Thursday, July 30, 2009

Me & Ariff

Ok, aku tahu korang sure boring tengok gambar kat sini hehari. Sabar nahh. Untuk dua tiga bulan nih, priority aku hanya pada Ariff. Nak aktif masuk hutan mendaki gunung dalam masa terdekat nih pun, tak mungkin laa kan. Lagipun bulan depan dah start puasa (wah perfect timing untuk slim kan badan lepas bersalin - which not that relevant in my case, remember my doc advise suruh tambah berat badan?)

So, tunggu lepas raya lah baru aku buat come back untuk xtvt outdoor. Aku takkan berhenti mendaki gunung semata sebab ada baby. Malah, aku lebih bersemangat dan tak sabar nak bawa Ariff pergi trekking sesama bila dia besar nanti. Kan Mamoru?

Ok lah nak pegi breastfeed Ariff. Dia dah bangun. Sementara tu, (as ussual) layankan percubaan ambil gambar sendiri kat bawah nih.




"A little bit lower, mummy, you missed half of my face"




"Ahh.. thats better"



"Perfect, you're getting good at it, mummy"




"Ok, I think thats enough, mummy. Your reader gonna get bored"

Wednesday, July 29, 2009

My sexy man

I'm sooooo in love with him! *ops.. of course I love you too, Mamoru.. *giggles

Tak sempat nak update panjang-panjang. Sementara aku curi masa untuk update pengalaman aku masa bersalinkan Ariff aritu (versi aku pula), korang cuci mata je lah tengok gambar lelaki cute yang sexy nih.. sangat gorgeous pada pandangan mata aku.. hihi.




Harap my little Ariff tak marah aku letak gambar nih (Mummy dah 'cut' part yang tak perlu tau)




He's just like his daddy. Tak takut air. Sukaaaa sangat mandi.

Tuesday, July 28, 2009

Posing dengan Ariff

Semalam Mamoru ajak pegi jalan-jalan ke Mid Valley. Cadang nak shopping baju aku & Ariff. Tapi half way shopping Ariff dah start boring & ajak kami balik rumah (menangis la tu). Nak belek-belek buku kat MPH pun tak sempat. Marah sangat Ariff semalam bila kami tanak dengar cakap dia... tsskkk.




Ariff jelir lidah. Jom balik, no more shopping katanya.




Oh, aku ada sedikit gerun bila nak naik / turun escalator bila dukung Ariff. Rasa macam tak balance je. Nampaknya pasnih, aku guna lift je lah. Risau.




Tengok Ariff tu, nak bergambar pun tamau dah.. asyik ajak balik je :(





Nih masa mood Ariff masih hepi-hepi. Yer, shopping barang dia of course la dia hepi. Bila masuk turn nak shopping barang mummy, terus ajak balik kekdahnya. Huuuu.. tak aci!




Gambar tunggang terbalik. Nih masa nak keluar rumah - Aku kidnap bawak keluar masa dia tengah tidur.



Pose dengan Mak Tam (my sis yang nak kahwin bulan Disember nih)




Pose-pose lagi.

Monday, July 27, 2009

Cerita Ariff dgn car seat


Hello aunties & uncles, this is my first time sitting in my own car seat. Cool eh? I got this as a present when I was still in mummy's womb. Cant wait to go jalan-jalan! So, now, where're we going today, mummy? Are you going to buy more books & toys for me?

*Mummy's voice from the kitchen: Ariff, your dad wont allowed you using that car seat. He said its too big for you.. and, we're not in the car, dear.




What? We're not in a car? That's mean no new books & toys for me????




Grrr... somebody pls get me outta here!!

Tenkiu auntie Biqque

Masa Ariff kena admitted aritu, Mamoru received parcel nih kat opis dia - Hadiah dari rakan blogger untuk our little Ariff.

Ariff kata, "Tenkiu auntie Biqque!! Comel sangat jaket & seluar denim tu. Tapi Ariff belum boleh pakai lagi. Nanti badan Ariff dah besar sikit, baru Ariff pakai ya? Time tu nanti Ariff suruh mummy snap gambar banyak-banyak untuk auntie Biqque tengok kat sini ok?"




Siap ada riben lagi tau. Ariff buka present nih masa dalam hospital :)




Comel sangat.. Ariff suka! (mummy & daddy Ariff laaaagiii suka.. hihi)




Ariff posing dengan salah satu baju yang auntie Biqque hadiahkan.




