KENGKAWAN

Monday, November 26, 2012

Happy 2nd birthday Amarr

Putera kedua mummy genap 2 tahun hari ni.
26.11.10 - 26.11.12

Tak ada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan mummy bila tengok Amarr membesar dengan sihat dan sempurna. Semgoa Amarr sentiasa berada di bawah lindungan yang Esa.

Sebenarnya hari ni, mummy plan nak buat proper birthday celebration untuk Amarr. Nak panggil semua cousins, aunties & uncles datang sambut sekali. Maklum lah, masa first year sambut birthday Amarr dulu, kita just sambut di hospital je. 

Tapi, tak lepas juga hajat mummy, sebab Auntie Ain dah booked semua cousins Amarr untuk pergi sambut birthday Adam. Kan Adam share birthday yang sama dengan Amarr. Adam lahir awal sejam dari Amarr. Haih, susah juga ya bila dah share birthday ni. 

Tak apalah, dalam hidup ni, kita tak selalunya dapat apa yang kita nak. Amarr kena ingat tu. Jadi, bersyukur sahaja dengan apa yang kita ada. Macam hari ni, mummy keje kuat sangat sampai demam. Nak buat kek untuk Amarr pun tak sempat. Terpaksa beli kek kat kedai je. Tapi bersyukur jugalah sebab tetap ada kek, kan?

Malam semalam mummy mimpi buruk tentang Amarr. Mummy tahu, mimpi hanya mainan tidur. Tapi mummy takut. Mummy tak suka dengan mimpi mummy. Nauzubillah. Semoga dijauhkan semuanya. Mummy sentiasa doa supaya Tuhan panjangkan usia Amarr dan abang Ariff dan lindungi anak-anak mummy dari segala perkara yang menyedihkan, menyakitkan dan memudaratkan. 

Mummy juga pinta supaya mumny & daddy diberi kesempatan untuk menjaga, mendidik dan membesarkan Amarr dan abang Ariff dengan sempurna. Mummy nak anak-anak mummy terbela, selamat dan dilimpahi kasih sayang yang tak pernah mummy dan daddy rasa masa zaman kanak-kanak kami.

Sama-sama kita berdoa ya sayang.

Akhir kata dari mummy & daddy, Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun!

*kiss-kiss*





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...