KENGKAWAN

Wednesday, June 24, 2015

Cerita semalam

6 hari puasa, 6 hari jugak aku gigih masak tetiap hari. Terpaling rajin.. haha. Tak jejak kaki kat bazar ramadan langsung :)

Hari ni pun insyaAllah nak masak sendiri lagi. Pagi tadi dah keluarkan ikan siakap letak kat fridge bawah. Defrost.

Ok. Ok. Nak cerita pasal semalam. Semalam special sikit tau. No, no, bukan pasal makanan.. tapi..

Tentang Ariff.

Sejak 1st day puasa aritu, aku tak pernah paksa Ariff puasa. Cuma masa sebelum masuk bulan ramadan, aku ada cerita kat dia tentang puasa, kebaikan puasa, kenapa kena puasa, etc.

Ariff faham. Cuma bila aku gurau2 tanya dia nak puasa tak? Jawapan dia

"But, I want to eat during day time"

Aku pun tanak paksa. Yang penting, dia tahu konsep puasa tu macam mana. Selebihnya, biar dia observe sendiri.

Semalam, balik keje teacher Ariff cakap Ariff langsung tak makan or minum sepanjang satu hari. Ariff nak puasa katanya. 

Pagi masa hantar Ariff ke sekolah pun, dia tak ada makan apa2. Cuma minum susu masa aku tengah sahur. Itupun minum sambil tidur.

Sebak sangat tau. Happy pun ya juga. Ariff willing nak puasa on his own. Tak ada orang paksa pun. Dan paling buat aku impress, dia terus puasa penuh satu hari. Takda sekerat sekerat hari.. alhamdulillah, sejuk perut aku mengandungkan dia.

Pagi tadi pun Ariff beria nak puasa lagi :)

Nak balik cepat. Ada geng berbuka hari ni. Nak masak sedap2!

Enjoy gambar Ariff berbuka semalam dengan bubur kacang campur durian & sukun goreng. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...