KENGKAWAN

Wednesday, June 13, 2012

Demam ler

Semalam, balik ke keje, aku dah terlantar hina atas sofa. Serious tak
larat. Dengan selsema non-stop. Pening. Sakit tekak. Urat saraf pulak
rasa lenguh sangat bila nak bergerak/bangun.

Dalam demam tu, aku gagahkan juga melayan Ariff & Amarr makan. Makan
roti je malam tadi. Ariff pulak, macam biasa memang tak minat makan
nasi. Hehari nak makan buah-buahan je. So, aku potongkan mangga water
lily 2 biji untuk dia sorang. Amarr just makan twiggies. Itu pun,
makannya sikit je. Lebih tu dia hancurkan dan tabur satu rumah. Aku
hanya mampu pandang dengan sayu je lah. Nak vacum / lap ke haper
memang tak larat dah.

Melayan putera-putera comel dalam keadaan demam adalah satu perkara
yang agak mencabar. Baru nak duduk rehat dah kena bangun balik.
Kekejap nak susu, kekejap nak basuh tangan, kekejap nak itu, ini.
Takpaaa, pahala semua ni.

Tapi dekat nak pukul 10 malam memang aku tak mempu nak bangun dah.
Silap aku juga makan ubat awal sangat. Kesan ubat plus condition badan
buat aku drowsy & tak ingat aper dah. Sempat jugak lah aku minta
tolong kat adik lelaki no.7 suruh tengokkan Ariff & Amarr. Pastu aku
terus tertidur atas sofa.

Pukul 1 pagi baru aku terjaga. Tu pun sebab Ariff kejut minta susu.
Amarr dah tidur dah taim tu.

Haih. Nasib baik adik aku stay dengan aku. Kalau tak, aku kemana,
anak-anak kemana.. tsskk.

Kalau Mamoru ada taim-taim aku sakit camni, dia memang tak kasi aku
buat keje apa-apa pun. Ariff & Amarr pun dia jaga sendiri. Dia akan
suruh aku masuk bilik dan rehat sampai esoknya. Rindu kat Mamoru.

Mamoru ada cakap nak balik KL lepas habis keje. Sanggup dia nak
berulang pegi keje. Dia risau la tu. Aku je yang tak kasi. Biarlah dia
keje dengan tenang kat sana tu. Bukan dekat nak berulang-alik
KL-Melaka. Tak koser aku nak menambahkan sesak kat kepala ni
mengenangkan dia drive jejauh atas highway dalam keadaan penat, tak
cukup rehat, etc. Lagipun, aku just demam je kot. Sehari dua nanti
sembuh lah.

Pagi ni, alhamdulillah, boleh bangun gi keje walaupun badan still rasa
tak sihat lagi. Aku malas nak MC. Lagipun Jumaat ni aku dah apply
cuti. Ada job Makeupfreak. Keje banyak lah. Nak cuti lelama pun tak
sedap.

Selagi belum tutup mata, keje keje keje... haih.

2 comments:

bg said...

Get well soon.

yaNa said...

moga cepat sembuh yer ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...