Comel tak auntie? Ariff suka baju style gini. Senang mummy nak tukar pampers.. hik!

Saturday, July 25, 2009

Its been a while, kan?

Baru ada masa nak update blog.

Sebelum bersalin aritu, aku ingat cuti dua bulan boleh lah rilek kat rumah dengan baby sambil update update perkembangan baby kat sini. Tapi aduyai, berangan je lah jawabnya.

Tinggal dua minggu je lagi cuti bersalin aku. Malasnya nak start keje. Mulut dah gatal suarakan hasrat nak jadi surirumah sepenuh masa. Mamoru 'ok' je.. tapi nanti lah - sekarang bukan masanya - soon, ya Mamoru sayang? - SOON, insyaAllah.

Aku ada buat iklan cari pengasuh untuk jaga little Ariff. Ramai jugak yang call offer kan diri, tapi rasanya aku pilih akak yang duduk kat tingkat atas apartment nih. Dia surirumah sepenuh masa. Selain anak dia yang baru berumur setahun, dia cuma jaga sorang budak 2 tahun je. Kira ok lah kan? Aku memang cari pengasuh yang tak jaga terlalu ramai budak. Bukan apa, takut Ariff tak dapat perhatian yang sewajarnya.

Oh, bercakap pasal Ariff. Lupa nak update cerita tentang Ariff kena admitted aritu. First time jadi mummy memang agak kelam kabut jugak lah. Banyak benda yang aku tak tahu (dan perlu amik tahu). Jadi bila apa-apa jadi pada Ariff, biarpun benda tu kecil, aku cepat panik, esp bila masuk bab-bab hospitalize nih.

Ariff kena admitted sebab ruam kat kaki & tangan dia. Ruam tu buat suhu badan dia naik mendadak. Doktor sendiri tak dapat nak pastikan jenis penyakit Ariff - tu yang kena admitted. Terkejut ok bila jadi macam nih. Being me yang cepat panik (only perkara yang membabitkan Ariff), aku memang tak ready (mentally) berhadapan dengan situasi macam nih. Sampaikan aku boleh menangis macam aper je bila doktor cucuk tangan Ariff untuk amik sample darah. Hilang rasa malu bila semua orang dalam ward kanak-kanak tu tengok aku menangis! *Maluuu*

Bermalam di wad kanak-kanak HUKM bukan perkara yang menyeronokkan. Buat hati aku tak tenteram sentiasa. Setiap masa mesti terdengar baby menangis menahan sakit - sedih ok. Nasib baik Ariff lena sepanjang masa, alhamdullilah.

Sehari je aku & Ariff tidur dalam ward. Esoknya aku paksa Mamoru keluarkan kami berdua. Aku suruh Mamoru minta doktor kat situ buat surat untuk kami refer pada hospital Al-Islam.

Masa kat ward tu, sempat jugak lah aku beramah-tamah dengan sorang akak yang temankan anak dia kat situ. Err, ekceli akak tu yang beramah-tamah dengan aku. Aku tak berjalan langsung dalam ward tu sebab:
  • Aku tanak tinggalkan Ariff
  • Aku tak sanggup nak tengok, apatah lagi nak tanya jenis penyakit kanak-kanak lain kat situ
  • Aku dalam keadaan emosi tak stabil - tak ready nak berbual dengan sesiapa pun
Akak tu datang berbual dengan aku semata nak luahkan rasa tak puas hati dia terhadap doktor kat situ. Kata akak tu, baby dia jadi trauma teruk sampai menangis macam orang kena histeria setiapkali orang datang ke katil dia. Baby akak tu baby boy - dia ada penyakit buah pinggang sejak dia dalam perut lagi. So, doktor terpaksa amik contoh urine dia untuk hantar ke lab. Ngeri aku dengar cara doktor amik sample urine dari baby dia - doktor masukkan tiub melalui penis dia yang kecil tu! Sure sakit ok! Peliknya, doktor kat situ amik sample urine tu sampai 3 kali (3 hari yang berbeza - dengan alasan sample yang terdahulu dah expired - means, 3 kali jugak lah baby tu tahan sakit bila saluran tiub dimasukkan dalam penis dia! *fuhh.. bayangkan lah baby sekecil tu). No wonder lah baby akak tu histeria bila nampak doktor (atau sesiapa pun) datang dekat dia.

