KENGKAWAN

Thursday, February 23, 2012

Cubit anak kena penjara? Tak masuk akal.

Dalam berita Kosmo arini tulis tentang seorang "Ibu kena jel sebab cubit anak dia dia yang berusia 5 tahun sampai lebam"

Apakah?

Ok, mungkin orang boleh klasifikasi kes tu sebagai dera. Tapi tengok keadaan la jugak. Perempuan tu just cubit je kot. Kalau lebam pun nak kata apa. Budak 5 tahun kan kecik lagi, kalau ko cubit sikit pun dah merah menyala kulit dia. Setakat lebam sikit, apadahal. Bukannya perempuan tu balun anak dia dengan dahan jati (macam aku kena dedulu dengan ayah aku).

Takkan sebab cubit sikit kita nak hukum perempuan ni sampai berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda 20 ribu ringgit? Gila kau? Ya Allah, mana perginya erti kemanusiaan sekarang nih.

Dah la perempuan tu keje pembantu kedai je. Anak ada 4 orang. Yang bongsu masih menetek ok! Kalau kau jadi perempuan tu of coz la kengkadang kau penat jaga 4 anak kecik. Dah la gaji kecik, mana nak pegi keje, mana nak jaga anak. Masuk akal la kan kalau kengkadang ko geram kat anak-anak sendiri yang nakal. Setakat cubit tu standard la beb.

Aku nak tanya orang bijak pandai yang buat undang-undang kat luar sana, "Apa kau dulu taim membesar tak penah kena cubit dengan mak-bapak ke? Oh, maybe family kau kaya so, boleh amik orang gaji, thats why mak-bapak kau tak perlu nak naik hantu kalau kau buat sepah or nakal kat rumah kan?”. Yelah, ada orang gaji. Cuba kalau perempuan yang kena penjara tu mampu amik orang gaji, confirm dia tak stress jaga anak kat umah kan???

Wei tolong lah. Tolong bukak mata sikit. Perempuan tu ada anak tengah menetek ok. Kalau dia kena jel, siapa nak susukan anak dia? Pastu anak-anak dia yang lain siapa nak jaga? Nak harapkan sedara-mara.. Hello?? Cuba cakap sedara mana yang willing menjaga bebudak 4 orang tu. Apa ingat gaji derang cukup nak jaga anak orang? Ok, mungkin boleh pisah-pisahkan bebudak tu suruh sedara mara lain jaga. Tapi kesian lah beb! Wei, kau takde perasaan ke hah?

Makin lama makin teruk sistem sekarang ni.




Dulu Cikgu rotan murid tak boleh.
Sekarang, mak-bapak sendiri pun tak boleh rotan anak.

Apa kes beb?

Haih, aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kat bebeudak zaman akan datang. Ntah jadi orang ke tidak.

2 comments:

JaSmIn said...

lor... kesiannye kt akak ni, takde org ke bole tlg dia

Anonymous said...

rasanya dia kena penjara sebab hisap dadah. Mangsa dicubit sampai lebam ketika tertuduh isap dadah. Tu pasal lah kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...