KENGKAWAN

Wednesday, September 07, 2016

Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi via Bukit Putus
Ketinggian 825meter.
Easy trail.

Regular hiker/trail runner boleh sampai puncak Angsi dalam masa satu jam atau kurang.

Average hiker / people amik masa dalam satu jam ke satu jam setengah

Beginner maybe dalam sejam setengah ke dua jam.

Kids (my kids umur 6 & 7 tahun) pula amik masa almost 4 jam.. haha. Banyak berhenti makan, minum, buang air kecik, etc. Plusss mak depa duk amik gambar tak henti2.


Ada laluan lain untuk ke puncak gunung ni. Tapi tahap kesukaran pun agak susah sikit lah kalau bawak anak2kecik. Aku belum pernah try lagi laluan yang lagi satu.

Log Gunung Angsi (ikut timing kiddos)
10.30 pagi start hiking
11.30 pagi sampai pondok 1st
12.00 tgh sampai 1st view point
1.00ptg sampai Wild Boar Swamp
2.30ptg sampai puncak gunung Angsi

Kami gerak turun dari puncak pukul 3.00 petang & sampai semula ke starting point pukul 5 petang. 

Overall, naik 4 am turun 2 jam. 

Tapi kalau sesiapa yang nak naik gunung ni better naik awal2 pagi. Jangan ikut timing aku ni sebab bahaya kalau2 terlewat keluar bila hari makin gelap. Unless korang regular hiker & dah biasa dengan situasi dalam hutan.


Starting point. Ada pondok renjer sebelah tangga ni. Kena bayar sorang RM5 per entry. Bebudak je tayah bayar. Tapi kena bubuh nama penuh diaorang lengkap tarikh lahir.

Trek starting agak mendaki juga lah. Tapi tak susah pun. Macam naik tangga je.

Tangga2 yang tercipta dari akar2 pokok

Kiddos takde masalah langsung mendaki gunung ni.

Ariff yang excited. Dia pakai kasut trail Quechua & seluar hiking Quechua juga.

Pondok 1st. Lapang & luas kawasan ni. Kalau ikut timing kiddos, sejam baru sampai sini. Kalau orang dewasa, sure lagi laju kan..

Kami orang last yang naik ke puncak & orang last jugak yang turun dari puncak. 

Terserempak dengan geng gunung & geng lari. Ariff pelik aku ada kawan dalam hutan :)

Dr Ramli & the geng

1st viewpoint.

Bawak kiddos hiking sampai berjam2 ni bukan perkara senang (dan tak lah susah sangat). Yang penting, kena jaga mental diaorang. Kena layan borak2 SEPANJANG masa. Dari borak tentang jenis2 pokok, jenis binatang, jenis serangga, jenis2 ultraman, jenis@ games, etc. 

Seriously taktik ni sangat bagus coz masa ni memang kita akan betul2 'mendengar' setiap apa yang kiddos cakap. Dan kiddos pun lebih dari happy untuk terus share apa yang ada dalam kepala dia dengan kita. Dalam masa yang sama, kiddos tak sedar langsung yang diaorang dah berjalan berjam-jam dalam hutan.

Dan jang lupa bawak makanan yang cukup sebab budak2 cepat lapar & dahaga. Make sure kita tahu bila untuk berhenti & sentiasa tanya kalau2 diaorang nak minum air.


Amarr minta didukung. Nih bila tiba time manja dia. 17kg tu.. bertabah ya Mamoru.

The trek yang banyak pokok melintang 

Another stop point. Berhenti minum & makan.

Gambar hiking shoes. Gambar kaki Aleesya sebelah je. Dia tidur masa ni

Take 5 lagi

Finally puncak gunung Angsi. Masa ni dah tak ada siapa kat puncak. Kami orang last sampai sini. 

Posing kat beirut. Semangat Merdeka 

Luas puncak Angsi ni. Tak sure ada waterpoint kat puncak. Macam takde je. 

Aleesya sangat behave setiapkali aku buat trip hiking. Masa on the way naik Aleesya jaga. Lepas first viewpoint dia tertidur sampai puncak. Kat puncak terjaga, breastfeed. Pastu main2 sekejap dan halfway turun dia tertidur lagi. Aleesya tak nangis langsung masa kat sini. No tantrum at all. Dan dia sangat selesa duduk dalam dakapan aku. Suka sangat dukung Aleesya guna baby carrier ni :)

Pasnih nak bawak kiddos & Aleesya pi hiking kat mana eh? 

:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...