KENGKAWAN

Tuesday, September 24, 2013

Hidung Ariff bengkak

Semalam masa Ambil Ariff dari BBIM, aku perasan hidung dia bengkak.

Staff BBIM takde pulak cakap apa-apa. So, aku assumed hidung Ariff bengkak sebab infection (kes dia masuk operation theatre kat hospital Pantai aritu)

Bawa Ariff pegi klinik. Doctor bagi antibiotic dan krim sapu untuk kurang kan bengkak.

Kata doctor,  kalau bengkak tak surut, dia suruh pegi hospital jumpa specialist. Takut jangkitan kuman masuk ke dalam darah. Aku plan, kalau petang ni tak surut bengkak, aku nak straight ke hospital terus.

Pagi ni, masa hantar Ariff ke BBIM, baru lah salah sorang staff inform tentang hidung Ariff.  Bengkak tu sebab terhantuk kat meja katanya.

Menyirap darah ke muka aku ni. Nyaris kot aku nak bawak Ariff pegi hospital jumpa specialist bagai malam tadi. Apsal lambat inform. Henfon kan ada. Sms or whatapps pun boleh apa.

Haih.. BBIM oh BBIM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...