Wednesday, November 30, 2016

Feeling stay-at-home-mom

Aleesya dapat beg baru. Belated birthday present. Tenkiuuu!

Suka sangat Aleesya. Asyik belek2 gambar princess Elsa kat beg tu. 

Be happy always ya sayang. Mommy sentiasa doakan :)

Pink backpack

Comel je Aleesya pakai jalan2 dalam rumah

Note: Bestnya minggu ni, cuti duduk rumah hantar & amik anak dari BBIM & Taska. Me time everyday. My aim in 10 years. By time Aleesya 10 tahun nanti, aku nak duduk umah goyang kaki sambil kosentret jaga anak je.. hihi.

Morning run

Happy with my timing this morning *wink wink*

My coach kata, to run faster in full marathon, I need to run fast in my 5k, 10k & 21k.

Baik lah.

Register myself for a few running clinics (tenkiu tolong register kan ya! xo! tenkiu juga for spending short time with me semalam tho tak sempat lunch.. xoxoxo!)

And pasni nak start utilize my privilege of using Maybank Academy sports arena kat Bangi (especially swimming pool yang besar tu & running track) . 

I never actually use any of company sport's facilities. Seriously tau, even kat atas menara tempat aku keje tu ada gym, court badminton, squash, dance area, sauna, segala mak nenek company provide untuk staff, aku tak pernah guna pon. Never care sebenarnya. Pasni, tengok lah, maybe lunch hour or balik keje, aku lepak kat atas sebelum balik rumah :)

Anyway, akak cuti lagi arini. Sambung sampai Jumaat. Sila meroyan :)

Tuesday, November 29, 2016

Mommy is...

..cuti arini!

Eh, lately setiap selasa je nak cuti kan :)

Jom jenjalan.

Monday, November 28, 2016

Segala puji-pujian

Lagu favourite Aleesya. Hari2 nyanyi lagu ni sama2 setiap kali hantar dia pi taska. Kemain goyang2 badan dia ikut lagu ni. Khusyuk.

***************

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Sunday, November 27, 2016

Azam :)

"Masa" kan, kalau buat macam biasa memang sentiasa tak cukup masa. Tapi bila kau isi dengan macam2 benda, sure akan cukup masa. Malah lebih teratur.

Tahun ni dah sampai ke penghujung. Bulan terakhir 2016.

Tahun ni juga, tahun peralihan bagi aku. Tahun penyesuaian bila dapat baby baru. Maklum, dah biasa dua anak. Bila masuk no.3, banyak benda nak kena sesuaikan.

Now that semua dah under control, its easy peasy. Life back to normal again. Cuma kena lebih gigih lagi bekerja. Anak memang membawa rezeki, tapi kalau nak harap rezeki bergolek tu memang takde lah. Kena usaha juga. Kalau ada pun maybe duit syiling bergolek kat kaki. Duit ribu raban tak boleh bergolek ye.. huhu.

Azam tahun depan, nak jadi mak yang superhebat untuk anak2:

Nak jadi pendengar yang setia
Nak buat lebih banyak xtvt indoor / outdoor sama2
Nak prepare bekal makanan (untuk Ariff & Amarr) hari2
Nak solat sama2 (esp kat umah)
Nak mengaji sama2 (once a month - coz kiddos mengaji kat sekolah. Selalu tu, secara tak formal, aku baca surah2 pendek setiap hari sambil drive kereta dan kiddos voluntarily ikut baca sama2)

Azam2 lain ada juga.. wishlist pun banyak. Yang tu xmo share lah. Kang ada yang kata riak pulak. Cukup la

#fulltimeworkingmom
#fullybreastfeedingmom
#momofthree
#ultramak
#runner
#hiker
#lifebalance

Next!

The most happiest girl hari ni. Baru sampai rumah. 

Next kita nak buat apa ya..

:)


Weekend is..

..me time, your time, our time, runners time :)

Bila terlalu banyak race event, dan bila kau sanggup sacrifice  salah satu event without hesitate and attend another just because..

What does it mean?

Only you knows better :)

Friday, November 25, 2016

Under weight :(

Tak mampu naikkan lagi. 40 kg pun payah nak cecah. Now dah 37.5 kg.

How ni? How?? Aku makan like all the time. Lagi nak race, lagi kerap makan. Healthy food + junk food + semua lah. Haish.

No goal was ever met without a whole lot of sweat!

:)

Thursday, November 24, 2016

Happy tummy

Breakfast dalam department pagi ni.

Menu terbaik. Siap ada telur separuh masak. Just what I need to kick start Thursday morning.

Weekend ni ada trail run kat Janda Baik. Nak camping kat sana.. or tak pun.. stay chalet.. buat BBQ sempena pre-birthday Amarr yang ke-6 tahun. Real celebration kena tunggu Mamoru balik dari marathon kat Penang.

Tak sabar nak tunggu petang. Nak shooping barang2 untuk marinate lamb & seafood.



Selamat pagi

Lets do some core workout this morning! Work out that booty. Shape that curves. Have a body that better than photoshop model in that magazine.

Eat + Sleep + Run + Repeat

...err nak add Shop + Love + Repeat..

:)

Wednesday, November 23, 2016

My best evening

*wink wink*

❤❤

Sometimes the best run comes on day you didn't feel like running

Aleesya with my Compressport running headband

Love

Bila orang yang sayang kita willing do to anything and sacrifice everything he love without hesitating including his time and even his work for me. And mostly without u even asking for it.

U got my love. Indefinitely.

:)

ir
Oh.. junpa gambar ni dalam FB my sister. Masa usia Ariff (in red) satu tahun. Masa ni tengah sarat pregnantkan Amarr.

Another 100km trail

And its in Gopeng!

Macam nak je..

Macam nak join je..

Macam best je..

Hihi..

Event ni dalam bulan March 2017. Tarikh belum finalised.

Ada 4 bulan untuk training for 100km. Seems like this one will be my first 100km la centu.

Ok lah. I'm up for it!

Tuesday, November 22, 2016

Buai laju2 sampai pohon sena

..apa dalam saku? Sekuntum bunga sena :)

Suka Aleesya hari ni. Spent masa the whole day sama2. 

:)

Mommy cuti arini

Aleesya teman mommy jalan2 ya :)

Run Little Heroes

Mommy takda event lari. So teman kiddos berlari pula.

A well organised fun run event by Columbia Asia at Taman Botani Shah Alam.

Kiddos really really happy last Sunday. 

The 5 km hilly routes in the park, free games for kids, lotsa water stations (ada 3), the superheroes everywhere. It was fun!

What's most important, I got to share with my kids things I love about running.

Starting line. 

Columbia Asia mascot

They ran non stop for the first 2km! Good job kiddo!

They really enjoy it

Go Ariff, Amar, go go go!

Bila nampak water station, semua excited sambil jerit! Water station! Water station!

Banyak pit stop untuk ambil gambar dengan superheroes 

Masuk 4km semua dah start jalan.. tak larat. Awal tadi semua dah buka pace 4.. haha

Dengan abang superman 

Free games.. main sampai mommy pingsan duk tunggu diaorang

Balloons

Lastik angry birds pulak

Ariff excited

Baling tin

Ntah berapa banyak kali depa duk repeat main semua games kat sini

Dengan abang flash & zorro

Aleesya punya belon... Boleh terbang kalau ikat dia kat belon ni. Punyalah banyak..

Generous goody bag. With medal, waist bag (for phone), etc. Worth RM25 registration :)


Tenkiu cikgu semua!

Borak2 dengan Ariff lepas fetch dia dari sekolah petang semalam:

Ariff: Tahun depan, saya tukar kelas. Saya masuk kelas Dua XXX.
Me: Dua XX?? Alhamdullilah, Congratulations Ariff! Meh sini mommy nak kiss!
Ariff: Saya nak belajar rajin2. Cikgu cakap Darjah 1 senang. Darjah 2 susah sikit.

Wahh belum masuk Darjah 2 lagi dah bersemangat nak study. Bagus Ariff. Mommy bangga. Mommy akan bagi full support!

Sekolah Ariff ada lapan kelas untuk Darjah satu. Masa mula2 masuk dulu student letak ikut pencapaian dalam kelas. If student dapat kedudukan terbaik keseluruhan kelas, cikgu akan tukar masuk ke kelas yang lebih pandai.

Semalam sekolah Ariff ada jamuan kelas. Ariff bawa balik hadiah dari cikgu. Bila aku tanya kenapa dapat hadiah?

Dia cakap cikgu kasi. Tapi sikit je kawan2 yang dapat hadiah, katanya

Aku tengok tulisan kat hadiah tu, laa.. rupanya Ariff jafi wakil kelas untuk Spell It Right Programme. Patut lah bulan lepas dia beriya tanya aku macam mana nak eja few words dalam BI & BM.

Haish. Anak lelaki memang camni eh? Dia bukan kisah nak share mender2 camni.. tskk..

Apa pun, mommy happy sangat!

Amarr pun dapat hadiah dari Aunty Tini. Hadia sempena apa aku pun tak tau. Kena tanya cikgu dia nanti. Dia pun sama, bukan kisah nak share. Bila tanya, cakap cikgu kasi, je.. tsk.

Nak bagi reward lah untuk kiddos for their performance tahun ni. Bawak gi jenjalan tempat diaorang suka. Nak bawak pi mana eh?


Saturday, November 19, 2016

Morning run

Sometimes it pains me to keep on running. But it hurts much worse to stop.

LSD sorang2 at Permaisuri. Bagged 20km for breakfast. Kenyang sampai esok. 

Now, jom berlari ke dapur pulak :)



Bila kiddos berlari

Turn kiddos berlari.

Cantik sungguh running tee Columbia Asia ni. Saiz pun memang ngam2 saiz budak2. Terletak je bila kiddos pakai!

Tak sabar nak tengok kiddos beraksi. Aku pun kena pakai running shoes. Its 5km run. Don't want to loose them from my sight. Besides, aku kena jadi water station cum photog bergerak - support runners cilik.. hihi

Go Ariff & Amarr... Go, go, go!


