KENGKAWAN

Monday, April 09, 2012

Ariff dan Amarr kena warded

Quick update secara LIVE dari Hospital Pantai Bangsar:

Dedua putera-putera comel aku kena warded since hari Jumaat. Memula, Amarr kena admitted sebab Asthma. Tak sampai 24 jam pastu, Ariff pulak masuk sebab suspect Bronchitis. Now dah hari ke-4 aku bertapa kat hospital ni.

Takdelah nak risau ke haper, sebab dedua anak aku ada depan mata kan. Dedua pun alhamdullilah dah sihat, cuma masih batuk-batuk. Aku tak kisah Dr Azam nak tahan kami berapa lama pun. Janji anak-anak aku sihat sepenuhnya bila discharge nanti.

Ni kali ke-2 aku berkampung kat hospital ni dalam tempoh 4 bulan (first dulu, masa Nov tahun lepas dengan Amarr).

Ariff & Amarr tengah tidur masa aku taip ni. Penat sangat buat physio tadi kut. Penat menangis pun iya. Apa pun, aku nak bersyukur sangat pada Tuhan atas nikmat yang dia bagi pada aku dan family. Esp taim anak-anak aku sakit ni. Aku tak perlu keluar duit walau sesen untuk bawa anak-anak aku dapatkan rawatan yang terbaik, di mana-mana hospital terbaik yang aku pilih. Syukur sangat-sangat. Alhamdulilah. Aku je yang selalu lupa ingat tentang-Nya. Mungkin sebab tu dia pilih untuk sedarkan aku dengan ujian yang masih mampu untuk aku pikul.

Ada banyak lagi nikmat yang Tuhan bagi kat aku dalam Tahun ni. Yang akan datang pun aku dah tahu banyaknya.

Bulan ni, dapat salary adjustment 14%. Bukan increment tau, ni 'adjustment'. Annual increment bulan July ni baru dapat. Sampai ke telinga staff kat kompeni aku senyum dalam minggu ni tau.

Kebetulan pulak kompeni Mamoru pun buat salary adjustment. Baru 2 bulan masuk kompeni baru dah dapat salary adjustment. Alhamdulilah, murah rezeki keluarga kami. Hujung bulan ni baru tau berapa percent gaji dia naik. Dengar rumours macam menarik.

Haih.

Cuba kira berapa banyaknya Nikmat yang Tuhan bagi lagi. Itu yang nampak, yang tak nampak? Kalau aku tak sedar diri dan tak bersyukur tak tahulah nak kata apa.. *pakai telekung jap*



2 comments:

Eliss Mie said...

betul tu ad. semoga ariff dan amarr cepat sembuh :)

bila lagi nak pakai telekung tu :) doakan yg terbaik buat ad dan family :)

yaNa said...

moga kedua2 beradik ariff n amarr cpt sembuh..amen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...