Friday, September 30, 2016

Malam ni rest

Throw back malam semalam.

Lari sorang2. Wani tak join. Dia serik kot aku torture dia lari non stop malam sebelum tu.. hihi. Ampun.

Malam ni rest kaki.


Mamoru bawak kiddos tengok aku training malam semalam. Ariff nak sangat tengok aku training, katanya. Layan je lah. Sempat buat "speed" training (mengejar kiddos lari depan restoran Santai)


Berlengas memasing. Balik rumah semua kena paksa mandi tengah2 malam buta. Dekat pukul 11 malam kena mandi. Siapa suruh berlari sama dengan mummy kan... 


Thursday, September 29, 2016

LSD

Ramai ajak buat LSD trans gunung Nuang dari Pangsun ke Tanah Rimba, Janda Baik weekend ni.

Tempting sangat.

Tapi dah dekat2 dengan race, cuak juga. Aku tanak push on hardcore training. Ada 3 sebab yang buat aku tak berani nak join diaorang

1. Sebab trans Nuang ni ambil banyak masa training. Satu hari suntuk. Maybe kena start seawal 4 pagi dan habis almost waktu malam hari yang sama.

2. Terlalu banyak tenaga diperlukan untuk complete trail Nuang. Walaupun aku pernah naik puncak gunung Nuang almost 20 kali (maybe lebih - I lost count), aku tetap tak berani underestimate trail Nuang. 

3. Tempoh masa untuk muscle recover lepas trans Nuang ambil masa 2 atau 3 hari. Maybe lebih. I can't afford that long. 

So, not a wise decision lah untuk join elit2 runner naik Nuang weekend ni.

Aku punya plan just nak layan loop trek balak kat Nuang je. Coz trail trek balak Nuang similar dengan route berbatu kat tanah tinggi Cameron. Its a good place to train, I think.

***************

Malam tadi LSD dengan Wani kat Tasik Permaisuri. Dia nak buat 2 loop je katanya. Tapi, bila dah terjebak dengan aku. Terus jadi 20km. 

Gigil2 lutut kata Wani. Tak penah2 dia lari sejauh tu kat Permaisuri. 

Jangan serik ok Wani :)

Tuesday, September 27, 2016

Hujan

Hujan renyai dari petang membawa ke malam.

Cuti lari lagi lah malam ni. Semalam dah cuti. Haish. Berapa kali mau cuti daa.

Layan tangga je lah nampaknya.

Buat 20 loops x 10 tingkat = 200 tingkat naik & turun.  Pace jogging je.

Weekend ni last LSD. Pastu nak rest sampai Cultra.


Monday, September 26, 2016

Still about Cultra

Betis rasa stress sikit. Kansel lari malam ni.

Rest.

Nervous. Tho aku plan nak complete race within cut off time, aku tanak lah jadi among last participants sampai ke finishing line. 

Tamau. Tamau.

Nervous. 

Jeles tengok kawan2 training macam onggila. Hebat semuanya. Aku pulak macaam onggila gak berkejar dengan masa untuk training.

Orang lain lepas lari boleh rilek. Aku lepas lari tak boleh rehat. Kena exercise kat dapur pulak. Masak is a must. Penat letak tepi. Yang penting anak2 terjaga, rumah terbela. Tu tak masuk keje2 ofis. Breastfeed lagi. Aku pun pelik macam mana aku boleh survive hari2. Jadual aku padat kot.

Kalau lari malam, balik keje aku warm up kat dapur dulu. Masak untuk dinner. Bagi anak2 makan. Habis masak baru keluar lari. 

Penat tak payah cakap lah. Gigil2 nak kejar mileage. Hazab wei.  Kalau lari pagi atau hari cuti pun sama. 

So point aku kat sini, kalau aku tak perform demgan baik masa Cultra Trail nanti, Kira I am forgiven lah kan.. (alasan haha). 

Lets hope it's not going to be that bad lah eh. 

Minta tolong Mamoru downloadkan Cultra trail route dalam jam Suunto. Aku tak reti. Senang nak refer route. At least boleh elak riaiko sesat. Especially kat gunung Berembun. Sebab situ banyak route. 

Apa lagi eh nak prepare. Haih. Tak keruan weh.

10 days left

Rindu nak pakai kasut ni. Beli dah dua tahun tapi still macam baru. Mileage pun tak sampai 150km.