Kebetulan pulak, pagi tu ada sekumpulan doktor pelatih dengan mentor derang datang jenguk Ariff (sepanjang kat sana memang setiap jam kena kacau dengan doktor pelatih - salah satu sebab aku nak tukar hospital). Lepas derang bincang sesama derang & belek-belek badan Ariff, doktor yang lead semua pelatih kat situ cakap satu perkara yang buat aku bertekak dengan dia:

Doktor India: "Your baby's blood seems ok. No infection. We need to get your baby's urine sample today"

(OK, aku dah start terbayangkan cerita akak mlm tadi tentang anak dia yang histeria tu - dalam masa yang sama aku cuba cool kan diri sendiri)

Aku: "How're you going to do that?" (saja tanya, padahal aku dah tahu)
Doktor India: "Well, we will insert this very small tube inside his penis to take it."
Aku: "But that will hurt him, right?"
Doktor India: "A little. It's just like yesterday, when we took your baby's blood sample."

(Huh, ingat amik sample darah tu tak sakit gamaknya - tak sanggup aku dengar Ariff menjerit - apatah lagi nak membayangkan tiub kecik tu dimasukkan dalam penis dia - he's just a baby for god sake!)

Aku: "Is there any other way to do it?"
Doktor India: (Sambil tergelak depan pelatih-pelatih dia) "Maybe you can try to catch it using a cup" (Sambung gelak lagi)
Aku: "I'll do that."
Doktor India: (Terkejut) "It's going to take some time for that, you know. Its not easy to.. "
Aku: "I'll send you the sample as soon as I get it"

Aku memang serious taim tu. Gila protective aku nih kan? No way aku nak tengok Ariff menangis lagi. Selagi ada cara yang tak perlu jarum / menyakitkan, aku sanggup ambil peluang demi Ariff. Bila doktor & semua pelatih dia pergi, aku suruh Mamoru minta bekas untuk isi sample urine dari nurse kat situ. Aku buka pampers Ariff - letakkan bekas tu kat penis dia - tunggu dia kencing. Susah jugak ok nak dapatkan sample urine dengan cara nih, esp, bila Ariff bergerak-gerak. Ada lah setengah jam menunggu baru lah dapat sample tu. Menjerit hepi aku bila Mamoru tunjukkan bekas yang penuh berisi urine Ariff - huhuhuh, seumur hidup aku belum penah lagi aku buang tebiat duk meloncat hepi bila dapat tengok urine.. tsskkk. Apa pun, aku bersyukur Ariff terselamat dari melalui proses yang menyakitkan.

Banyak nak cerita sebenarnya, tentang Ariff kena chicken pox seminggu lepas ruam tu sembuh, tentang aku yang panik sampai dua hari berturut aku pegi Al-Islam pasal chicken pox nih, etc. Tapi, nenanti lah. Nak entertain Ariff dulu. Oh, btw, Ariff kena chicken pox tak sampai 4 hari (syukur Alhamdullilah). In the mean time, layan kan gambar masa ariff kena admitted aritu.




Poor baby.. mummy love you, sayang.




Muka aku tanpa mekap & tak mandi hampir 24 jam. Risau beb.




Aku tak suka benda yang melekat kat tangan Ariff tu. Rasa nak nangis je bila tengok.




Alhamdullilah, Ariff dah ok sekarang nih. Sihat macam biasa.


p/s: Takziah untuk Ryn & baby Ryan. Syukur sangat korang satu family terselamat dari kemalangan tu. You menang tabah lah Ryn. If I kat tempat you (nauzubillahminzalik), tataw lah macam mana.

p/p/s: Terima kasih for the birthday wishes (and thanks Mamoru for the update).. Love you all!!.. ahaha dah 30 dah aku ek?

Friday, July 17, 2009

Kenapa hari nie istimewa..



Tuk hari lahir aD kali nie aku ada la 2 3 perancangan cuma tak boleh nak excute kan semua plan tu sebab aD dalam tempoh berpantang yang tak berapa pantang..

So disebabkan belum cukup 44 hari.. aku decide tuk sambut kat rumah.. dan aku ajak adik aku adik2 aD dan member sebelah rumah Chua, walaupon tak datang..

Dan hari bermula dengan kat mana nak carik kek tuk yang tersayang.. area rumah aku ada 2 kedai aku rasa kalau jauh sikit ada tesco yang ada King confectionary...

