Monday, September 29, 2008

Jom kacau dodol

Lepas habis mengemas rumah nenek Kuala Selangor, kami bertolak ke Melaka pulak. Memang takde rehat. Dari pagi membawak ke petang, keje non-stop.

Nih xtvt semalam & malam tadi kat rumah nenek Melaka (bestnya ada ramai nenek). Pepagi lagi kami dah bangun (ekceli takdelah pagi sangat - penat mengemas rumah nenek Kuala Selangor masih terasa). Lepas mandi, aku & Mamoru pegi pekan Masjid Tanah dgn adik-adik. Sebab kami dah plan nak 'tong-tong' beli kerusi baru untuk rumah ayah. Beli kerusi kayu biasa je. Tapi harganya.. umangg.. boleh tahan lah jugak.

Settle beli kerusi, aku & Mamoru pegi shopping bebarang untuk dibuat dodol & lemang. Nenek awal-awal dah listkan barang yang nak dibeli: Tepung pulut, gula melaka, beras pulut etc, etc.

Balik dari pekan, terus start mesin kelapa, basuh kawah, angkat kayu api.. aduss.. letih sungguh. Aku tak tunggu lama kat rumah nenek. Cabut lari gi rumah ayah - masak untuk berbuka. Nenek ada ajak berbuka sekali, tapi tamau lah. Rumah nenek dah ramai orang (family pakcik balik, family pakngah dri Terengganu pun balik).

Habis je berbuka, baru aku pegi rumah nenek (rumah kami dekat je) - kacau dodol.

Kesian Mamoru parut 30 biji kelapa sengsorang!


Ayah & pakcik Wan sedang bertungkus lumus nyalakan api. Sebelah tu kawah yg aku dah bersihkan dgn Farah


Nih taim memerah santan kelapa. Lelaki yg perah. Pompuan semua tengah busy memasah juadah berbuka.. hehehe


Kekanak ribena yg suka sangat berlari-lari kat tepi kawah dodol.. geremm aku. Nih gambar Nina dgn sepupu-sepapat aku.. kecik je semuanya. Maklum, aku nih bukan setakat anak sulung.. malah cucu sulung nenek. Tu pasal sepupu aku ramai yang kecik-kecik


Seronok sangat mengacau dodol sambil duduk borak gegamai camnih tau :)

Dengan ayah yang semakin chubby.. sayangggggggg ayah!!


Turn ayah pulak mengacau sambil dibantu oleh assistant yang sangat ber-gedik-sasi. Masak dodol nih kena gegamai ok. Kena kacau non-stop, kalau tak berkerak bahagia bawah dia.


Sempat curi tulang - bergambar dgn Mamoru dengan berlatarbelakangkan pelita raya

Nih pulak turn adik no.2 sambil dibantu oleh Mamoru.. huiii panas tau berdiri lelama tepi kawah nih. Tu belum masuk santan yg terpercik kena kaki lagi.. panas


Nih lagik kelakar.. orang sibuk buat dodol, derang nih sibuk menggiling inai.. Nk pakai inai raya katanya.. muahahhhaha


Turn Pak Ngah pulak mengacau. Ohh.. Pak Ngah ada bawak balik sekor kambing yang masih hidup dari Terengganu (sila jangan tanya aku macam mana kambing tu boleh survive naik keta jejauh camtu). Kambing tu special untuk dibuat BBQ malam raya nanti.. *sodapnyooo


Gambar nih diamik masa aku dah tido. Gila lama kami masak dodol kali nih 8 jam baru siap!!! Start mengacau kul 8.00 malam, dodol masak dalam pukul 4.00 pagi!!! Huhuhu.. Kesian kaum-kaum lelaki kat umah aku nih kena berjaga sampai camtu sekali.


Angkat dgn kawah-kawah sekali masuk umah. Derang dah tak lara sangat taim nih. Masin betul mulut nenek.. "sahur sambil makan dodol".. Lepas sahur, memasing terus tidor pengsan!

No comments: