Pagi tadi masa lalu kat laluan berbumbung dari LRT Plaza Rakyat ke ofis aku nampak ada sorang perempuan duduk minta sedekah sambil bagi baby dia susu badan. Nih first time aku nampak perempuan ni dengan anak dia. Selalu tu, aku nampak sorang perempuan lain bawak anak (umur dalam 2 tahun ) duduk minta sedekah kat situ.
Aku kesian kan baby tu sebenarnya. Kesejukkan, duduk tempat kotor. Sedih la tengok situasi macam ni. Sedih ok. Sedih.
Aku duduk sebelah perempuan tu tanya kenapa dia duduk situ. Kesian kat baby. Aku tanya lagi kot-kot dia takde tempat nak tinggal ke. Dia macam berat nak cakap. Aku nak offer pertolongan lelebih, takut dia ingat aku nih mak ayam nak perangkap orang susah macam dia. Ada rupa mak ayam ke aku ni? Gua muka suci ok.. huahuahua.
Aku bagi dia duit dan name card aku. Suruh dia contact kalau dia perlukan pertolongan.
For info, in case kalau orang lain tak tahu tentang ni, kita ada banyak saluran dan agensi untuk bantu mereka yang tak berkemampuan. Cuma sedihnya, orang kurang dapat info tentang kewujudan agensi macam nih.
Contoh: Anjung Singgah yang start beroperasi dalam bulan April 2011 bawah naungan Shahrizat Jalil. Kalau cari kat internet info tentang Anjung Singgah ni, memang takde lah. Aku pun tak faham kenapa tak ada website direct untuk Anjung Singgah. Mungkin dalam pembinaan. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, kena buka website ni www.ykn.gov.my
Anjung Singgah nih ditubuhkan untuk orang-orang yang tak berumah (Home for the homeless). Kalau korang perasan, memang banyak NGO atau agensi yang bantu orang homeless nih TAPI rata-ratanya agensi Kristian.
Aku dah pernah pegi melawat Anjung Singgah. Terletak dekat dengan LRT Masjid Jamek (bebetul depan kolej Segi sebelah Public Bank). Tempat nih terbuka menerima sesiapa sahaja yang perlukan bantuan tempat tinggal dan makanan. Tapi kalau yang datang tu penagih dadah, mereka akan consult orang tu ke tempat pusat pemulihan dadah.
Konsep Anjung Singgah nih simple. Sesiapa yang datang ke situ akan diberi tempat tinggal (bilik dia terletak kat bahagian atas pejabat Anjung Singgah), pakaian, perubatan dan makanan secara PERCUMA untuk dua minggu. Pegawai di Anjung Singgah takkan tanya atau paksa mereka yang tinggal disitu bercerita tentang masalah yang menyebabkan mereka terpinggir dari masyarakat. Tapi kalau mereka memerlukan khidmat kaunseling, ia akan diberi secara percuma. Dalam tempoh dua minggu juga, pegawai di Anjung Singgah akan cuba mendapatkan kerja untuk mereka atau hantar mereka ke tempat yang betul (e.g, pusat kemahiran, rumah ibu tunggal, rumah warga tua, etc). Anjung singgah juga ada buat agihan makanan secara percuma kepada pengemis/gelandangan setiap hari Selasa, Rabu & Sabtu (lunch hour) kat depan pejabat mereka.
Ni contact untuk Anjung Singgah: 03-20260264 (open 24 hrs). Pegawai in charge kat situ nama dia Daniel (orang Islam). Kalau terjumpa orang takde rumah, esp orang perempuan, suruh derang contact Anjung Singgah. Manalah tau, dengan infomasi yang korang bagi dapat mengubah hidup mereka.
Be a good Malaysian, ppl. Be a good Muslim. At least kita tau, agihan makanan dari Anjung Singgah ni halal kalau nak compare dengan agensi Kristian lain.
3 comments:
ye ke kak?
tenkiu for da info...:)
sgt berguna..x sampai hati tgk mereka
pernah dengar pasal anjung singgah ni dulu kat berita. tapi lepas tu macam takde apa2 info berterusan. orang pun lama2 lupa.
thanks for the info..
salam aD..thanks for da info..
baru tau..lepas ni leh tolong sesiapa yg takde umah .ke ..
Post a Comment