Salomon S-Lab Sense 3. Sekarang dah ada model Sense version 5 (or 6 kut). 

 Tahun ni nak pakai kasut ni sampai hancur. Tahun depan nak upgrade baru :)


Berdebar tunggu minggu depan. Tapi tak sabar nak lari. Haish. Macam-macam rasa.

Sunday, September 25, 2016

Jenjalan Putrajaya

Still dalam mode UltraMak. Mamoru kat Melaka dari hari Jumaat. Malam ni baru balik KL.

Ikutkan, malas nak keluar berjalan sebenarnya. Nak rehatkan kaki. Tapi duduk rumah pun takda buat apa2. Baju semua dah siap basuh dari semalam lagi. Maka, berjalan lah kita..

Pergi lunch kat Taman Warisan Putrajaya. Suka makan kat sana. Sedap & luas tempat dia. Sesuai bawak bebudak. Lebih2 lagi bila kena handle sorang2. Tempat luas camni senang nak perati.

Lepas makan, plan nak bawak kiddos gi Floria Putrajaya. Tapi cuaca mendung je. Takut hujan pulak. Tukar plan bawak pi climbing area. 

Suka sangat kiddos arini. Aleesya pun tak kurang juga. Berlengas je memasing taim nak balik.

UltraMak boleh tersenyum bangga. Mampu buat kiddos happy sampai tertidur sepanjang jalan balik ke KL tadi. 

The power of UltraMak!! 

Riang ria dalam kereta

Depan Taman Warisan Putrajaya. Banyak jual buah2 tempatan dan pokok2 bunga

Pokok Tin. Teringin nak beli. Tapi nak tanam celah mana.. haish.

Buah cempedak.. sedap bau dia kata Ariff

Lunch dulu. Kasi fuel cukup2. Satgi nak main panjat2.

Dia ni pun kasi makan banyak2. Cepat besar.

Layan motorcross jap. Ariff berkenan dengan motor ni. Dah besar nanti nak beli katanya. Memang tidak la kannn. Mommy tak ijinkan. Nak beli keta boleh.. Motor nehiiii.

Kiddos dalam PCP. Ligat betul memasing.

Nyawa mommy.

Semua berlengas. Mashamm.

Penat memanjat kita makan lagi depan PCP.. pastu sambung panjat lagii dan lagiii..


Saturday, September 24, 2016

Before & After

Before and after makeup long slow distance run

Hihi


Lengan, betis, muka dah berbelak. Dah jadi double triple quadruple tone skin colour.

I love it!

:)


Berdebar

Camni lah bila nak dekat2 dengan race. Lebih2 lagi bila race tu salah satu event yang semua runner duk tunggu dengan cemas. Maklumlah, first time organizer buat ultra trail running kat Cameron Highland.

Ngeri tengok update kawan2 kat FB. Ada yang training naik gunung, training lari kat trail, training lari on road, etc. Serammm tengok mileage masing2.

Haish.

Aku nak training gila2 camtu memang takde masa. Dengan keje, anak, house chores. Celah mana nak selit masa?

Tapi training jugak lah. Weekend especially. Weekdays memang kelautan hindi training aku.

Macam yang aku plan, race kali ni just nak lari within cut off time. Janji selamat sampai tanpa injury. Tanpa drama.

Cuma sekarang ni tengah cari hydration bag for women. Tanak jenis letak air kat kiri kanan dada. Tak sesuai untuk situasi aku sekarang. Coz kalau breast membesar (bengkak susu), sure sakit gila bila kena push dengan hyration bag.

Aku ada jumpa satu trail hydration bag yang best online. Tapi takde stock pulak. Yang ada stock, kat UK & China je. Tapi sempat ke diaorang nak post ke Malaysia? Race kurang 2 minggu je lagi. Tskk..

Satu lagi problem, aku takde idea lagi nak pump kat mana dan macam masa race day nanti. Cut off time untuk 50km, 16 jam. Kalau aku bertahan tanpa pump, aku akan berdepan dengan risiko susu berkurangan. Dan sakit woo.. breast besar jadi besar 4 or 5 kali ganda. Lebih besar dari badan aku sendiri. Macam Dolly Parton. Its nighmare ok.

