ikan bilis, sosej dgn roti telur. Bro Lan tolong aku masak air. Sib baik ada 2 stove.. senang sikit keje aku. Ekceli, nih first taim aku masak taim camping. Selalunya Pak Mail jadi chef.. disebabkan dia tak join xpdc kali nih, aku lah yg amik alih.. bertuah lah bebudak nih dapat rasa air tangan aku.. (eleh, macam sedap sangat).

Lepas breakfast, aku terus tukar baju. Paksa Pok Yie & bro Syam pegi panjat puncak mahkota (air terjun tinggi). Try gak ajak yang lelain tu.. tapi sumer mcm tanak je. Taper, aku faham.. derang tak biasa. Dalam pukul 9.00 pagi, kami bertiga gerak mencari puncak air terjun.

Disebabkan memasing tak penah naik atas tu, ada lah du atiga kali kali tersesat jalan. Percubaan pertama, kami cross kemsait.. konon tu nak naik dari seberang sana. Sekali trek curam giler.. tali nak panjat plak tader.. so, tukar plan..

Kami try naik ikut blakang kemsait plak. Curam gak lah.. kena jadi spaideman. Panjat punyer panjat.. terlebih jalan plak.. kena patah balik.. laluan trek lama dah tak berapa nampak coz org jarang naik atas tu. Seploh minit pastu, kami sesat lagi.. Still tak putus asa, kami cuba gak cari jalan.. dan akhirnya.. alhamdullilah.. jumpa gak puncak air terjun yg tinggi nih..*yey!*

View kat atas tu mmg superb..*heaven*.. Nak cerita pun tataw camner. Tengok sendri lah baru tau. Kami try susur sungai Berkelah.. tapi mcm never ending plak jalannya. Kalau byk masa lagi, sure dah jauh aku pegi. Kami decided patah balik. Snappy-snappy gambar kat tebing air terjun kejap, pastu gerak turun ikut trek lain.

Peh.. trek nak turun plak mmg ‘baek punyer’.. dah la memasing juz berselipar jepun. Laluan licin + curam.. aku sendri terpaksa bukak selipar redah trek. Calar balar kaki. Not to mention la part kena jalan se-slow bawah pokok dgn ular kat atas kepala.. (Pok Yie dah try halau ular tu tapi dia tanak bergerak).. Syukur lah memasing selamat. Tapi ending tebing tu lagi hardcore.. kena lompat ke bawah.. tinggi siot. Dah habis skill aku guna.. aku sempat berpaut kat akar pokok sebelum berpijak kat bahu bro Syam..*dasat*.. kalau jatuh tu, boleh patah kaki weih.

Kat bawah, kami lepak atas batu skejap. Nik (member Pok Yie) pun ada tunggu kami kat situ. Lepas re-rilek dlm ‘sebatang rokok’..(ayat yg derang guna).. aku ajak derang explore air terjun kecik yg kami pegi magrib semlm. Gasak lah derang nk cakap aku nih tak reti duduk diam ke haper..

Jalan nak cari punca air terjun nih mmg hardcore jugak lah.. kena redah semak.. lalu kat lorong tikus (laluan yg muat utk seorg je).. jalan ala’ terowong.. redah air sepanjang masa.. panjat dinding air terjun (licin sey).. view kat situ mmg berbaloi.. kami jumpa 3 kawasan air terjun.. Sayangnya tak sempat nak teruskan coz dah tenghari – aku kena balik kemsait – masak!

Menu utk lunch arinih, sambal sadin (peberet) + sayur kobis & lobak goreng + terlur dadar + kari ayam segera + ikan masin.. *yummy*.. Part yg tak best tu, sumer pakat duduk keliling perati aku masak.. dah lapo sangat gamaknya..*giggles*.

Mana taknya, masa aku sampai khemah tu, derang tengah masak cekodok.. lapar sangat la tu.. kesian sungguh.. masak cekodok adabi segera, tapi jadi lempeng.. rasa plak mcm tepung separuh masak.. *gegelak*.. terlebih air daa.. Lepas tiga pat kali goreng, yg last tu baru menjadi.. yg lebih mengharukan, masa derang nak makan tu, bro Lan offer seketul cekodok kat sorang mamat (orang asli) yg lalu depan kemsait kami nih.. Ingatkan mamat tu nak amik seketul. Rupanya dicapainya sepinggan sekaligus.. amik ko.. melopong muka sengsorang tengok cekodok di ambik orang.. takkan nak mintak balik kut. Aku punya gelak.. tak ingat dunia.. kelakar sey. Kesian member.. berhempas-pulas memasak (first time memasak in life kut).. tapi tak sempat nak makan. Eh, lupa nk citer, mamat org asli tu pun dgn muka selamber duduk menempek kat khemah tunggu aku masak.. dan makan skali ngan kitaorg.

Lepas perut memasing kenyang, kami buat sesi terjun tiruk plak.. best giler kali nih, coz bro Syam siap bwk safety jacket utk trip kali nih. Masa tgh syiok mandi, Nik panggil aku..


Nik:
aD, aku rasa mamat asli nih minat kat kamu la.. dari tadi tanak blah..

Buat hal lah.. start dari situ sampai lah taim balik, aku jadi bahan utk derang buat lawak..*ampeh tul*..

Almost kul 6.00 ptg baru kami siap packing.. taim nak trekking balik, beg aku, Pok Yie & Syam mmg berat giler.. lebih berat dari taim datang. Kali nih, aku ngan Pok Yie ketinggalan jauh kat blakang.. Masa jalan tu, aku tak kosentret kat trek – bahu sakit coz beg berat. Pok Yie jalan depan aku.. so, follow je lah langkah dia. Ntah berapa kali tersilap trek gara-gara Pok Yie leka tgk view kiri kanan.. tu tak termasuk part dia cipta trek sendiri.. ntah laluan mana dia jalan.. aku plak main ikut je.


Aku:
eh, btul ke jalan nih? mcm silap je..
Pok Yie:
tu lah.. rasanya ni trek lain
Aku:
biar betul.. lu buat hal la beb
Pok Yie:
babe, rilek la.. lu diam-diam ikut sudah la.. paler wa pun dah ‘hang’ nih
Aku:
lu giler.. dah nk magrib nih.

Camner pun, sib baik selamat sampai. Tu pun bro Syam dah naik risau sampai patah balik cari kitaorg.. ceh, memalukan.

Masa sampai kat luar kawasan hutan, aku dengar Pok Yie jerit panggil nama aku..

Pok Yie:
aDnannnn… !!
Aku:
pehal?
Pok Yie:
tengok kat depan tu.. ada org tunggu lu, babe.

Siot je dia nih. Ingatkan apa, rupanya mamat asli tadi. Sengih je tunggu kami. Nik plak dari tadi duk tahan gelak.. *cess*..

Yang tak bleh tahan tu, mamat nih duk follow kitaorg keluar hutan even masa lepak minum kat warung Sri Bekelah tu pun dia join sama. Ekceli aku tak terganggu dgn mamat asli ni.. yg tak bleh tahan tu bila memasing duk tersenyum + tergelak perli aku.. *sakit jiwa tul*

On d way nak balik:


Nik:
aD, btul tak cakap aku, dia syiok kat kamu.. siap nak cubit pipi kamu tadi.. suka sangat dia tgk kamu gelak

Seriyes sey.. sib baik bro Syam ada masa dia nak approach aku. Tak jadi dia nak dtg dedekat. Kalau dia sentuh aku taim tu.. mau bersilat aku kat situ..*gegelak*

Anyway.. kami gerak balik KL lepas Isyak. Aku sampai rumah dekat pukul 1.00 pagi.. mandi.. pastu zZZzzz..




Friday, April 14, 2006

weng~

baru balik Eastin.. jumpa sales mgr kat sana – discuss abt our function for next friday and check floor layout.. *fenat*.. bukan penat meeting, penat menapak. dah la panas kat luar tu.. cair mekap macik..

finally.. its friday. taim utk masuk hutan..*gegelak*.. kalau tader aral, malam nih the Godongs bawak group dari opish Pok Yie camping kat air terjun Berkelah, Pahang.. hmm, layan terjun tiruk la weekend nih. derang planned buat BBQ.. wahh, berat lah beg dgn ration. dah la trek sepanjang jalan tu curam..*peh*

malam airitu, untuk pes taim-nya Chua & Fazi join lepak kat markas Godongs. alhamdulillah, makin bertambah keahlian group kami. Chua suggested kami buat xpdc ke gunung Besar Hantu 12 May depan.. menarik gak. tapi kena survey port dulu lah. byk gak plan yg aku dengar utk bulan nih.. sayang lah, aku tak dapat join - kena outstation kat negeri sembilan. antara xpdc yg aku tak dapat join:

  1. transpack gunung Korbu ke gunung Gayong on 29 April - organized by Godongs (nasib baik bro Syam sudi postponed xpdc nih)
  2. xpdc gunung Tebu & Lata Belatan, Terengganu on 29 April gak - organized by team Karat (yg nih dah sah aku missed)
  3. transpack gunung Suku ke gunung Irau on 29 April lagik - organized by team Silver Outdoor Sports (tarikh sama lak tu)

bengang sey.. taim aku bz, taim tu lah banyak derang buat xpdc yg gegempak. taper.. taper.. kata org, tak lari gunung dikejar.. aku sabo..