Friday, November 18, 2016

Weekend is coming!

Let have some fun.. or lotsa fun!

Apa pun, weekend ni, please avoid pakai baju warna merah & kuning dan stay away from the city centre. Especially Dataran Merdeka, Menara Maybank, etc. There will be another rally from I-dont-know-who-and-dont-want-to know-why.

And please jangan letak kenderaan kt kawasan2 rally. Nanti kena lanyak tatau. Depa ni kalau dah naik sheikh, habis semua harta benda awam/orang jadi mangsa.

Yes, I also want some changes in our government but this is not the way.

:P~


With my cantik Aleesya this morning. Breastfeeding baby. Already 1 year & 12 days my breastfeeding journey :)

Healthy & smart baby makes happy mommy

Brainy Bunch Konvo 2016


Cepatnya masa berlalu. 

Tahun lepas Ariff grad dari BBIM, tahun ni turn Amarr pula. Aw... Besar dah anak2 aku ni. 

Bila tengok gambar Amarr dengan jubah konvo ni, teringat pasal result UPSR yang keluar hari ni. Haish. Aku ni memang suka fikir jauh ke depan. Fikir macam mana nanti result Ariff & Amarr eh? 

Siapa tak happy kalau anak2 score semua A dalam setiap ujian penting. Tapi dalam dunia sebenar, banyak A tak jamin kita akan dapat kerja yang kita nak.

Aku ada dua orang kawan baik yang memang dean list setiap semester & grad dengan first class degree with honor. Tapi masuk labour market, nak cari kerja, tak laku. End up sekarang, selepas 15 tahun grad, memasing keje dengan gaji minimum. Below 3k. 

Ramai lagi sebenarnya yang belajar sampai university, tapi kerja tak seperti yang diharapkan atas paper degree.

Aku pun tak pasti cara yang macam mana untuk jamin masa depan anak2 aku dari segi pembelajaran / bidang pekerjaan / kualiti hidup. 

Just imagine, sekarang pun ramai orang tak mampu miliki rumah. Harga rumah sekarang semua dah setengah juta keatas (kat KL). Kalau dua puluh tahun akan datang macam mana? Agak2 mampu ke anak2 nak beli? Harga dah tentu start dari sejuta keatas?  Untuk rumah yang berharga sejuta ringgit, monthly payment lebih 5 ribu ringgit sebulan tau. 

Apa yang aku boleh buat sekarang, still pentingkan bab pelajaran kat anak2, tapi dalam masa yang sama, aku nak diaorang enjoy life as much as I did now. Adventure, outdoor, etc. Harap healthy lifestyle help building healthy body & brain. Gitu.

Anyway, nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada tenaga pengajar di Brainy Bunch Bandar Sri Permaisuri. Selama 4 tahun aku hantar Ariff & Amarr kat situ. Banyak sangat membantu aku & anak2 aku.

Punca aku hantar anak2 kat BBIM 4 tahun dulu sebab aku duduk sorang2 kat KL. Mamoru kat Melaka. Aku memang cari pusat asuhan yang boleh mengajar & provide daycare. Senang sikit keje aku. Pagi hantar ke kelas, petang aku fetch.

Aku punya first choice dulu Genius Aulad. Sempat lah Ariff belajar kat GA 3 bulan sebelum aku transfer kan dia masuk bBIM. Kebetulan BBIM baru start beroperasi.  Aku transferkan anak2 bukan sebab GA tak best, tapi sebab GA provide kelas half day je. Susah sikit aku nak lari keluar ofis taim tengahari semata nak fetch anak2.

Dan yep, aku buat keputisan yang terbaik time tu. Tho BBIM ni a bit pricey, but the result yang aku dapat melalui anak2, is priceless.

Ariff sangat excited teman Amarr kat BBIM konvo ni. Maklum lah dah jadi Senior. 

Amarr showing off his picture & certificate

Abang Ariff & Aleesya (tidur)

Atas stage

Muka excited masing2

Amarr show off depan microphone

Congratulations Amarr. This is a new beginning of a student life

Tenkiu so much tenaga pengajar di Brainy Bunch Sri Permaisuri for Amarr 4 years journey kat sini. 

Group photo

Thursday, November 17, 2016

Dapat tabung

Buka buku account Yippie untuk anak dapat tabung teddy bear gimau ni. Comel sangat.

Dulu zaman Ariff & Amarr dapat tabung gimau juga.. tapi tabung keras macam tabung2 lain gak.

Yang ni tabung lembut. Macam stuffed toys. Boleh peluk2.. hihi

Wednesday, November 16, 2016

Throwback PNM 2016

Run happy!

Found my pictures during the Putrajaya Night Marathon last Saturday.

Nih gambar towards finishing line. 

Tenkiu to that Orange shirt guy. Finally I know his name. Nak thank hm personally for pacing me for the last 4 km all the way sampai finishing line.

Thank you :)




Credit myrunners.org & Seven for pictures