KENGKAWAN

Friday, November 18, 2011

Nak bercuti-cuti

Baru boleh bernapas.

Settle sudah majlis perkahwinan adik lelaki no.5. Sekarang dia tengah
seronok berhoneymoon. Semoga jodoh dia kekal hingga ke syurga (amin).

Banyak gila entry yang nak diupdate kat sini. Kalau aku pulun tulis
semuanya dalam satu hari, konpem sampai tahun depan pun korang tak
habis baca.. huhu. Ye, begitu lah banyaknya. Tapi, macam biasanya,
keje kat sini tak meng-ijin-kan aku melangut depan pc sesuka hati aku.
Ops correction, memang aku melangut depan pc sehari suntuk, cuma nak
melangut bukak internet yang nan ado masa. Nak update kat rumah pulak,
asyikla kena kacau dengan putera-putera kecik tu. Nama je pasang
Unifi. Gunanya tidakk. Tsskk.

Aku tengah stress dengan keje ni. Weekday keje, weekend keje. Asyik
keje keje keje aje. Bab rehat kurang tu, aku tak kisah sangat. Bak
kata nenek, taim muda ni lah taim nak mengumpul harta. Cuma yang buat
aku rasa tak best, pasal Ariff & Amarr. Kesian tau kat putera-putera
kecil ni asyik kena tinggal sokmo. Masa untuk bermanja-manja dengan
derang pun rasa macam limited sesangat. Aku kalau boleh, tanak la jadi
orang yang gila kejar dunia sampai anak-anak terabai.

Maka oleh sebab itu, aku sedang mencari masa yang sesuai untuk pergi bercuti.

Ijinkan blog nih terabai untuk sehari dua lagi sebab den nak servey
port bercuti pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...