Wednesday, April 12, 2006

a lil 'bout werk

baru habis short discussion dgn DOY & Zu. eh, did i mentioned abt Zu's resignation? yep, diz friday will be her last day serving d company. i wuz shocked at first when she told me abt diz 'thing' a month ago. but hey, who can resist such an offer fr a big famous oversea co? kalau aku pun, sure aku terima.. lantak lah obersea ke.. memana pun..

so, here i am.. again.. searching for a new assistant. DOY suggested aku amik Farah dari HQ office - senang sikit.. tayah nak train lelebih (yer la tu). i hate to go thru diz all over again and again.. why la kan.. staff kat sini pilih tarikh benti almost sama dgn tarikh staff yg dedulu.. (e.g, Nora & Dass)

hmm, dateline for upcoming SMDP dah dekat. nampaknya aku kena double-triple kan kosentret utk projek nih (since i hv to work my ass alone afta diz).. bengang jugak.. esp bila aku kena kansel-kan 2 outdoor xtvts yg aku dah plan sikit punya baek utk 21 & 29 hb nih.. *giler*.. stakat xpdc on 21 april tu, tak kisah sangat.. tapi utk 29 April tu.. transpack dari gunung Korbu ke gunung Gayung.. *arghh*.. rugi sey!!

...ah, forget it...

ada org tanya.. apa maksud Godongs and asal usul datangnya nama tu.. well, fyi, Godong atau dalam kamus dewan disebut Rodong bermaksud kawan / sahabat karib / geng.. perkataan Rodong / Godong nih mostly diguna-pakai oleh orang-orang dari Pahang.. *wink kat biskut*



permaidani

xxx: awak?.. kenapa ni?
me
: dunno.. *tears*.. i really dunno..
xxx
: sshh.. its ok.. i’m here..

aku peluk dia – erat.. tiba-tiba je aku rasa mcm terlalu byk mende yg menyesakkan dlm dada nih..
ntah kenapa aku tak mampu nak sembunyikan apa-apa dari dia..
ntah kenapa aku still rasa hanya dia yg boleh aku percaya..
ntah kenapa aku sebak tiba-tiba..

met xxx dat evening.. it wuz an urgency. on our way, we talked abt a lot of thing - as usual.. laughing.. joking..

after our stuff settled, xxx sent me home. we shook hands. gave xxx a simple gudbye-hug. dat is when i started to feel the kind of feeling i used to have with xxx - safe.. it made me burst into tears.

pathetic.. i admit dat.

in my weeping voice, i told xxx abt few things dat I know I shouldnt.. bout how I hated living alone in my hse.. how scared I am when theres thunder and heavy rain.. how sumtimes i felt like theres nobody understand me.. nobody to share all the feeling I have..

..xxx didn’t say a thing.. juz hug me tighter.

it last in abt 10 minutes. afta things said and done, i walked to my apartment. xxx wanted to accompany me to the door – i refused.. didn’t even look at xxx face.

xxx: take care..
me
: *smiles weakly*

sitting alone in the hse – thinking – why i behave in such a way.. showed my weakness.. cry??..(wut the heck I’m doing?).. i’m totally blurred.. I don’t know.. WHY??


Permaidani
Rimbun dan redup kasih Mu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Monday, April 10, 2006

salam maulidurrasul

keje.. keje..keje.. tak penahnya habis. probs ttg keje toksah cakap lah, kalau nak di-list-kan pun belum tentu muat satu entry.. perlu di buat episod.. tapi nak wat per citer pepanjang ttg keje.. aku pun jenuh nak menulis nnt.. boleh 'hang' paler nih..

last weekend, aku amik 'cuti' dari mendaki gunung - rest. yelah, baru lepas baik dari food poisoning (peristiwa pulau manukan). sedih jugak sbb tak dapat join group KHK camping kat air terjun Jerangkang, sabtu lepas. tapi taper, tak lari air terjun di kejar.. next taim pun boleh join kan.

habis kan cuti kat umah.. lepakking kat steben (really missed abg steben punya ketam koreng cili api).. pehtu spent masa shopping kat Ikea (and few other furniture shop) - cari few stuff - tp tak jumpa. ekceli 'barang' tu ada.. tapi aku tak berkenan dgn kaler dia.. so, mission failed. nampak gayanya kena cari tempat lain.. or maybe kena cari kat negeri lain..*argh*.. nih la payahnya bila terlalu cerewet.

last nite, lepak-king kat PJ. memula tu bertiga je dgn Syam & Pok Yie. tak sangka terserempak dgn Godongs yg lain.. kecoh la sedunia. yg paling tak best tu, aku sorang je pompuan. tp, so far okeh lah.. tader diskriminasi dalam Godongs.. most important, tader layanan istimewa (eventho aku nih pompuan). no manja.. no gedik.. no nothing.. (well itu yg aku nak).. tp, yang membengangkan tu, bila nama aku ditukar dgn sewenang-wenangnya.. kekejap kang nama aku jadi FuaD.. tak pun.. aDnan.. *hampeh tul*..

nway, byk mender yg kami bincang mlm tadi.. (outdoors xtvt la, haper lagi).. diz time kami dapat dua outdoor projek skaligus.