Aku try search details timing masa race kat website Cultra. Nak plan timing untuk breaspump. Tapi takde. Flag off time pun takde. Tapi kalau organizer nak semua race category habis lari dalam masa yang sama (let say pukul 12 pm hari Ahad, meaning, participant 50km flag off pukul 8 malam hari Sabtu.

That will be another surprise for me. Sebab aku akan berlari (which is most of the time seorang diri) SEPANJANG MALAM. Not to mention dalam hutan, atas gunung, etc).

*Tarik napas jap*

Why, oh why didn't I think about this when I register aritu. Now, mendapat la kau, aD!

Sila nangis.

Mengalah? Tarik diri? No way, beb! Im so gonna do this.

Note: Lari waktu malam advantage juga sebab boleh pump susu sambil berjalan. Kalau ada runner lalu sebelah pun tayah nak menyorok.. confirm tak nampak.. ahahahaha

Friday, September 23, 2016

Dua dah dapat!

Gula2 dihujung minggu.

Best ni kalau baca lepas buat LSD. Baca sambil baring dan alas kaki dengan bantal tinggi2. Kena pulak dengan muruku Ipoh mali..

Terus hilang dari dunia realiti..

The best & cheap way to travel is by reading a book :)

Note: Harga dua2 buku ni termasuk postage RM25. Murah kan! Buku baru pulak tu :)

Kelam kabut

UltraMak beraksi pagi ni sebab Mamoru takde. Outstation kat Melaka.

Nasib baik lah anak2 bujang dah besar2. Boleh diharap. Takde lah terkejar nak urus Aleesya.

Kadang tu, teringat balik masa Ariff & Amarr kecik2 dulu. Tough woo. Jaga anak umur dekat2 ni. Jaga sorang2 lak kat KL ni. Dulu Mamoru jauh kat Melaka.

Now bila Aleesya ada, rasa macam relax sangat. Ye lah, dah rasa part2 hazab awal2 lagi kan..

Jaga Aleesya setakat ni sangat senang. Alhamdullilah. Belanja pun tak banyak. Susu tayah beli (breastfeed). Just beli diapers je. Sebulan 2 packet.

Dan alhamdullilah juga sebab Aleesya jarang sangat demam. Kalau demam pun, dua tiga hari dah baik. Maybe sebab minum susu badan kut.

Tapi kalau orang tanya nak tambah lagi baby .. err.. Tak kut. Tak mampu. Financially tak mampu. Tapiiii kalau physically of coz ahkak lebih dari mampu.. ops!


********************

Pagi tadi... UltraMak nyaris nak kelauttt. Uwaaa

Bajet semua okay2 je.

Lepas lari subuh tadi, mandi & siapkan kiddos pakai baju sekolah, siapkan Aleesya. Beg2 sekolah, beg baju, beg susu semua complete. Aku bersiap pun dengan tenang. Cuma Berebut berus makeup dengan Aleesya. Dia suka punggah beg makeup.. (ekceli aku yang biarkan dia main2 dengan alat makeup tu - saja distract dia. Kalau tak, sampai ke dapur dia berjalan nanti.

Pastu hantar Amarr gi BBIM, hantar Ariff gi sekolah agama & hantar Aleesya gi taska. Perfect je semuanya. Jam pun still awal setengah jam. Hepi2 sebab boleh pegi sarapan dengan tenang. Perut pun memeng kebulur setiap kali lepas lari.

Ngam2 park keta kat area LRT, aku dapat call. Rupanya sekolah agama Ariff cuti hari ni. Ariff terlupa nak kasi memo cuti dari pihak sekolah. Tsk..

Nasib baik ada cikgu yang stay kat sekolah nakk oiiii! Dia yang tolong call dan inform sekolah tutup arini. Kalau tak, pengsan mommy fikirkan awak!

Cepat2 aku drive fetch Ariff dan hantar ke taska. Stay sana dengan dengan Aleesya sementara nak tunggu sesi sekolah kebangsaan sebelah petang.

Lucky sampai ofis on time. Pheww.

***************

Haish. Ariff suka amik mudah bab2 info penting camni. Kalau Amarr, dia akan ulang apa yang cikgu dia suruh cakap sampai berdarah telinga ni.

Anwway, aku pun salah gak.. tak cek beg Ariff.. huhu... Lesson learned ya UltraMak aD.


Thursday, September 22, 2016

Penantian

Penantian satu penyeksaan.

