KENGKAWAN

Wednesday, February 06, 2013

Kak Nor

Sejak dua minnggu lepas, selain busy dengan rutin keje + jaga anak + job Makeupfreak, aku jugak busy ulang- alik ke HUKM. Melawat cousin Mamoru (Kak Nor)  yang kena warded sebab kanser Saraf atau nama saintifik dia Rabdamyosarcoma. Kanser jenis ni jenis rare. Tak banyak info yang aku dapat dalam internet.

Kesian Kak Nor. Sedih sangat bila dia cakap semangat dia dah hilang untuk hidup.

Aku tak pandai nak bagi nasihat tentang hidup dan mati pada Kak Nor. Tapi aku cuba sedaya aku untuk buat dia fikir positif. Aku cuba untuk lawat dia setiap kali aku ada masa. Sebagai tanda aku sentiasa ada disisi dia.

Aku cakap pada dia ada ramai survivor dari penyakit ni. Malah ada yang sembuh sepenuhnya. Yang ni, aku tak tipu sebab based atas real story yang aku baca kat internet.

Aku belikan buah durian belanda untuk Kak Nor makan (sebab ada info cakap buah ni penyembuh kanser) Now aku tengah cari daun Belalai Gajah dan buah avakado untuk dia.

Family Mamoru jauh kat Kuala Selangor. Nak berulang hehari ke HUKM susah. Aku yang duduk sekangkang kera dengan HUKM kena lah kenalah tolong semampu yang boleh.

Semoga Kak Nor kuat semangat dan cepat sembuh. Semoga Allah (swt) beri peluang untuk Kak Nor hidup lebih lama dan membesarkan anak-anak dia.

Amin.

2 comments:

Mrs weck said...

Allah lebih mengetahuinya. Sedih juga.. dah tahap berapa? moga baru di tahap awalan..Amin ya Allah.

Dee said...

salam, cuba dptkan rawatan dgn darul syifa..selagi tak operate masih boleh dirawat..pantang kanser kena pisau/besi..cubalah..ada daun kanser yg boleh mengubati kanser..in sya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...