KENGKAWAN

Monday, September 30, 2013

Bubur boyat

One of ahkak punya favourite desert.  Tastes better than cendol.. hahaha. Except for cendol banyak sangat la sampah sarapnya kan.

Boyat ni kalau tak silap makanan orang negeri Sarawak (kot). Dibuat dari tepung sagu. Tekstur dia agak lebut and kenyal sikit dari agar-agar. Tapi orang sana makan boyat ni cicah dengan lauk pauk. Nenek ahkak improvise makan boyat dengan gula melaka.

Cara nak buat senang ja. Just sediakan:
1. Tepung sagu (jangan guna tepung ubi tau, sebab nanti melekit & tak best)
2. Air
3. Gula Melaka
4. Santan
5. Daun Pandan

Memula larutkan setengah kilo tepung sagu dalam air. Gaul sampai takde tepung yang berketul. Penggunaan air agak banyak tau. Untuk setengah kilo tepung, kena guna hampir 3 liter air camtu (setengah kilo sagu boleh jamu 10 org makan)

Pastu masak atas api sederhana. Sentiasa gaul sampai boyat ni likat dan warna dia berubah dari putih ke warna jernih dan sedikit ungu (purple).

Lepas siap, bubuh dalam loyang dan biarkan sejuk.

Untuk kuah dia pulak, sediakan santan. Masukkan gula Melaka yang dah diracik halus. Letak daun pandan dan masak atas api sederhana jugak. Kacau sampai gula larut. Tambah garam secubit untuk lebih rasa ummphh. Kalau nak double ummmphhh, masukkan sedikit durian.. huhuhu.. merembes ok.

Cara nak makan pulak, gunting boyat yang dah sejuk. Gunting kekecik dan letak dalam air (utk elakkan boyat bercantum semula).

Taim nk makan, bubuh dalam mangkuk dan campur dengan air gula melaka tadi. Letak ais sikit pun bolehhh.

Seddeppppppppp uols!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...