KENGKAWAN

Wednesday, September 10, 2008

Lesu ke kelas

Semalam ada kelas.. hari nih ada kelas.. esok pun ada kelas lagi :(

Aduss. Tataw lah kenapa aku rasa lemau je bila nak pegi kelas dalam bulan puasa nih. Macam takde mood je. Nak ponteng, aku tak sanggup. Kira situasi aku sekarang nih macam terpaksa dalam rela lah. Terseksa ok jiwa aku bila buat mender separuh hati nih.

Personally aku rasa, kelas dalam bulan puasa nih tak sepatutnya ada (cewah kemain lagik). Kalau dah terdesak nak adakan kelas jugak, pilih 2 minggu pertama puasa je lah.. lagi dua minggu tu kasi student rehat. Reason being,

1. Hampir semua student yg amik Master nih dah berkeluarga. Kalau belum kawen pun, komitment still berlambakkk

2. Dah nama bulan Ramadhan, bulan penuh berkat, dah tentulahhh kita berlumba mencari keberkatan kan? Esp, pada yg nak buat solat tarawikh kat masjid / surau. Takkan tak boleh konsider?

Susah tau macam nih. Dah la kelas start pukul 6.30 ptg. Break pulak pukul 7.30 ptg (kalau hari biasa). Biasa kalau watu berbuka 7.22 ptg, aku berani gerenti lecturer yg mengajar tu terlajak masa. Kengkadang sampai ngam-ngam waktu berbuka pun dia still mengajar lagi. Sampai kena tegur dgn student baru dia perasan.

Ok, bab terlajak masa tu lain cerita lah.. tapi yg lebih mengharukan, waktu break hanya setengah jam. Mana nak berbuka, mana nak gi semayang, mana nak copy slaid presentation lecturer, mana nak jumpa group-mates discuss assignment.. huhh. Sangat kelam kabut ok. Pastuuu.. lepas makan kena sambung belajar lagi, ohhh memang silapp lahh - mengantuk ok! Nih, kalau minggu last puasa masih ada kelas juga, konpem aku ponteng - Busy ok dedekat nak raya nih. Derang tak busy ke eh?

***********************

Semalam, pukul 4.15 ptg aku dah sampai rumah. Adik pompuan no.6 merengek nak makan ketam masak lemak cili api. Manja betul dia sejak akhir-akhir nih. Aku suruh dia defrost ketam dulu sebelum aku balik. Sampai je rumah, terus prepare bebahan untuk memasak. Main campak-campak je dalam periuk. Tepat pukul 5.00 ptg, lauk ketam siap.

Masa tengah kekemas nak mandi, adik aku suruh masak sambal tumis ikan keli pulak.. ahh sudahh dia nih. Aku dah lah rushing nak gi kelas. Dia siap buat muka kesian pulakkkk

Aku suruh adik aku keluarkan dari fridge - mak aihh.. keras kematu lagik. Satu hal pulak nak rendam ikan tu dalam air. Sementara aku mandi, aku suruh adik aku potong ikan tu kekecik dulu, cuci dgn limau pastu goreng.

Dia habis je menggoreng, aku take over buat sambal tumis pulak. Tepat 5.45 ptg, settle! Adik aku pulak sambung goreng kobis & buat ayam goreng kunyit. Part yg tu dia boleh settle sendiri.

Ikutkan semalam, aku boleh je tapau nasi dgn lauk bawak pegi kelas. Tapi kenangkan masa break yg singkat, aku kansel je lah. Just bawak sebijik limau (yang dah dipotong kecik) & beberapa slice tembikai. Air pulak, just bawak sekotak kecik fresh orange. Nampak simple tapi mengenyangkan ok. Siap kongsi-kongsi dgn classmate yg lain lagi. Tapi kenyang untuk jangkamasa pendek je lah. Balik je rumahhh.. tak cukup tangan aku capai nasik!

2 comments:

D Y A said...

baru lpas tengok gambar2 wedding u..bestla yg tepi laut tu..nanti nk buat camtu gak la..:D

aD said...

dya, buat jgn tak buattt :) seronok tau hehehe! nampak romentik je kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...