Penantian tunggu buku2 yang dibeli belum sampai je pun..

Haish.

Rasa macam, resah gelisah. Macam tunggu surat dari kekasih hati pulak.

Ntahapehapa kan.

Tapi serious. Memang nervous tak sudah.

Haish. Cepat lah sampai.

Tak sabar nak pegang semua buku2 dengan dua tangan ni!

1. Srengenge, Shahnon Ahmad
2. Senjakala, Baharudin Kahar
3. Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, Hamka
4. Disebalik sebuah kubah, Harun Hj. Salleh

Semoga selamat sampai semuanya :)


Wednesday, September 21, 2016

I want my own library now.. hihi

To all book readers.. hihi (Im more than book readers. Im book lovers!)

********************

Book Readers Are the Best People to Fall in Love with, According To Science.

Book readers, sadly are a dying breed. They are slowly being replaced with online tabloid websites.

Book readers will usually fall into two categories, the skim reader, and the deep reader.

The“deep reader”, is someone who can be described as actually finishing a book, from cover to cover. They absorb the whole story and cherish the time spent with the characters, these people according to Annie Murphy Paul of TIME magazine, are known as deep readers.

Apparently, if you are a deep reader, you are nicer and in fact more intelligent than the average human. This is based on studies conducted by psychologists at York University and theUniversity of Toronto. These two studies were undertaken three years apart and came to similar conclusions.

Raymond Mar undertook the study in York, Canada, and Keith Oatley undertook his study in Toronto and both came to the conclusion that those who read fiction were more empathetic and had the ability to keep an open mind.

Fiction book readers, according to the study, have the ability to entertain other ideas, whilst still retaining their own, a trait which all humans should have but most don’t.

Here’s a thought, did you ever see an ex reading a book? Did you ever sit over a coffee discussing your favorite book? No? Good job they are your ex.

By reading, you experience other people’s lives through your own eyes, which gives you the ability to see other perspectives, an important ability to look out for in a potential partner.

When you read, you learn what it’s like to be a man, a woman, you learn about how others live, how they suffer. This is really important in life as when you are aware of how others live it adjusts the way you live and treat others yourself.

A fiction reader will know every pain, feeling and thought of their favorite characters. When you are an avid reader you live a thousand lives through your books.

Book readers are more intelligent.

This is because when they read they increase their vocabulary and memory skills. Book readers have higher cognitive functions than a non-reader and this leads them to have better communication skills.

Loving a reader

So when you look for your next partner, find them in the library, the bookstore, the coffee shop, you won’t catch their eye as they will be deep in their book. Talk to them about their favorite read, their favorite characters, oh and buy them a coffee. A book reader doesn’t send texts or emails to show you how much they care. They will write you letters, poems, and haikus.

When you are with someone who reads, it’s like you are dating someone with a thousand souls.Be with someone with can read your soul, who doesn’t just love you or your body but can see into your soul. This person will completely understand you.

Source: http://www.lifeadvancer.com/book-readers-best-people-love

BBIM Assessment for 6 yo

Minggu ni Amarr ada assessment test.

Comei je tengok bebudak 6 tahun buat test. Merasalah kenit2 lagi kena menghadap paper ujian.

Takper naahh.. lepas exam nanti kita pi camping okay.

Kasi reward bekubang dalam sungai & berlumpur atas trail hutan

:)

Comel sangat!

Amarr tekun jawab soalan. Hari ni hari kedua assessment. Belajar rajin. Biar jadi bijak macam daddy :)

Khusyuk!

Gambar lama

Adik no.2 share gambar kat group whatapps semalam. 


Gambar ayah masa zaman sekolah. Maybe masa dia sekolah menengah kot. Ayah pakai baju putih. Muka ayah sebiji macam muka adik lelaki no.3 

Ni gambar my siblings. Masa ibu baru lahirkan adik lelaki no.5. Rasanya, umur aku 6 tahun taim ni.
Duduk dari kiri, aku, adik lelaki no.2, adik lelaki no.3, adik perempuan no.4. 
:)

Tuesday, September 20, 2016

Hello Tuesday

Guess what, another day filled with rainbow colours!

Tak pernah2 keluar lunch, tapi hari ni ada special exception *ahem. And lunch was great! xo!