Tapi bila dah on the way balik.. aku decide tuk singgah kat ke mid valley.. carik something special tuk org yang tersayang.. dan Secret Recipe lah tempat yang dituju.. tu pon kene tgk map kalau tak mau melilau...hahhaa..


Even aku ni penah keje kedai kek... nak pilih kek adalah mender yang payah... dan pas tgk kek2 yang ada aku decide tuk beli kek indulgence..yan yummy...1 sebab aD suka kek ni..even ni first time beli.. biasanya suruh akak aku jer buat..aku tinggal amik kat kedai jer..

Plan yang aku buat..nak start party dalam kul 8.. so aku call SIL aku nak suh die bawak kek ke rumah BIL aku yang sebelah apartment ni jer.. tapi call tak dapat2... so tak der choice lain.. aku pon bawak la kek balik ke umah....

Dan nasib baik masa aku bukak pintu, arif tgh menyusu..aku rasa lah..so aku masukkan kek kat dalam peti ais.. dan aku dok kat meja makan hampir sepanjang masa tuk pastikan yang aD tak bukak peti ais.. dan aku berjaya lakukan...hahha..


Adik aD sampai agak lambat 9++ pm baru sampai.. die masuk jer..aku suh SIL aku ain, tuk keluarkan kek dan pasang lilin... dan lampu dipadam.. kek pon bergerak ke ruang tamu.."Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi Sayang..Selamat Hari Jadi...." muah muah muah..

Bersempana hari jadi ni... aku mengharapkan kehidupon kita kan lebih bercahaya..lebih berjaya..lebih harmoni.. banyak perkara yang kita lalui..yang paling manis adalah kehadiran Ariff. Ariff penguat ikatan cinta kita berdua..

Banyak mender yang dikejar..dan kalau aku kejar sorang..pon dpat..dan kalau kita kejar berdua pon dapt..tapi aku nak kita sama2 berlari..melakar warna2 kehidupan kita bersama..

Tiada yang lebih gembira bila melihat yang tersayang gembira..Selamat Hari Lahir sayang..muahh.. sayang tersayang..

End.

Hepi 30th Birthday

Salam semua...

Hari nie 17 July 2009, hari yang istimewa dalam diary hidup aku, walaupon tak de banyak sangat tarikh2 yang istimewa...hahaha..

Dikesempatan ini, BB ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN buat sayang tersayang.. semoga sayang mendapat apa yang dihajatkan.. bb doakan segala yang terbaik tuk sayang..

Muahh sayang tersayang dari BB..




Amin.


Wednesday, July 15, 2009

Ariff kena admitted :(



Tak tahu macam mana nak describe betapa luluhnya hati aku tengok keadaan Ariff masa ni. Sedih sangat.. Kecewa sangat.. Rasa macam tak berdaya.. Rasa macam aku gagal bagi perlindungan yang sepenuhnya pada Ariff. Seriously, aku depressed.

Tuesday, July 07, 2009

Check up

Nih gambar masa pergi Al-Islam. Little Ariff ada appointment dengan paed. Aku pulak ada appointment dengan Dr Rusila.


Guess berapa berat aku sekarang? Ok, aku kasi clue, berat aku masa memula aku dapat tau aku pregnant - 37 kg. Berat aku masa dua hari sebelum aku lahirkan Ariff - 50 kg.. so, tekalah? Hehe.. tayah sesusah teka, sebab aku dengan excited nya nak kasitau berat aku sekarang adalah 39 kg!! Yey!

Kembang kempis hidung aku bila Dr Rusila cakap aku macam orang yang tak pernah bersalin sebab badan aku kempis right away lepas lahirkan Ariff - even stretchmark pun takde.. *alhamdullilah*.. Doktor siap suruh aku tambah berat badan sebab underweight.. haha.

Oh.. next month kena pergi Al-Islam lagi. Dr Rusila cakap dia nak discuss pasal family planning & nak buat ujian pap smear. Tergelak aku tau. Bukan pasal pap smear tapi pasal 'family planning'. Aku tak berhasrat nak plan apa-apa. Kalau dah rezeki nak dapat anak lagi dalam jangka terdekat, aku terima dengan gembiranya. Dalam usia aku yang bakal menjangkau 30 tahun (next week!), aku tak boleh tangguh lama sangat. Aku ada tempoh beberapa tahun je lagi untuk pregnant sebelum umur aku cecah 35. Hmm.. sempat ke aku tambah 4 orang lagi nih??




