KENGKAWAN

Wednesday, April 28, 2010

My 2nd pregnancy

Pregnant kali ke dua. Tak plan dan tak expect pun. Esp bila aku tengah busy mengaktifkan diri dalam xtvt outdoor semula. Tapi dah rezeki Tuhan nak bagi.

Perasaan? Terkejut of coz. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku masa tengok pregnancy test tu, “Oh, no!”.. haha. Bukan bermaksud aku tak suka pregnant sekali lagi, tapi sebab aku risau gila dengan tahap kesihatan baby dalam perut nih.

Mana taknya, aku baru balik dari xpdc menawan dua gunung berprofil tinggi kat Sabah. DUA gunung okeh! Lima hari dua malam aku spent masa dalam hutan! Tetiap hari trekking overtime. Subuh gaban start trekking, tengah malam baru sampai kemsait. Badan memang letih gila! Patutlah aku pewai semacam je masa kat Sabah. Rupanya, ada baby dalam perut!

Tapi bila difikirkan semula, aku bersyukur sangat sebab tak kira betapa susah pun trek kat sana or trekking taim malam pun, aku tak ada tersadung akar kayu ke hape. Team xpdc aku semuanya merasa jatuh tergolek atas trek (Chua especially. Mamoru pun hampir terkehel tangan sebab jatuh tergelincir). Kalau tak, nauzubillah… Lebih menakjubkan, baby nih kuat macam mummy & daddy dia. Mampu bertahan walaupun xtvt yang aku join nih sangat lasak & bahaya untuk dia.

Honestly, aku sendiri tak tahu aku pregnant berapa minggu / bulan sekarang nih. Aku tak ingat langsung bila last aku period. Doc pun tak dapat nak pastikan sebab masa scan aritu, tak nampak apa pun – still in early stages. So, kena tunggu sebulan lagi lah untuk check.. hik.

Mamoru? Dia sangat eksaited bila dapat tahu aku pregnant lagi. Hari-hari tanya baby dah ada movement ke belum. Mamoru dah create nama untuk baby ni ok! (Oh ya, his / her name will also starts with ‘A’ sama macam abang Ariff dia :)

Mamoru siap prepare insurans untuk baby dalam perut nih. Biar sama dengan abang Ariff dia – baru adil katanya. Tapi kami hanya boleh ambil bila kandungan aku berusia 5 bulan nanti (Prudential punya syarat).

Perubahan diri? Macam tak ada apa berlaku pun haha.. Sama macam first pregnancy, aku takde morning sickness. Sihat dan aktif macam biasa (alhamdullilah). Cuma satu je yang aku perasan berbeza, masa first pregnancy, aku tak suka pakai high heel. Start aku dapat tahu aku pregnant 5 minggu, terusss aku simpan semua high heel. Tapi second pregnancy nih, aku suka sangat pakai high heel.. hihi. But of course, aku takkan bahaya kan kandungan aku. I’ll consider medium platform / wedges bila perut aku start membesar nanti.

Ramai kengkawan terkejut bila aku pregnant lagi. Kebanyakan member aku rata-rata just ada sorang anak je. Semua nak tunggu anak memasing besar baru nak consider second baby. Aku pun memula camtu gak, tapi bila dah ‘terpregnant’ lagi nih, aku rasa okay juga. At least sekali harung je besarkan semua anak-anak aku. Lagipun, payah la ada sorang baby je. Aku dengan Mamoru asyik berebut nak dukung Ariff bila keluar berjalan. Nanti bila dah ada dua anak, takdelah berebut lagi haha..

Due date? Kan aku dah cakap tadi aku sendiri tatau usia kandungan nih. Tapi aku dapat rasakan baby nih akan lahir sama ada hujung tahun nih (December 2010) atau awal tahun depan (January 2011). Btw, I’m praying for December this year! So that I can proceed with my plan to climb Gunung Murud next year! Hahahahaha…

Oh, btw, adik no.6 pun sedang pregnant sekarang nih. Dia due bulan November. Merasalah ada dua mak buyung taim raya nanti :)

4 comments:

|| NaFiRaa || said...

tahniah!!

WaN dAn TiE said...

wah..
terasa teringin merasa saat..
mengandung...
TAHNIAH...
for 2nd baby...
AD..
oooo bestnyer..

Biqque said...

baby girl la tu! :D

Ely Hasrul said...

congrats AD! congrats Mamoru! congrats Ariff!

selama nih keluar berebut nak dukung arif ker?? comelnyee hahahhahahhaha

semoga sume mudah la ek mcm ariff dulu aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...