KENGKAWAN

Monday, May 25, 2009

Gambar semalam

Lepas keluar hospital, aku melepak kat rumah je. Spend masa dengan tidur.. tidur.. tidur.. Dr Rusila bagi MC sampai 8 hari. Apa nak buat dalam 8 hari nih ek? Serius aku takde idea. Aku plan nak start cuti hujung bulan. So, bila dah terawal cuti nih otak jadi blur pulak.

Mamoru pandai sangat amik hati. Sepanjang hari Sabtu & Ahad dia bawak aku berjalan dan penuhkan segala permintaan aku. Nak elakkan aku dari terlalu berfikir la tu. Emo aku tak berapa stabil lately. Silap sikit je dah start cebek.. sesikit nak nangis.. ntahapehape.




Nih gambar semalam. Sebelum keluar berjalan ke Mid Valley. Mamoru suruh bersiap lelawa, ajak dating sementara kami masih 'berdua'. Sempat tengok movie. Yelah pasnih tataw bila dapat tengok movie lagi.




Pose dengan baby 'A'.. bila lah agaknya 'hari bertuah' tu akan tiba ek? Sedih bila dah sampai hujung-hujung pregnancy nih. Aku suka dengan keadaan badan aku sekarang. Tapi, yelah.. sampai bila aku nak simpan baby 'A' dalam perut nih kan? Tiba masanya aku kena lahirkan dia juga.




Nih masa kat Mid Valley.. jalan-jalan cari makan. Mamoru layan kan je selera aku.




Pose-pose sementara tunggu makanan sampai. Panjang kan rambut aku. Habis pantang nanti aku nak gunting pendek sikit.. pastu straighten kan. Rasanya dah cukup lama aku dengan style camnih.




Tom yam putih dengan mihun. Lama dah aku tak makan tom yam. Rasanya start dari awal pegnant aku tak sentuh tom yam.




Dengan Ning & buku wedding dia yang Mamoru dapat percuma semalam. Ning makin kurus dan makin cantik :)

14 comments:

Maswani said...

hi...semoga awak n baby sentiasa sihat k..
take care..

Cik Wanie said...

wah wah wah,
dapat jalan2 bersama yg tersayang,
pastu plak dpt jumpa ngn kak Ning BAizura,
hurm...

jeles 4 saat:)
4
3
2
1

hik hik hik

nURmALa mAZLan said...

wahhhh
amik gambar ngan ning baizura

biqque said...

haah panjang rambut u...tapi cantik, takpe, biarkan je :D

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku masih ingat lagi Dz Z ckp kat aku, sampai bila awak nak simpan baby awak ni? hikss..masa tu aku dah due, terus kena induce :P

NONIE AZIZ said...

Laaaa...ingatkan dah nak bersalin..akak rasa tak yah lurus aD...akak lebih suka tengok rambut aD macamni...

Elyn said...

AD jln byk2.... senang sikit org ckp nk beranak. jgn pikir byk2.... mudah mudahan selamat semua!!

Angah said...

Memang camtu la perasaan bila dah hujung2 pregnancy. Tak sabar nak bersalin ehehe

apapun selamat menempuh alam baru ya.. alam yang akan melengkapkan diri kita sebagai wanita :)

Chooyaya! said...

maner ga,bar momuru? add boleh erkh jalan2 lepas kena admit. kuat sungguh! nanti baby A sah2 lasak macam mama dia..

Dee said...

bestnyer..dpt bergambar ngan ning lagi..simpan saat2 terindah tu aD..mesti aD senyum je bila ingat saat2 itu..

atty's said...

ad tetap anggun..
mesti ning amik berkat dr ad tuh

rynn2506 said...

hah cik aD,
ade hikmahnya nape baby A x kuar masa awk kat hsptl aritu....
kalo x mesti masa tu x dpt snap pic ngan puan ning kite kan.....kan???

::aku & bloGku:: said...
This comment has been removed by the author.
GreenJade said...

wpon dh sarat makin beseri2 cik kwn sorang nih

sure baby sonok dpt jupe ning hehehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...