KENGKAWAN

Thursday, February 26, 2015

Super ultra light tent for ultra runner or ultra hiker

Ok as promise aku tunaikan janji nak share tips meringankan dan menjimatkan space bagpack tanpa perlu bawa khemah, fly, ground & sleeping bag.

Seriyes beb, tayah bawak semua ni. Khemah or fly semuanya berat. Makan space pulak tu.

Cara ni sesuai digunakan untuk trip ultra hiker dan runner yang nak ringankan beg, nak cover long distance route & pentingkan masa.


Camni lah rupa khemah instant dari emergency blanket. Kalau korang kreatif, korang boleh buat memacam bentuk khemah atau fly dari emergency blanket ni. Khemah camni tahan kalau nak re-use dua tiga kali. Kena pandai jaga lah kan. Kelebihan khemah ni, dia boleh ganti fungsi khemah, fly dan groundsheet sekaligus! Sangat lightweight. Untuk yang dalam gambar atas ni  tak sampai 100 gram. Ringan! 


Bahan2 yang diperlukan untuk buat khemah instant ni: 
2 helai emergency blanket
Heavey duty tape

2 helai blanket ni cukup untuk badan kecik cam aku. Kalau badan besar or nak share dengan partner, kenalah sambung lagi sekeping or ikut suka lah berapa keping pun.


First bentangkan emergency blanket camni


Gam kan dua2 blanket ni dengan tape.


Pastu lipat dua2 hujung blanket tadi dan tape lagi. Make sure bila buka, dia jadi satu bulatan.Terbalik kan blanket (bahagian dalam keluarkan) dan tape bahagian dalam pulak.


Cara nak guna, just masukkan paracord ke dalam blanket sampai ke hujung dan ikat pada pokok or kayu pancang. Guna 6 stake (boleh buat guna ranting kayu or bawa stake sendiri) untuk make sure khemah kukuh dan tak bergerak atas tanah.



Ni pula instant tent yang dah dilipat kecik. Boleh lipat lagi kecik ekceli. Buy I like it just like this. Still nipis dan ringan.


Simple kan? 

Untuk sleeping beg pun sama. Just guna emergency blanket untuk tidur. Tak perlu bawa sleeping bag besar yang consume space.

Cuma kalau angin ribut, hujan lebat melampau maybe tak sesuai kut untuk khemah camni (tak pernah try lagi). Hujan biasa still tahan lagi. Kalau cuaca sejuk pun boleh guna gak. 

Happy sharing :)

Note: Wish me luck for my crazy plan running Tahan via Merapoh-Kuala Tahan in 2 days 1 night :)

4 comments:

abdooss said...

Waaahhh... kreatif dan innovatif sekali ! Saya bagi 5 bintang !

Errr.. harganya berapa satu ya bukkkk? hehe

Adlyana Abdullah said...

Murah ja emergency blanket ni. Banyak jual kat kedai outdoor

abdooss said...

Okay.. Thank You..

abdooss said...

Ok good luck !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...