Friday, May 10, 2024

Discharged

Selepas 9 hari akhirnya doktor benarkan balik. Alhamdullilah.
 
Terima kasih Mamoru yang sentiasa ada bila waktu melawat tiba (kat di HDU ada waktu melawat, cuma kat wad biasa ja diberi kelonggaran nak melawat bila² pun)

Terpaling rindu kat Aleesya sebab berapa hari tak dapat jumpa dia. Kanak² tak boleh masuk HDU.

Doktor bagi cuti sampai hari khamis minggu depan. Badan masih lemah kan. Kena excercise pelan² untuk kuatkan semula badan. 

Kronologi Sepsis:

1/5/24
Badan tiba lemah dan tak boleh bangun dari tidur. Setiap kali cuba berdiri, pandangan terus gelap dan jatuh. Sepanjang hari terbaring.

2/5/24
Belakang badan dan dada rasa sangat sakit. Sukar bernafas (bukan asthma). Mamoru paksa pergi klinik (Tanak pergi klinik sebab takut kena tahan wad). Klinik refer ke hospital (as expected). Terus masuk emergency kat PHKL. Cek darah, urin, masuk IV line.

3/5/24
Buat Ultrasound. Doc inform ada bakteria e-coli dalam saluran urine. Dalam darah pun ada kuman. BP start drop dari 110 ke 80. Doc takut aku kena Septic Shock so, cepat² tolak pergi HDU. Doc performed CVL kat leher. Start 4 jenis ubat antibiotik & Norad (untuk naikkan BP). Kat sini ada designated nurse yang akan monitor kau sorang.

Kat sini memang hari² mengucap. Coz, situasi aku sangat kritikal, kata doktor. Kalau aku kena Septic Shock, organ dalam badan akan failure.. dan boleh mati. Sepanjang kat HDU, orang sebelah menyebelah ada beberapa yang meninggal dunia. Sekejap² karang, akan dengar nurse announce "code blue".

Setiap kali waktu makan, aku akan sumbat mana² makanan yang terdaya aku telan sebab nak cepat baik. 

7/5/24
First day doktor allowed berdiri tepi katil. Kaki sangat jelly. Tapi pretended kuat. Alhamdullilah BP maintain above 90. Doc bagi tukar ward biasa. Dapat jumpa semua anak² termasuk Aleesya. Tenkiuu Mamoru 🥰

8/5/24
Physio. Belajar excercise breathing, walking, etc

9/5/24
Discharged!

Now focus untuk simple excercise kat rumah. Jalan masih macam nenek bongkok tiga - sangat slow. Breathing pun still tak betul. Still long way to go, tapi insyaAllah, boleh. 

Berat badan drop dari 40 sebelum sakit jadi 38kg 😅


CVL line. Nak mauk line kat leher ni bukan sesimple yang kat tangan. Kena bius, pastu insert line dan siap jahit plastik tu kat leher. Ada 3 jahitan kat situ untuk make sure benda tu tak tercabut. Sakit? Gila tak sakit. 

Ok thats it. Taip ni pun dah penat.


 

Tuesday, May 07, 2024

I got Sepsis

Day 7 

Day 7 warded in HDU (high dependency unit) PHKL. 

Alhamdullilah, syukur ke hardrat Allah swt yang maha Penyayang, maha Mengasihani.

Syukur masih diberikan masa untuk hidup di bumi sementara ni.

Insya-Allah, kalau semua ok, petang ni doktor akan tukarkan aku ke ward biasa.

What is Sepsis?



Tak berani ambil gambar diri sendiri. Leher kena tebuk untuk buat CVL (central venous line). Sebab salur darah kat tangan tak cukup besar untuk masukkan ubat banyak². CVL kat leher ni boleh masukkan 4 jenis drip sekaligus. Dan kalau ambil darah dari situ pun senang. Satu botol air mineral kecil 250ml tu boleh penuh darah dalam beberapa saat ja. Macam buka kepala paip. 

Ok. Time for physio. Kena belajar berjalan semula sebelum boleh tukar wad. Sebab kat HDU ni, memang terlantar atas katil 24jam. Buang air kecik/besar semua atas katil. Nak berdiri pun nurse tak bagi. Lagipun payah sebab wayar ECG kat dada, wayar pump blood pressure, wayar oksigen, saluran CVL yang berselirat kat seher ni semua buat aku tak boleh bergerak langsung. Semalam masa first physio session pun kaki sangat lemah macam jelly. 




 

Thursday, May 02, 2024

Xtvt Ariff di sekolah

Sekitar gambar² Ariff di sekolah dalam bulan ni. 

Ni gambar masa Ariff dapat anugerah lencana PRS lepas dia balik dari kursus PRS di Sek Men Sains Selangor. Tinggi kan Ariff. Lagi tinggi dari cikgu dan kawan² lain

Cikgu pakaikan badge di kolar baju

Pemberian sijil. Tinggi kan Ariff?

Bakal Ketua PRS sekolah ni, aminnn

Ni masa jamuan kelas. Ada acara tukar² hadiah



Ariff paling tinggi dalam kelas, so dia berdiri kat belakang sekali 😅