Life is great. Work is killing. 
But towards end of this year, I just wanna bag alot of happiness and kaching ($) as much as I can!

:)

Cak!

Road to Cultra participant list for 50km

Final listing. Officially ada 53 women participants untuk 50km trail women open. Nama aku kat atas sekali. Dari zaman sekolah nama aku mesti kat atas sekali sebab start dari huruf AD kan :)

Participants untuk women veteren pulak lagi sikit.. just 20++ je. Haish. Tak sabar nak masuk umur 40an. Chances nak naik podium cerah.. ngee.

Participants untuk women 100km lagi sikit. Tak sampai doploh orang. Jeles tengok geng2 seperlarian dengan aku dulu lari 100km. Depa training sungguh2 masa aku "cuti pregnant" last year.

Tahun ni tahun untuk jaga body. Training like never before. Nak catch up balik pace dengan teman2 lama. Im coming back baby! AD is roaring.. sila takut (matilah perasan)


Monday, September 19, 2016

Cameron Ultra next month

All I can say is, iols is kurang mileage!! Sila menangis. 

I will be running 50km trail. Cut off time 16 hours kauu! Aku mati2 ingat cut off time within day time. Nambelas jam maknanya kalau lambat kena lari taim malam la gamaknya. Tsk. 

Now tengah fikir macam macam mana nak angkut breastpump lari sekali. 16 jam, mau meletop tetek.. haha
Ngeri tengok trail route Cultra. Aku plan nak finish within cut off time je. Podium memang tak mungkin ni first ultra run cum first run tahun ni. 

Advantage dia, suku daripada route ni aku familiar sebab pernah hike gunung Jasar & gunung Berembun. Tapi, tak tau la macam mana trek dedua gunung ni sekarang. Coz last aku naik pun lebih dari 10 tahun dulu.. haha

Pasrah je lah. See u next month Cameron Ultra!

New collection to my addiction

No monday blues today. One whole day filled with rainbow colours. 
Delivered by hand lagi.

With my name inside (perfect spelling)

Sunday, September 18, 2016

Loving Official Trailer



Watch the trailer. Based on true story. Im so gonna watch it. Mark your date. This coming November!

What would you do if it was illegal to mary the person you loved most?

Some love story change the world.
We may loose the small battles,
But win the big war.


Saturday, September 17, 2016

Burned

Im burned by you, baby. And I'm lovin it!

xo!

Friday, September 16, 2016

Anak kita

Aleesya
:)

Mengantuk sangat dia semalam. Masuk kereta terus tidur.



Thursday, September 15, 2016

Thursday I'm in love

Esok cuti.

Harap semua yang di plan berjalan lancar. 

Happy holidays!

Yours,

aD

Mariah Carey, Boyz II Men - One Sweet Day



Sorry I never told you
All I wanted to say
Now it's too late to hold you
'Cause you've flown away
So far away

Never had I imagined
Living without your smile
Feeling and knowing you hear me
It keeps me alive
Alive

And I know you're shining down on me from heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day
Darling I never showed you
Assumed you'd always be there
I, I took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

And I know you're shining down on me from heaven
Like so many friends we've lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Although the sun will never shine the same
I'll always look to a brighter day
Lord I know when I lay me down to sleep
You will always listen as I pray

Wednesday, September 14, 2016

Raya kami

Baju raya mommy tak siap. Pakai baju raya puasa aritu je :)

Jeles tengok ada sesetengah negeri sambut raya Haji dengan meriah sekali. Tempat2 lain macam tak raya je -_-"


Kami raya kat Kuala Selangor. Balik hari ja. 

Senyum sikit

Kain dah senteng. Kejap ja dah tinggi dia ni 

Mommy pulak interprem

Haish. Payah betul nak ajak abang-adik nih bergambar. Mommy suruh senyum depa buat muka pelik2

Dengan hero no.1.

Aleesya duduk depan, Ariff Amarr duduk belakang. Mommy conquer seat tengah sorang2. 

Tuesday, September 13, 2016

List of resepi Ariff



Senarai barang2 yang Ariff suruh beli. Dia nak buat resepi apa, tataw. Nih projek abang-adik antara dia dengan Amarr. Tunggu je lah bila list dah complete nanti. 

"Mommy jangan lupa beli dalam list ni okay" 

"Dont forget the sprinkles"

Comel sangat!

