Nih la kelebihan bila bekerja dengan company yang ada medical benefit.
Masa memuda dulu, aku tak heran sangat bab medical-medical ni. Asal keje dapat gaji, cukoppp. Tapi bila dah start ada family, dah ada anak, hah taim tu aku meroyan sekejap. Yelah, takde pengalaman jaga baby. So, bila baby sakit sikit je, mula lah panik. Nak bawak baby ke hospital gomen, kena beratur panjanggggg. Nak bawak klinik / hospital swasta pulakkkk, duit keluar macam airrrr. Taim tu baru lah duk fikir nak cari kompani yang offer medical bagai.
Total kos perubatan untuk Ariff dan Amarr selama 5 hari 5 malam kat Hospital Pantai Bangsar adalah RM6,771.10. Kompeni yang aku keje ni offer unlimited cover untuk kos perubatan family. Jadi tak perlu bayar walau sesen pun. Alhamdulilah, sejak aku keje sini 3 tahun lepas, aku tak perlu risau pasal duit nak pergi klinik / hospital. Semua adalah FREE.
Conversation aku dengan agen Insuran ING kat lobby Hospital Pantai semalam:
Agen Insuran: Hello, my name is xxxx from ING. Would you like me to brief you a bit about our insuran product for you children?
Aku: No, its okay. Thanks. They are all covered by my company.
Agen Insuran: Wow, really? Thats very good.
Pastu dia macam teragak-agak nak bercakap atau approach aku dengan insurans product. Tapi nak jaga hati punya pasal, aku saja ambil brochure yang dia pegang. Konon nak bebuat baca..
Buat adik-adik yang asyik duk ber-internet 24jam kat umah tu, sila lah belajar rerajin dan aimed untuk bekerja dengan kompeni-kompeni yang offer memacam benefit untuk staff. Baru cerah dan mewah masa depan korang.
No comments:
Post a Comment