KENGKAWAN

Friday, August 03, 2012

Bermesra dengan "Teman-tapi-Mesra" esok!!

Tak bersemangat langsung hari ni. Dari subuh tadi asyik fikir nak amik
cuti untuk hari ni. Tapi, disebabkan nak save cuti untuk trip masuk
hutan, maka, terpaksalah heret kaki pegi ofis.

Dah lah mood berapa nak best, kena pulak berdepan dengan staff
perasan-bagus-cakap-besar-buat-keje-berkira-tapi-result-macam-hampeh.
Haih. Tolong la wei. Tolong jangan kurangkan pahala puasa aku. Bukan
aku saja-saja suruh kau buat keje beb. Instruction dari management.
Aku jalankan tugas je.

Err.. macam aku puasa arinih kan? Huhu. InsyaAllah, esok aku start
puasa balik. Cuti dah habis.

Esok ada majlis berbuka kat rumah Zam, kalau tak silap lah (kalau
betul, gua nak mintak ampun geng, tak dapat datang). Sebab esok ada
majlis berbuka kat kampung Mamoru. Dia ajak 'teman tapi mesra' dia
spend satu hari untuk bersahur, berpuasa & berbuka ikut style kampung.
Tataw lah berapa ramai yang join. So far yang confirm ada lah dekat 10
orang.

Antara xtvt yang derang dah arrange untuk esok (Sabtu):-

Pagi : Arrival of 'teman-teman tapi mesra' kat rumah nenek Mamoru di
Kuala Selangor. Sessi beramas mesra.

Tengahari: Jenjalan Kuala Selangor; Naik tren ke Bukit Melawati
(lepak dengan monyet kat atas tu hahaha), Kalau sempat, singgah pantai
kejap. Pastu pegi pasar Pasir Penambang (beli seafood untuk BBQ) dan
lauk untuk dimasak.

Petang: Sessi memasak & BBQ secara berjemaah. Sesambil tu duk
mengemas rumah nenek (vacumm, pasang langsir, pasang lampu lip-lap,
prepare pelita untuk malamnya)

Maghrib: Bebuka beramai-ramai. Solat berjemaah. Pastu pasang pelita,
main bunga api.

Malam: Pegi tengok kelip-kelip naik sampan. Satu sampan muat 4 orang
je. Sewa lah tiga empat sampan. Pastu balik rumah 'open balang' makan
kuih famous Makde (Red Pearl & Sakura - requested by Chua) + pillow
talk, katanya.

Subuh: Sahur beramai-ramai dan solat berjemaah.

Pagi Ahad: Free xtvt or bersurai.


Yang aku klakar tu, siap buat theme "Kain Batik, Kain pelikat" untuk
hari Sabtu ni. Aku idak ler nak pakai kain batik. Mau tertanggal nak
mengejar Ariff & Amarr. Kalau terpaksa pakai jugak, memang konpem aku
pakai belt sekali. Lantak la derang nak buat theme apa pun, ikut suka
lah. Layankan aje.. huhuhu.

Nih baru kat kampung Mamoru. Kalau spend kat kampung aku next week,
ada sessi mengacau dodol dalam kawah pulak.. ada bran ke uols nak
join?

1 comment:

yaNa said...

full xtvt..
x sabar nak tggu bsok kalu gnie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...