With little Ariff yang lena dalam pelukan aku sepanjang kami kat Al-Islam.




Senyap je Ariff masa kena check dengan doktor. Nangis pun sekejap je masa kena inject (Hepatitis B untuk kali kedua) - nangis sebab terkejut. Alhamdullilah, dia tak demam lepas kena inject. Good boy!




Berat Ariff sekarang 4.96 kg (masa dia genap sebulan aritu).




Nih pulak masa kami kat JPN Maju Junction - kami register kelahiran Ariff. Yep, kami lambat daftar, so kena denda lima ringgit.. hihi. Bangga ok bila dah dapat sijil kelahiran dia. Mykid pulak kena tunggu sebulan baru dapat :)




Ohh.. nak share gambar ni juga - nih minyak zaitun yang aku guna untuk elak dari strechmark. Berkesan tau. Aku beli kat SACC Mall (booth area ground floor). Try lah.

Hepi 1 month birthday!

My little Ariff turns 1 month old semalam! Mummy dia sangat over excited tau. Siap beli kek untuk celebrate.. haha. Sila jangan gelak ok. Aku bukan lah nak celebrate birthday dia tetiap bulan, cuma, aku rasa bulan pertama nih penting dan sangat menarik - mesti di sambut walau macam mana sekalipun.. hihi.





Mummy Ariff ke nih?




Mummy Ariff yang over excited!





Plan asal nak cari kek kecik je, tapi tak jumpa, so beli je lah yang besar




Selamat hari lahir yang ke sebulan, Ariff. Mummy & Daddy doakan yang terbaik untuk awak!




Again.. aksi me & Mamoru yang teruja nak sambut birthday anak sendiri (Nak tunggu setahun lambat sangat, dapat sambut yang sebulan pun jadi laaa.. haha)




Oppss kata birthday Ariff tapi gambar birthday boy nyer sikit je.. Maaf ya, birthday boy tidur laa taim nih. Tu pun aku curi-curi angkat dia tau.




Potong kek sesama (Ariff masih lagi tidur - he dont even bother to celebrate pun.. hihi)


Anw, sempena birthday Ariff yang sebulan nih, mummy nak nyanyi satu lagu special yang selalu mummy nyanyikan untuk Ariff taim Ariff tidur. Dari band favourite mummy:


Michael Learns To Rock - Sleeping Child


The Milky Way upon the heavens
is twinkling just for you

and Mr. Moon he came by

to say goodnight to you


I'll sing for you I'll sing for mother
We're praying for the world

and for the people everywhere

gonna show them all we care


Oh my sleeping child the world's so wild

but you've build your own paradise

That's one reason why I'll cover you sleeping child


If all the people around the world
they had a mind like yours

we'd have no fighting and no wars

there would be lasting peace on Earth


If all the kings and all the leaders

could see you here this way

they would hold the Earth in their arms

they would learn to watch you play


Oh my sleeping child the world's so wide

but you've build your own paradise

That's one reason why I'll cover you sleeping child


I'm gonna cover my sleeping child

Keep you away from the world so wild






Monday, July 06, 2009

Sesi bergambar

Layan gambar aku yang sedang berpantang (tapi tak macam orang berpantang)..haha




Antara xtvt yang aku buat taim berpantang; baca novel. Macam tak percaya aku boleh habiskan koleksi novel Twilight Saga yang tebal setiap buku antara 600 - 700 pages dalam masa 2 hari je! Kalau tak sebab nak melayan little Ariff, confirm tak sampai sehari aku boleh habis baca setiap novel tu.





My bundle of joy! Love him.. love him.. love him.. love him.. love him..




Satu perkara yang aku sentiasa looking forward nak buat setiap hari; pakaikan little Ariff baju yang comel-comel!! Lepas tu snap gambar dia banyak-banyak.. hihi. Rasa macam tukar baju anak patung masa kecik-kecik dulu je tau.. cuma perasaan masa pilih dan pakaikan baju untuk Ariff jauh lebih hebat!!