1) Camping kat air terjun Berkelah, Pahang - Kami bwk group dari opish Pok Yie
2) xpdc gunung Tahan - Kami bawak 30 ++ org group dari Prudential (tentatif)
kalau menjadi, mmg gempak arr. seronok bwk org masuk hutan nih. walaupun kena bawak ration yg berkilo-kilo beratnya, aku tak kisah.. janji org yg kami bawak tu puas hati..*cant wait*.. frankly la kan, aku bebtul enjoy dgn life aku skrg.. memenatkan.. tp puas hati.


hmm.. esok cuti maulid.. tataw nak buat apa.. nak keluar jenjalan KL.. rasa cam bosan.. sesilap aribulan, aku bantai panjat gunung Nuang lagi..*hu hu hu*.. see how la.

nk share few quotes & scene blakang tabir kat KK yg aku terlupa nak citer..

venue: Trekkers Lodge, KK, Sabah
Taim: 8.00 malam
Watak Real: Atan & Rock Kapak (mmg nama sebenar)
Pak Pacak: Aku, kak Mai, Ijai, Chua & Fazi

tok.. tok.. (bunyik pintu kena ketuk).. beberapa minit kendian, muncul Atan dgn gaya slamber meow-nya masuk dalam bilik kami..

Atan: weh, korang nak tengok ayam tak? Baik punyer barang beb.. cun..
Kak Mai
: ayam?
Aku, Ijai, Chua & Fazi
: ..*blur*...

Maka kami pun dgn dada yg berdebar-debar duk tunggu Atan yg keluar dari bilik kami mendapatkan ayam yg dimaksudkannya..

*jeng.. jeng.. jeng*

Dari luar pintu kami nampak sepasang kaki yg putih melepak (tanpa bulu – dah cukur pakai veet kut), pastu perlahan-lahan berjalan la seorang awek cun berkemban pakai towel putih yg sexy giler.. pendek btul towel tu – sampai nampak bahagian peha yg gebu dan dada yg.. *peh*.. rambut awek tu plak ditutup dgn towel kaler pink.. baru lepas mandi tuu!! Muka dia plak, ditutup dgn separuh towel pink yg melingkari kepalanya..

..*gulp*.. terpegun kitaorg skejap.. giler ko, bawak ayam masuk dlm bilik??

Masa minah tu cat walk dlm bilik kami, aku tak ingat saper yg menggatal cuba usik awek tu. Ditariknya tuala pink yg menutupi rambut awek cun tu.. *u-lala*

Sekali.. tipah tertipuk.. kami ingatkan Atan nak bawak ayam yg real.. rerupanya Rock Kapak yg nyamar jadi ayam...*bagero*.. terbahak-bahak kami dlm bilik tu.

Kak Mai sampai teruja, pegi lari kejar Rock Kapak sambil yg lelain nya melakukan adegan 18-SX (menarik kemban Rock Kapak)..

Hai.. camner lah aku boleh lupa part yg best nih.. mmg hantu btul Godongs nih.. buat lawak tak hengat..

...aik? da nak abes lunch hour?.. wokey lah.. keje dah memanggil-manggil tu.. *permisi*

Friday, April 07, 2006

XPDC Gunung Kinabalu.. versi gambo






my Journey

Time waits for no one, sure as the tide pulls the ocean
Sure as the path that's been chosen cannot be changed
In my life's destination, I searched for the explanation
For some kind of reason for my sorrow and pain

But in my isolation, I learned to listen
To be thankful for the love that I'd been given
This is my journey, journey through life
With every twist and turn, I've laughed and cried as the road unwinds
This is my journey, and I've learned to fight
To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

In my desperation, I swore never again
Would I hear all the laughter of my friends and my family
A million tears that I'd cry then began to dry
Silence of the night time I have come to realize a sweet inspiration filled my horizon
Gave me the heart to go on and never would give in
I'm going to love each moment of every day and every night
I'll look back to the past with the sweetest smile
For now, I realize I've been given the key to life
I've been kissed by the angel by my side


...gambar selainnya cari kat fotopages wokey...

