Ikutkan, aku tak payah join. Sebab aku takde kaitan secara langsung tentang apa yang derang discuss. Lagipun memang takde kaitan dengan aku. Derang buat meeting tu pun sebab kes staff-perasan-hebat-buat-keje-berkira-tapi-result-hampeh yang aku penah cerita sebelum ni.
Tak faham aku tau bila bekerja dengan orang yang suka berkira dan suka pretend konon keje overloaded. Ada sekali tu masa minta dia tolong keje yang overloaded, dia boleh cakap,
"I dont want to know. Not my problem maa. You settle with your department la".
Terlopong aku dengan senior ofismate aku dengar jawapan dia. Department mana yang dia maksudkan ni? Bukan dia dengan aku satu department ke? Helo kawan, kita share KPI yang sama. kalau department nih terlungkup, KPI aku dengan kau pun terlungkup sama.
Pastu ada sekali tu dia menunjukkan tahap kebodohan yang menyerlah bila sorang senior ofismate forward satu email kat dia, minta tolong hantar ke branch since dia sorang je tau email orang kat branch. Being a pemalas dan busuk hati, dia boleh reply email senior ofismate tu dan bagi email address branch dengan mesej;
"Forwarding this email to branch is not my job scope".
Memang saja cari pasal lah kan. Pada aku, dari ko reply balik senior ofismate tu punya email, baik kau forward ke email tu ke branch. Pastu apalagi, mendapat laaa. Senior ofismate tu reply siap cc ke semua boss yang ada;
"Audrey (bukan nama sebenar),
Helping our branch people by forwarding this email may not be your job scope. I'm only ask for your help since you are the only one in our Department who knows the person in charge in that branch. Thanks anyway for your kind assistance."
Fuhh. Amik. Kalau aku jadi dia, aku hantar surat resign dah. Malu beb.
Sambung balik pasal meeting hari Jumaat aritu.
Kesimpulannya, disebabkan semua boss pun dah tau perangai dia yang suka berkira buat keje, HOD suggest aku tambah satu task baru dalam job scope aku. Tergamam dibuatnya bila dia suruh aku belajar mender baru dan start handle task tu next Monday.
Keluar dari bilik HOD, jam dah pukul 6.30pm. Semangat berkobar-kobar nak balik awal tadi dah hilang. Aku sambung balik taip email yang aku nak hantar sambil serabut fikirkan task baru ni. Gerun ok bila nak main dengan amount juta-juta. Kalau silap, tak ke aku yang naya?
Boss aku macam faham je aku rasa. Dia datang kat meja aku bagi kata-kata semangat. Siap buat lawak,
Boss aku macam faham je aku rasa. Dia datang kat meja aku bagi kata-kata semangat. Siap buat lawak,
"You boleh buat, jangan risau. You balik, study kes-kes yang dulu. Kalau you boleh buat task ni, senang lah I nak bagi KPI you exceeded"
Senior ofismate aku pun ada cakap,
"Take the challenge. Bila you dah start buat ni, you are indispensable. You will have an added value. You can survive anywhere you go."
Ok, thats one thing. Tapi once aku terikat dengan task ni, aku terpaksa keluar dari aku punya comfort zone beb. Ready ke aku?
Aku punya concern adalah, sejak aku keje kat sini, aku jenis keje sekadar nak keje. Sebab aku lebih suka kosentret kat Makeupfreak business. Aku takde nak letak vision/mission nak jadi 'somebody' kat kompeni ni. Tapi, bila peluang datang bergolek camni aku jadi berbelah bagi. Haih... Haihhhhhhh.....
Note: KPI exceeded means kau akan dapat bonus lebih daripada staff lain. Contoh, kalau staff lain just dapat bonus 4 bulan gaji. Kau akan dapat lebih 6 bulan @ 7 bulan gaji.
No comments:
Post a Comment