Ariff di usia 2 tahun 4 bulan.
1. Pandai ambil hati mummy & daddy.. pandai buat mummy gerem pun iya.
2. Rajin tolong mummy buat kerja.. rajin menyepahkan barang pun dia.
3. Pandai jaga adik Amarr.. jadi tukang buli pun iya. Tapi selalunya, dia jadi mangsa buli oleh adik dia.. hihi.
4. Pandai tiru karakter kartun yang dia suka (yang ini memang sangat kelakar dalam masa yang sama haru jugak)
5. Suka menyorok dalam selimut, dalam almari, etc. Pastu suruh orang cari dia.
6. Ariff tak suka senyum. Esp, to strangers. Tapi sekali dia senyum.. boleh tawan hati semua orang.
7. Ariff tak suka makan pedas. Pada dia, makanan yang merah-merah semua pedas. Tapi kalau makan twisties BBQ pedas tu boleh la pulak.. huhu
8. Ariff hanya suka minum susu dan air kosong sahaja. Air minuman yang manis macam air ribena, air kotak, vitagen, air tin semua Ariff takkan minum. Ariff juga tak suka minum air yang sejuk. Ais krim pun dia tak suka tau. Bagus kan? Jimattt duit mummy.. hihi.
Amarr di usia 11 bulan
1. Amarr murah dengan senyuman. Pantang ditegur, ketawa aje dia. Celik mata pun boleh terus senyum. Senyuman dia manis. Buat orang suka tengok.
2. Amarr suka makan pedas. Aritu, masa aku tengah makan rendang, Amarr celup tangan dia dalam mangkuk rendang pastu sua ke mulut dia. Habis comot baju semua. Pastu senyum-senyum. Tak jadi aku nak marah.
3. Amarr tak memilih masa makan tapi kena avoid banyakkk jenis makanan. Allergy dia jenis boleh bahayakan nyawa. Haih.
4. Manja. Sangat manja. Asal nampak je muka mummy, suruh dukung.
5. Lasak. Suka memanjat. Tapi tak reti nak turun elok-elok. Kepala turun dulu.. tsskkk.
6. InsyaAllah, any moment from now, Amarr akan mula berjalan. Can't wait for that exciting moment! Priceless, I tell you!
No comments:
Post a Comment