KENGKAWAN

Tuesday, September 09, 2008

Oven & adik aku




Lauk pauk masa berbuka semalam (pepahat goreng bercili, sup kaki ayam, sambal bilis & telur goreng.. cencaluk & petai pun ada). Kuih pulak, cempedak goreng je. Nasib baik aku tak masak lauk ketam semalam, kalau tak memang banyakkk sangat berlebih. Bula puasa nih, bebudak kat umah tu bukannya makan banyak pun. Cepat kenyang katanya.

Lepas berbuka, aku ajak Mamoru pegi survey oven. Lemas aku duk dengar adik aku memujuk rayu suruh beli mender alah tu tau (ekceli, aku pun nakk jugakk hehe). Dari awal puasa lagi dia nakkan oven. Nak masak kuih raya lah katanya. Tu yang aku angkut dia sekali masa nak pegi beli malam tadi. Kami pegi survey kat tiga tempat malam tadi, kat Sen Heng, Courts & Tesco. . Memula tu plan nak beli yg memurah je (yelah, beli memahal kang, takut tak selalu guna - buat rugi terperap camtu je). Tapi bila dah kena 'racunnn' dgn salesperson kat situ, kami terrrrrr-amik yang besar sikit. Dan harga, of course la double jadinya. Kata salesperson tu, kalau amik oven kecik, takde kipas kat dalam dia - nanti kuih masak tak rata. Iyer lah tu. Lepas bayar semua, aku tanya adik aku nak beli apa untuk bebahan buat kuih. Dia sengih-sengih cakap tataw.. Pastu suruh aku cari pulak. Aik..??

Dah ada oven nih, kita tengok je lah nanti.. apa cerita kuih raya adik aku. Aritu takde, beria suruh beli. Nih dah adaaa.. kalau tak buat kuih jugakk.. memang aku 'bahan' kaw-kaw punya.

Oh, lupa nak inform. Malam tadi dah wish kat Mamoru.. tapi nak tulis jugak kat sini, "b, selamat ulang-bulan perkahwinan kita yang ke - 7".. (err.. aper daa ayattt)

3 comments:

Geek @ Kedai.TV said...

Buat aku lapar jer

sabrinaabubakar said...

wah dah ada oven leh arr order cookies ni..hihihi

aD said...

geek, hee.. kontrol beb, kontrol..

sabrina, eh bolehhh.. bolehhhh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...