i'm proud to have reached the summit
~aD~

Thursday, April 06, 2006

XPDC Gunung Kinabalu



30 March 2006

Bangun pukul 5.45 pagi..*peh*.. dah lewat giler siot. Janji dgn bro Syam nak jumpa pukul 6.00 pagi..*mampus*.. Kelam kabut aku bangun capai towel. Lebih mengharukan, aku tak pack baju lagi!! Giler kan? Ekceli, malam tu aku balik umah pukul 2.00 pagi. Duk dengar probs demi probs sampai ‘hang’ paler nih. Nyaris aku nak kansel trip ke Sabah. Kalau tak kenangkan tiket filght aku yg paling mahal compare dgn org len kompem aku tak pegi (buat hal la - lagi 2 hari nak fly baru beli tiket - sah giler).. balik dari melepak, aku plan nak packing se-slow.. tapi mata dah berat.. aper lagi, blasah tido je (padan muka, bangun lambat)

Pukul 6.15 pagi - Syam sampai.. Aku tau dia bengang sbb aku lambat - tp, as usual, dia buat muka kewl (sory bro). Memula tu, kitaorg cadang nak naik shuttle bas (is it skyway bas?) kat KL Sentral. Tapi jalan jammed plak. Mail dah tiga pat kali called - risau kami tak sampai. Yang lelain sure ingat kami akan terlepas flight. Tp, alhamdullilah.. lepas membazirkan pitih kat ERL Express & ulat-ulat yg menunggu mangsa kat KLIA, kami berjaya sampai Tesco on taim.. eh silap.. LCCT lah..*syukur*.. Kat sini, aku berkenalan dgn 3 org rakan sepergunungan yg baru: Fazi, Chua & Rock Kapak. Turut ada kat situ: Mail, Ijai & Atan.. almost terlupa, Pok Yie & Kak Mai dah bertolak sehari lebih awal (merasa korang check-in kat hotel bawah airport KK tu ek)… Oh yer, fyi, team pompuan only me & Kak Mai je.. the rest sumernya pria-pria kesepian.. *mbwahaha*

Our flight departed as scheduled – nasib baik tak delay. Kalau tak, berbahang la Pok Yie & Kak Mai tunggu kitaorg. Aku konpius gak, naper derang tanak pi jenjalan area KK dulu? Adakah sebab derang tak reti berbahasa Sabah?..*hrmm*.. Anyway, masa dalam flight, aku terober aktif.. berceloteh non-stop.. jalan sini sana.. duduk dimana-mana..

Arrived KK (ntah pukul berapa).. Sory, macik tak catat timer. Aku nampak Pok Yie tengah melepak kat tingkat atas. Kak Mai plak, lepak sengsorang kat seat bawah. Memasing buat muka sposen tapi agak ceria bila nampak muka kami. Aku tak pasti derang dah mandi ke belum.. dengar cerita, hotel yg derang check-in tu juz ada kipas ngan karpet je.. tapi taperlah, janji tader bau.. *gegelak*

Mmg stylo btul la ketibaan kitaorg.. memasing dgn beg besor tersandang kat blakang..*peh*.. berat plak, toksah citer. Ntah haper yg dibubuh dlm tu gamaknya. Nak kater bawak sleeping bag, ration, laptop, priuk blanga.. takder la plak.

Dari airport, kami amik cab ke KK town. Lunch beramai-ramai kat restoran mamak bebtul depan Wisma Merdeka (aku tak makan taim nih, coz pegi carik stoking tebal).

Lepas sesi memenuhkan perut, kami chartered satu van pegi Mesilau. Perjalanan ke Mesilau ambik masa baper jam ntah (ex-squeeze me for not jot down the time – kalau nak ketepatan masa pi la tanya Chua ngan Fazi). Lewat petang baru sampai destinasi. Mersilau mmg superb. Memula tu, aku bayangkan hostel yg bakal kami obenite nih ala-ala petaling street punyer lodge.. rupanya..*peh*.. dasat.. dasat.. cun seyy! Even masa kak Mai, Atan, Syam, Mail & Ijai ajak balik bilik berehat, aku still tak berganjak dari lobby Mesilau. Sambung lepak dgn Rock Kapak, Pok Yie, Fazi & Chua. Borak punyerlah lama.. kat luar dah gelap giler sedangkan jam baru pukul 6.00 ptg.. terlupa plak perbezaan masa antara Sabah & Semenanjung.. Dalam pukul 8.00 lebih, baru lah geng yg lain keluar bilik - sambung lagi sesi makan + borak + bergambo. Masa nih, kami berkenalan dgn sorang trekker solo, mr Wong - dia nak join kami mendaki sampai ke puncak. Maka bertambahlah group kami jadi 11 org… Lepas penat tergelak, aku gerak masuk bilik ditemani oleh Pok Yie & Rock Kapak. Part yg sadis tu, ntah cemana kami tak jumpa hostel.. abis sumer resthouse kat Mesilau tu kami rayap.. *malu*.. Chua & Fazi bantai gelakkan kami.. nasib baik Godongs yg lain tataw.. kaber.. kaber..


