KENGKAWAN

Monday, February 04, 2013

Seafood best kat Teluk Tempoyak, Penangc

Entry tertinggal. 

Nih port makan paling best aku jumpa kat Penang. Compare dengan kawasan seafood yang lain. Kawasan ni special sebab seafoodnya segar dari laut. Bukan yang beli kat pasar okeh. Bebetul depan restoran ni adalah jeti nelayan. Kalau siang, korang boleh lah tengok permandangan bot dan jeti kat sini.

Kalau pi Penang, singgahlah Adnan Hassan punya restoran seafood. Jarak dia dalam 10km dari Quensbay Mall. Menghala ke Bayan Lepas.

Makanan adalah fresh, murah dan sedepppppp!!!


Ikan fresh

View dalam kawasan kedai

Sedap weh. Aku sental sorang jah. Harga RM10

Fresh dan sedepppppp uols. Aku order 3 ekor je sebab Mamoru tak makan udang. Besau-besau udangnya..

Ketam bercili. Walaupun semua lauk adalah berasaskan cili, tapi rasa adalah berbeza. Yang ni cilinya ada tambah telur pecah kat dalam.. Pehhh.. sedap gila kuahnya. Harga RM18

Total harga semua makanan termasuk 2 coconut shake adalah RM68. Murah dan yang penting fresh dari laut dan sedepppppp!! Banyak gila lauk. Boleh makan 4 orang okeh. Sebu perut balik hotel lepas makan. Tapi sangat puas hati.

Siakap 3 rasa Adnan Hassan RM35 (siap masak) Besar ikannya. Murah dan sedappp sangat!
Credit joinme.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...