Little Ariff peminat no.1 aku tau. Dia suka dengar aku menyanyi setiap hari.. hihi




Our first outing together. Nih gambar masa pegi Mid Valley sabtu lepas (haha tak habis pantang dah gedik nak keluar berjalan)

Sunday, July 05, 2009

Cute

Aku curi-curi snap gambar ni tadi.. comel je :)





Mamoru tertidur lepas bacakan buku cerita untuk little Ariff. Dunno lah macam mana Mamoru boleh balance kan badan dia tidur atas sofa macam nih.. hihi. Little Ariff a bit moody. Dia tak nak tidur kalau tak ada orang peluk dia.







Ini lah lelaki-lelaki yang bertahta di hati aku sekarang. Love them both!

Thursday, July 02, 2009

Me and my men


Finally.. I got the chance to upload this entry. Seriously I don’t’ have enough time to jot down anything in here (not to mention how bad the internet connection lately) Believe me, I have to compose this entry in Microsoft Word before I could get it published (took me days to come out with this one okeh) To make things worst, I’m sucks at Office 2007 (I’m using my sis notebook ) I love the 2003 better.. haha I know agak ketinggalan – but who cares, I’m no IT-freak, besides, I don’t think there’s any urgency to change it.

Anw, here’s some of my drafted story. Will upload the rest later. My little Ariff already making that cute sound – Need to breastfeed him before he starts crying.. daa..

Ohh oh, one more thing.. I would like to thank my beloved Mamoru for updating this blog on my behalf.. *that’s very thoughtful of you my love.. thanks*



***************************************


My precious Ariff

Hampir sebulan umur dia sekarang (26 days today, precisely). Cepat betul masa berlalu. Sampai aku dah lupa langsung rasa sakit masa bersalin – rasa macam aku tak pernah lalui semua tu – rasa macam aku tak pernah pregnant - rasa macam little Ariff pop out from nowhere dan tiba-tiba je ada depan mata aku.. serious.

Setakat nih kesihatan Ariff amat memuaskan. Senang nak jaga. Awalnya aku takut juga kalau dia kena jaundice. Tapi Alhamdulillah, langsung tak ada. Mungkin sebab aku managed breastfeed Ariff sejak hari pertama dia lahir atau mungkin sebab corak pemakanan yang aku ambil masa pregnant dulu.. who knows kan? Moral of the story, makan makanan yang variety masa pregnant. Banyakkan makan buah.

Aku tak sure lagi rupa Ariff ikut siapa. Terlalu awal nak predict. Muka Ariff pula semakin hari semakin berubah. E.g., bulu mata Ariff, mula-mula hari tu aku tengok lurus dan pendek, sekarang dah semakin panjang dan melentik. Cepat betul bayi berubah kan? Mengagumkan. Satu perkara yang aku pasti, my Ariff nih tinggi orangnya. Even doctor yang sambut kelahiran Ariff hari tu pun cakap ketinggian Ariff nih lebih dari tinggi average untuk newborn. Ini mungkin ada kaitan dengan genetic Mamoru (tapi Mamoru pun bukan lah tinggi sangat).. atau sebab aku duk pulun makanan bergandum masa pregnant kut – ada kemungkinan juga tu.


Me.. me.. me

I’m a mummy now. Rasanya dah complete hidup aku sebagai seorang perempuan. Syukur sangat bila doa aku nak dapat anak sebelum umur aku cecah 30 tahun dah dimakbulkan Tuhan – alhamdullilah. Tinggal beberapa hari je lagi untuk aku tinggalkan umur 20-an nih untuk satu lagi fasa kehidupan yang lebih menarik – cant wait!

Oh, baru aku perasan, gambar aku lepas bersalin nih agak kurang kat sini. Sory, sory. Bukan tak nak upload, tapi segan lah nak letak gambar berkain batik dengan rambut ala samurai dan dahi bertepek pilis (or param? Confused).

Wish aku boleh update tentang berat badan aku sekarang, tapi since rumah aku nih tak ada mesin penimbang, let’s just wait sampai aku jumpa doctor minggu depan. Tak tau kenapa Dr. Rusila set kan tarikh appointment untuk aku – nak tengok perkembangan aku kut or tak pun nak tengok jahitan episiotomy kut. Rasanya tak ada apa yang nak dirisaukan. Semuanya dah pulih seperti biasa. Hardly to see any changes ‘down there’. Credit to Dr Rusila – betul cakap Gee, jahitan dia kemas dan sempurna. Even bidan kampung yang datang lawat aku masa berpantang kat Melaka pun impressed.