31 March 2006

Pepagi buta aku ngan kak Mai dah bangun mandi.. yg lelain.. ntah lah, aku tak sure derang mandi ke idak. Maklum lah air sejuk yg amat.. water heater plak tak bleh pakai. Aku tak bawak banyak barang. Syam suruh kami tinggalkan beg kat Mesilau. So, kami juz bwk bebarang penting je (glove, jaket, snow cap, stoking).

Lepas srapan, kami berkumpul kat pintu masuk trek - settlekan bayaran utk guide. Gerak dalam pukul 9.45 pagi (agak lewat jugak lah - our guide, Kounjin & Rowdy sibuk membebel ttg kelewatan kami)..

Quote by Rowdy: “Masa berjalan nanti jangan rehat lama sgt, nanti jadi malas.. bila dah malas, lama-lama jadi pemalas!”

Syam lead pendakian dari Mesilau.. Aku starting je dah semput.. Ekceli trek taderlah susah mana pun. Maybe sbb cuaca terlalu sejuk.. ada probs nak control pernafasan – sesilap boleh pancit woo. As usual, aku kalau mendaki nih, suka duduk blakang orang yg jalan laju. Baru terbakar semangat. View sepanjang jalan mmg the very der.. lah.. penuh dgn bonsai kiri kanan..

Baru 2 km mendaki, aku, Syam, Pok Yie & Mail dah jauh tinggalkan group kami kat blakang. Mana taknya, memasing main kejar-kejar dalam hutan tu. Masa sampai kat km 4.5, kitaorg lepak jap.. cadang tu nak tunggu group kat blakang.. tapi tunggu punya tunggu.. cuaca lak makin sejuk.. perut kebulur lak tu. So, Syam cadangkan kami teruskan pendakian pelan-pelan. Hoping dat kitaorg akan dpt jumpa derang kat persimpangan mersilau – timpohon.

Yang macik hangin tu, masa on d way ke simpang trail tu, Syam dgn Mail dah jauh hilang ke depan. Tinggal aku ngan Pok Yie je. Mcm org bengong kitaorg duk lepak kat simpang trail tunggu derang. Bertambah haru bila dua-dua walkie talkie ada kat Syam & Mail.. (nak cakap sebelah menyebelah pun guna woki toki haper??).. len kali bagi lah woki toki tu kat sweeper..*blasah kang*..

Kami berempat sampai ke Laban Rata dalam pukul 2.50 ptg. Pegi mencekik kat café hostel tu kejap, pastu terus check-in. Tak jadi tunggu group yg lain coz tak tahan sejuk / lapar / hujan lagi. Kata guide, kami tak leh terus panjat puncak Kinabalu coz kabus terlalu banyak. Taim yg senuai utk naik ke puncak ialah pada pukul 2.00 pagi. So, tunggu je lah..

Pukul 4.00 ptg, kak Mai sampai secara solo..*caiyok*.. selamber je dia blasah jalan sengsorang tinggalkan group yg lain. Pastu, Chua ngan Fazi pulak sampai secara berduet.. then lewat petang, dalam pukul 6.30, baru nampak muka Ijai, Rock Kapak, Atan, mr Wong dgn 2 org guide kami.

Cuaca mlm tu tak begitu mem-best-kan. Sejuk & terlalu byk kabus. Nasib baik dlm bilik ada heater. Haa.. talking abt heater nih, pun ada stori gak.. masa memula masuk bilik, aku pegi pasang heater tu dgn tahap kepanasan yg maksimum.. kengkononya nak cecepat panas lah.. skali aku terlupa nk adjust balik suis dia.. huh, mrasalah memasing jadi ayam panggang mlm tu..*gegelak*.. panas sampai tak boleh tido sey!

Mlm tu, aku tido-tido ayam sambil layan blues sengsorang..


1 April 2006

Tepat pukul 1.00 pagi, aku dah terjaga. Terdengar bunyik org ketuk pintu. Bangun, pastu bersiap pakai baju sampai tiga pat lapis, glove, snowcap etc.. Memasing sumer kemain excited nak tawan puncak Kinabalu. Senang je nak kejut derang bangun tido.. asal panggil nama je, sumer dah terjaga. Kalau kat rumah lah, aku kompem sumer liat bangun.. sesilap aribulan, kena penyepak kalau kejut taim-taim camtu.

Lepas srapan ala-kadar (ramai tak mkn apa pe pun), around 2.45 pagi kami start mendaki. Skali lagi, bro Syam lead the team. Aku, Fazi, kak Mai & Chua follow blakang. Baru jalan 200 meter, baru aku prasan juz tinggal aku bertiga dgn Syam & Fazi je kat depan.. kak Mai ngan Chua tertinggal jauh. Kami teruskan jugak perjalanan. Hoping dat we wud meet them at Sayat-Sayat.

Duno la how to describe.. lepas je laluan kat Gunting Langadan, aku lalu kat kawasan berbatu.. curam siot.. kena pakai tali. Sesaper yg gayat, renti kan lah niat nak panjat tetempat camnih. Sesekali aku toleh kat blakang..*peh*.. sayup. Tapi sib baik gelap.. juz nampak sinaran lampu picit pendaki yg lain je.

Kat Sayat-Sayat, bekalan air habis (Fazi sorang je yg bwk air), aku tadah air gunung kat tepi checkpoint SS dlm botol – pastu terus shoot naik atas. Oh yer, taim kat CP nih, Pok Yie dah berjaya memintas kitaorg.

Perjalanan lepas tu, mmg mencabar sket coz angin kuat. Sejuk toksah citer lah. Ikutkan, kaki aku mmg dah nak cramp sbb tak tahan sejuk. Nasib baik mental aku kuat lagi.. aku gagahkan jugak melangkah.. slow je aku jalan.. breathing kena control.. maklumlah, aku ada asthma.. silap langkah kang, naya.

Lagi 20 meter nak reach puncak aku dah menggigil. Mana taknya, kasut aku basah terjatuh dlm air bertakung – beku hujung kaki. Terpaksa menyorok blakang batu elak angin. Taim nih rasa nak menangis pun ada. Lepas rilek dalam 5 minit, aku gerak naik atas. Dengar suara Syam ngan Fazi kat atas tu. Diaorg pun menyorok celah batu. Aku perati keliling.. juz ada pat lima org kat puncak – yg lelain belum sampai. Alhamdullilah.. tepat pukul 5.30 pagi, kami berjaya tawan puncak gunung yg tertnggi di Asia Tenggara..*takbir*..

Lepas snappy-snappy & makan cekelat yg keras cam batu, kami gerak turun.. taim tu baru aku tau, sorang group kami, Rock Kapak, tak lepas ke puncak.. dia kena syndrome AMS (Acute Mountain Sickness)..*kesian*.. Taim nak turun mmg best.. view dari atas tu.. *oh la la*..

Dalam pukul 8.00 lebih aku, Mail, Syam, kak Mai, Pok Yie sampai Laban Rata. Kami sempat tido skejap sementara nak tunggu check-out pukul 10 pagi.

Quotes Klakar:

Atan:
wei korang nampak tak spender aku kaler coklat?
Pok Yie
:
ntah.. aku main pakai je.. mana aku tau saper punyer
Kak Mai
:
eh, sejak bila Atan pakai spender?

*siut je.. aku gelak tak hengat donia*

Taim nak turun plak, kami ikut Timpohon, memasing pepakat turun sambil berlari..*pergh*.. tercengang orang tengok tahap ke-aktif-an group kami.

Quotes unknown Trekker:

Unknwon Trekker (1):
Korang nih turun lelaju kalau pe’ot kat bawah padan muka
Ijai
: Kitaorg ni tak boleh jalan se-slow bang.. nanti pewai.

*peh..ayat tak hengat*

Unknwon Trekker (2): Group korang ke yg turun berlari tadi? Memula tadi ada sorang lelaki ngan perempuan berlumba-lumba lari turun.. pastu ada sorang lelaki lari turun sambil pasang lagu kekuat..

*hins..hins..hins*… (kembang lobang idung)


Mcm biasa, sepanjang jalan turun gunung, mulut aku tak benti berceloteh sampai Pok Yie sergah suruh diam.. *wkakaka*.. (bengang je member)

Lepas semua org sampai kat Timpohon Gate, kami pegi dapatkan sijil... gi makan.. pastu dapatkan transport ke Poring Hot Spring. By time sampai sana, hari dah malam. Check-in, then membuta zZzz..


2 April 2006

Sesubuh gaban, aku dgn kak Mai dah bangun.. tak sesabar nak beremdam dalam kolam air panas. Best giler.. esp bila kaki dah lenguh mendaki.

Tengahari plak, sementara nak menunggu transport ke KK, kami pegi trekking ke canopy walkway. Memang dasar tak reti penat la bebudak nih.