Tanya Ariff, mana dia dapat resepi ni? Katanya dari YouTube. Hamboih.

Pastu tanya lagi kenapa tulis "Gami" instead of "Gummy"?

Ariff cakap, dia nak belajar tulis dalam bahasa Melayu.

Tsk. Tsk. Tsk.

Nampaknya, Mommy kena bukak kelas mengajar bahasa melayu time cuti sekolah ni. 





Saturday, September 10, 2016

Aleesya dah sihat

Selepas 2 hari ponteng keje, hari ni alhamdullilah, Aleesya kembali sihat. Berbaloi2 mommy amik cuti 2 hari. 

Muka baru bangun tidoq

Bangun tidoq, lanyak mommy. 

Rindu :)

Friday, September 09, 2016

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha & selamat menunaikan ibadah Qurban

Isnin ni, dari pukul 9 pagi - 10 pagi ada World Quran Hour - baca quran beramai-ramai selama sejam. 

Kali ni world quran hour jatuh pada hari Ahad, boleh join sampai habis. Masa Malaysia quran hour dalam bulan puasa aritu, sempat join setengah jam je sebab jatuh pada working days. 

Jom reramai seluruh dunia gema kan ayat-ayat quran serentak selama sejam :)

Thursday, September 08, 2016

Aleesya at 10 months

Dah pandai berdiri lepas2 tangan.

Pandai wave goodbye.

Pandai salam.

Suka geng dengan abang2. Mana abang2 duduk, kat situ dia nak join.

Aleesya tak ada mainan untuk gegirls. Buat masa ni dia share main kereta hotwheels abang Ariff & Amarr. Tunggu usia dia genap satu tahun (2 bulan lagi) baru beli. Nak buat birthday party :)

Manja sangat tau. Especially dengan daddy. Kesayangan daddy ni.

Pernah sekali Aleesya jatuh katil, teruk mommy  kena marah. Memang salah mommy pun sebab cuai.. huhu. Sayang betul daddy kat Aleesya. 

Aleesya punya imuniti sampai daddy kasi Aleesya main2 dengan janggut sejemput daddy okay. Kalau mommy, jangan kata nak main2, nak sentuh pun daddy tak kasi. Sensitif betul janggut daddy tu.. haha. Mommy suka tengok orang lelaki ada janggut sejemput. Nampak comel :)


Cuti lagi hari ni

Demam aku tak kebah. Berjangkit pulak kat Aleesya.

Lama dah tak amik cuti sebab anak demam. Dan rasa macam dah lama jugak la Aleesya tak demam.

Dari malam tadi bagi direct breastfeed lebih kerap dari biasa.  Dengan doa Aleesya cepat sembuh.

Pagi ni panas kurang tapi sekejap tu naik balik. Nak bawak gi klinik, hujan pulak.. tunggu sekejap lagi lah. Klinik pun sure tutup lunch hour.

Haish.. serabut mommy bila anak2 demam.

Musim demam sekarang ni.

Buku terpakai murah

Ada banyak page online yang jual buku2 terpakai. Ada page jual novel2 cinta bahasa melayu, ada page jual novel bahasa inggeris. Ada page yang trade novel for novel dan macam2 lagi.

Salah satu page yang aku suka untuk aku cari bahan bacaan, page Buku Terpakai kat facebook. Owner dia En Halim. Dah beberapa kali jugak aku beli buku2dari dia. Aku suka page dia sebab kat sini tak focus pada novel je. Dia ada macam2 koleksi buku ilmiah dan macam2 jenis buku untuk semua peringkat umur.

Owner page ni ada van bergerak comei yang penuh dengan buku2. Aku nak usulkan cikgu2 kat sekolah Ariff invite van ni pegi sekolah Ariff. Jual buku2 kat sana. Murah2 buku yang dijual kat student tau. Boleh galakkan anak2membaca. Buku2 yang dijual pun menarik.


Page Buku Terpakai kat facebook

Ni website official dia www.mobilebookcafe.com

Ni la van comel tu. Penuh buku2. Cara2 nak invite van buku ni ada tertulis kat sini. 

Sharing is caring kan. Semoga bertambah minat orang untuk membaca dari menghadap telefon je.. hihi

Wednesday, September 07, 2016

Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi via Bukit Putus
Ketinggian 825meter.
Easy trail.

