KENGKAWAN

Thursday, October 06, 2011

Result blood test Amarr

Dr Azam dari Hospital Pantai call siang tadi. Result dah dapat. Dia cakap Amarr ada banyak alergi pada makanan. Cara dia cakap tu macam dia suprise dengan result blood test Amarr. Aku jangan cakap lah kan. Bukan setakat suprise, dah tahap stress dah nih.

Doktor suruh aku datang jumpa dia kat hospital. Nak discuss detail. Kebetulan pulak esok Amarr ada follow up check up dengan dia, sekali jumpa je lah. Senang keje.

Setakat yang aku dengar tadi, Amarr alergi pada:

Gandum
Soya
Putih telur
Ayam
Habuk
Kacang

Selebihnya aku tak ingat.. Doktor call masa aku tengah bizi kat ofis. Tunggu full result esok aje lah.

Haih.

Aku still tak jumpa epipen junior untuk Amarr. Epipen untuk adult ada lah. Itu pun harga dekat RM400 untuk satu pen (satu suntikan). Gila mahal. Untuk kes emergency, aku perlukan at least 3 epipen junior.

Satu letak kat rumah,
Satu letak kat rumah babysitter
Satu letak dalam beg pack Amarr (sepanjang masa)

Mano den nak gagaukan nih?

2 comments:

i.z.m.a said...

semoga amarr cepat sembuh! mummy-nya pun kena la take care urself untuk jaga anak2.. :)

Hidayah Akhir said...

Salam akak.

Nama saya hidayah. Saya student dekat Adelaide ni. Saya akan cuba tanya tanya kan epipen jr. tu. Tapi semua nak prescription from doctor. Saya balik 18 nov ni for sem break. apa apa akak boleh email saya dekat hidayahakhir[at]gmail[dot]com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...