Bila derang ajak pegi kawasan air terjun, aku mmg surrender awal-awal. No, bukan sbb penat.. dressing tak sesuwei mahh.. mender tak plan.. kalau tau dari awal, kompem aku tukar baju ngan kasut.. nih, dah pakai lelawa ajak masuk hutan, apa citer??

Petang tu, kami pegi pusat kraftangan Nabalu. Rambang mata tengok bebarang kat situ. Aku tak berminat kat t-shirt or aksesori lain.. yg aku suka tengok tu, bab home décor.. peh.. aku suka giler bab nak hias rumah nih.. biarpun aku menyewa sengsorang, aku tetap nak hias rumah tu selawa mungkin.

Malam, kami Check-in kat Trekkers Lodge. Lepas letak beg, kami pegi round satu Bandar KK.. go food hunting.. sight seeing.. and not to forget.. pasar Kampung Air.. kat sini penuh dgn peniaga yg jual pearl…*menarik*..

Balik bilik, aku sempat surf net.. pastu pinjam novel kat kaunter – masuk bilik, layan blues


3 April 2006


Rasa tak berapa sihat pagi nih. Perut rasa semacam. Chua lagi teruk. Ntah berapa kali dia termuntah dlm toilet. Maybe sbb rendang ayam yg dia makan semlm.. kebetulan plak aku ada share lauk tu dgn dia.. *abes lah*..

Masa on d way nak ke jeti, perut semakin meragam.. tp aku control.. tanak la susahkan kengkawan len.. even taim tu lutut pun dah rasa longgar.. paler dah weng.. mmg dah pewai giler

Sampai je Manukan, aku jalan stret je atas pelantar tu pegi cari tempat duduk.. yg aku ingat, bebudak nih bising pasal entrance fee.. pastu aku tak ingat apa dah.. sedar-sedar je aku dah terbaring atas tempat duduk.. siku aku sakit.. dengar suara bising suruh aku relax.. gerakkan jari.. ntahapehaper lagi… berpinar dunia aku sekejap.

Rupanya aku pingsan.. *isk*.. malu giler. Dunno la saper yg angkat aku.. tak bother nak tanya pun.. segan siot.. Derang plak, tak habis-habis perli aku.. siap buat gaya aku jatuh pingsan lagi.. rasa nak je aku blasah sesekor.. sib baik aku tak sihat... taper, kasi can.

Sepanjang kat Manukan aku spent masa dgn tidur atas bangku.. Chua pun sama.. (senasib la kita). Dats why tak byk snap pics kat Pulau yg cun nih.

Petang tu, balik KK, kunci bilik tertinggal kat saper ntah.. nasib baik bilik sebelah bukak. Aku blasah je tido atas katil Atan.. siap selimut lagi – demam babe! (sory brader, wa lanyak lu punya katil)

Malam, lepas mandi baru rasa okeh sikit.. derang ajak keluar dinner kat tepi laut gegamai. Kenangkan mlm tu last aku kat KK, aku ikut je walopung tahap kesihatan tak berapa mengizinkan.

4 April 2006

Arinih aku bangun dgn penuh bersemangat. Tahap kesihatan semakin baik. Lepas siap packing barang, aku dgn kak Mai turun breakfast.. sempat gak surf net pepagi buta camtu.

Planning, visit pasar Filipino – beli souvenir.

Lepas settle sumer, kami gerak ke airport. Flight pukul 2.05 ptg. Alhamdullilah, tader delay.. so, kami sampai KL on taim.

So, dats it.. our expedition to mnt Kinabalu n trip to KK - tak sempat nk karang maa.. keje banyakkkk..

p/s: ekceli, citer nih versi utk memember gunung aku.. nk tukar versi 'senget' rasa cam tader masa.. blasah yg nih je lah ek.. pics? carik lah.

Monday, April 03, 2006

still in Sabah

..am now staying at the Trekkers Lounge, KK.

baru balik dari Manukan. cun giler pulau nih. tp, aku tak enjoy. pesal? nantilah, takde mood nak bercerita. nak naik atas jap - tido. penat.

will be home soon..

Sunday, April 02, 2006

hey, i'm in Sabah!

hOla..!!

Guess wut? I'm updating my dearest bloggie from Poring Hot Spring, Sabah! (nice ey?) Nih tgh curi masa, lari dari all the Godongs skejap.. *miahaha*.. Ekceli, semlm baru turun dari puncak Kinabalu, so arinih berendam dlm air panas la nampaknya..

..anyway, tak leh lelama nih. Gtg now (kang meragau lak depa carik makcik).. and btw, Sabah is..*peh*.. oh la la..!!

Bye mr. Blog..*another kiss*