1. Gunung Bintang False
2. Gunung Bintang South
3. Gunung Bintang
4. Gunung Bintang North
p/s: credit to Bargading for these pics
Dah lama aku pasang niat nak sambung study. Dulu ada gak buat azam nak dapatkan Master sebelum usia aku mencecah 30 tahun. Hm.. sekarang dah 28.. ada masa lagi 2 tahun.
Banyak benda yang aku kena pertimbangkan sebelum aku proceed dgn cita-cita aku yang suci lagi murni nih: Tentang Mamoru, tentang life aku lepas berkahwin, tentang adik-adik yg masih memerlukan financial support (terutama yg masih study), tentang kerja & tentang xtvt outdoor yang dah sebati dgn diri aku nih.
Anyways, advertisement untuk July intake 2008 keluar awal tahun depan. Aku pilih Universiti Malaya. Dekat & senang nak ulang alik dari rumah-office-campus-rumah. So, kalau takde aral, bermula July 2008 nanti, aku akan kembali bergelar student (isteri & pekerja). Doakan semua dipermudahkan ye kengkawan.
Chua (housemate Mamoru) call aku malam tadi. Inform tentang xpdc ke Gunung Batu Putih yang dia organize bulan depan. Macam hampeh.. saja la tu nak jeleskan aku. Dia tak bagi aku join sama.. 'darah manis' katanya. Alah, percaya sangat lah memender tahyul nih. Mana ada darah manis.. semua darah masin lah (ops pecah lubang aku penah 'rasa' darah).
Geremm! Aku tak kira, aku nak jugak masuk hutan. Aku nak jugak pegi mendaki.
Aku ada beberapa pilihan untuk trip bulan Disember nih. sama ada pergi xpdc Gunung Benum atau:
XDPC Gunung Tok Nenek (Table & Chair)
Lokasi: Gua Musang via Pos Brooke
Date: 15 - 16 Disember 2007
Fee: Tak sure
Organizer: (trip underground, so tak boleh kasi contact number)
XPDC Transtitiwangsa V2
Lokasi: Dari Lasah, Perak ke sempadan Pahang - Kelantan dan keluar kat Blue Valley, Cameron
Date: 23 - 31 Disember 2007 (9 hari)
Fee: Tak sure (RM 200 ++)
Organizer: Mat Wei 017-2895097
(Note: Trip Trans V2 nih confirm Mamoru tak bagi pegi, lama sangat masa yang diambil - dia tanak aku calar-balar bila wedding nanti)
XPDC Gunung Pulai & Gunung Helang
Lokasi: Baling, Kedah
Date: 7 - 8 Disember 2007
Fee: Tak sure
Organizer: Kak Melati (trip personal nih, aku tak berani letak contact number. Kalau ada yg berminat, email je nanti aku kasi detail)
p/s: bagi yang mungkin tertanya naper sampai 3 entry hari nih.. aku free lah - tadak keje. Masuk opis dari pagi tadi sampai laaa nih goyang kaki. Siapa suruh TV3 kansel event aku untuk hari nih kan?
Haha.. confirm Ayumi marah bila dia tengok aku publish gambar nih bila dah besar nanti..
p/s: bersyukur dgn apa kita ada
Surah Al-Fatihah:
Terjemahannya: