KENGKAWAN

Saturday, February 14, 2015

Kiddos at the muzium

Ariff requested pegi muzium. "I've never been to the muzium", katanya. Kesian pulak aku dengar.

Ok lah. Kita pergi muzium hari ni. Aku pun tak penah masuk sana lagi.. ahahaha.

Murah je rupanya entrance fee nak masuk muzium ni. Dua ringgit untuk dewasa. Kekanak bawah 6 tahun free. So, dua ringgit je lah kos hari ni. Ohh.. tak termasuk tiga ringgit duit parking. Tu pun murahh sangat! Ada gak tempat murah kat KL ni eh? Haha. 

Ariff & Amarr sangat happy dapat pergi sini. Duk tanya aku macam2 soalan untuk setiap patung atau barang yang dipamerkan. Tak terjawab beb.
 
Lama jugak spend masa kat sini. Dari tengahari sampai lewat petang. 

Habis melawat muzium, plan nak bawak kiddos pegi main layang2 kat area padang layang2. Tapi tak sempat. Nak drive ke sana je dah setengah jam. So balik rumah je lah. Mandi swimming pool. Kill time. Tanak kiddos rindu sangat kat daddy dia.. hihi.

Esok kita pegi main layang2 pulak eh (harap skill terbangkan layang2 masa kekecik dulu tak hilang lagi)


Three musketeers in yellow.

Cafe kat sini pun kids friendly. Makanan pun best :)

Lapar lepas penat berjalan

Amarr tiba2 request nak ice cream. Panas sangat kot hari ni

Ariff choose coklat as desert  

Amarr tak suka mummy pegang tangan even naik tangga. Perasan dah besar la tu.

Ariff lebih minat pada train. 

Susahnya nak bergambar dengan Amarr kali ni. 

Sebotol oren ni, dia sorang je minum. Ariff just minum air kosong je. Air manis dia tak minat

Khusyuk. Tak pandai baca lagi. Mummy kena jadi tukang baca

My 6 years old Ariff

Amarr tak suka aku amik gambar dia.. haih.

Suka sangat tengok tanjak.

Kusyuk tengok model train lama

Bunga emas

Suka tengok expression orang bila kiddos panggil aku "mummy". Maybe coz kiddos dengan aku dah almost sama saiz.. haha. 

Ariff yang sangat suka bergambar

Susah betul nak dapatkan gambar Amarr

Ni pun dia menyorok

Mummy interprem

Rasanya ni gambar Amarr & Ariff yang paling ok kut.. haha. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...