KENGKAWAN

Wednesday, February 10, 2016

Ultramak cuba bertahan

Dari semalam cuba bertahan bertemankan panadol je. Tak berani nak makan ubat sebarang. Takut bagi kesan kat Aleesya pulak.

Sakit tekak.
Selsema.
Demam.

Batuk je belum lagi :(

Hazabb betul kat ofis sepanjang hari ni. Rasa nak je amik MC. Tapi sabar.

Demam or sakit, ultramak masih perlu beraksi:
Masih kena pi keje.
Masih perlu settlekan house chores.
Masih kena pump susu.

Mujur Mamoru cuti sampai esok. Boleh tolong tengok2kan Aleesya & kiddos.

Aleesya still direct feeding macam biasa bila aku kat umah. Cuma aku tak berani nak kiss or peluk dia. Bagi susu pastu biarkan Aleesya main2 sendiri.

Moga Aleesya sihat2 je. So far rekod Aleesya selama 3 bulan ni bersih dari sebarang penyakit (kecuali jaundice masa bulan first aritu.. huhu)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...