Tuesday, September 27, 2011

Jangan rendah diri tengok orang lebih dari kita

Aku tak boleh lah tengok orang susah. Atau orang yang bersusah payah bekerja semata untuk cari rezeki halal sara anak bini. Sedih woo. Boleh mengalir air mata nih.


Tak semua orang bernasib baik. Tak semua orang lahir dalam keluarga yang kaya. Tak semua orang berpeluang belajar sampai berjaya. Dan kalau lepas belajar sampai degree pun, tak semua orang berpeluang dapat kerja yang best-best yang boleh jamin masa depan.


Macam sorang kawan aku; Dia best student masa kat sekolah. Best student masa kat universiti. Result power. Dean list setiap semester. Tapi bila grad, susah cari kerja. Dah berapa kali tukar kerja pun gaji masih tak seberapa. Bayangkan dalam umur dia 32 tahun sekarang ni, gaji dia just RM2,200. Rendah gila ok. Gaji minimum fresh grad sekarang pun dah RM2500 tau.


Itu cerita orang yang ada degree. Bayang kan orang yang just ada sijil SPM, PMR.


Dulu kan, aku jeles tengok kengkawan yang satu sekolah dengan aku (aku sekolah kat kampung). Mak bapak derang semua ada tanah berekar-ekar. Tanah kawasan rumah je boleh bina lagi dua-tiga bijik rumah. Tu belum masuk tanah sawah, tanah ladang, tanah dusun.


Definisi kaya kat kampung lain sikit dari kat bandar. Kalau mak bapak kau ada tanah, walaupun just tanah kawasan rumah sendiri, itu adalah dikira mewah. Tapi kalau keluarga kau menyewa (dalam kes family aku dulu), atau berpindah dari satu rumah ke satu rumah sewa dalam kampung / daerah yang sama, itu adalah dikira merempat. Yelah, sedara mara kau dalam kampung tu semua ada rumah. Kau je yang menumpang di kampung sendiri. Sedih ok.


Seumur hidup aku, memang aku berangan sangat nak ada harta sendiri, i.e., rumah, tanah, etc. Rasanya semua orang camtu kan.


Zaman aku dulu, disebabkan family tak mampu, nak belajar kena buat loan (PTPTN). Orang lain, bila grad, takde hutang. Orang-orang yang tak mampu macam aku ni, abis je grad, hutang berkepuk! Kena settlekan hutang dulu sebelum boleh kumpul duit beli harta. Gaji orang baru grad berapa lah sangat. Tolak PTPTN, sewa rumah, tambang pergi keje, duit makan hehari, duit hantar kat kampung.. balance? Zero ok. Zero. Kalau nasib tak baik, negatif! Itu pun, duit hantar balik kampung kengkadang miss sebab sangappp tak cukup budget.


Mimpi je lah kau nak saving beli keta, rumah segala. Takkan cukup. Unless.. yer, unless kau dapat kerja dengan kompeni swasta yang besarrrrr atau kau keje dengan kerajaan (sebab, benefit banyakkkkk). Kalau kompeni yang kau kerja tu setakat biasa-biasa je.. haih. Simpan je lah niat tu.


Disebabkan susahnya hidup dari zaman kekecik pluss hazab life masa awal-awal kerja kat KL ni, aku rasa macam mustahil untuk aku kumpul harta sendiri. Jangankan nak beli kereta, nak beli henpon pun aku tak mampu. Tak mampu ok.


Kengkawan yang sesama baru grad dengan aku, bukan setakat kereta, rumah pun derang dah beli. Fuhh.. best gila. Umur baru 23 / 24 tahun dah ada rumah! Ohh.. mula lah aku duk rasa rendah diri segala. Tapi bak kata Mamoru, kita kena compare 'apple to apple' Derang dengan kita mana sama. Life derang lain. Derang datang dari keluarga yang berkemampuan. Keluarga kau? Takde harta, orang susah.


Ni salah satu motivasi juga untuk orang yang penah rasa susah macam aku dedulu. Jangan putus asa. Jangan rasa randah diri kalau tak mampu beli rumah, tak dapatt beli kereta atau tak cukup duit nak beli henpon. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Mungkin Tuhan dah ada perancangan yang lebih baik di masa akan datang?


Contoh; Mungkin kawan kau tu dengan selambanya boleh beli apartment walaupun baru je grad. But who knows, mungkin lima enam tahun akan datang, dengan izin Allah (swt) kau dapat beli Bungalow or Semi-D?


U r not alone, bebeh.. *wink*

9 comments:

ytakatoo@gmail.com said...

Thanks akak sbb bg simple motivation ni. Tharu sangat2. Betul, we're not ALONE.. :-)

akuzle ayu said...

sy pon slalu terpk mcm tuh. tp yerlaaa, sebenarnyer rejeki masing2. x kira pandai or lembab.

WaN dAn Ti said...

ad...
huhuhu actually macam rasa nak menangis bila t baca entry ad.. seperti bercerita tentang diri ini juga...terkenag masa kahwin sama2 x punya apa2.. dah kahwin baru ader kereta kancil...dah ader baby baru dapt beli rumah...ad...ALLAH tahu yang terbaik utk kita... jgn sedih yer... kebahagiaan ALLAH milik kita... kita kena cari :))
yang penting jgn lupa....ALLAH dierlah rakan terbaik utk penyelesaian masalah dan meminta...
love tie muah :))

Anonymous said...

Takatoo31: thanks for taking it :)

akuzle:betul betul betul

Unknown said...

Cayalah! Semangat betul akak baca n3 ni.

Biqque said...

takpe2, mesti boleh :) yakin boleh!

aJa said...

memotivasikan betul...

dulu akk pun selalu pk camtu tapi allah da tetapkan rezeki masing2 kan...redha dan teruskan usaha!...haha

usaha tangga kejayaan...

Teratak Songket said...

Suke entry ni.. Life sume org berbeza2.. Rasa motivated sket. Thanks!

JaSmIn said...

terbaikkk!! ;) suka entry ini motivasi utk saya jugak! ;))