KENGKAWAN

Friday, September 23, 2011

Housing loan

Minggu yang bizi, kelam kabut, berdebar-debar, eksaited, semua ada.

 

Amarr baru baik dari depam campak. Patutlah dari munggu lepas dia asyik demam-kebah-demam-kebah. Nasib baik dia kena campak yang jenis bintik-bintik ruam. Kalau kena jenis cacar air, mauu pengsan aku dibuatnya.

 

Tenkiu kat Mamoru sebab sanggup amik cuti berhari-hari untuk jaga Amarr. Yelah, mana boleh hantar Amarr ke rumah pengasuh dalam keadaan camtu. Kang kalau berjangkit kat bebudak lain, lagi haru.

 

Ariff pulak tak dijangkit walaupun duk berpeluk, berkungtau dengan adik dia. Mungkin sebab dia dah amik extra imunisasi masa umur dia setahun dulu kut. Lega sikit.

 

Tahun lepas aku ada buat satu wishlist nak beli rumah. Tapi tak tertunai.. tskk. So, forward wishlist tu ke tahun ni. Alhamdullilah, sekarang tengah proses. Berdebar + eksaited nih.

 

Dalam proses apply loan rumah nih kan, aku paling kagum dengan service dari Pulic Bank. Laju gila.

 

Ekceli ada banyak bank yang approach aku untuk buat loan. Senang keje aku. Tayah sesusah payah cari bank. Bank sendiri yang datang kat aku. Saja aku amik kesempatan apply kat sesumer bank. Nak compare berapa BLR (base lending rate) yang paling rendah yang derang boleh bagi. Antara bank yang aku apply:

 

1. Maybank

2. Public Bank

3. Hong Leong

4. Ambank

 

CIMB dan bank lelain belum apply lagi.

 

Tapi so far, aku dah reject Ambank awal-awal lagi sebab derang just boleh bagi loan 80% je. Aku nak 90% kalau dapat 100% pun boleh jugak.. huhu (tapi aku bukan buat loan under PR1MA or Skim Rumah Pertama - gua tak layak beb. Skim tu untuk individu yang bergaji bawah RM3000 atau combination gaji suami isteri tak lebih RM6000)

 

Hong Leong cawangan xxx  (officer: Melayu), aku dah lupakan terus. Sebab lepas staff dia suruh aku fax document segala, nan-ado follow up dari derang cakap dah terima fax aku ke haper. Aku malas nak call. Pada aku, kalau derang nak buat bisness, derang lah kejar customer. Kalau tak, bank lain melambak.

 

Maybank cawangan xxx (officer: cina). Kejap. Aku nak kutuk kang, malu sendiri jugak. Yelah, kompeni aku makan gaji. Tapi, service? Malu beb, malu. Untuk kes Maybank, special sikit sebab aku yang call branch. Aku cari officer kat situ bagi dokumen. Sebab? Sebagai staff, aku boleh pilih sama ada nak amik under komersil rate atau staff rate. Staff rate rendah jugak lah: 3.5 compare dengan lowest BLR 4.2 untuk komersil. So, lepas dapatkan contact no officer tu, aku pung scan dan email semua doc kat dia.

 

Tapi pastu, ada dia call balik? Nan hado ok. At least, cakap lah dah terima ke apa, or cakap lah tengah proses. Kalau malas nak call, reply je email aku tu. Takde ok. Takde. Aku pulak yang duk call dia tanya dah dapat email? Dah proses? etc. Lembab dik nonn.. Nyesal aku contact officer kat branch. Kalau tau gini slow, better aku contact mortgage consultant je. Yelah, officer kat branch tak perlu kejar komisen sangat. Gaji dah sedap. Tetiap tahun dapat bonus berbulan-bulan. Kalau mortgage consultant, derang memang kejar komisen. Lagi banyak loan derang approve, lagi banyak $$$$ yang derang dapat.

 

Public Bank cawangan xxx (officer: Melayu). Fuhh terbaekk. Hari nih derang call aku mintak dokumen segala, hari nih jugak derang compile, proses, check CCRIS, call office confirmkan kita keje kat situ atau tak segala. Sangat laju ok. Sampai malam pun derang call aku nak update tentang loan processing derang. Now tunggu approval je. Kagum. Kagum. The lowest yang Public Bank boleh offer kat aku:

BLR-2.5 (first year)

BLR-2.4 (tahun kedua dan seterusnya)

 

Aku kalau boleh nak jugak amik loan dengan Maybank. Sebab, easy access. Boleh buat bayaran online. Cawangan banyak. Pakej loan Maybank memang terbaik (cuma tu ler, staff yang patut menjualnya macam lemauuuuu jer). Maybank punya BLR sekarang ni:

BLR-2.5 (first year)

BLR-2.45 (second year)

BLR-2.4 (tahun ketiga dan seterusnya)

 

or

 

Staff Rate fixed at 3.5

Payment otomatik tolak gaji

Tak boleh refinance .. huhu

 

We'll see la macam mana. Maybe aku apply lagi kat few other bank. Survey lagi. Tengok lah bank mana lebih cepat proses loan. Kalau semua bank approved, pilih je lah mana yang terbaik, tak gitu?

 

Aku dah fefeeling nak discuss dengan developer suruh upgrade tiles jadi 24"x24" polished tiles pastu upgrade porch punya tiles ke 1'x2'.. etc, etc.

 

Fuhh.. berangan jer. Walhal loan belum approve lagi.. hihih

 

 

2 comments:

Ely Hasrul said...

besh betol skang blr makin rendah. 2-3 thn lps still -2.1 / 2.2

good luck tp staff rate tu mmg bagus sgt la. syg kalu nk letgo mcm tu tp bagus utk 2nd home ke hihihi

Biqque said...

mine hsbc...service mmg terbaek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...