KENGKAWAN

Friday, March 09, 2012

My Deuter Exp 6 :)

As planned, tengahari semalam Deuter Exp 6 yang comel dah jadi milik aku.

Nana cakap beg tu terlalu rugged untuk dibawa ke ofis. Yup, she's
right. Mamoru pun mentioned mender yang sama. Tapi knowing me yang
memang aci sarung je apa yang boleh, derang tak terkata apa. Aku bukan
kisah pun nak pakai ofis attire dengan beg ni. Kalau nak suruh aku
pakai kurung dengan kasut sports pun, aku takde hal. I've done it all
the time, beb. Pedulik sama itu fashion police. Biarkan dia meroyan..
huhuhu

Dah ada beg ni, terasa macam terdengar-dengar panggilan untuk suruh
aku pergi trip daypack.. huahuahua.

Kak Lily Freelance ada ajak ke gunung Bujang Melaka kat Kampar, Perak.
Sorry kak, aku tak dapat join. Schedule dah penuh. Plus aku dah penah
pegi gunung ni. Nak merasa trek gunung lain pulak.. hihi.

Sham Castello pun ada invite ke gunung Yong Belar - Carlie Pondok - 3
Boundaries. Pun tak dapat join. Plus semua gunung ni aku dah
conquered.

Pastu ada satu lagi team yang aku tak berapa nak kenal pun ada ajak
pergi trip 6 hari hari ke gunung Chamah-Ulu Sepat. Yang ni memang aku
teruja sikit. Dah 7 tahun dedua gunung ni ada dalam wishlist aku beb.
Menariknya trip ni, derang kata hanya open untuk perempuan sahaja.
Hmm, aku tatau lah sama ada guide pun perempuan (I doubt it). Kalau
betul semua perempuan, aku konpem nak join.. (dengan harapan, takdelah
aku rasa bersalah masuk hutan tanpa Mamoru) hihihi.

Now tengah tunggu kot-kot ada team yang sudi buat trip ke gunung Bunga
Buah or weekend trip ke memana gunung dalam bulan April ni. Jangan
lupa invite aku eh.

4 comments:

atty's said...

pakai baju kurung ngn sport shoe..kty ari2 camtu..cuma bila nak jumpa client je baru..pakai elok2..hihihiihi.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

memang sesuai utk pemanjat gunung beg tu :) seronoknya panjat2 gunung. skang dah pancit :p

Anonymous said...

Jom.. kita panjat Gunung Bunga Buah.. akak nak gi Irau 23 March ni tapi dia orang kata kena pakai guide.. pernah pergi tak? Cari akak kat Fb -Sainul Haizan

Cicada2nd said...

gng bunga buah? suruh je wan aturkan. dia ada mentioned hari tu kat aku nak wat trip ke sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...