Antara perkara lain yang buat aku hepi, perut aku tak ada stretch mark – langsung tak ada – amazing kan? Mula-mula hari tu aku bajet confirm perut aku berjalur-jalur sebab minggu-minggu last pregnancy, tangan aku memang tak henti menggaru perut – serious gatal. Tapi takde lah garu pakai kuku. Aku guna sikat, atau remote tv (haha) tak pun garu beralas baju. Sampai merah-merah jugak lah perut nih aku garu. Tapi lepas tu, aku sapu minyak zaitun.. tak pun, sapu losyen baby Pureen. Dan paling penting, perut aku dah kembali flat (thanks to nenek yang ikat bengkung aku ketat gila sampai aku susah nak bernafas.. hik).Sekarang dah tak ada lebihan lemak atau perut menggeleber macam hari first aku lahirkan Ariff. Huh, serious ngeri tengok perut sendiri taim tu ok.

Jamu? Oh no no no.. Aku buka jenis orang yang suka makan ubat / jamu.. *eww geli*.. Aku lebih rela jaga badan dengan aktif bersukan (outdoor xtvts) dan makan mender berkhasiat (buah especially). Tak sabar nak habiskan tempoh berpantang nih. Aku nak pergi jogging!

Bercakap pasal pantang, sure ada yang tak percaya kalau aku cakap, aku tak macam orang berpantang langsung. Takde maknanya makan ikan bilis goreng lada hitam (no way!) Apa orang sihat makan, itu lah yang aku makan. Buah pun sama. Be it rambutan, durian, dokong, semua aku telan. Dont get offended okeh, sebenarnya aku dah almost set kepala nih untuk makan makanan orang berpantang tapi since nenek (kat Melaka) tak bagi aku terlalu ikut pantang larang dulu kala, apalagi kan, berjoget agogo la aku. Sallute kat nenek, open minded sungguh! Betul juga cakap nenek, makan je apa yang nak dimakan, asalkan mender tu berkhasiat.


Mamoru

He’s the best. Sentiasa utamakan perasaan & keperluan aku dan little Ariff. Kengkadang aku rasa macam aku ambil kesempatan pulak atas kebaikan dia.. haha. Esp, bila aku stress dan masa aku down sebab baby blues aritu.

Mamoru tak pernah rasa geli / takut / mengeluh masa minggu pertama dia jaga aku lepas keluar hospital. Setiap kali aku nak ke toilet, dia teman sampai ke dalam (dan sanggup menghadap aku buang air - dia langsung tak kisah bila terpaksa hidu bau darah yang hanyir). Even nak bersihkan kawasan jahitan pun dia tolong tanpa banyak soal. Sampai aku naik segan dibuatnya (biarpun dia suami sendiri).

Ada satu hari tu, masa baru sampai KL dari Melaka, aku menangis macam aper je sebab rindu kat nenek (boleh?). Pada hal aku beria nak balik KL sebab aku rindu kat Mamoru. Lama gila aku menangis sampai aku tak hiraukan little Ariff & Mamoru. Even Mamoru pujuk aku banyak kali pun tak jalan jugak. Not until aku realize yang aku dah buat Mamoru kecik hati sebab supposed aku hepi bila dapat spend masa sesama kat rumah kami. Lagipun, bukan ke dia yang aku rindu selama aku kat kampung. Bila fikirkan balik, aku sendiri pun pelik. Why on earth aku boleh fikir yang aku perlukan nenek lebih dari aku perlukan Mamoru? Geez.. its not like aku close dengan nenek sebelum ni. Blame it to the baby blues again. Urgh..

Here's some recent photo of three of us.. enjoy :)



We're getting better at this. Mandikan Ariff takde lah susah sangat. He's a good boy. Suka main air. Langsung tak nangis bila kena rendam.



Little Ariff mandi 2 kali sehari.. Pukul 7.00 pagi sekali dan pukul 6.00 petang sekali




Lepas mandikan Ariff, aku cecepat peluk dia - takut dia sejuk. Aku tak kisah baju aku basah. Setakat kena 'pancut' dengan Ariff.. aku dah lali.. haha.




I just can't stop kissing him!!.. *xoxoxo*.. Sayang anak Mummy!




So sweettt... Daddy loves you too Ariff!




Isn't he adorable.. awww...