KENGKAWAN

Wednesday, January 16, 2013

Brainy Bunch Islamic Montessori

Hari ni ada appointment dengan pengetua Brainy Bunch Islamic Montessori school. Aku baru dapat tahu BBIM ni baru je buka kat area rumah aku tahun ni. Baru dua minggu operate. Aritu saja call borak-borak dengan pengetua BBIM. Tu yang tergerak nak pegi tengok. At least boleh dapat info lebih tentang BBIM ni.

Ariff dah masuk 2 minggu attend kelas di Genius Aulad. Aku tau GA ni among pre-school yang bagus. Tapi, as a mother (amboii), bagus je tak memadai. No, aku tak kata yang BBIM ni lagi hebat dari GA or vice versa. Tak baik cakap camtu. Dedua pun diusahakan saudara se-Islam. So, kena support.

Aku suka GA sebab suasana kelas yang interesting, sukatan pelajaran yang menarik dan yang paling best ada access online untuk parents dapatkan info tentang:

- apa yang anak kita belajar
- disiplin rekod
- attendance rekod
- update tentang fees yang sedah / belum dibayar - announcement dari GA, etc

Which is very good la kan. Sebab bagi parents yang berkerja macam aku ni, mender macam ni sangat membantu. Yelah kan, kalau aku fulltime housewife, sure aku boleh tau apa yang anak aku buat hehari kat sekolah (dengan tanya sendiri kat guru kelas). Kalau takde access online camni, agak-agak macam mana aku nak tahu tentang penerimaan or kelakuan Ariff masa kat sekolah? Nak tanya kat Ariff sendiri. Kamon lah, Ariff tu baru 3 tahun 7 bulan (not exactly 4 years old yet). Kalau aku tanya, "Best tak pegi school?". Dia akan jawab, "Best". Atau "Ariff nougthy tak kat school?". Dia akan jawab "Tak". Itu je lah yang aku akan dapat. Nak harap dia cerita lelebih, nan-hado lah kan.

Tapi aku sedikit kecewa lah bila access untuk Parents Online tu masih tak berhapdet walau dah masuk minggu kedua. Yang ada berupdate just page yuran sahajor. Attendance & disiplin report tak berupdate. Bab Quranic atau Academic report tu aku faham lah kenapa tak update (sebab terlalu awal lagi). Pastu, nama kelas anak aku dan nama guru kelas dalam website tu pun berbeza. Adoyai.

Lagi satu, aku suka kalau dalam website untuk parents tu dia letak weekly comment tentang student dari guru Kelas. Tak perlu nak tulis pepanjang. Simple note macam:

"First week for 4 Al-Biruni - Most of student still trying to adapt with new school environment. Student A, B and C is having a hard time to concerntrate. But show some improvement. The rest are doing fine. Orientation week. Getting to know each other"

Aku tak rasa mender ni susah sangat nak update kan? Ke sebaliknya?

Apa pun, petang ni aku nak pegi survey BBIM pula. Kalau tengok website BBIM, agak memuaskan. Yang buat aku rasa macam best, BBIM ni ada full day kelas (macam day care). Aku ada bincang dengan Mamoru pasal ni. Instead of hantar anak aku pegi

Taska day-care pastu bayar Transport fees untuk ke GA dan Bayar pulak yuran GA lagik

Better aku hantar ke BBIM terus. Masuk pukul 7.00 pagi, balik pukul 6.30 petang. Lebih menarik, kat BBIM ada intensif kelas lepas tamat official kelas untuk student yang memerlukan. Kelas membaca al-Quran pun ada. Kira macam 3 in 1 la kan : Day-care + Kelas + Mengaji. Ada certain BBIM centre even offer belajar bahasa Mandarin, Music, other programmes (with additional cost lah). Menarik kan?

Kalau kira bab kos yang aku tanggung sekarang dengan kos hantar ke BBIM beza sikit je lah.

Kos sekarang (andaian Amarr dah start sekolah macam Ariff):

Taska untuk Ariff & Amarr : RM500 sebulan
Transport untuk Ariff & Amarr ke GA : RM140 sebulan
Yuran GA untuk Ariff & Amarr : RM536 sebulan (tak termasuk kos registration RM2k ++ campur uniform, books, etc untuk 2 anak)
TOTAL keseluruhan untuk Ariff & Amarr : RM1,176 sebulan

Kos kalau tukar ke BBIM (andaian Amarr dah start sekolah macam Ariff):

BBIM FULL DAY untuk Ariff & Amarr: RM1,240 sebulan (tak termasuk kos registration RM2k ++ campur uniform, books, etc untuk 2 anak)

See, just beza RM64 ringgit je sebulan. Plus, kalau hantar anak ke BBIM ni, aku tak payah nak pening kepala nak call babysitter, nak call driver, nak call Teacher semata nak check anak aku dah sampai ke belum (everyday). Semuanya dalam satu tempat yang sama. Senang banyakkkk ok.

Apa pun, let see how it goes petang ni. Nak survey BBIM dan nak discuss pasal yuran dengan pengetua BBIM.

1 comment:

JaSmIn said...

woowww menarik gud luck kak ad! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...