Regular hiker/trail runner boleh sampai puncak Angsi dalam masa satu jam atau kurang.

Average hiker / people amik masa dalam satu jam ke satu jam setengah

Beginner maybe dalam sejam setengah ke dua jam.

Kids (my kids umur 6 & 7 tahun) pula amik masa almost 4 jam.. haha. Banyak berhenti makan, minum, buang air kecik, etc. Plusss mak depa duk amik gambar tak henti2.


Ada laluan lain untuk ke puncak gunung ni. Tapi tahap kesukaran pun agak susah sikit lah kalau bawak anak2kecik. Aku belum pernah try lagi laluan yang lagi satu.

Log Gunung Angsi (ikut timing kiddos)
10.30 pagi start hiking
11.30 pagi sampai pondok 1st
12.00 tgh sampai 1st view point
1.00ptg sampai Wild Boar Swamp
2.30ptg sampai puncak gunung Angsi

Kami gerak turun dari puncak pukul 3.00 petang & sampai semula ke starting point pukul 5 petang. 

Overall, naik 4 am turun 2 jam. 

Tapi kalau sesiapa yang nak naik gunung ni better naik awal2 pagi. Jangan ikut timing aku ni sebab bahaya kalau2 terlewat keluar bila hari makin gelap. Unless korang regular hiker & dah biasa dengan situasi dalam hutan.


Starting point. Ada pondok renjer sebelah tangga ni. Kena bayar sorang RM5 per entry. Bebudak je tayah bayar. Tapi kena bubuh nama penuh diaorang lengkap tarikh lahir.

Trek starting agak mendaki juga lah. Tapi tak susah pun. Macam naik tangga je.

Tangga2 yang tercipta dari akar2 pokok

Kiddos takde masalah langsung mendaki gunung ni.

Ariff yang excited. Dia pakai kasut trail Quechua & seluar hiking Quechua juga.

Pondok 1st. Lapang & luas kawasan ni. Kalau ikut timing kiddos, sejam baru sampai sini. Kalau orang dewasa, sure lagi laju kan..

Kami orang last yang naik ke puncak & orang last jugak yang turun dari puncak. 

Terserempak dengan geng gunung & geng lari. Ariff pelik aku ada kawan dalam hutan :)

Dr Ramli & the geng

1st viewpoint.

Bawak kiddos hiking sampai berjam2 ni bukan perkara senang (dan tak lah susah sangat). Yang penting, kena jaga mental diaorang. Kena layan borak2 SEPANJANG masa. Dari borak tentang jenis2 pokok, jenis binatang, jenis serangga, jenis2 ultraman, jenis@ games, etc. 

Seriously taktik ni sangat bagus coz masa ni memang kita akan betul2 'mendengar' setiap apa yang kiddos cakap. Dan kiddos pun lebih dari happy untuk terus share apa yang ada dalam kepala dia dengan kita. Dalam masa yang sama, kiddos tak sedar langsung yang diaorang dah berjalan berjam-jam dalam hutan.

Dan jang lupa bawak makanan yang cukup sebab budak2 cepat lapar & dahaga. Make sure kita tahu bila untuk berhenti & sentiasa tanya kalau2 diaorang nak minum air.


Amarr minta didukung. Nih bila tiba time manja dia. 17kg tu.. bertabah ya Mamoru.

The trek yang banyak pokok melintang 

Another stop point. Berhenti minum & makan.

Gambar hiking shoes. Gambar kaki Aleesya sebelah je. Dia tidur masa ni

Take 5 lagi

Finally puncak gunung Angsi. Masa ni dah tak ada siapa kat puncak. Kami orang last sampai sini. 

Posing kat beirut. Semangat Merdeka 

Luas puncak Angsi ni. Tak sure ada waterpoint kat puncak. Macam takde je. 

Aleesya sangat behave setiapkali aku buat trip hiking. Masa on the way naik Aleesya jaga. Lepas first viewpoint dia tertidur sampai puncak. Kat puncak terjaga, breastfeed. Pastu main2 sekejap dan halfway turun dia tertidur lagi. Aleesya tak nangis langsung masa kat sini. No tantrum at all. Dan dia sangat selesa duduk dalam dakapan aku. Suka sangat dukung Aleesya guna baby carrier ni :)

Pasnih nak bawak kiddos & Aleesya pi hiking kat mana eh? 

:)