KENGKAWAN

Friday, August 17, 2012

Dah start cuti arinih

Yay, cuti arinih.

Subuh tadi sabur dengan Amarr. Anak-anak aku memang camni. Asal aku bangun sahur, derang pun bangun sekali. Suruh aku buatkan susu lah, suruh aku cari toys derang lah, suruh aku layan kartun dengan derang la, memacam. Walhal, aku kejar masa nak sahur ni (sebab selalu bangun memang last minit). Sahur aku memang selalu kelam kabut. Tapi takper, aku suka. At least ada peneman ye tak?

Ok lah. nak habiskan menjahit sampin Ariff & Amarr. Jahit sekadar nak attachkan sampin dengan seluar baju melayu. Yelah, bebudak kecik mana suka pakai sampin kan. Pakai sekejap pastu dah tertanggal. Sebab tu lah aku jahitkan sekali. So, takdelah tertanggal. Derang pun akan ingat sampin tu sebahagian dari seluar.. hik.

Mesin basuh dah berhenti. Nak sidai sarung kusyen jap. Haih, pasnih aku nak beli sofa leather je. Senang tayah cuci sarung dia.

Malam ni, insyaAllah balik Melaka. 

Buat korang-korang yang selalu jenguk sini, Selamat Hari Raya ya. Aku takde gambar la nak letak untuk wish raya. Tapi aku rasa tulis lebih ikhlas dari letak gambar.. hihihi

Aku minta maaf kalau terkasar tulis ke haper. Esp bab aku tak reply komen tu (hahahahahaha). Sory geng, aku try ubah habit ni ya.

Semoga raya korang semua best-best belaka! Apa pun, utamakan keselamatan ok. 

Buat mereka yang bersedih sebab kehilangan orang yang tersayang, tak berkemampuan, teraniaya, ditimpa musibah, ada masalah keluarga, etc, tabahkan hati korang. Aku tau, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. InsyaAllah, ada hikmah disebalik perancangan Tuhan. Banyakkan bersabar dan redha dengan semua yang jadi.

Semoga Tuhan melindungi kita semua. Amin.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...