KENGKAWAN

Saturday, February 21, 2015

Panasnya Melaka

Pagi tadi lari dari pantai Pengkalan Balak sampai ke pantai Teluk Gong. Pergi balik dapat lah 8km.

Ekceli plan asal nak buat satu loop besar 25km dari rumah ayah ke pekan Masjid Tanah -> Kg Londang -> Pengkalan Balak -> Teluk Gong -> Kuala Sg Baru -> rumah ayah.

Tapi tak dapat nak start lari awal2 sebab Amarr crancky subuh tadi. Keluar rumah pun dah lambat. Maybe next time lah buat loop ni.

Balik dari lari, adik lelaki no.2 ajak cari remis kat tepi pantai. So patah balik ke sana. Dapat lah setengah baldi remis. Gigih betul adik2 aku cari remis. Aku tengok je.

Petang just layan kiddos mandi depan rumah. Adik2 lelaki yang lain sambung bertukang pecahlan rumah.

Panas betul cuaca kat sini. Hitam legam kulit kiddos. Jangan Mamoru terkejut tengok udah lah.. ahahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...