KENGKAWAN

Friday, January 29, 2016

Ariff kena buli?

Mungkin ni salah satu proses budak2 lelaki membesar kut. Gaduh sini sana. Belasah orang sesedap rasa. Praktik teknik pukul orang macam dalam tv.

Fine.

Dari minggu pertama sekolah Ariff mengadu
- Kawan dia ambil makanan yang dia beli
- Kawan dia ambil duit dia
- Kawan dia tumbuk perut & pukul dia

Fine lagi. Bersangka baik.

Aku bukan tak risau. Risau beb. Tapi aku try tolak tepi dari fikir bebukan. Aku anggap je budak tu tak sengaja. Maybe bergurau. Maybe jugak Ariff yang trigger benda tu.

Setiap kali Ariff mengadu, setiap kali tu juga aku pesan, jangan balas kalau orang buat kita. Allah ada. Aku suruh Ariff cakap kat cikgu setiapkali budak tu pukul dia. Tapi Ariff balas, budak tu bukan buat dalam kelas. Aku just mampu suruh Ariff sabar.

Tapi start semalam, Ariff dah tak mengadu lagi. Sebab sehari sebelum tu aku ada suruh driver van tengok2 kan budak yang suka buli Ariff. Dan Ariff pun ada cakap, abang driver suruh budak tu salam & minta maaf pada Ariff.

Petang tadi, Ariff balik sekolah dengan lebam bawah mata & kat bahu kiri. Bukulali bengkak. Bila ditanya dia cakap tak ada siapa2 buat. Pastu moody tanak jawab bila aku tanya lebih2.

Lepas dinner aku bawak Ariff pergi klinik. Doktor confirmkan kesan lebam tu bukan sebab terjatuh atau terhantuk. Memang kesan kena pukul. Bila doktor tanya, Ariff mengaku kawan dia yang buat.

Sedih. Marah. Sakit hati. Semua ada. Sampai mengalir air mata ni. Anak aku beb!

Kalau ikut hati, macam2 aku fikir nak buat dalam kepala ni. Tapi cepat2 istighfar. Budak2 kann.. mana  tahu apa2. Yang salah bukan budak2. Tapi mak bapak budak2 yang tak reti ajar anak. Buat anak reti pulak? 

Doktor bagi Ariff MC esok. Kaki bengkak tak boleh pakai kasut. Tak boleh jalan. Pergi klinik tadi pun berdukung.

First time berdepan dengan masalah macam ni. Aku blur tak tahu nak buat apa.

Again, aku faham budak2 kecik maybe bergurau tak kena tempat. Tapi aku tanak lah sampai satu hari nanti Ariff cakap dia tak suka pergi sekolah.

Aku tak rasa aku boleh duduk diam macam ni. Plan nak jumpa cikgu kelas dia esok. Discuss baik2. Harap boleh prevent benda ni dari jadi lebih parah. Takut sok lusa, maybe Ariff boleh bersabar, tapi aku yang hilang sabar!

Note: Teringat 30 tahun dulu masa aku masuk darjah satu. Diam & sabar je bila kena buli. Bila masuk darjah tiga, aku jadi hilang sabar bila tengok orang buli adik aku pulak. Bergaduh besar kat luar sekolah sampai aku kena heret pegi bilik pengetua. Tu diaa bila orang pendiam hilang sabar. Memang teruk budak tu aku kejekan. Melalak2. Aku sikit pun tak nangis. 





4 comments:

aisha said...

AD...go to school and talk to the teacher.. or jumpa the kid terus.. tanya siapa parents dia.. kadang2 mak bapak ni tak tau anak diorang ni pembuli sebab takde orang inform.. pastu yang si budak ni tak tau yang pukul orang salah sebab takde orang pernah marah dia buat macam tu. so for that kid, pukul/buli budak tak salah..

sebab basic dia sama macam masa anak2 kat nursery.. macam my kids, asyik kena gigit jer.. and bila tanya cikgu, jawapan dia, owh dia memang suka gigit orang.. takleh nak buat apa.. so? macam hah? sebab dia suka gigit orang, maka takyah marah? takpe je bagi budak tu gigit anak2 yang lain? parents dia siap selamba cakap, haah.. anak saya memang suka menggigit.. sorry yer pastu gelak2.. so for budak tu, cikgu tak marah, parents tak marah why stop the habit kan?

nak tak nak, sebab tak larat tengok kesan gigit banyak sangat, i told my kids.. kalau dia gigit, gigit je balik.. so now, that budak dah stop menggigit.. sebab dia dah tau benda tu tak betul..

sian ariff.. muka pun trauma.. jangan la dia tak suka gi sekolah. susah nanti..

Miss B said...

Damn! Kau g je skola Tanya. Mmg la nampak kecik plus small bruises. Tapi xkn cikgu x tahu langsung kot?? Ariff sure nangis sakit time tu. Recognize budak tu n suh cikgu monitor utk bg tau parents. Tu laa kekecik ni laa nak ajar manner! Dlm akhbar rini pun budak umur 13 tahun kene tangkap kat Jln Munshi Abdullah, sbb percubaan rogol dlm toilet petrol pump. Nak salahkan siapa???? Sedih dgn sikap budak tu, dan mak bapak dia juga.

Mrs Puex said...

pity ariff.. be strong sayang..

mommy, bawak ariff pegi sekolah then suruh ariff tunjuk budak mana yang buat kt die depan cikgu kelas die, then minta/biar cikgu panggil parents ke sekolah and bincangkan(between ad, cikgu and perent budak yg pukul tu).. terjadi kat kawan ayang. die buat macam ni utk settle down kes buli ni..(mak budak yg buli tu tak mengaku anak die pembuli smpai ank die yg bgtau sendiri dpan mak die dan cikgu).kalau tak buat awal, takut nnti budak tu terus aim ariff sampai ke sudah.. its happen beb, its happen..

Sharul Khuzaini Kasim said...

Mana boleh tak lawan..

Bila 1st time anak mengadu selalunya dia dh hilang sabar.. meaning dh berapa kali berlaku. So kalau dah kena macam ni.. sila jumpa cikgu.

Sekarang ni budak2 macam dulu. Kita kata sabar.. yg pembuli tu lagi amik kesempatan.

Lain kali kalau kena pukul.. sabar.. masuk kali kedua tumbuk betul2 sedas kat mata buli tu kaw2 nyer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...