Tuesday, March 13, 2012

Email dari member baru

Tetiba je kena selsema yang teruk. Nih semua gara-gara minum air batu
tengahari tadi. Haih sengal lah. Dah tau sakit tekak nak jugakkkk
minum ais. Sekarang, rasakan kau, aD!

Ok takder mender pun just saja nak share email yang aku dapat dari
kawan baru. Lama dah tak dapat email camni.. hihi. Maybe sebab aku dah
jarangg jaranggg update blog macam dulu.. tskk.

"Salam Ad!

Just to say hi and salam perkenalan la kate kannn.. Nama aku Deana.

Actually aku follower blog outdoorfreak ko tu.. Aku suke baca segale
entry update ko sume tu..
Aku follow since aku membrowsing blog2 / website taim aku nak panjat
Gng Kinabalu dulu.. as a persiapan la kan.. and skali pop up la blog
ko..
since that la aku dok syok mem follow outdoorfreak! And now aku da
member outdoorfreak..
Secara tak langsung aku membrowse la jugak perkembangan makeupfreak!
manariks!! i loike.. hehe

Ok la, tu dulu la buat mase ni.. harap ko sudi ber friend2 ngan aku..
sebab aku rase aku mempunyai minat utama yg sama mcm ko iaitu.. Hutan
& Gunung + Makeup + Bergambar.. hehe cume aku kureng terror membaking
and memasak cam ko sebab aku ade 1 minat lain yg tak brape same ngan
ko iaitu aku minat sukan permotoran.. Aku follow MOTOGP.. Thats about
me!

Salam perkenalan!
Regards,
Deana"


MotoGP?? Motor tu aku tau. Aku pun ada sebijik kat umah. Tak penah
naik pun. Mamoru tak bagi. Dari dia beli motor tu tahun 2009 sampai
tahun 2012 ni, tak sampai 10 kali dia naik motor tu. Purata setahun 2
kali je dia naik motor. Selebihnya, tersadai kat bawah umah sampai
sekarang. Tak faham aku motif Mamoru beli motor kalau setakat nak
biarkan berhabuk bawah rumah. Itu pun, ada hati dia nak beli motor
lagik besar. Motiff beli kalau tak bawak?

Tapi GP tu aku tataw. Apa tu? Haha, ketinggalan betul aku ni. Kena
google kejap lagi.

Anw, salam perkenalan Deana. Aku memang suka ramai kengkawan ni.
Lelebih lagi bebudak outdoor. Terima kasih jugak sebab sudi baca
luahan merapu aku kat sini.. hihi. Kalau nak masuk hutan tu, ajak la
aku sekali ya?

2 comments:

Biqque said...

MotoGP tu grand prix utk moto2 beso berkuasa tinggi...ala yg mcm kat Sepang tuuuu...mcm dlm tv tuuuu...best tuh!

Deana said...

Hi babe! aku la ni.. deana..
ko sampai paste email aku kat blog ko.. buat malu je okey.. huhuhu.. tapi takpela... bukan aku tulis merapu pun kan.. just wanted to be friend with you.. ikhlas.. hehehe..
No prob, kalau ade plan panjat gunung ganang ni i let u know.. tapi aku tak segempak ko.. ko dah bermacam - macam gunung kowt conquered..

Btw, MOTOGP tu mcm Biqque tu ckp la.. sukan lumba motosikal ber CC besar.. Moto Grand Prix.. April nanti start race balik utk year 2012.. last week diorg ade test track (practice) kat Sepang Circuit..

Mamoru ko bli moto tapi tak bawak n tak kasi ko bawak buat ape.. at least leh gak ko bawak ariff and ammar ronda2 kat bwh rumah ko tu.. Dalam area kondo or appartment ko dah la.. kalau jauh sure mamoru mmg tak lepas pun + ade license ker... ermm.. :)