KENGKAWAN

Wednesday, October 11, 2006

trip lepas gian



XPDC Mendaki Gunung Perdah, Jasar & Berembun.. mendaki 3 gunung dalam satu malam!!

sebulan sebelum poser:

Muzs: aD, bulan poser nnt kita ada satu trip gi gunung Perdah & Jasar.. amcm?
Aku: cam menarik tu.. konsider aD join..

seminggu sebelum trip.. dpt email dari Uncle Lim:




Hi aD,
Nice to hear from u. I dah inform 4 org colleagues saya to contact u utk details. Anyway just to let u know, dia org sume newbie dan byk aspect trekking and camping sume tak tau, so i hope u blh tunjuk ajar dia org. Set tent pun tak pernah. Jadi I sincerely hope u blh guide them sbb u dah jadi otai he! he! he!. Selamat Berpuasa dan hope to see u in the next trip.
Bye,
LLK


lawak.. otai katanya. dia tataw aku hampir nyawa-nyawa ikan masa gi V2 dulu.


Sabtu, 7 Oct 2006

sangap tul hari nih. tak cukup tido.. janji ngan Joyah & Hany nk jumpa ngan geng Uncle Lim kat A&W Tmn Jaya kul 1.00 ptg.. tp, terlewat sikit sbb aku terlajak ke Asia Jaya.. hm, pesal la nama tempat-tempat kat KL nih sikit lebih kurang je.. confused.

1.30 ptg, lepas sesi babai-babai ngan Uncle Lim & sesi salam-salam dgn memember baru (Chong, Siau Wei, Sherly & Fini), kami gerak ke Cameron.. 2 keta dari KL - Siau Wei, Fini & Sherly naik satu keta, while Joyah, Hany, Aku & Chong naik satu keta lagik..

kt rawang, keta Chong problemo.. terpaksa pindahkan Hany & Joyah ke keta lain.. while Chong suh aku stay dgn dia coz aku nih byk ckp katanya.. kitaorg gerak pelan-pelan.. asal jumpa R&R je, sure benti tukar air keta. dekat nak berbuka baru arrived Tanah Rata. almost 6 jam perjalanan tuu.. penat sey!

sampai je kemsait, muzs & arman dah siapkan makanan utk berbuka.. lauk ayam masak merah (masakan org umah muzs), sup sayur & nasik tomato.. *yummy*.. ditambah plak dgn desert buah strawberi cicah ngan honey.. charer!

tak ingat kul baper kami start trekking.. kul 10 mlm kut? ntah.. lepas muzs briefing, kami gerak menghala ke pekan Tanah Rata. Arman awal-awal lagik dah buat muka pekat. kasut dia tertinggal dlm 4WD. terpaksa trekking pakai selipar jepun.. mmg menyengattt jawabnya.

trek ke gunung Perdah letaknya dlm 15 minit dari pekan tanah rata. merasalah pakai 'uniform' jln tengah pekan. starting trek sampai ke puncak mmg santai wong.. sesuai utk beginner. part yg klakar, bila aku kena jadi porter sbb Siau Wei & d`gang tak larat nak bwk beg, sweater, botol air.. sib baik la tak byk brg yg derang bwk. bila dah bawakkan brg, for sure la kena gerak ikut langkah depa.. kang kalau aku jln depan, buatnya depa nak minum, tak ke haru. Arman duk gegelakkan aku.. pegi berlenggang, balik sarat dgn barang.. cam baru balik shopping katanya.. taperlah, lagipun aku dh janji dgn uncle Lim nak jaga anak buah dia.

Ahad, 8 Oct 2006

almost 12.00 am, arrived Perdah peak. puncak dia agak luas gak arr.. buleh nmpk jelas lampu-lampu kat Cameron. Lepas snappy-snappy, kami gerak ke gunung Jasar plak.. trek ke gunung nih pun lenggang mak limah.. tak sampai sejam dah sampai puncak.. celebrato ~~ kul 1. 25 pagi, kami gerak turun ke kemsait.

kat kemsait, Muzs inpom, ada sorang trekker suruh shoot ke gunung Berembun.. taim nih aku mmg dah ngantuk tahap gaban. kalau tak sebab Topoi & Joyah beria ajak naik sekali, sure aku dh membuta dlm hammock.. ramai gak yg refused naik Berembun sbb memasing dh kepenatan.. ekceli, kalau ikut program, juz naik Perdah & Jasar je.. kira Berembun nih optional la..

nih kali ke dua aku naik gunung Berembun.. jalan pun cam malas je. aku jalan blakang skali ngan Salim & member dia. compare dgn 2 gunung tadi, Berembun yg paling tinggi.. 6 ribu kaki. serrjurrkk mmg tak hingat. otw nak ke puncak, sempat aku on d`phone dgn Bargading.. boring tgk trek yg sama punyer pasal.. *hehe*.. (oh ye, puncak gunung kat Kameren nih sumer ada roaming tau)

kul 4.30 pagi kami sampai puncak Berembun. tak lama lepak kat atas tu.. angin kuat. memasing decide turun cecepat. yelah, nak kejar sahur lagi.. taim derang turun, aku still melepak lagi.. pekena air teh dgn roti cekelat.. Mudly siap nyalakan unggun.. haper lagik, syok arr aku membuta kat puncak - ngantuk tak hingat. kul 6.30 pagi baru bangun, gerak turun ke kemsait - pastu sambung tido dlm hammock.

kul 10 pagi, Siau Wei kejutkan.. ajak pi jenjalan. lepas mandi & packing barang, kitaorg gerak gi Kea Farm, pastu shoot balik KL.. sepjg jalan aku zZzz.. (sory Chong, I fenat arr itu hari.. u dah makan nasik, of coz la kuat.. hehe)

5 comments:

Ray said...

cik aD, nak join leh x? bagila contact num. dr aritu dok terliuq dpn comp ni tgk pict2 cik aD. klu xmo bg, xpela..nnti sy gi mancing kat puncak perdanan nun~~

efwin said...

aD, biar betol u panjat gunung bulan pose!

amizgig said...

ray:
err.. bak mai email, aD bagi no tipun.. alalala cian dia.. meh trekking kat kampung aD meh..

efwin:
naper tak cayer? heheh.. trekking taim malam.. kalau siang, buleh pingsan tuuu

Anonymous said...

tahu pun nak pujuk. ingatkan cik aD dah tak sudi nk kwn. ray_seal7@yahoo.com..

Yati Mohd said...

Hi!

Yati suka baca pengalaman aD mendaki gunung2 di Msia. Yati memang minat naik gunung tapi cuma tak banyak peluang macam aD.

Yati nak tanya aD sikit pasal outdoor sport kat Msia. Lebih senang kalau kita berbual through email.

U email me dulu k, so that i can respond to u after i got yr email address. Thks!

(yatimohd@yahoo.com.sg)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...