Thursday, September 18, 2008

Layan tag

Nih nak menjawab Tag yg cik June suruh buat..

"Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird"

Memandangkan aku kesuntukan masa, aku jawab seringkas & sepadat yg boleh lah ek? Ok, here goes:

1. Aku anak sulung dari 15 adik beradik (yang mana 5 darinya adik tiri). Yerrr, ramai gila adik-adik aku kan? Memang meriah! Esp dah dedekat nak raya nih.. (poket aku je yg tak meriah.. hehe)

2. Aku gila mendaki gunung (Mamoru pun sama!). Lagi orang cakap trek gunung tu hardcore, lagiiii bertambah minat aku nak takluk puncak dia. Setakat nih, aku hanya berjaya conquer 31 gunung yang mana ada antara beberapa gunung dalam list kat bawah nih yang aku panjat berkali-kali (insyaAllah akan bertambah lagi):
  • Mount Api (Pinnacles)
  • Mount Berembun
  • Mount Bintang
  • Mount Bintang False
  • Mount Bintang North
  • Mount Bintang South
  • Mount Bubu (Kuala Kangsar)
  • Mount Bubu (V2)
  • Mount Bujang Melaka
  • Mount Charlie
  • Mount Datuk
  • Mount Jasar
  • Mount Junction
  • Mount Kenderong
  • Mount Kinabalu
  • Mount Kutu
  • Mount Lebah
  • Mount Ledang
  • Mount Liang East
  • Mount Liang West
  • Mount Mulu
  • Mount Nuang
  • Mount Perdah
  • Mount Siku
  • Mount Swettenham
  • Mount Three Boundaries
  • Mount Tok Nenek
  • Mount Ulu Jerneh
  • Mount Ulu Semangkuk
  • Mount Yong Belar
  • Mount Yong Yap
3. Aku penah pukul orang (gila berani!). Hahaha.. nampak je kecik aku nih. Tapi garang, nauzubillah. Tu lah first time seumur hidup aku pukul orang. Aku pukul seorang budak pengkid sebab dia pukul adik pompuan aku sampai lembik. Aku ada blog pasal nih tahun lepas. Aku sendiri tataw macam mana aku boleh jadi ganaz sampai boleh pukul orang. Seriyes, aku TAK bangga bila cakap pasal nih. Kalau boleh pusingkan masa, aku tanak pukul budak pengkid tu (mungkin lempang dua tiga kali je.. ops). Tapi dah terlepas nak buat mcm mana. Ini lah yg terjadi bila setan dah menguasai diri kita. Harap itu adalah keje bodoh yg first & last yang aku penah buat. Pasnih kena sentiasa beringat & beristigfar selalu.

4. Aku seorang yang manja gila (pada adik-adik / Mamoru / ayah). Yang nih tayah terang dgn detail lah - Malu arr beb. Nak tau, tanya lah adik-badik aku.

5. Aku seorang yg sangatttt independent. Campak kat mana pun boleh hidup punya.

6. Aku suka makan pedas. Kalau bagi aku makan nasik berulamkan cili padi pun aku suka. Lagi pedassss lagi sedappp!

7. Aku seorang yg sangat cuai bila berkaitan dengan henpon. Dalam masa hampir 3 tahun, aku dah hilangkan lebih 10 henpon! Sebab tu sekarang nih aku hanya guna henpon yg harganya dibawah RM 150 sahajor. Baru-baru nih, Mamoru nak belikan aku 2 henpon sekaligus (yang murah-murah lah) - buat backup kalau hilang katanya.. tskkk tsskkkk.

Fuhhh... habis jugak akhirnya. Sengal ok, nak memikirlah 7 mender nih.

Ohh.. satu lagik, aku dapat award "orang utan" dari cik June (time kasih!). Gambar award nih tak dapat diupload buat masa nih (ntah apahal blogspot nih). Tataw naper award nih dapat ke aku.. mungkin pasal aku suka masuk hutan kut.. sukatik lah :)

9 comments:

Anonymous said...

Banyak giler gunung yang dah didaki...wahhh....hebat tul

June said...

akak banyak nye gunung yg dah daki. best nye. sy dulu minat gak mendaki ni. tapi kang tak larat dah.. faktor kesihatan x mengizinkan. ramai erh adik2 akak mesti meriah umah. hehehe..neway thanx yer dah wat tag ni ;)

Rarai said...

haluu...thnx sudi singgah sweetEscape...i luv ur blog!i link ur blog ok! ;) slmt berbuka puasa...

Anonymous said...

Salam,

Ini ada satu report "The Traffic Tips Report". Ebook ini tentang bagaimana cara kita nak tarik lebih ramai pengunjung
ke blog kita.

Klik link bawah ni:

http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840281

Download lah ye, kot kot boleh dapat membantu blog anda.

Lepas isi nama dan email tu, semak email awak, saya akan hantar 1 email dengan confirmation link. Click email tu untuk
confirm yang awal nak ebook ni. Lepas tu baru saya hantar link download ebook tu.

Sebagai bonus, Buat masa ni, penulis report tu tengah buat promotion. Awak boleh join affiliates dia, setiap orang yang download dari link awak, awak akan dapat $1 ke akaun paypal.

Tarik tutup promotion ni, 31 september. Jadi buat cepat sebelum terlambat.

Click sini untuk dapat kan ebook percuma itu:
http://www.lemonadehere.com/cmd.php?af=840281

Anonymous said...

kak kujie: dah minat sesangat :)

june: kesiannya, kalau tak dapat juga trekking sesama kan. takperlah june, ada hikmah tu.. :)

aianna: tenkiu! selamat berpuasa juga & selamat menyambut hari raya yg bakal menjelma :)

el: terima kasih atas info. harap dapat membantu kawan-kawan lain juga!

cikyuSnida said...

huhu.. banyak gile gunung dah didaki.


kite dulu rajin gak panjat gunung. tapi x lame lepas tu pancet je manjang. dah x larat dah. hehe.

dalam list2 tu, kite penah pg 1/5 jerh. *silap-silap x sampai pon 1/5*

Anonymous said...

idayu: wah, kaki gunung jugak awak nih. nanti boleh lah aD ajak pi trekking sekali.. :)

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum w.b.t.. subhanAllah, mmg jeles juga aku ni, banyaknya gunung dah anda daki. Bila la saya nak daki sebanyak tu ih ih ih, sekarang ni pun baru 3 gunung ku daki ih ih ih. Apa2 pn tahniah dan alhamdulillah :)

Anonymous said...

neezhom: wa'alaikumussalam wbt, ramai juga rupanya pendaki gunung yg turut baca blog ni :) truskan semangat mendaki tu! nanti kalau ada xpdc yg saya buat, jom lah join sekali :)